Connect with us

Viral

“Jahitan ni lagi sakit dari jahit beranak.. nasib tak kena kat mata” – Shuhada

Published

on

“Jahitan ni lagi sakit dari jahit beranak.. nasib tak kena kat mata” – Shuhada

Isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menyifatkan kesakitan menerima jahitan kecederaan pada bahagian wajahnya adalah lebih perit berbanding kesakitan sewaktu jahitan bersalin.

Nurul Shuhada atau mesra dengan panggilan Shu berkata, dia juga sukar untuk menjawab soalan apabila ditanya jika suaminya membantu atau tampil memohon maaf selepas kejadian ditumbuk sebanyak tiga kali pada Khamis lalu.

“Hadiah hari jadi (penumbuk) saya ke-29, dapat lebih daripada 10 jahitan. Jahit ni lagi sakit dari jahit beranak, sakit sangat-sangat. Nasib tak kena kat mata, tak pasal buta sebelah lagi la susah kan.
“Tak boleh nak describe macam mana. Susah nak cakap. Kita tak tahu keikhlasan orang. Dah minta maaf ke? Hanya Allah yang tahu,” katanya ketika ditemu bual Melodi.

Sementara itu, dia juga memilih jawapan ‘selamat’ apabila ditanya sekiranya Hafidz pernah melakukan tindakan lebih teruk sehingga dirinya nekad untuk tidak menoleh ke belakang.

“Rasanya dia lagi tahu. Sbu tak boleh nak komen sangat, benda dah lepas. Shu harap perkara ini akan iktibar untuk semua. Kalau pun pernah terjadi, serahkan kepada pihak polis untuk selesaikan. Kita tahu kita di tangan yang betul,” ujarnya.

Pada masa sama, Nurul Shuhada menafikan membuat provokasi seperti dakwaan segelintir netizen sehingga suaminya yang berusia 29 tahun itu tergamak ‘naik tangan’.

“Dah tujuh tahun kahwin dengan Hafidz, dah tahu perangai dia macam mana. Macam mana nak handle. Dari pengalaman yang lepas.. kalau saya mengeluarkan kata-kata provokasi, memang saya bodohlah untuk dapat luka macam ni.
“Pihak luar sana, korang tak kenal Shu macam mana. Shu dan Hafidz still bercakap dengan baik. Dengan pihak ketiga pun, saya takkan jatuhkan maruah pergi tarik-tarik rambut,” luahnya lagi.

Malah, ibu dua cahaya mata itu juga menitipkan ucapan yang baik-baik jika ditakdirkan suaminya bertemu jodoh dengan orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tangga mereka iaitu Athira Yuhada.

“Kalau betul Hafidz dan Athira berkahwin, saya mengucapkan selamat pengantin baharu. Hidup la dengan bahagia, tenang, dirahmati Allah SWT. Semoga perkahwinan anda berdua kekal hingga ke jannah,” katanya.

Tonton temu bual minit 51:34

Terdahulu, kejadian berlaku ketika mereka dalam kereta di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor sebelum Nurul Shuhada tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang.

Sumber: YouTube TV3 Malaysia

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#CELEB

[VIDEO] ‘Clever Anak Menantu Mama, Tapi Next Time Serai Buang Kulit Luar’

Published

on

[VIDEO] ‘Clever Anak Menantu Mama, Tapi Next Time Serai Buang Kulit Luar’

Sebelum ini, pelakon Elisya Sandha menerima teguran daripada netizen gara-gara memotong limau nipis dengan cara yang salah.

Terbaru, Elisya sekali lagi mencuri perhatian netizen tatkala sedang menyediakan juadah berbuka untuk suaminya, Uzair Haqimy.

Tak ketuk dan buang kulit

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Menerusi perkongsian di Instagram, Elisya memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sedang memasak juadah berbuka di dapur.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah bahan masakan yang digunakan Elisya iaitu serai tidak tidak diketuk dan dibuang kulit luar dengan sempurna.

Lebih mencuri tumpuan, ibu mentuanya iaitu Sheila Rusly turut meninggalkan komen pada perkongsian video berkenaan.

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Sheila memberi pujian buat menantunya itu kerana rajin dan pandai menyediakan juadah berbuka buat anaknya.

Namun begitu, Shiela turut memberi teguran agar serai yang digunakan perlu diketuk terlebih dahulu dan dibuang kulit luar sebelum memasak.

Sumber: Elisya Sandha

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Viral

Alif Satar Kongsi Bagaimana Bapa Saudaranya Arw4h Nassier Wahab Sentiasa Kelihatan Muda

Published

on

Alif Satar Kongsi Bagaimana Bapa Saudaranya Arw4h Nassier Wahab Sentiasa Kelihatan Muda

Siapa sangka wajah awet muda yang dimiliki Allahyarham Nassier Wahab mempunyai rahsianya yang tersendiri. Pelakon dan penyanyi popular, Alif Satar sendiri pernah mendedahkan rahsia awet muda Nassier Wahab yang juga merupakan bapa saudaranya menerusi Instagram miliknya.

Ternyata 4rwah bapa saudaranya itu sering mengamalkan surah Yusuf sehingga wajahnya kelihatan tampak muda dan tampan sepanjang masa. Tidak dinafikan, wajah Nassier kekal tampan dan muda seperti zaman mudanya. Selain itu, Alif juga telah menganggap arw4h Nassier Wahab antara idola yang digemarinya dalam bidang muzik.

“Ini bapa saudara saya Nassier Wahab, itulah dia di sebelah kiri bersama piano yang dimainkan di rumah lama saya pada 20 tahun lepas dan saya di situ senyum sampai ke telinga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

”Pak cik Nassier ni suka baca surah Yusoff dan menjelaskan kenapa dia sentiasa kelihatan kacak sehingga ke hari ini.

“Dia juga sudah tentu hero muzik saya ketika membesar. Terima kasih pak cik Nassier” tulis Alif menerusi kapsyen di laman IGnya.

Alif juga telah memuatnaik fotonya bersama arw4h Nassier ketika dia kecil sehingga foto yang terkini beserta kapsyen yang ditulis. Namun, selepas menerima berita pemergian bapa saudaranya, Aliff sekali lagi memuat naik foto yang sama beserta kapsyen “Saya akan sentiasa mengingati Pak Cik Nassier.. Innalilahiwainnailayhirajioun.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Pengikut-pengikut Alif Satar dan beberapa rakan artis turut mengucapkan t4kziah dan sedekahkan Al-Fatihah di atas pem3rgian bapa saudaranya.

Patut lah nampak muda dan kacak je bila tengok wajah 4rwah Nassier Wahab. Al-fatihah buat 4rwah dan moga ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Sumber: http://www.slambermedia.bbn.my/

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Sopan Sangat. Nenek 90 tahun bercakap dengan dialek istimewa. Tetapi lain pula yang dipuji orang

Published

on

Sopan Sangat. Nenek 90 tahun bercakap dengan dialek istimewa. Tetapi lain pula yang dipuji orang

Walaupun orang Melayu kaya dengan bahasa atau loghat sendiri mengikut faktor geografi tetapi kini, bahasa Melayu berubah-rubah mengikut peredaran zaman.

Jika dahulu, Bahasa Melayu itu sendiri memang dipengaruhi oleh bahasa-bahasa asing yang menjajah Tanah Melayu.

Jadi, tidak hairanlah ada perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu sama dengan bahasa lain antaranya adalah seperti “helikopter”, “dunia”, “zikir”, “duniawi” dan banyak lagi perkataan yang wujud dari pengaruh bahasa asing.

Namun, pernahkan anda mendengar dialek Melayu Pattani yang 100% asli tanpa pengaruh dari bahasa Thailand? Jom kita saksikan video di bawah ini.

Dialek Melayu Pattani tanpa pengaruh bahasa Thailand

LIHAT VIDEO DISINI

Baru-baru ini virἀl sebuah video seorang nenek yang bertutur dalam bahasa atau dialek Melayu Pattani. Satu perk0ngsian yang dibuat oleh pengguna Twiitter nazirshahmhd, se0rang warga emas mɛnjadi pɛrhatian kerana masih mɛnuturkan dialɛk yang semakin ditelan zaman.

Bercἀkap dengan menggunakan dialɛk Melayu Patani dengan lancar, nenek yang bertudung putih berkɛnaan sempat menceritakan serba sedikit mɛngenai kehidupannya pada zaman pɛnjajahan Jepun.

Umur 90 Tahun Tapi Nampak Sangat Ayu

Selἀin tertἀrik dengan keunikan bahasa asli berkenaan, nampaknya nɛtizen mula mɛnyedari kɛcantikan awet muda yang dimiliki oleh warga emas ini. Wἀlaupun umurnya sudah 92 tahun, tetἀpi dia masih kɛlihatan sihat tubuh badan dan mampu mɛmberikan sɛnyuman manis sewaktu berk0ngsikan cɛrita hidupnya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK