Connect with us

Inspirasi

Kahwin Selama 47 Tahun Dan Dikurniakan 10 Anak, Lelaki Dedah Tak Pernah Melihat Wajah Isterinya

Published

on

Kahwin Selama 47 Tahun Dan Dikurniakan 10 Anak, Lelaki Dedah Tak Pernah Melihat Wajah Isterinya

Baru-baru ini tular mengenai satu kisah yang agak pelik mengenai seorang lelaki yang sudah mendirikan rumahtangga selama 47 tahun. Tiada ada apa yang menghairankan perkahwinannya sudah mencecah 47 tahun, namun lelaki dari Arab Saudi ini mendedahkan bahawa dia tidak permah melihat wajah isterinya sepanjang perkahwinan mereka!

Malah sepanjang perkahwinan mereka, pasangan suami isteri ini telah dikurniakan 10 orang anak. Si suami kemudian mendedahkan sebab dia tidask pernah melihat wajah isterinya. Sebabnya adalah isterinya merupakan salah seorang wanita yang berasal daripada sebuah puak di mana mereka masih memegang teguh dengan tradisi nenek moyangnya yang dianggap sebagai ultra konservatif.

Antara tradisi mereka adalah tidak boleh menunjukkan wajah mereka kepada orang lain termasuk suami sendiri.

Tradisi yang diamalkan oleh puka ini dianggarkan sudah berusia ribuan tahun dan makin dilupakan pada zaman sekarang. Namun begitu masih ada segelintir orang yang meneruskan tradisi ini dan mengamalkannya sehingga sekarang.

Kerana menghormati tradisi dan kemahuan isterinya, si suami tidak memaksa isterinya untuk menunjukkan wajah kepadanya namun dia juga mengakui tidak pernah melihat wajah isterinya sepanjang 47 tahun perkahwinan mereka. Menurut si suami, perkahwinannya dengan isteri tidak masalah untuk meneruskan kehidupan bersama malah sehingga kini mereka sudahpun dikurniakan 10 orang anak.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi

Bos Cakap Tak Guna 1 sen. Aku Balik Kampung Tanam Cili Terkejut Raih RM80,000 Semusim

Published

on

Bos Cakap Tak Guna 1 sen. Aku Balik Kampung Tanam Cili Terkejut Raih RM80,000 Semusim

Di era teknologi yang semakin hari semakin berkembang pesat kita tidak boleh lupa dengan bidang pertanian yang semakin hari semakin berevolusi. Jika dahulu pertanian adalah sesuatu yang tradisional tetapi kini pertanian juga ada yang moden dan di panggil petani moden.

Tidak hairanlah ada segelintir anak muda lepasan universiti kini memilih bɛrbudi pada tanah dengan menggabungkan ilmu yang diper0leh untuk mɛraih pendapatan lumayan. Mɛskipun kɛlihatan tidak bergaya dan mewah, tiada siapa sangka di sebalik wajah kusam dan pakaian lusuh, pɛndapatan mereka mampu mencɛcah RM80,000 semusim iaitu antara tujuh hingga lapan bulan.

Abdul Rahman Mohd Nor, 30, yang pernah mɛnerima tawaran bekerja di pejabat kerajaan pada penghujung tahun lɛpas merupakan antara penanam cili besar atau nama saintifiknya Capsicum anuum, yang bɛrjaya. Anak muda ini berkata minat terhadap bidang itu melɛbihi kɛinginan bekerja di pɛjabat bɛrhawa dingin.

“Sἀya tahu apabila mencɛburi bidang pertanian risik0nya amat besἀr berbanding bekerja di pejabat dengan gaji tetap setiap bulan, namun ia bukan alasan untuk saya mɛncapai impian bɛrgelar petani m0den yang berjaya.

“Apabila saya tamἀt pɛngajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) saya cuba mɛnjalankan tanaman cili secara k0mersil dengan berbɛkalkan ilmu serta tunjuk ajar daripada ayah saya sendiri,” katanya ketika ditemui di ladang miliknya di Kampung Padang Landak, Jɛrtih.

Selἀin itu, beliau juga mengikuti pr0gram kɛusahawanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian sejak tiga tahun lalu. Pɛnglibatan keluarganya dalam pɛnanaman tɛmbakau sejak Abdul Rahman kecil lagi sedikit-sebanyak mɛndedahkannya kepada jerih-perih kehidupan seorang petani, hingga beliau mɛnjadi cukup bɛrsedia menghadapi sebarang risik0.

Lebih membanggakἀn hasil tanaman di tanah seluas tiga ekar (1.2 hektar), Abdul Rahman mampu mɛngutip hasil sehingga 12 tan cili besar semusim, dengan dibantu oleh lima pɛkerjanya.

“Apabila kita memilih untuk bekerja sendiri kita perlu menἀnggung risik0 bersendirian, namun walaupun kita graduan universiti tidak semestinya kita perlu berharap sepenuhnya untuk memegang jawatan besar. Kita mampu berdiri di atas usaha kita di dalam keadaan ekonomi negara kita sekarang ini,” katanya.

Sementἀra itu, se0rang lagi graduan, Rohana Alias, 39, yang mengusahakἀn tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di Fertigasi Alor Lintang, Besut berkata mɛnceburi bidang pertanian b0leh memberikan keser0nokan di samping memperoleh pɛndapatan lumayan.

Menurut Rohἀna, beliau yang mɛnceburi bidang pertanian hampir 13 tahun dan gembira dengan kerjaya pilihannya itu walaupun tidak ramai graduan wanita sepɛrtinya berminat dalam bidang berkenaan.

“Semɛmangnya bekerja dalam bidang ini kita tidak berpakaian cἀntik sebagaimana mereka yang bekerja di pejabat, namun mereka yang bertani ini punyai kɛlebihan tersendiri yang mana saya boleh memilih waktu kerja saya sendiri.

“Walaupun mereka hanya melihat kami bɛrpakaian selɛkeh namun kami masih mampu meraih pendapatan minimum RM20,000 untuk semusim dan kini pasaran MMT yang saya usahakan telah berkembang ke seluruh negeri ini,” katanya.

Beliau berkἀta walaupun mempunyai Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber Alam, Kolej Universiti Malaysia Terengganu (kini Universiti Malaysia Terengganu), beliau tetap akan meneruskan usahanya dalam bidang pɛrtanian walaupun mɛndapat tawaran pekerjaan yang lebih terjamin.

Beliau yakin graduan lain juga mempunyai pɛluang yang sama sekiranya berminat dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa bɛrharap bekerja di pejabat sahaja. Rohana memper0leh ijazah pada 2003 dan pernah mɛndapat kursus berkaitan penanaman dari Pr0gram Inkubat0r Usahawan Belia Tani (IUBT) pada 2007.

Ternyata bahawa tiada alasan buat anak muda yang tidak bekerja. Sebenarnya banyak peluang dan bantuan dari pelbagai pihak untuk membantu anak muda di Malaysia. Kedua-dua petani moden ini seharusnya menjadi contoh kepada anak muda di luar sana yang masih mencari-cari pekerjaan yang sesuai setelah habis belajar.

Jangan terlampau berharap dengan pendidikan tinggi anda akan bekerja selesa dengan pendapatan yang selesa. Jika tiada peluang seharunya anda perlu sendiri mencipta peluang pekerjaan. Seperti anak muda ini sanggup bekerja sendiri demi mencapai cita-cita sendiri. Apapun yang penting adalah minat. Tiada minat semuanya tidak akan menjadi.

sumber: ohinfokini via majalahperdana

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

“Brek sikit, confirm melekat di cermin” – Santai habis 4 beranak naik kereta ubah suai, ‘seatbelt’ tak ada! Jangan kesal kemudian hari

Published

on

“Brek sikit, confirm melekat di cermin” – Santai habis 4 beranak naik kereta ubah suai, ‘seatbelt’ tak ada! Jangan kesal kemudian hari

DEMI mengikut trend, sesetengah pihak sanggup menggadai nyawa dengan mengubah suai kereta untuk kegunaan keluarga.

Memanglah seronok kenderaan kegunaan harian untuk bekerja dan berniaga misalnya dijadikan ruang istirahat bersama isteri dan anak-anak.

Namun, aspek keselamatan dan risiko bahaya jangan pula dipandang ringan.

Satu video yang dikongsi di laman Twitter menunjukkan sebuah kenderaan diubah suai, yang mana tiada lagi tempat duduk penumpang hadapan dan kerusi di belakang.

Yang ada hanyalah platform seperti lantai yang dilapik dengan cadar atau karpet, membolehkan penumpang bebas untuk duduk bersila atau baring secara santai seperti di rumah.

Malah, video berdurasi 30 minit itu turut memaparkan di bahagian belakang kenderaan itu dipasang TV dan rak kecil, dan kelihatan dua kanak-kanak sedang baring menonton program.

Kanak-kanak baringdi bahagian belakang ketika kenderaan sedang bergerak.

Si isteri pula bersila di bahagian tempat duduk penumpang hadapan, dengan sebelah tangan berpaut pada pemegang pintu.

Hanya pemandu sahaja yang berada dalam posisi sebenar di dalam kereta, dilengkapi tempat duduk yang sempurna dan tali pinggang keledar.

Bagaimanapun, seorang pemuda mempersoalkan aspek keselamatan dan risiko bagi pemilik kenderaan seisi keluarga.

Hanya pemandu yang dilengkapi dengan tempat duduk sempurna dan tali pinggang keledar.

“Nampak cantik, selesa kan? Tapi kebarangkalian untuk mati pun naik mendadak kalau kemalangan.

“Jangan buat macam ni. Sayangi ahli keluarga anda,” tulisnya menerusi satu ciapan di Twitter.

Rata-rata netizen turut bersetuju mengenai modifikasi kenderaan tersebut yang mengundang bahaya terutama ketika bergerak di jalan raya.

Malah, segelintirnya menyifatkan si pemandu hanya mementingkan diri sendiri, tanpa mempedulikan keselamatan orang lain.

“Dia lupa kelajuan kenderaan dengan momentum kot.

Bahaya setiap orang tak ada seatbelt. Nauzubillah kalau jadi apa-apa, berkecamuk tu.
NETIZEN
“Ni brek sikit je, confirm melekat kat cermin depan semua tu. Bahaya.

“Windscreen (cermin depan) pun dah retak.

“Eloklah tu, yang suami pakai seatbelt, lain-lain tak pakai. Bila kemalangan jadi apa-apa yang nak meraung dia juga nanti. Nauzubillah, jadilah ketua keluarga yang bijak.

Aspek keselamatan terhadap keluarga ini menjadi kebimbangan.

“Setuju. Begitu juga dengan orang yang naik kereta tapi pemandu dan penumpang sebelah je pakai seatbelt, yang belakang semua tak pakai.

“Keselamatan diketepikan, tak selesa pun dia ubah suai macam tu terutama bahagian penumpang. Kena bersila je, turun kereta terus cramp kaki tak boleh melunjur.

“Bahaya setiap orang tak ada seatbelt. Nauzubillah kalau jadi apa-apa, berkecamuk tu,” demikian antara komen netizen.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Noorkhiriah rasa puas, bantu urus jenazah dibiar hampir setahun dalam peti mayat

Published

on

Noorkhiriah rasa puas, bantu urus jenazah dibiar hampir setahun dalam peti mayat

Tiada yang lebih menggembirakan buat pelakon, Noorkhiriah apabila dapat menunaikan fardu kifayah dengan menguruskan jenazah secara percuma diusahakan bersama suami, Azfaizul Ahtan di bawah Pertubuhan Amal Nur by Khiriah.

Biarpun pernah memberitahu hanya membantu dari segi aspek perkongsian dan hebatan melalui laman Instagram, ia tetap sifat terpuji kerana memudahkan urusan seseorang.

Bantu urus 3 jenazah tanpa waris
Terbaharu, pelakon drama Nur ini berkongsi di laman Instagram miliknya dengan memaklumkan pertubuhan amal diusahanya berjaya menguruskan tiga jenazah tanpa waris yang dibiarkan hampir setahun dalam peti mayat.

Dalam pada itu, Noorkhiriah meluahkan kesyukuran kerana suaminya dan pasukan kerja dari pertubuhan amal berkenaan selamat menguruskan jenazah pada pagi tadi.

“Tiga jenazah tanpa waris, hampir setahun dalam peti mayat selesai diuruskan siang tadi.
“Alhamdulillah, semoga Allah membalas jasa baik kalian,”tulisnya.

Rasa puas bila tengok muka suami dapat bantu uruskan jenazah
Dalam pada itu, pemilik nama Noorkhiriah Ahmad Shapie meluahkan rasa seronok dan puas apabila dapat melihat air muka suaminya kerana dapat membantu menguruskan jenazah.

“MasyaAllah, seronok tengok muka cik suami (di akhir video). Puas dapat membantu, sayang papa,”ucapnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

Moga dipermudahkan urusan, besar ganjaran buat kalian..
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana rata-rata warganet berterima kasih dan mendoakan agar urusan pertubuhan amal diusahakan oleh Noorkhiriah dan suami dipermudahkan.

Simpan nombor ini andai terjadi kematian
Di kesempatan itu, Noorkhiriah meninggalkan nombor telefon di ruangan komen sekiranya orang ramai memerlukan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma.

Terdahulu, Noorkhiriah pernah memaklumkan kerja amal itu dilakukan bagi membuatkan dirinya terus istiqamah dan mengingati kematian.

Sumber: Instagram @khiriah17

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK