Connect with us

Isu Semasa

‎Kalis Ny4wa! Kebanjiran Warga Pala’u Di Darat, Menganggu Orang Awam Semakin Membimb4ngkan!

Published

on

Pala'u

Kehidupan sebahagian masyarakat Bajau Laut di Sabah mula berubah dengan segelintir mereka tidak lagi hidup secara nomad di laut, sebaliknya berhijrah ke darat.

Ketika ini, tidak ramai etnik itu atau turut dikenali sebagai Pala’u tinggal dalam perahu dengan hanya kira-kira 150 keluarga menetap di laut, manakala lebih 500 keluarga berhijrah ke darat sejak awal tahun 1950-an.

Mereka yang menetap di darat dikatakan mendiami perkampungan air di pantai timur Sabah, sebahagian besar di Kampung Bangau-Bangau dan Labuan Haji di Pulau Bum-Bum, Semporna.

Pala'u

Namun, kebanjiran masyarakat Pala’u yang semakin hari semakin ramai bilangannya amat membimbangkan orang ramai seperti yang dilap0rkan oleh orang awam di sekitar kawasan Grace Square, Sadong Jaya dan kawasan di sekitar Sembulan.

Pala'u

Pala'u

Mereka yang mendirikan khemah di tepi perkampungan atas air kampung sembulan di belakang Sutera Avanue keluar ke kawasan perniagaan seawal jam 6 pagi. Ada juga sebahagian datangnya daripada Kampung di Sekitar Pulau Gaya.

Mereka masuk ke permis perniagaan dengan meng4nggu orang ramai makan minum dan membeli belah. Mereka menganggu kenderaan lalu lalang dan parking di kawasan ini.

Pala'uRamai terutama golongan wanita memb4talkan hasrat untuk  parking kereta dan lalu  bertindak keluar daripada kawasan tersebut. Kawasan ini merupakan salah satu tumpuan lokasi pelancong. Kehadiran mereka sudah tentu menimbulkan pandangan negatif. Kerana mereka juga  kawasan perniagaan di sekitar ini boleh terjejas teruk.

Pala'u

Adu4n kepada DBKK telah dibuat beberapa pihak dikawasan ini. Namun, belum ada tindakan yang berkesan diambil.

Kalau mereka tidak menganggu orang awam, mungkin boleh dibiarkan dengan alasan kemanusian, namun, adalah lebih baik, mereka ini dihantar ke tempat yang lebih baik dan sesuai.

Anak-anak pelauh yang berlari melintas jalan sesuka hati di sini amat membimbangkan . Banyak kereta yang terp4ksa brek meng3jut. Walau ada pemandu yang telah keluar memarahi budak-budak tersebut kerana berlari melintas secara tiba-tiba, mereka tetap mengulanginya.

Pala'u Pala'u

Selain daripada itu, mereka juga tidak memakai pelitup muka atau ikut SOP yang ditetapkan. Hairan golongan ini begitu k4lis daripada semua perund4ngan yang ada.

Adu4n rasmi telah dibuat. Diharapkan agar mas4lah ini dapat diselesaikan segera.

Sumber : Shihan Salim

Isu Semasa

Atu Zero terpaksa merayu minta bayaran, dedah guna duit sendiri ketika penggambaran Awesome Raja Lawak

Published

on

Atu Zero terpaksa merayu minta bayaran, dedah guna duit sendiri ketika penggambaran Awesome Raja Lawak

PELAWAK Atu Zero meluahkan rasa kesal apabila terpaksa menagih bayaran daripada stesen televisyen Awesome TV yang masih belum dilunaskan meskipun program Awesome Raja Lawak yang disertainya sudah selesai November tahun lalu.

Atu atau Sharif Kunal Doli Sharif, 31, berkata, apa lebih malang, dia menggunakan wang sendiri sepanjang menjalani penggambaran namun apabila bayaran dituntut dia hanya diberi janji kosong.

“Duit sendiri sudah pakai buat minyak, tol, makan dan segalanya sudah saya korbankan.

Atu luahkan kekesalan terhadap Awesome TV.

“Takkan saya sendiri kena mengemis meminta? Hari itu saya sudah pergi ke pejabat Awesome dengan wajah gembira dan tersenyum tapi pulang bersama janji dan gaji yang tertunggak dari tahun lepas,” katanya.

Atu berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, Atu menjelaskan biarpun bayaran tersebut tidak seberapa namun ia cukup untuk menampung kehidupannya sekeluarga.

Atu bagaimanapun memohon maaf sekiranya kenyataan dikeluarkan menyakiti segelintir pihak namun bersedia untuk bertemu pihak stesen berkenaan bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Saya ini hanya seorang bapa dan suami yang berjuang untuk keluarga. Gaji saya yang tertunggak itu tidak besar dan lumayan tapi jangan main-main dengan duit dan hak orang.

“Saya minta maaf kalau ini akan buat ada pihak marah. Kalau tak puas hati saya boleh datang sekali lagi ke pejabat tapi kali ini bukan dengan senyuman,” ujarnya.

Kalau tak puas hati saya boleh datang sekali lagi ke pejabat tapi kali ini bukan dengan senyuman.
ATU ZERO
PELAWAK
Sementara itu, isteri Atu iaitu Syafeeqa Johari ketika dihubungi berkata, bayaran tersebut tertunggak sejak November tahun lalu.

“Rancangan tersebut sudah habis dari bulan November lagi, bukan Atu seorang sahaja yang terkena tapi ramai lagi artis jadi mangsa.

“Itu belum lagi penggambaran sitkom, artis yang jadi tetamu. Kru pun belum dapat gaji mereka,” katanya kepada mStar.

Syafeeqa berkata, pihak berkenaan berjanji untuk melunaskan bayaran tersebut pada Februari lalu namun sehingga penghujung Mac masih belum ada khabar berita.

Atu bersama pelawak lain di sidang media Awesome Raja Lawak.

“Sampai pejabat mereka janji nak bayar pada bulan Februari, tapi ini dah habis bulan Mac dah. Program dah siar, pemenang program tersebut pun dah umum.

“Stesen televisyen lain dua minggu selepas pengambaran terus dapat bayaran,” katanya lagi.

Sebelum ini penerbit drama Datuk Ayu Puteh turut berkongsi masalah serupa selepas bayaran untuk drama terbitannya tidak dibayar stesen itu walaupun karya berkenaan selesai ditayangkan.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Ustaz Wadi mohon tunda tarikh hadir siasatan, nafi berceramah tanpa tauliah di Kangar – “Ia acara santai bersama masyarakat”

Published

on

Ustaz Wadi mohon tunda tarikh hadir siasatan, nafi berceramah tanpa tauliah di Kangar – “Ia acara santai bersama masyarakat”

NAMA pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat negara kita.

Pada Khamis, nama Ustaz Wadi sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia didakwa menyampaikan ceramah tanpa tauliah di negeri Perlis.

Terbaharu, Ustaz Wadi tampil memberi penjelasan menerusi media sosial bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung isu berkenaan.

Jelasnya, acara dihadirinya di Kampung Padi Machang, Kangar, pada Khamis bukanlah majlis pengajian agama, sebaliknya acara santai bersama masyarakat setempat sahaja.

“Pada 30 Mac 2023 jam lebih kurang 9.45 malam, saya mengadiri program di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Kangar. Saya dimaklumkan penganjur ini bukan majlis pengajian agama dan hanya sembang santai bersama masyarakat.

“Majlis ini melibatkan beberapa soalan berkaitan perkembangan agensi bukan kerajaan (NGO) kelolaan saya, keadaan terkini ibadah di Makkah dan Madinah dan beberapa kupasan isu semasa.

“Maka saya menerima jemputan yang diadakan di premis persendirian itu serta tidak memerlukan tauliah agama negeri,” jawabnya dalam satu kenyataan pada tengah hari SabtU

Jelas Ustaz Wadi lagi, dia juga tidak pernah dipelawa untuk permohonan tauliah dan belum bertemu dengan pihak Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

“Saya tidak pernah dipelawa permohonan tauliah melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam Negeri Perlis seperti yang dinyatakan dalam sebahagian laporan akhbar.

“Dan saya juga belum pernah mengadakan perjumpaan bersama JAIPs sebelum ini seperti yang didakwa sesetengah pihak,” jelasnya lagi.

Berkongsi lanjut, Ustaz Wadi mengakui ada menerima surat perintah hadir siasatan daripada JAIPs, namun memohon ditunda ke tarikh lain kerana kekangan masa serta jadual program melibatkan dirinya.

“Pada 29 Mac 2023 saya menerima surat perintah hadir siasatan oleh JAIPs bertarikh 7 April 2023. Kerana kekangan masa dan jadual program yang padat, maka saya sendiri memohon untuk ubah tarikh hadir siasatan pada 17 April 2023 dan diterima oleh pihak berkenaan.

“Saya juga menjunjung perintah Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan tidak pernah mempersendakan peraturan oleh DYMM Raja Perlis.

“Semoga kenyataan balas ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul pada malam tersebut dan memperbetulkan semula persepsi negatif yang dilemparkan terhadap saya oleh pihak tidak bertanggungjawab,” ujarnya lagi.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Lelaki caci maki jiran penghuni flat buang sampah merata, geram bumbung kereta kemik – “Mentaliti miskin pemalas!”

Published

on

Lelaki caci maki jiran penghuni flat buang sampah merata, geram bumbung kereta kemik – “Mentaliti miskin pemalas!”

SETIAP orang pasti ada batas dan titik maksimum dalam mengawal emosi serta perasaan marah.

Namun jika sudah sampai masanya, perasaan itu tidak mampu lagi dikawal hingga dizahirkan dengan kata-kata atau perbuatan.

“Mentaliti miskin pemalas!” demikian luahan kecewa dan marah seorang lelaki gara-gara tingkah laku jirannya yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan video yang dirakam, bumbung keretanya kemik dipercayai terkena bugkusan sampah yang dibuang dari tingkat atas sebuah perumahan pangsapuri.

Lelaki ini menunjukkan suasana perumahan tersebut.

Namun, lokasi kejadian tidak dinyatakan oleh pelayar tersebut.

Menurut mangsa, ini merupakan kali pertama dia berdepan situasi teraniaya seperti itu.

“Tengok tu (sambil merakam keadaan bumbung kereta).

“Aduh, habis kereta. Pertama kali kena macam ni. Memang b*d*h (penghuni) kawasan ni,” katanya.

Video itu kemudian dikongsikan semula di Twitter hingga mengundang kecaman ramai.

Rata-rata mengecam tindakan pelaku yang dianggap tidak bertamadun kerana membuang sampah merata-rata dan membahayakan keselamatan orang ramai dan harta benda.

Hantaran tersebut ditonton lebih 1.2 juta kali setelah disiarkan di Twitter.

Aku B40 juga tapi pemikiran tak ada sampai tahap macam ni suka hati campak-campak dari atas.
NETIZEN
Antara isu yang dibangkitkan ialah tahap kemalasan serta common sense pelaku hingga tergamak menyusahkan jiran-jiran sendiri.

“Orang pemalas pun mereka ada otak, tahu dekat mana nak buang sampah. Bukannya pakat baling je ikut tingkap.

“Ada beza malas ada otak dengan malas tak ada otak ni,” ujar beberapa netizen.

Komen netizen di Twitter.

Selain itu, beberapa pelayar lain turut berkongsi foto menunjukkan situasi sama pernah dialami mereka sebelum ini.

“Tak semua macam ni tapi memang ada. Apabila cakap nanti tahu pula melenting. Aku pun b40 juga tapi pemikiran tak ada sampai tahap macam ni suka hati campak-campak dari atas.

“Memang penduduk PPR ramai pemalas, pengotor. Aku pernah kena. Lauk dibaling dari tingkat atas. Kereta aku habis calar, door visor patah semuanya,” komen netizen di Twitter.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK