Isu Semasa
“Kami Anak Yat1m”Abah Men1nggal.Tak Sangka Rupa2nya Makcik & Pakcik Bolot Semua Harta Abah

“Kami Anak Yat1m”Abah Men1nggal.Tak Sangka Rupa2nya Makcik & Pakcik Bolot Semua Harta Abah
Namaku Ilya. Asal Perak. Aku anak sulung dari 5 beradik. Mak aku surirumah. Abah kerja company swasta. Hidup kami bahagia sehinggalah umur aku 9 tahun. Abah disahkan mninggl dunia akibat jantung. Kami hilang tempat bergantung. Mak aku tak kerja, time tu aku baru DARJAH TIGA, dan adik bongsu aku baru umur setahun lebih!
Jadi, di sinilah erti hidup bermula. Semua pakcik makcik aku sebelah abah terus tak hiraukan kami. Mereka ambil rumah yg kami diami tu, termasuklah kereta arwah abah. Dulu ketika abah masih hidup, kami semua rapat sangat-sangat, sehinggalah abah mninggal, mak pun tak sangka mereka sanggup buat macam tu pada kami.
Kebetulan, abah mninggal secara tiba-tiba, tanpa meninggalkan sebarang wasiat, dan untuk pengetahuan pembaca semua, duit KWSP arwah abah aku pun hampir mereka sapu (sebab abah aku tak letak penama) end up, lepas campur tangan abg mak aku, barulah kami dapat apa yg sewajarnya dapat (walaupun sikit, kami tetap dapat)
Sejak dari itu, abg mak aku iaitu paklong aku, terus bawak kami anak-beranak balik tinggal di kampung asal mak aku, di Kedah. Paklong dan maklong yg sediakan makan pakai kami. Mereka yg menjaga kami sejak arwah abah mninggal, dari kecil sehingga sekarang, umur aku dah 26 tahun, dan adik bongsu aku dah 18 tahun. Pakcik makcik sebelah arwah abah? Langsung tak hiraukan kami.
Paklong dan maklong aku kerja kerajaan. Mempunyai anak 3 org. Tapi, mereka jaga aku dan adik-adik aku macam anak mereka sendiri. Mereka jaga kami yg anak yatim ni. Pergi sekolah, mereka yg hulurkan duit. Makan pakai mereka yg sediakan. Paklong aku siap bina satu rumah sebelah rumah nenek supaya mudah dia nak jaga kami. Duduk dekat-dekat senang katanya. Maklong aku langsung tak bantah bila suami dia dahulukan kami.
Malah dia support suami dia utk jaga kami. Anak-anak Paklong aku pun baik sangat-sangat. Pernah adik kedua aku cerita, ketika mereka di sekolah, duit makan adik aku hilang, jadi anak Paklong aku yg hulur duit kat adik aku utk makan (masa tu aku dah naik sekolah menengah, mereka masih di sekolah rendah). Serius aku cakap, family Paklong aku sangat-sangat baik, dari bapak sehinggalah ke anak bongsu, semua baik!
Mereka membela anak yatim. Dari aku sekolah rendah, sampai sekarang aku dah kerja, Paklong and Paklong aku tetap ambil berat pasal aku. Aku sambung Diploma, Degree dan Master, semuanya guna duit Paklong Paklong aku. Dia langsung tak berkira kalau bab pelajaran. Adik-adik aku masuk universiti pun, dia yg tanggung.
Mak aku? Mak aku ada. Bukan dia tak kerja. Dia pun kerja sebagai penoreh getah. Mak aku pun sara kami. Tapi banyak yg Paklong and Paklong aku topup bagi pihak mak. Mak aku beruntung dapat abg dan kakak ipar yg sangat baik (langsung tak berkira dgn anak yatim). Dan skrg, Alhamdulillah, lepas aku habis pengajian Master, aku terus dapat kerja dan sekarang aku pulak yg sara adik-adik aku. Aku dah boleh balas jasa Paklong and Paklong aku sikit-sikit.
Nak tahu apa yg Paklong and Paklong aku dapat sejak dia membela anak yatim? Allah maha Kaya, rezeki mereka melimpah ruah. Naik pangkat sangat mudah, dan anak-anak mereka pun sangat berjaya sekarang.
Dan sekarang, paklong dan maklong aku telah pun bergelar Datuk Seri, diatas segala pengorbanan dan contribution mereka ke atas negara, mereka dapat pangkat dunia, dan diatas semua pengorbanan mereka ke atas anak yatim, Allah naikkan darjat mereka, semua org menghormati mereka tanpa ada yg mencela, sehingga satu saat aku pernah ke kawasan pedalaman di Kedah, aku pernah dengar org kampung memuji Paklong aku atas keprihatinan beliau ke atas rakyat, Allahuakhbar, aku sangat bangga walaupun org kampung tu tak kenal pun aku sebenarnya anak saudara kpd Paklong aku.
Paklong and Maklong aku bukak account ASBloanfinancing dekat kami lima beradik. Tahun pertama, mereka bayar. Tahun kedua, kami sendiri bayar guna dividen. Ada ka manusia yg sebaik Paklong Maklong aku di dunia ini? Bayangkan kalau seorang buat loan 100k, lima org dah berapa k kena bayar utk tahun pertama? Itu belum masuk ASB anak-anak mereka lagi. Allahuakhabar. Betapa mulianya mereka. Aku masih ingat, ketika aku nak sambung Master dia Shah Alam, aku kena cari rumah sewa. Masa registration, Paklong and Maklong aku yg hantar aku, dia jejak ja dalam rumah sewa tu, dia terus tak berkenan.
Sebab apa? Sebab rumah tu dekat tingkat 11. Lift pun ada 3 jer, itu pun satu dah rosak. Plus ramai foreigners dekat flat tu. Safety memang zero. End up, Paklong aku call kawan dia, mintak tolong cari rumah sewa lain, and Alhamdulillah, aku dapat rumah sewa baru. Fully furnished, ground floor lagi, sewa mahal sikit la. Tapi Paklong and Maklong aku terus tulis cheque RM10, 000 utk owner tu, lepastu cakap “Kakak belajaq ja, tak payah pikiaq pasal rumah, abah dah settle) – Aku panggil Paklong and Maklong aku : abah and mama – Allah, mulianya hati mereka. Patutlah rezeki limpah ruah. Langsung tak berkira dgn kami anak yatim.
So, kepada pembaca semua. Bantulah mereka yg susah especially anak yatim. Allah akan naikkah darjat anda. Paklong and Maklong aku dulu bukan org senang. Tapi semenjak mereka menyara kami adik beradik dari tahun 2001, sampailah sekarang, tahun 2018, pelbagai anugerah yg mereka peroleh, rezeki tak henti-henti, dtg bergolek, dan Alhamdulillah, mereka still humble, down to earth, tak riak dan masih menjadi idola utk aku dan adik-adik.
Buat Paklong dan Maklong, nama kalian sentiasa yg teratas dalam doa kakak dan adik-adik. Syurga buat kalian. Kakak, adik-adik dan mak sayang abah dan mama dunia akhirat.
– Ilya
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Sembang Dunia Ya. Terima Kasih
Sumber: iiumc.com / myinfomaya
Isu Semasa
Athira Yuhada dituduh tak tahu malu, netizen cadang buka tabung untuk Shuhada

Athira Yuhada dituduh tak tahu malu, netizen cadang buka tabung untuk Shuhada
Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mohd Shukri hari ini telah berkongsi satu kenyataan bahawa dirinya menerima surat saman daripada ‘orang ketiga’ disebabkan posting Instagramnya sebelum ini.
Menurut Shuhada, wanita dikenali sebagai Athira Yuhada itu telah melayangkan tuntutan kepadanya menerusi peguam dan ia nyata membuatkan dirinya berasa susah hati.
Susah hati fikirkan saman
Mana tidaknya, dengan pelbagai masalah yang tiba-tiba sahaja muncul, dia terpaksa bekerja keras demi anak-anak dan perbelanjaan dirinya memandangkan tidak mempunyai simpanan sewaktu bergelar suri rumah.
Apabila baru mula berdikari dia telah disaman pula oleh individu yang menjadi punca rumah tangganya hancur.
View this post on Instagram
Ramai yang sanggup nak hulur sumbangan
Susulan daripada kenyataan yang ditulis di media sosial, ramai yang bersimpati dengan nasib wanita berusia 29 tahun itu. Kebanyakan mereka mengakui geram dengan Athira dan mengatakan bahawa individu berkenaan tidak tahu malu selepas menjadi punca runtuhnya sebuah rumah tangga.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mencadangkan agar membuat kutipan bagi membantu Shuhada membayar kos guaman kerana tahu untuk ‘berlawan’ di mahkamah memerlukan kos yang agak tinggi.
Terdahulu, Shuhada telah membuat satu hantaran dengan mengucapkan terima kasih kepada ‘penyondol’ kerana berjaya menghancurkan hatinya serta anak-anak kerana menjalinkan hubungan dengan suaminya.
Hal ini susulan permohonan maaf dari Athira yang mengaku mempunyai hubungan dengan Hafidz Roshdi dan berjanji untuk mengakhiri hubungan mereka setelah merasakan tindakan yang dibuat adalah salah.
Sumber: Instagram ShuShukrii
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Isu Semasa
Tak tahan suami ‘dimalukan’, isteri Aaron Aziz tampil pertahan suami

Tak tahan suami ‘dimalukan’, isteri Aaron Aziz tampil pertahan suami
Isteri kepada pelakon popular Aaron Aziz, Diyana Halik meluahkan rasa sedih dan kesal atas apa yang menimpa suaminya. Hal ini disebabkan konflik yang berlaku antara Aaron Aziz dan pengarah filem, Syamsul Yusof yang mula berpanjangan.
Seperti yang sedia maklum, konflik yang tercetus ini disebabkan tindakan pengarah yang menggugurkan nama Aaron Aziz daripada filem The Original Gangster yang dikhabarkan disebabkan masalah kesihatan yang dialami pelakon itu.
Penjelasan Aaron Aziz
View this post on Instagram
Hati saya sakit bila suami dimalukan!
Menerusi postingnya di Instagram, Diyana Halik menjelaskan beliau tidak menyangka akan melalui detik sukar sebagai pengurus kepada suaminya kerana beliau banyak menangis sepanjang pengurusan projek lakonan filem tersebut.
Menurutnya lagi, beliau tidak pernah berkongsi apa-apa di media sosial dan hanya bersikap tenang, namun kali ini hatinya sakit dan berasa terpanggil ke depan untuk mempertahankan suaminya.
View this post on Instagram
“Ini bukan disebabkan rezeki yang ditarik balik sebab saya percaya Qada dan Qadar. Tetapi tindakan yang dikenakan sangatlah tidak sopan.”
Menerusi perkongsian tersebut, isteri kepada pelakon itu menjelaskan situasi ini banyak mengajarnya untuk melihat dengan siapa kita perlu meletakkan kesungguhan, dan dalam masa yang sama berbudi bahasa sangatlah penting.
Di perkongsian awal, Diyana mendedahkan suaminya mengalami kecederaan tulang belakang adalah berpunca dari penglibatan beliau dalam filem KL Gangster namun, posting tersebut dipadam dan diubah selepas ianya meraih perhatian ramai.
Tambah Diyana lagi, beliau bersyukur kepada Allah kerana melindungi suaminya dari meneruskan projek lakonan ini. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang dan sebaik-baik pelindung.
Semoga Diyana & Aaron tabah!
Luahan daripada isteri Aaron Aziz telah mendapat perhatian daripada netizen yang rata-ratanya memberikan kata semangat buat isteri pelakon itu.
Sumber : Instagram Diyana Halik
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Isu Semasa
Hadir ke Jawi untuk sesi perbincangan, Syamsul harap dapat berbaik dengan Sarah

Hadir ke Jawi untuk sesi perbincangan, Syamsul harap dapat berbaik dengan Sarah
Syamsul Yusof dilihat telah tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (Jawi) sekitar jam 9.35 pagi bagi sesi mencari jalan penyelesaian berhubung kes rumah tangga antara dirinya dan juga pelakon, Puteri Sarah Liyana.
Mohon doa untuk rumah tangganya
Menerusi video yang dikongsikan hlive, Syamsul yang hadir bersut hitam sempat menegur para media dengan memberi sedikit kenyataan berharap segalanya dapat diselesaikan dengan baik.
Dia juga turut mengatakan akan kembali bertemu media selepas selesai sesi tersebut.
“Doakan semoga Sarah boleh berbaik dan berbincang dengan saya. Doakan yang terbaik, kita jumpa lagi InsyaAllah,” katanya.
View this post on Instagram
Mohon yang terbaik untuk isteri pertama & kedua
Awal pagi tadi, pengarah tersohor itu ada memuat naik kembali rakaman video sidang media yang dilakukan tempoh hari dengan meninggalkan kapsyen memohon agar isteri-isterinya menemui titik pendamaian setelah pelbagai masalah berlaku sebelum ini.
Dia juga berharap agar isu rumah tangganya berakhir dengan baik pada hari ini.
View this post on Instagram
Selain Syamsul, Puteri Sarah turut hadir ditemani adik lelakinya bagi berbincang untuk menyelesaikan kemelut yang sudah melanda sejak sekian lama.
Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Sumber: Instagram hlive, Syamsul Yusof
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral12 months ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral11 months ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized11 months ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG12 months ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi12 months ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral12 months ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan