Connect with us

Viral

Justice For Bella: Bainun Arah Saya Gi’git Perut Bella! – Saksi

Published

on

JUSTlCE FOR BELLA

Bainun arah saya gi’git perut Bella – saksi’

KUALA LUMPUR – Seorang bekas penghuni Rumah Bonda memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa dia diarah oleh pengasas rumah kebajikan itu Siti Bainun Ahd Razali supaya menggi’git perut seorang kanak-kanak perempuan sindr0m D0wn yang dikenali Bella.

bainun

Siti Bainun ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang merupakan s4ksi pendakwaan kelima berkata, dia bertindak sedemikian kerana Bella tidak mengikut arahan Siti Bainun supaya berdiri di bahagian dobi (laundry) sebuah unit kondomonium di Wangsa Maju.

“Ini menyebabkan Siti Bainun ge’ram, jadi dia arah saya ambil picagari berisi air panas, bagi pada Bella. Bella mengg3lupur, tapi dia (Bella) tak rasa s4kit menyebabkan Siti Bainun jadi m4rah kemudian dia arah saya gi’git perut Bella,” kata s4ksi itu.

S4ksi itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas.

Menceritakan kembali kejadian di mana Bella ditemui dengan kesan luk4 pada 24 Jun 2021, Yasmin berkata rakan baik Siti Bainun, Zurianty Sudin yang merupakan s4ksi pertama yang dikenali sebagai ‘mommy’ men4ngis apabila tiba di pintu pagar unit kondominium tersebut apabila melihat keadaan Bella yang ku’rus seperti tidak cukup makan.

“Kedatangan ‘Mommy’ datang ke kondominium untuk bertanya khabar begitu juga anak-anak kecil lain. Mommy terk3jut apabila melihat Bella dan bertanya kepada kami kenapa Bella boleh jadi begini.

“Kami beri alasan Bella tidak mahu makan dan membuang makanan, tidak mahu mandi, n4kal dan tidak mendengar arahan serta bertindak agr3sif,” katanya.

Bagaimanapun saksi itu berkata, Siti Bainun melalui panggilan telefon telah mengarahkannya mengajar Bella supaya men’ipu sekiranya ada orang bertanya mengenai keced3raan Bella.

“Contohnya, kalau ada orang tanya Bella “ada orang pu’kul tak”, suruh Bella cakap “tak ada”. Kalau ditanya mengenai keced3raan air panas pula, suruh Bella beritahu, dia buat kepada diri sendiri.

S4ksi itu memberitahu, dia dan dua lagi penghuni itu tidak sempat mengajar Bella kerana Mommy telah menelefon ambul4ns dan Bella telah dibawa turun ke bawah kondominium untuk menaiki ambul4ns.

Ujar s4ksi itu, dia berasa t4kut selepas ‘mommy’ mengetahui keadaan Bella, namun menjadi lebih t4kut sekiranya Siti Bainun mengetahui mereka memec4hkan r4hsia berkenaan(keced3raan Bella).

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi Rabu depan.- KOSMO! ONLINE

ARTIKEL BERKAITAN :

Bella cerita pada ‘mommy’ dia di ‘cili’, dijirus, diik4t – Saksi

bainun

Siti Bainun (kiri) bersama peguamnya ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – S4ksi pend4kwaan pertama dalam kes Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang did4kwa atas pertu’duhan meng4bai dan meng4niaya seorang kanak-kanak perempuan Sindr0m D0wn memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa remaja perempuan yang dikenali sebagai Bella ada memberitahu bahawa dia di ‘cili’, dijirus air p4nas dan diik4t.

Zurianty Sudin ,39, yang juga rakan kepada Siti Bainun berkata, perkara itu dimaklumkan ketika dia dan Bella di dalam ambul4ns semasa mereka dalam perjalanan ke H0spital Kuala Lumpur (HKL) pada Jun 2021.

“Semasa dalam ambul4ns ke HKL, saya ada bertanya kepada Bella apa yang jadi, Bella yang mengatakan dia di ‘cili’ dijirus air p4nas dan kena ik4t,” ujar saksi itu yang dipanggil ‘mommy’ oleh Bella selain Bella turut memaklumkan perbuatan itu dilakukan beberapa individu.

Kata s4ksi itu, setibanya di HKL, dia melihat keadaan Bella seperti tidak l4rat berjalan selain Bella turut mengatakan kakinya s4kit.

Tambah s4ksi itu lagi, sepanjang Bella berada di h0spital, Siti Bainun tidak pernah bertanyakan mengenai keadaan Bella sebaliknya hanya bertanyakan mengapa mengambil anak-anak angkatnya dan di hantar ke pusat ku4rantin di M4eps, Serdang pada masa itu.

Terdahulu, s4ksi itu memberitahu dia dan Bella ke HKL pada 24 Jun 2021 selepas mendapati remaja berkenaan mengalami keceder4an seperti mele’cur di bahagian tangan, d4da, p4ha dan beberapa bahagian lain sebelum satu laporan p0lis dibuat pada hari sama.

Pada pr0siding sama, semasa ditanya mengenai hubungan Siti Bainun dan Bella, s4ksi itu mengatakan, pada mulanya hubungan mereka sangat baik apabila Siti Bainun dilihat sangat meny4yangi Bella.

“Siti Bainun pandai ambil hati Bella apabila suka membeli barangan solekan dan baju baru…namun pada Ogos (2020), saya mula lihat mereka tidak berapa mesr4 selepas Siti Bainun enggan membawa Bella berjalan ke Kuala Selangor untuk ke rumah abang ipar Siti Bainun,” kata s4ksi itu yang mengenali Siti Bainun sejak tahun 2015.

Tambah s4ksi itu, berikutan keengg4nan Siti Bainun membawa Bella, dia ada bertanya kepada Siti Bainun mengapa bertindak sedemikian, dan Siti Bainun memberitahu dia enggan membawanya kerana Bella suka ‘buat per4ngai dan d3gil’.

Ekoran keengganan Siti Bainun untuk membawa Bella menaiki kereta, s4ksi itu kemudian mempelawa Bella menaiki keretanya sehingga mereka ke Kuala Selangor. Kata s4ksi itu, selain Bella dan Siti Bainun, turut ke tempat itu ialah tujuh lagi anaknya.

Sementara itu, meny3ntuh mengenai d3skripsi (gambaran terperinci) berkaitan Bella, saksi itu berkata meskipun Bella seorang Sindr0m D0wn, dia seorang remaja perempuan yang sangat rajin, dan berdikari serta boleh menguruskan diri sendiri seperti solat dan sangat pembersih.

BACA JUGA :

S4ksi akui r4kam video Bella ced3ra

bainun

Siti Bainun (tengah) semasa hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – S4ksi dalam k3s Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang did4kwa atas pertuduh4n meng4bai dan meng4niaya seorang kanak-kanak perempuan Sindr0m D0wn mengakui bahawa dia merupakan individu yang mer4kam video keced3raan Bella di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini pada Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, s4ksi pend4kwaan pertama itu Zurianty Sudin, 39, yang juga rakan baik Siti Bainun, menafikan rak4man video yang diambil itu untuk ‘le4k’ (b0cor) atau disebarkan dalam media sosial selain untuk mendapatkan perhatian umum.

Ketika pemeriks4an balas cadangan peguam Asiah Abd. Jalil adakah hanya s4ksi itu yang merakam video tersebut, saksi itu bersetuju dengan cadangan soalan itu.

Dalam pr0siding sama, Zurianty turut mengakui bahawa dua lap0ran polis dibuat masing-masing pada 24 Jun dan 1 Julai 2021 bertujuan supaya Siti Bainun dit4ngkap selain bersetuju dengan cadangan peguam, dia menulis ‘hari -hari’ di laman sosial Facebook ‘c0unting days’ (menghitung hari berhubung k3s Bella).

Dalam pada itu, s4ksi turut mengatakan bahawa dia tidak berasa ‘apa-apa’ selepas mengetahui rem4n Siti Bainun dit0lak selepas wanita itu dit4ngkap pada 15 Julai tahun lalu (2021).

“Saya tidak berasa apa-apa kerana anggap itu adalah pr0sedur biasa,” katanya ketika menjawab soalan pegu4m berhubung perasaanya selepas mengetahui rem4n Siti Bainun ditolak.

Dalam pr0siding sama, saksi itu tidak bersetuju terhadap dua soalan balas peguam terbabit yang mencadangkan bahawa dia mewujudkan cerita terdapat k3s d3ra dan mengajar penghuni di Rumah Bonda membuat lap0ran p0lis sebagai ‘Plan B’ supaya Siti Bainun dit4ngkap.

Dalam pr0siding hari ini, pendakw4an diwakili Timbalan Pend4kwa Raya Zahida Zakaria.

Perbic4raan dihadapan Hakim Mahk4mah Sesyen Izralizam Sanusi bersambung lagi Isnin ini.

Mengikut pertu’duhan, Siti Bainun, 30, did4kwa sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun telah meng4baikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami keced3raan fizikal dan em0si.

Kes4lahan itu did4kwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Seksyen 10, Wangsa Maju di sini antara bulan Februari sehingga Jun tahun 2021, yang didakwa mengikut S3ksyen 31(1)(a) Akt4 Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihu’kum dibawah seksy3n sama. – KOSMO! ONLINE

Semasa

Pasangan guru maut kemalangan, bekas pelajar luah sedih hilang kata-kata

Published

on

Pasangan guru maut kemalangan, bekas pelajar luah sedih hilang kata-kata

Pemergian pasangan guru yang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 274, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), Kemaman petang tadi mengundang rasa sayu orang ramai.

Menurut laporan Harian Metro, Arbain Baharudin, 47, dan isterinya Rosmayati Bakar, 48 maut di lokasi kejadian manakala anak mereka tiga anak mereka yang cedera dirawat di Hospital Kemaman.

Menerusi laman Facebook, beberapa kenalan terutama individu yang pernah menjadi anak didik pasangan tersebut memuat naik posting meluahkan rasa sedih atas pemergian kedua-dua mangsa.

Rata-rata mengucapkan takziah dan menitipkan al-Fatihah selain mengimbau semula kenangan sewaktu hayat suami isteri berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila MPV Toyota Estima dipandu Arbain terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh pembahagi lebuh raya lalu terbalik.

Difahamkan, pasangan guru yang bertugas di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang itu tercampak lima hingga 10 meter dari kenderaan mereka dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Sumber: Facebook search, Harian Metro (Rosli Ilham)

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Kesian… nak beritahu ada ular, disangka mahu ayam goreng! Dah 2 kali selamatkan tuan, siapa kata kucing hitam bawa malang?

Published

on

Kesian… nak beritahu ada ular, disangka mahu ayam goreng! Dah 2 kali selamatkan tuan, siapa kata kucing hitam bawa malang?

ORANG kata kucing hitam dianggap malang, membawa petanda buruk. Betul ke?

Mungkin tanggapan itu sekadar mitos dan kepercayaan bagi sebahagian masyarakat, tidak kiralah sama ada di Malaysia atau di luar negara.

Namun, seekor kucing hitam menjadi perhatian di media sosial apabila pemiliknya mendedahkan haiwan peliharaannya itu sudah dua kali membantu menyelamatkan individu lain.

Kucing hitam yang dibela Emma sejak kecil.

Bercakap kepada mStar, pemiliknya, Nurul Irma Ismail berkata, kucing hitam yang diberi nama Bulan Gerhana itu merupakan baka domestic long hair dan berusia tujuh tahun.

Memeliharanya sejak kecil, dia yang lebih mesra disapa Emma memberitahu, kucing jantan itu merupakan haiwan yang sangat manja dan mudah dijaga.

“Kejadian pertama berlaku tiga tahun lalu di rumah keluarga saya di Bukit Wang di Jitra, Kedah. Masa tu hanya mak dan Bulan (panggilan kucing) di rumah.

“Mak saya panaskan kuali sebelum masak lauk makan tengah hari, kemudian dia pergi tengok TV kat ruang tamu sehingga lupa. Biasa la mak dah tua, usia 60an.

“Masa tengok TV, mak perasan Bulan asyik meow, dia datang ruang tamu meow-meow dan kembali ke dapur. Tapi mak saya tak kisah sangat sebab Bulan suka meow,” katanya ketika dihubungi.

Bulan sangat manja dan mudah dijaga.

Bagaimanapun, Emma yang berusia 30 tahun berkata, kucingnya itu berulang kali mengiau dan berjalan antara ruang tamu dan dapur.

“Mak pun pusing tengok dia sambil tanya kenapa? Masa tu baru mak ternampak dapur dah berasap. Kelam-kabut mak bangun dan capai tuala untuk padam api kat dapur.

“Mak melecur sikit di bahagian dagu masa nak padam sebab api dah tinggi, apabila letak tuala, api tu macam menyambar ke muka sikit.

“Apabila api dah padam baru Bulan berhenti meow. Tiada apa yang serius selain kerosakan kecil di bahagian dapur,” ujarnya.

Anggota JPAM membawa keluar ular dari kedai makan.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu lagi, insiden kedua pula baru berlaku minggu lalu di kedai makan abangnya yang terletak di hadapan rumah.

“Bulan jarang ada di kedai waktu pagi. Tapi hari tu dia di situ sampai abang dan kakak datang buka kedai kira-kira pukul 10.30 pagi. Buka je kedai, Bulan masuk sambil meow-meow.

“Kakak saya ingatkan Bulan lapar sebab dia selalu minta ayam goreng, tapi Bulan buat macam curious tentang something, dia jalan perlahan-lahan ke meja tempat bancuh air.

Sebenarnya, tak ada kucing pun yang bawa malang dalam hidup ni.
EMMA
“Bulan macam tengok sesuatu dan terus berjalan mengundur. Kakak pun hairan dan dia jenguk bawah meja nak tengok apa yang Bulan nampak,” tambahnya.

Kata Emma, alangkah terkejutnya apabila kakaknya terpandang seekor ular yang sedang melingkar di bawah meja.

Kucing hitam yang dibela Emma sejak kecil.

“Tapi bukan ular biasa, abang tengok nampak sisik besar-besar… baru tahu itu adalah ular tedung selar.

“Abang hubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi membantu mengeluarkan ular tedung tu dari kedai. Lepas abang dan kakak tahu pasal ular tu Bulan pun berhenti meow.

“Alhamdulillah, semua okay dalam kejadian ni. Tapi kalau Bulan tak beritahu ada ular, tak pasti la apa yang akan jadi sebab ular tu besar betul,” katanya lagi.

Emma menolak tanggapan kucing hitam pembawa malang.

Turut membela tujuh lagi kucing, Emma yang mengusahakan bisnes dalam talian berkata, perkongsiannya itu sebenarnya untuk memberitahu bahawa sekiranya manusia menjaga haiwan dengan baik dan sempurna, dengan izin Allah ia akan menjaga dan melindungi kita juga.

“Saya juga nak ubah stereotaip orang tentang kucing hitam ni pembawa malang. Sebab Bulan kucing hitam dan dia adalah kucing paling bertuah yang saya ada.

“Sebenarnya, tak ada kucing pun yang bawa malang dalam hidup ni. Kucing pun makhluk Tuhan juga yang perlu disayangi,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Lepaskan! Lepaskan! ronta si bibik. Aku tak kira, ini aku punya balas Oyen. Perebutan ini berakhir dengan.

Published

on

Lepaskan! Lepaskan! ronta si bibik. Aku tak kira, ini aku punya balas Oyen. Perebutan ini berakhir dengan.

Kucing adalah teman setia kepada manusia selain daripada bin4tang lain selain anj1ng. Sifat penyayang, lemah lembut dan kecomelan kucing menjadikan ianya bin4tang peliharaan yang amat digemari oleh penggemar kucing tidak kira jenis kucing baka yang terbaik atau kucing biasa.

Lain pula yang terjadi kepada pemilik seekor kucing yang diberi nama Trekkie ini, trekkie sangat suka akan makanan bahkan trekkie sangat suka makan makanan apa sahaja asalkan ianya makanan. Beberapa video yang menunjukkan ketekunan trekkie yang mengejar dan merebut makanan daripada pemiliknya membuatkan ramai teruja melihatnya.

Dimana sahaja ada makanan, trekkie akan segera mengejar makanan tersebut walaupun terpaksa memanjat, menerk4m mahupun merebut daripada sesiapa sahaja. Selalunya kucing ini tidak ada yang agres1f seperti trekkie sampai pandai membuka bungkusan makanan yang memang dibeli untuk trekkie.

Mempunyai lebih daripada 600 ribu pengikut di aplikasi Tik T0k membuatkan trekkie menjadi kucing yang popular dek kerana lagaknya yang agres1f dalam mengejar makanan.

LIHAT VIDEO DISINI

Walaupun begitu, baru2 ini penjaga trekkie membuat kenyataan bahawa trekkie sudah tiada lagi di dunia ini.

Tiada maklumat lengkap yang dapat dikongsikan berhubung kehilangan kucing bernama trekkie itu. Trekkie akan diingati walaupun sudah tiada dan sampai sekarang video kecomelan trekkie ini mendapat jutaaan tontonan di seluruh dunia.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK