Uncategorized
“Kami dikepung oleh sebab pacak khemah kat bawah 1 pokok besar. Rupanya pokok besar tu…”

“Mereka Ni Gil4 Betul Laa!”…
Masa tu bulan puasa, tahun 2016. Masa kami dalam perjalanan kayuh basikal dari rumah ke Mekah dengan isteri saya. (cerita macam dekat je Mekah tu 😂)
Kami naik train untuk cepatkan perjalanan kami ke Muzaffarpur sebab nak sambut raya sama-sama dengan Amirul & team.
Kami turun di satu tempat, namanya Barauni, waktu tu dah pukul 11 malam.
“Bang, laparlah..” kata Adilah.
Saya pun lapar gila masa tu. Kami buka puasa kurma & biskut je dalam keretapi tadi.
Kami rancang nak cari nasi briyani bila sampai ke Barauni.
Tapi jam dah pukul 11, mana ada kedai buka lagi! hahahaha
“Dah takde kedai buka la Yang, kita cari port tidur dulu, nanti kita pasang dapur, makan apa yang ada” saya beri cadangan.
Adilah dah tiada pilihan lain kecuali ikut je.
Saya buka google maps & cari masjid berdekatan dari lokasi kami. Saya plan untuk nak tidur kat masjid jika masjid tu tak tutup.
“Jom Yang, ada 1 masjid dekat sini, dalam 8km” kata saya sampil mulakan kayuhan ke depan.
Kami kayuh & menyelusuri jalan kampung yang gelap.
“Yang, tutup lampu basikal, kita kayuh dalam gelap & jangan bercakap” saya beri signal pada Adilah.
Tujuannya untuk orang kampung tak terganggu dengan bunyi dari kami.
Adilah buat sahaja apa yang saya cadangkan. Kami kayuh hanya dibantu oleh cahaya bulan.
Tiba-tiba..
Henfon saya mati!
“Aduh, henfon matilah pulakk!” bisik saya pada Adilah.
Henfon Adilah pula dah lama mati sebab beliau tak cas power bank.
Kami dah mula hilang arah.
Kalau takda Google Maps, memang tak tahu nak cari masjid kat mana.
Tiba-tiba..
Hujan renyai-renyai menyambut kami seolah-olah tahu kesedihan kami yang hilang punca.
“Kayuh terus jela Yang, abang ingat lagi, Google Maps tadi tunjuk terus je”
Kami pun kayuh masuk ke dalam kawasan perkampungan.
Makin lama, jalan semakin kecil & berselut.
“Betul ke jalan ni bang?” Adilah tanya untuk kepastian.
Saya tak tahu nak jawab apa. Saya tahu kami dah s3sat, cuma tak nak bagi Adilah panik, saya senyap je.
“Woff wofff!!!”
“Woff wofff!!”
Tiba-tiba ada beberapa anjing menyalak pada kami!
“Aduh! 4njing mana pulak datang menyalak ni!” saya dah mula menggelabah.
Confirm orang kampung terjaga ni, sebab anjing-anjing ni dah tak berhenti menyalak & ikut kami dari belakang.
Kami kayuh je macam biasa. Buat tak tahu je dengan anjing-anjing tu.
Ingatkan bila buat tak tahu dia senyap. Rupanya makin kuat dia menyalak!
Dasar 4njing! hahaha
“Yang, ada pokok besar kat sana, kita pacak khemah kat pokok tu jelah, ok?” tanya saya pada Adilah.
Adilah angguk perlahan.
Cakap ya pun tidak, cakap tidak pun tidak. Beliau pasrah jelah. huhu.
Dalam hujan renyai tersebut, saya pasang khemah sambil buat tak tahu je dengan anjing menyalak tadi.
Orang kampung mula keluar dari rumah dan nak tengok kenapa 4njing-4njing ni kuat menyalak malam-malam gini.
Mereka nampak kelibat kami & datang ke arah kami…
“Orang kampung dah tahu bang!” bisik Adilah pada saya. Dia semakin panik.
Empat orang lelaki & seorang wanita menghampiri & menyuluh tepat ke muka kami.
Mereka mula bertanya dengan bahasa yang kami tak faham.
“We’re from Malaysia, hindi, urdu nehi hey, English hey?” saya tanya mereka.
Mereka goyangkan kepala.
Tak pasti mereka angguk atau ngeleng.
Saya teka mereka mengeleng sebab dahi mereka berkerut.
“Masjid hey, where?” saya guna kaedah cuba jaya untuk bercakap. Kalau mereka faham, bonuslah.
Kami tak risau di India kalau cakap br0ken English, takde orang nak viral kat sini
Mereka jawab dengan bahasa yang kami tak faham.
Makcik tadi cakap tak berhenti-henti. Soalan yang dia bagi bertubi-tubi tapi kami langsung takde idea apa yang makcik tu cakap.
Selepas 15 minit kami berbual tanpa tahu pucuk pangkal, saya tunjuk ke arah khemah & buat isyarat kami nak tidur kat sini malam ni.
Mula-mula mereka tak faham. Lama-lama mereka mula faham maksud kami.
Hari pun dah larut malam, mereka pun dah kepenatan. Mereka benarkan.
Lega rasanya, kami pun dah pancit habis ni. Kalau kena halau, tak tahu la nak tidur mana malam tu.
Saya tengok jam, masa tu dah 2.30 pagi.
Aduh.. Esok nak bangun sahur pula.
Lepas mereka semua balik, kami tutup basikal kami dengan baju hujan & kami pun masuk dalam khemah.
“Bang, lapar..” Adilah bersuara.
“Lapar juga ni, tapi rasa mengantuk ni lagi kuat dari lapar..” saya bercakap sambil menguap & menggeliat nak tidur.
Saya bentang sleeping mat & sleeping bag & terus tidur.
Adilah tak terus tidur, dia buka dapur untuk masak sesuatu. Adilah tak boleh tidur kalau dia lapar.
Adilah masak di bawah hujan renyai-renyai di luar khemah disaat saya dihanyut mimpi..
Tiba-tiba..
Datang 2 orang lelaki remaja datang ke arah kami dan terus baring di atas pangkin sebelah khemah kami.
“Abang,abang..” Adilah gerakkan badan saya.
“Apa dia..?” saya kesat mata.
“Apa diorang buat kat sebelah khemah kita Bang?” tanya Adilah lagi.
“Entah, jaga lembu kot” jawab saya pendek.
“Jaga lembu ke jaga kita?” Adilah masih tak puas hati.
Saya buka mata dan terus keluar tengok 2 lelaki tu tadi.
Mereka tak cakap apa-apa. Mereka cuma berbaring sahaja di situ. Pelik.
“Jom makan bang, dah nak sahur ni” ajak Adilah.
Kami bersahur cucur tepung. Itu pun dah rasa bersyukur sangat, masih ada makanan lagi.
“Terima kasih Yang, sedap Ayang masak” puji saya pada Adilah.
“Cucur tepung je ponnnn.. Ada-ada jelah abang ni” Adilah tersipu malu.
Lepas sahur & solat subuh. Kami terus masuk dalam khemah & sambung tidur.

Sumber gambar : Ustazah Basikal
Kami terjaga lepas terdengar suara riuh di luar khemah kami.
“Macam ramai je orang kat luar tu bang!” Adilah cuba gerakkan badan saya.
Saya terkejut & gosok-gosok mata.
“Ayang pergilah tengok apa yang diorang tengah buat kat luar tu” saya minta Adilah buka pintu khemah.
Adilah buka pintu khemah & terkejut beruk melihat beberapa orang tempatan sedang bercangkung di hadapan khemah kami.
“Bang! Ramai!” Adilah suruh saya bangun.
Kami terus keluar dari khemah & melihat gelagat orang kampung.
Mereka juga tak berkelip melihat gelagat kami.
Ah sudah.
Kami tengok mereka, mereka tengok kami. Siapa nak cakap? Haha..
Mungkin mereka ingat kami ni Alien yang turun dari langit. Tapi kenapa Alien tidur dalam khemah?
Adegan ayam & itik bermula lagi. Kalini ada seorang dua yang bertanya, selain tu, mereka suka tengok je.
“Abang! Abang tahu tak kita pacak khemah kat mana?” tanya Adilah.
Wajahnya tiba-tiba berubah jadi serius.
“Kenapa Yang?” tanya saya.
“Pokok besar ni tempat sembahyang mereka lah! Selamba je kita pacak khemah kat tempat makan ‘tuhan’ diorang!” kata Adilah panik.
Adilah tunjuk batang pokok besar sebelah kami yang dililit dengan tali bewarna warni & bekas makan lembu di sebelah pokok itu.
Saya tepuk dahi.
“Ah sudah, patut malam tadi ada orang jaga kami”
Kami cepat-cepat packing barang & bersedia untuk beredar sebelum kami diapa-apakan. Rasa bersalah gila masa tu.
“Bang, ada duit-duit kecil?” tanya Adilah.
“Ada sikit, baki duit yang kita sedekah semalam, kenapa?” tanya saya balik.
“Kita bagi duit kat diorang, hopefully diorang tak marah lah” jawab Adilah.
Boleh juga tu.
Saya buka dompet saya, duit tak banyak pun, tapi cukuplah untuk 10 orang.
Saya tengok warga emas paling sikit, paling ramai budak-budak.
Kami panggil semua warga emas di situ & hulurkan duit pada mereka.
Mereka terkejut sambil ambil duit dari tangan kami. Kami minta maaf atas perbuatan kami.
Syukur, mereka mula tersenyum. Semua orang jadi ceria. Lega hati kami.
Alhamdulillah syukur.
Selepas habis kemas semua barang, kami minta izin untuk keluar dari kawasan tersebut & selfie bersama mereka.
Happy Ending!
Ahmad Isa
Bebas, Tenang, Bahagia
Sumber : Ustazah Basikal
Uncategorized
Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat

Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima laporan mengenai video tular di media sosial membabitkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan berhubung perkara tersebut,
“Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, Kajang hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Nordin Muhamad.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 52 saat memaparkan dua lelaki mendakwa Nabi Muhammad adalah Allah dan Allah adalah gelaran bagi baginda.
Rakama itu turut menarik perhatian penyanyi rap dan aktivis, Caprice yang menggesa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya menyiasat siapa dalang di sebalik ajaran berkenaan.
View this post on Instagram
Sumber: BERNAMA, Instagram Caprice
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Uncategorized
Shermon Burgess, ketua aktivis 4nti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah

Shermon Burgess, ketua aktivis 4nti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah
SYDNEY – Seorang aktivis anti-Islam terkemuka di Australia mengejutkan ramai pihak terutama kumpulan berhaluan kanan apabila mengisytiharkan dirinya telah memeluk agama Islam.
Shermon Burgess ialah bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts (UPF) dan terkenal dengan peranannya semasa protes anti-Islam yang tertumpu kepada pembinaan masjid di Bendigo pada 2015. Burgess menganjurkan berpuluh protes bersama ketua kumpulan neo-Nazi, Blair Cottrell dan Neil Erikson.
Selain UPF, Burgess pernah mengetuai beberapa lagi organisasi anti-Islam dan antipendatang, antaranya Reclaim Australia serta Defence League yang kini telah dibubarkan.
Alasan utama Burgess memilih Islam kerana tertarik dengan pendirian teguh agama tersebut terhadap isu maskuliniti, peranan jantina dan penentang total terhadap lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).
Tidak lama dahulu, Burgess pernah melabelkan Islam sebagai mundur dan menegaskan agama tersebut tidak sesuai diamalkan dalam cara hidup orang tempatan di Australia.
Dia juga menghasilkan pelbagai kandungan berbaur perkauman dan menghasut di laman media sosialnya ‘The Great Aussie’ sebagai tanda kebencian terhadap komuniti Muslim.
TERBUKA HATI
Burgess dalam temu bual eksklusif di portal Crikey berkata, dia terbuka hati mendekati Islam, seterusnya memeluk agama itu semasa Australia dilanda pandemik Covid-19.
Malah, pertemuannya dengan Ketua Muslim Freedom Movement, Youssra Rose menjadi titik penting dalam memberinya input dan pandangan lebih jelas mengenai Islam.
“Anda mesti tidak percaya melihat saya berdiri bersama orang Islam untuk berjuang dengan tujuan sama, namun kini banyak yang telah berubah. Kini saya bersama komuniti Muslim untuk melawan penind4san Zi0nis dan Fre3mason yang memerintah,” katanya.
TERIMA KEC4MAN
Selepas memeluk Islam, Burgess mengakui dia menerima banyak kec4man dan u.gutan daripada bekas ahli-ahli UPF. Malah, akaun media sosialnya dihujani dengan kata-kata k3sat, namun perkara itu tidak sesekali melemahkan semangatnya untuk terus mendalami Islam.
“Ramai antara mereka merupakan peminum ar4k t3gar.
“Malah, mereka juga mempunyai kehidupan yang tungg4ng-l4nggang.
“Saya suka dengan aspek kesihatan Islam yang melatih dan menghalang penganutnya daripada mengambil alkohol serta d4dah,” ujarnya.
Tambah Burgess, kehidupannya kini lebih teratur dan bermakna berbanding sebelum mengucap dua kalimah syahadah.
Sumber: https://mykmu.ne
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Uncategorized
Sedar tiada tauliah, Ustaz Kazim tolak undangan ceramah di Selangor

Sedar tiada tauliah, Ustaz Kazim tolak undangan ceramah di Selangor
Pendakwah popular, Datuk Kazim Elias mendedahkan beliau tidak mempunyai tauliah untuk mengajar tentang agama Islam daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Datuk Kazim atau popular dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, ketika ini beliau hanya mempunyai tauliah di dua negeri selain akan menerima satu lagi tauliah khas daripada sebuah negeri.
Menurut pendakwah berusia 50 tahun itu, beliau mengucapkan terima kasih atas ‘kebenaran sementara’ selama ini yang dipohon pihak penganjur bagi sesebuah program serta menyedari bahawa perlu mengikut undang-undang ditetapkan.
“Saya tidak ada tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) namun begitu saya berterima kasih kerana diberi peluang berceramah di seluruh negeri Selangor selama ini dengan kebenaran sementara yang dipohon oleh pihak yang mengundang saya.
“Atas kesedaran bahawa saya tidak mempunyai tauliah maka saya tidak dapat menerima semua jemputan daripada pihak masjid dan surau di Selangor.
“Kerana ini adalah peraturan dan undang-undang. Siapapun kita, kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman Facebook semalam.

The Tahfiz school Al-Barakah Manjoi will eventually closed down due to unsufficient funds in sustaining the cost of running the school said the founder Ustad Datuk Mohammad Kazim Elias.
Sementara itu, beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa menolak bagi memenuhi undangan program ceramah di Selangor dan menerimanya dengan hati terbuka.
“Insya-Allah pihak saya tidak akan menerima lagi sebarang jemputan ceramah dan lain-lain di negeri Selangor dan saya memohon maaf kepada semua yang menjemput saya kerana tidak dapat melayan jemputan anda semua.
“Terima kasih kepada semua yang pernah mengurus, menjemput dan menghadiri semua program saya selama ini di Selangor.
“Anda boleh terus mengikuti kuliah saya di media sosial atau datang melawat sekolah saya di Pusat Pendidikan Al Barakah,” ujarnya.
Terdahulu, menerusi laporan media, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tiada ‘special lane’ atau pengecualian istimewa diberikan kepada mana-mana pendakwah walaupun popular.
Ini kerana golongan yang mengajar mengenai agama Islam perlu tertakluk kepada undang-undang serta peraturan berkuat kuasa di Selangor.
Sumber: Facebook Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan