Connect with us

Isu Semasa

Isu kesesakan jalanraya, pakar cadangkan lupuskan kenderaan yang berusia 10 tahun dan ke atas

Published

on

Isu kesesakan jalanraya, pakar cadangkan lupuskan kenderaan yang berusia 10 tahun dan ke atas

Isu kesesakan jalan raya di ibu kota nampaknya semakin hebat dibincangkan susulan penambahan jumlah kenderaan secara mendadak menjelang pasca Covid-19.

Ramai rakyat yang mengeluh terhadap situasi tersebut kerana mereka terpaksa menghabiskan masa yang lama dalam kereta ketika pergi dan balik kerja.

Susulan itu, sebuah mekanisme telah dicadangkan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di ibu kota.

Kumpulan diketuai oleh Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya UKM, Profesor Dr Rozmi Ismail mencadangkan agar kenderaan di Malaysia mempunyai had usia tidak lebih 10 tahun.

“Secara logiknya, melupuskan kenderaan lama merupakan amalan yang baik kerana ia dapat mengelakkan pemiliknya daripada berterusan menghabiskan wang untuk membaiki kerosakan.”-pakar

Katanya, polisi tersebut bertujuan menyeimbangkan jumlah antara kenderaan baharu dan lama di atas jalan raya.

Justeru, mana-mana kenderaan yang telah melepasi had tempoh ditetapkan perlu dilupuskan supaya tidak berada di jalan raya.

Secara logiknya, melupuskan kenderaan lama merupakan amalan yang baik kerana ia dapat mengelakkan pemiliknya daripada berterusan menghabiskan wang untuk membaiki kerosakan.

Di samping itu, melupuskan kenderaan lama juga boleh membantu melestarikan alam sekitar kerana ia mengurangkan kadar pelepasan karbon berbanding kereta baharu.

Namun, bagaimana pula melupuskan kenderaan lama mampu menyuraikan masalah kesesakan jalan raya yang dihadapi warga kota?

Ini kerana setiap kenderaan lama yang dilupuskan pasti akan diganti dengan kenderaan baharu oleh pemiliknya.

Bagi mereka yang mempunyai lebih dua buah kenderaan di rumah ia bukan satu masalah kerana mereka masih boleh memandu kenderaan lain yang belum mencapai had usia lupus.

Tapi, bagaimana pula dengan individu yang hanya memiliki sebuah kenderaan di rumah? Sudah pasti mereka akan menggantikannya dengan kenderaan baharu apabila genap usia lupus.

Jika begitulah pelaksanaannya, maka tiada apa yang berbeza. Jumlah kenderaan dipandu di ibu kota tetap sama.

Apa yang dibahaskan sekadar untuk mendapatkan gambaran ringkas bagaimana polisi tersebut berfungsi apabila dilaksanakan kelak. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menilai polisi tersebut kerana ia berada di peringkat cadangan.

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Isu Semasa

Kawalan harga siling ayam dan telur ayam, serta subsidi minyak masak kemasan botol tidak diteruskan mulai 1 Julai ini

Published

on

By

Kawalan harga siling ayam dan telur ayam, serta subsidi minyak masak kemasan botol tidak diteruskan mulai 1 Julai ini

Umum Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Kawalan harga siling ayam dan telur ayam, serta subsidi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) tidak diteruskan mulai 1 Julai ini,

Dalam sidang media selepas mempengerusikan sesi libat urus dengan pemegang taruh industri ayam di sini hari ini, Nanta berkata langkah itu dilaksanakan untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil dan dalam jangka masa panjang pula dapat menstabilkan harga.

“Harga ayam akan diapungkan dan akan tertakluk kepada kuasa pasaran. Golongan memerlukan akan dibantu nanti dengan bantuan wang tunai bersasar,” katanya maklumat lanjut mengenai bantuan wang bersasar itu akan dibuat Kementerian Kewangan.

Pada masa ini kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram dan ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berkuat kuasa 1 Julai, Putrajaya tidak lagi akan memberikan subsidi kepada penternak ayam. Susulan penamatan subsidi itu, pihak penternak dilaporkan berharap kerajaan mengapungkan harga ayam.

Nanta dalam sidang media itu memaklumkan, subsidi minyak masak dalam bungkusan polibeg satu kilogram dan ditawarkan kepada pengguna pada harga RM2.50 sepeket, masih diteruskan.

Mengenai pemansuhan subsidi minyak masak sawit tulen itu dalam kemasan botol itu, beliau berkata subsidi barangan tersebut mencecah RM20 juta sebulan.

“Program ini adalah program sementara dan sepatutnya dilaksnakan dalam masa tiga bulan tetapi ia diteruskan hingga hari ini.

“Oleh itu, kerajaan rasakan sudah tiba masanya ia dimansuhkan supaya kerajaan boleh lebih fokus untuk bantu golongan memerlukan,” katanya.

Kerajaan sebelum ini menetapkan harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol berkuat kuasa 1 Ogos tahun lepas, dengan jaminan pengguna akan mendapat minyak masak di bawah harga RM30 untuk botol lima kilogram.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit dalam kemasan botol lima kilogram adalah pada harga RM29.70 sebotol, botol satu kilogram (RM6.70), dua kilogram (RM12.70) dan tiga kilogram (RM18.70).

Dalam sesi libat urus hari ini, Nanta berkata pemain industri ayam memberi jaminan yang kenaikan harga ayam tidak akan naik secara mendadak.

“Yang menarik untuk diterima adalah komitmen industri ini untuk bantu kerajaan dalam memastikan pengguna mendapat harga dan bekalan keperluan khususnya ayam, dengan harga berpatutan dan stabil,” katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa KPDNHEP akan mengambil tindakan mengikut peraturan sedia ada, sekiranya terdapat pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan secara berlebihan.

Ditanya adakah subsidi tepung akan dimansuhkan, beliau berkata subsidi barangan itu masih diteruskan ketika ini dan ia tidak dimansuhkan.

“KPDNHEP akan gunakan akta anti pencatutan dan tidak teragak-agak mengenakan tindakan terhadap pemain industri jika langgar peraturan sedia ada,” katanya.

Sumber: Bernama

 

Continue Reading

Isu Semasa

FLFAM menjangkakan harga sekilogram ayam akan mencecah lebih RM10 selepas berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam dan pemberian subsidi kepada penternak ayam pada 30 Jun ini

Published

on

By

FLFAM menjangkakan harga sekilogram ayam akan mencecah lebih RM10 selepas berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam dan pemberian subsidi kepada penternak ayam pada 30 Jun ini

Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) Datuk Jeffery Ng Choon Ngee berkata penamatan kedua-dua insentif daripada kerajaan itu sekali gus akan menyebabkan kos keseluruhan yang ditanggung penternak akan meningkat melebihi RM7 sekilogram selaras dengan peningkatan harga makanan ayam.

“Sekarang ini, harga sekilogram ayam adalah RM8.90 iaitu harga ayam segar dari ladang adalah RM5.60 sekilogram tetapi sekarang ini kami masih mendapat subsidi sebanyak RM1.40 bagi sekilogram ayam.

“Harga dedak hari ini satu beg lebih kurang RM130… paling murah. Satu kilogram dedak pula lebih kurang RM2.60. Ini hanya dedak sahaja dan bagi kira-kira 1.7kg ayam, kos dedak sudah lebih RM4 manakala anak ayam yang kami beli berharga RM2.30 hingga RM2.40 seekor,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata penternak bukan sahaja perlu menanggung harga pembelian anak ayam dan dedak, tetapi juga perlu mengambil kira kos lain seperti gaji, ubat vaksin dan elektrik.

Katanya justeru FLFAM berharap dapat melakukan perbincangan dengan kerajaan terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi menentukan harga baharu ayam yang munasabah dan mengambil kira kepentingan rakyat serta penternak ayam di negara ini.

Jeffery Ng berkata perbincangan berkenaan penting bagi memastikan tiada pihak akan mengambil kesempatan terhadap penamatan kedua-dua insentif itu dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Semalam media melaporkan harga ayam dijangka naik pada bulan depan apabila ia diapungkan ekoran berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, Kementerian Kewangan (MOF) sedang merangka pemberian bantuan kepada golongan memerlukan, yang akan dimuktamadkan hujung bulan ini, susulan jangkaan kenaikan harga ayam.

Sumber; BERNAMA

 

Continue Reading

Isu Semasa

Bermula 1 Julai, Setiap Transaksi MyDebit Cash Out Akan Dikenakan Caj 50 Sen, Sedia Pilihan Lain

Published

on

By

Bermula 1 Julai, Setiap Transaksi MyDebit Cash Out Akan Dikenakan Caj 50 Sen, Sedia Pilihan Lain

Salah satu kaedah yang paling mudah untuk berurusan membeli adalah menggunakan MyDebit Cash Out. Ciri MyDebit Cash Out merupakan sebuah ciri yang membolehkan anda mengeluarkan wang terus melalui kaunter pembelian barangan tanpa perlu ke ATM untuk tujuan pengeluaran.

Alliance Bank telah membuat pengumuman bahawa yuran Pengeluaran Tunai MyDebit akan dikenakan caj 50 sen bagi setiap transaksi keluar tunai bagi setiap pemegang kad MyDebit bermula 1 Julai 2022.

Ia juga menyatakan bahawa pengeluaran wang tunai digunakan untuk peniaga dan peruncit terpilih.

Selain itu, bank-bank lain seperti CIMB, HSBC, Bank Islam, OSBC dan Standard Charted turut ikut serta dalam perubahan tersebut.

Walaupun bagaimanapun, PayNet yang merupakan penyedia MyDebit Cash Out masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hal tersebut.

Banyak bank lain yang menerima MyDebit Cash Out seperti Affin Bank, Maybank, Public Bank, UOB dan lain-lain tidak membuat pengumuman atas sebab tertentu tetapi pengeluaran tunai masih akan dikenakan yuran 50 sen.

MyDebit Cash Out membolehkan rakyat Malaysia mengeluarkan wang daripada peniaga atau peruncit terpilih secara langsung untuk membeli barangan dan produk.

Pun begitu, perkhidmatan PayNet yang lain seperti DuitNow, JomPAY, DirectDebit, FPX dan GIRO Antara Bank tidak terjejas oleh perubahan ini.

Jadi, bolehlah orang ramai berubah kaedah jika ingin lebih penjimatan dengan membuat pilihan menggunakan DuitNow, JomPAY, DirectDebit, FPX dan GIRO Antara Bank.

Sementara itu, ini yang perlu anda tahu mengenari perkhdimatan DuitNow

1. DuitNow merupakan perkhidmatan perbankan baru yang memudahkan pengguna membuat pindaan wang kepada seseorang dan tidak terikat kepada penggunaan nombor akaun bank semata-mata.

2. Melalui DuitNow, seseorang boleh memautkan nombor telefon, nombor kad pengenalan (MyKad), atau nombor passport (untuk bukan warganegara) ke akaun bank mereka.

3. Selepas memautkannya, pengguna boleh menerima pembayaran ke akaun mereka terus menggunakan sebarang nombor berkenaan. Langkah ini sekali gus akan memudahkan beberapa proses pembayaran.

4. Sebagai contoh, melalui demo yang diperlihatkan pihak CIMB kepada kami untuk penggunaan DuitNow, pengguna boleh memasukkan nombor akaun penerima duit dengan hanya memilihnya daripada senarai buku alamat nombor telefon dan melakukan pembayaran. Ia memudahkan pembayaran dilakukan pada peranti mudah-alih.

5. Selain itu, penggunaan DuitNow juga akan memudahkan syarikat atau agensi kerajaan untuk membayar terus ke MyKad anda. Sebagai contoh, majikan boleh membayar terus ke nombor MyKad, dan tidak lagi perlu sukar meminta nombor akaun bank dan sebagainya daripada pekerja mereka. Hal sama juga untuk kerajaan melakukan sesuatu pembayaran terus kepada rakyat, dan memudahkan simpanan rekod.

6. Pada masa yang sama, DuitNow turut menyokong akaun perbankan syarikat. Ini bermakna, syarikat boleh memautkan akaun pendaftaran syarikat mereka ke akaun bank dan seterusnya menerima pembayaran yang dibuat ke akaun pendaftaran syarikat mereka. Ini juga mungkin meningkatkan kadar keyakinan seseorang pembeli terhadap sesuatu syarikat berkenaan.

7. Secara keseluruhan, DuitNow ini dilihat sebagai langkah PayNet untuk memudahkan pengguna mengingati maklumat penerima pembayaran.

Sumber: Tech Nave, Amanz

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK