Connect with us

#PANDUAN

Jawatan Kosong di Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS

Published

on

Jawatan Kosong di Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS

Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong sebagaimana berikut:

  • 1. PENOLONG JURUTERA JA29

PERMOHONAN

Permohonan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemohon dimestikan memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume / CV, maklumat penuh peribadi, gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik.

Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan / mohon online (SILA RUJUK IKLAN). Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

IKLAN RUJUKAN

Sumber:jobcari

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#PANDUAN

Cara Buat Maggi Kari Tumis, Hirup Kuah Sampai Licin. Nie Baru Sedap Makan Meggi.

Published

on

Cara Buat Maggi Kari Tumis, Hirup Kuah Sampai Licin. Nie Baru Sedap Makan Meggi.

Musim hujan ni, kalau dapat hirup kuah memang nikmat habis. Lagi-lagi kalau buat Maggi Kari Tumis, mesti lagi berebut.

Memang maggi ni favourite semua orang lah senang kata. Siapa je yang boleh tolak kalau dioffer.

Nak masak maggi kari ni, kena pandai tau. Silap cara memang boleh spoil mood nak makan lah jawabnya. Dan paling penting nak masak maggi kari tu tak boleh nak masak banyak-banyak sekali gus. Nanti boleh lari rasanya.

Maggi kari ni semua orang pandai buat. Asal magginya lembut, letak prencah, bubuh telur, masukkan sayur dah siap. Tapi nak yang super sedap mestilah ada caranya.

Ikuti resipi dari perkongsian Adie Ryhan ni. Tengok gambar pun dah boleh buat kita terliur tau.

Nak masukkan bahan apa, terpulang kepada kita. Ada yang suka masukkan ayam, sosej, dan nak mewah sikit boleh masukkan udang dan ketam. Memang hirup kuah sampai licin lah kita nanti.

Resipi Maggi Kari Tumis
Buat masa ni, min pernah buat maggi kari sahaja tau. Untuk maggi tomyam dan maggi lain belum pernah cuba. Boleh lah korang cuba jika tak suka yang kari.

Bahan-bahan:

1 pek Maggi Kari
Bawang putih
Bawang Holland
Cili Padi
1 biji telur
1 sudu air limau
Sayur Sawi
Isi ayam / Udang / Sotong
Cara memasak:

1) Tumiskan bawang putih + bawang holland + cili padi.

2) Masukkan udang atau apa² lauk pilihan.

3) Masukkan sambal. Gaul sehingga rata.

4) Masukkan air, kemudian masukkan perencah megi kari.

5) Sedikit air limau.

6) Masukkan megi dan sayur pilihan. Besarkan api.

7) Sebelum megi lembut, slow kan api, pecahkan sebiji telur. Lepas tu kuat kan api balik.

Nak pedas, boleh racikkan cili padi dan tumis sekali pada awal tadi. baru lah ngam!

Sebelum ni pernah juga min tengok beberapa versi buat maggi kari tumis ni. Termasuklah yang dikongsikan oleh Kak Lina Pom Pom tu. Haa beliau masukkan sedikit serbuk kari untuk sedapkan lagi rasa.

Selamat mencuba!

 

Continue Reading

#PANDUAN

Bantuan Kerajaan Kepada Rakyat

Published

on

By

Bantuan Kerajaan Kepada Rakyat

Kerajaan Malaysia komited dalam membantu rakyatnya yang memerlukan bantuan. Terdapat pelbagai program dan polisi yang telah diperkenalkan untuk memenuhi keperluan ini. Berikut merupakan di antara beberapa yang telah diperkenalkan:

Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup atau BSH adalah satu bantuan daripada Kerajaan yang ditujukan kepada beberapa kategori penerima yang telah dikenalpasti. Bantuan diberikan dalam bentuk tunai kepada penerima yang layak dan ditentukan melalui satu set kriteria yang telah diumumkan oleh kerajaan. Selain bantuan tunai, mereka yang menerima BSH juga layak untuk menyertai Skim Khairat Kematian yang diwujudkan di bawah BSH ini.

Maklumat Lanjut

Skim Mysalam

Skim perlindungan kesihatan nasional mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun serta pasangan mereka. Pada tahun 2020, skim ini juga telah diperluas kepada individu berkategori M40 iaitu mereka yang mempunyai pendapatan kasar tahunan di bawah RM 100,000.00.

Maklumat Lanjut

Program Rebat Elektrik Rm40

Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih. Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga RM40 setiap bulan.

Maklumat Lanjut

Pas Tanpa Had MyRapid MY100/MY50

My100 dan My50 adalah pas yang menawarkan perjalanan tanpa had pada rangkaian kereta api dan bas Rapid KL selama 30 hari berturut-turut. Penumpang boleh melakukan perjalanan beberapa kali dalam sehari di mana-mana rangkaian Rapid KL atau bas, dengan tambang yang dikenakan pada bayaran sebanyak RM100 untuk 30 hari untuk perjalanan tanpa had di LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT ; atau RM50 untuk 30 hari untuk perjalanan tanpa had hanya pada bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT, tetapi tidak termasuk BRT.

Maklumat Lanjut

Bantuan Awal Persekolahan

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Maklumat Lanjut

Skim I-SURI

Pelaksanaan Skim KWSP Untuk Suri Rumah (i-SURI) diperkenalkan bagi mewujudkan jaringan sosial dan seterusnya memperkasa hak wanita dan mengiktiraf kepentingan peranan kaum hawa. Kumpulan sasar yang akan mendapat manfaat di bawah skim ini adalah semua yang merupakan suri rumah kepada Ketua Isi Rumah , Ketua Isi Rumah dalam kalangan ibu tunggal, balu dan wanita belum berkahwin yang berdaftar dalam Sistem e-Kasih kendalian Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Maklumat Lanjut

Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 50 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

Maklumat lanjut

Program I-SINAR

i-SINAR dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat COVID-19. Bagi ahli KWSP yang terkesan dan ingin membuat pengeluaran boleh membuat permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang layak.

Maklumat Lanjut

Sumber:pmo.gov

Continue Reading

#PANDUAN

BKC: Sebahagian Bantuan Berterusan Hingga Akhir Tahun

Published

on

By

BKC: Sebahagian Bantuan Berterusan Hingga Akhir Tahun

PUTRAJAYA: Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah sebahagian daripada bantuan berterusan kerajaan kepada rakyat sehingga akhir tahun ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan tunai yang disediakan kerajaan kepada hampir 10 juta penerima sehingga kini adalah sebanyak RM12.3 bilion.

Beliau berkata, jumlah itu merangkumi keseluruhan pembayaran BKC, Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan BPR Tambahan.

“Baki pembayaran BPR (Fasa 3 dan rayuan), BKC (Fasa 2 dan Fasa 3) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) juga dijangka akan disalurkan kepada penerima antara September hingga Disember 2021 dengan anggaran sebanyak RM4.8 bilion.

“Secara keseluruhannya, kerajaan telah memperuntukkan RM17.1 bilion pada tahun ini bagi pelaksanaan BPN 2.0, BPR, BPR Tambahan, BKC dan BKP yang sudah dan akan disalurkan kepada penerima yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Laporan Agensi Pelaksanaan Ekonomi Dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA) Ke-67, semalam.

Dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul berkata, kerajaan ketika ini sedang berusaha mengukuhkan ketahanan dan kesiapsiagaan sistem kesihatan awam untuk menangani pandemik di masa hadapan, di samping bersedia berhadapa cabaran jangka panjang populasi yang semakin menua dan penyakit tidak berjangkit.

Beliau berkata, Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah pendekatan komprehensif untuk memulihkan keyakinan rakyat disamping membenarkan ekonomi dibuka dengan selamat.

PPN, katanya menilai kesediaan negara untuk mengurangkan sekatan secara holistik, mengambilkira keperluan untuk pelbagai aspek pemulihan.

Katanya, imunisasi penduduk Malaysia adalah kunci bagi pemulihan ekonomi Malaysia dan dijangka akan mencapai 100 peratus vaksinasi penuh pada akhir Oktober ini.

“Kegawatan ekonomi tidak memberi kesan yang sama kepada semua rakyat, malah rakyat juga tidak mampu memikul beban terpaksa menanggung kesan yang paling teruk.

“Justeru, komponen penting dalam agenda pemulihan PPN dan Belanjawan 2022 adalah ekonomi. Dalam jangka masa terdekat, sektor yang paling teruk dan isi rumah yang paling terjejas akan dibantu. Tonggak utama pemulihan ekonomi adalah penciptaan pekerjaan.

“Belanjawan 2022 juga akan dikonseptualisasikan sebagai belanjawan pemulihan bagi melengkapkan usaha reformasi jangka panjang kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12),” katanya.

Tengku Zafrul berkata, sejajar dengan semangat #KeluargaMalaysia, institusi kewangan pembangunan (DFI) turut disaran memberikan sokongan penuh di dalam tempoh pemulihan ekonomi negara ini.

Beliau berkata, antara sokongan yang perlu diberikan DFI adalah dari segi pembiayaan yang diperlukan untuk memulih dan memelihara perniagaan serta menyediakan pelbagai peluang pekerjaan yang menyokong kehidupan rakyat secara langsung.

Katanya, sokongan segera dari pihak DFI bagi menghindari impak jangka panjang ini terutamanya diperlukan bagi perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam sektor strategik seperti sektor pertanian, pembangunan infrastruktur, aktiviti maritim, eksport serta industri berteknologi tinggi dan bermodal intensif.

“DFI memainkan peranan yang strategik dan penting dalam merangka strategi pemulihan ekonomi negara yang bersepadu, dengan menyumbang kepada usaha kritikal memulih dan memelihara kapasiti perniagaan, selaras dengan objektif penubuhannya sebagai instrumen penting pembangunan sosio-ekonomi rakyat.

“Sehubungan itu, DFI disarankan untuk merangka penyelesaian yang praktikal seperti pembiayaan yang tidak membebankan untuk membolehkan perniagaan kembali pulih dan beroperasi secepat mungkin,” katanya.

Sumber:beritaharian

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK