Bantuan
Inilah Tarikh-tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Bulan Ogos Ini

Inilah Tarikh-tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Bulan Ogos Ini
Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian bagi tarikh-tarikh penting bantuan kerajaan di bulan Ogos 2021.
Perkara-perkara tersebut sama ada pembayaran, tarikh tutup permohonan, tarikh pendaftaran bantuan dan sebagainya.
Di sini kami senaraikan beberapa Tarikh-tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bulan Ogos 2021.
Tarikh Bayaran Pertama i-Citra KWSP
Dalam pengumuman pada Julai lalu, pihak KWSP memaklumkan tarikh bayaran Bayaran i-Citra akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021 ini.
Semakan status boleh dibuat di portal rasmi i-Citra;
Bagi mereka yang ingin membuat permohonan, tarikh tutup permohonan i-Citra adalah 30 September 2021.
Untuk maklumat lanjut sila baca artikel berikut;
Semakan dan Permohonan i-Citra KWSP
Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Akan Dibayar Mulai Ogos 2021
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) merupakan salah satu daripada bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Jun yang lalu di bawah Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
BKC juga merupakan antara tiga bantuan tunai langsung yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selain daripada Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Kehilangan Pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup pada hari-hari yang mendatang.
Untuk bantuan ini, tidak ada permohonan yang perlu dikemukakan oleh penerima. Ini kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data-data kerajaan yang sedia ada di bawah agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Semak silang bagi penerima akan dibuat melalui data berikut;
Bil Kategori Penerima Data Bantuan
1. M1skin Teg4r -Permohonan BPR 2021
2. B40 -Permohonan BPR 2021
3. M40 -Percukaian (LHDNM)
Bayaran BKC akan mula disalurkan mulai Ogos ini dengan amaun bayaran berdasarkan jadual di bawah;
Info dan maklumat lanjut, sila lihat
Semakan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) PEMULIH 2021
Beberapa Negeri Akan Mula Menerima Bantuan Barang Dapur Prihatin Kasih RM300
Bantuan Prihatin Kasih akan mula disalurkan pada bulan Ogos 2021 di negeri-negeri berikut;
- Kelantan,
- Johor,
- Pulau Pinang,
- Kedah,
- Perlis,
- Perak,
- Melaka, dan
- Terengganu
Soalan yang sering di tanya. Adakah saya perlu memohon PRIHATIN Kasih?
Penerima telahpun dikenalpasti dari senarai yang sudah terdaftar di pangkalan data kerajaan. Oleh itu, TIADA PERMOHONAN diperlukan
Anda boleh membuat semakan status kelayakan PRIHATIN KASIH melalui pautan di bawah;
Permohonan Bantuan Barang Dapur Bakul Prihatin Negara JKM Masih Diteruskan pada Bulan Ogos 2021
Bakul Prihatin Negara merupakan inisiatif Kerajaan yang tidak pernah henti dalam memastikan tanggungjawab terus dipikul untuk membantu rakyat yang terkesan.
Kepada mereka yang memerlukan bantuan bakul makanan boleh memohon bantuan menerusi talian :
- Talian Kasih 15999
- Whatsapp +60 17-372 9702 untuk mendaftar melalui Google form http://www.wasap.my/6017-3729702/BakulPrihatinNegara atau
SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK PENDAFTARAN 📝👇👇👇👇
https://forms.gle/DTpRcbVJHvVXRGvX7
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan tempat tinggal anda dengan menelefon talian yang tersenarai di laman web https://www.jkm.gov.my/
- Media Sosial Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM)
- Laman web: https://www.jkm.gov.my/
Mana-mana individu yang telah terpvtus bekalan makanan diminta menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan.
Hubungi talian Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan anda.
Permohonan Bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 RM4000 Berakhir 5 Ogos 2021
Bantuan Tabung Usahawan Wanitan Kelantan diberikan kepada peniaga wanita Kelantan sahaja (wanita/beliawanis/ armalah/ OKU) bagi membantu peniaga wanita mengembangkan lagi perniagaan yang sedang dijalankan.
Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan bantuan berbentuk peralatan perniagaan kepada peniaga kecil wanita seluruh Kelantan.
Kadar bantuan maksima yang diberikan adalah RM4,000.00 sahaja dalam bentuk peralatan.
Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 5 Ogos 2021.
Untuk mengetahui syarat-syarat dan maklumat lanjut, sila baca info berikut;
Permohonan Bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 RM4000
Permohonan Bantuan Khas Zakat Kedah PPN Ditutup pada 8 Ogos 2021
Bantuan Khas Zakat Kedah melalui Skim Agihan Khas Zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebanyak RM300 (one-off) akan disalurkan kepada asnaf yang t3rjej4s pendapatan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Syarat-syarat permohonan adalah sebagaimana berikut;
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Pendapatan kasar isi rumah semasa di bawah RM 2,000.00 sebulan (Gaji Kasar).
- Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada dibawah tanggungan.
- Bukan penerima bantuan Kewangan Bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Mereka yang ingin memohon bantuan khas zakat negeri Kedah ini hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) melalui laman;
https://agihan.zakatkedah.com.my
Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 Ogos 2021.
Tarikh Tutup Permohonan Bantuan Kasih Asnaf 3.0 Pada Pertengahan Ogos
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan Bantuan Kasih Asnaf 3.0 yang diberikan khas kepada penjaja pasar malam untuk mereka yang tinggal di Kuala Lumpur.
Bantuan ini merupakan sebahagian daripada program Musaadah Cov1d-19 MAIWP yang diberikan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik Cov1d-19.
Tarikh tutup bagi permohohan Bantuan Kasih Asnaf 3.0 Pada 15 Ogos 2021.
Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman rasmi berikut;
https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/sumbangan_maiwp.aspx
Ikuti langkah berikut;
- Klik bahagian pendaftaran kemudian isi maklumat pelesen
- Masukkan maklumat bank
- Pengesahan
Semakan Status Kelulusan Permohonan GKP 4.0 PEMULIH
GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 & GKP 3.0 berjumlah RM1,000.
Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali iaitu pada September sebanyak RM500 dan November sebanyak RM500 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Permohonan bantuan ini sudahpun ditutup pada 31 Julai 2021.
Semakan status Bantuan PKS boleh dibuat mulai Ogos 2021. Tarikh sebenar semakan belum diumumkan oleh kerajaan.
Namun begitu, berdasarkan pengalaman penerima GKP sebelum ini, pemohon boleh menyemak keputusan permohon mulai 8 haribulan berikutnya.
Ini bermaksud, jangkaan semakan keputusan permohonan bantuan GKP ini adalah mulai 8 Ogos 2021 di portal rasmi GKP https://gkp.hasil.gov.my
Keputusan Permohonan Program Dermasiswa B40 JPA Adalah Penghujung Ogos 2021
Program Dermasiswa B40 JPA merupakan penajaan dalam bentuk dermasiswa kepada calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah (B40).
Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.
Permohonan bagi program Dermasiswa B40 ini telahpun ditutup pada 31 Julai yang lalu.
Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan dalam portal eSILA di alamat https://esilav2.jpa.gov.my/ pada penghujung Ogos 2021. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal berkenaan.
Program Subsisi Upah 4.0 dibuka Mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2021
Program Subsidi Upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.
Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COV1D-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.
Cara permohonan hendaklah dibuat secara online di mana permohonan hendaklah dikemukakan oleh majikan melalui capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my
Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share kepada rakan dan ahli keluarga yang memerlukan..Semoga Bermanfaat
Sumber:bantuanrakyat.my
Bantuan
3 Beradik Y4tim Piatu Makan Sekali Sehari, Hidup Sendirian Dan Sering Menahan Lapar

3 Beradik Y4tim Piatu Makan Sekali Sehari, Hidup Sendirian Dan Sering Menahan Lapar
Ya Allah mereka membuat penyapu llidi untuk dijual dengan harga RM 0.30 satu ikat penyapu lidi supayah dapat membeli makanan.
Tidak mempunyai Ayah dan Ibu, 3 anak YATIM PIATU ini terpaksa berjuang sendiri demi untuk terus bertahan hidup.
Dalam seminggu mereka hanya mampu membuat 20 ikat sahaja, artinya dalam seminggu mereka hanya dapat mengumpulkan duit sebanyak RM6 sahaja.
Ayah mereka telah meninggal 2 Tahun yang lalu, manakala Ibu mereka sudah lebih lama meninggal dunia
Adik beradik bertiga saat ini tinggal disebuah rumah peninggalan orang tua mereka yang kini sudah mulai hampir rosak dan tidak akan bertahan lama.
“Begitu pilu, saya sampai terdiam melihat keadaan 3 YATIM PIATU ini, tidak terbayang dengan keadaan mereka harus bertahan hidup sendiri, sedihnya mereka selalunya hanya makan sekali sehari, kerana itu saja kemampuan mereka.” kata penjaga Rumah YATIM PIATU.
Fatmawati, adalah anak sulung dari 3 orang YATIM PIATU ini, terkadang ketika Fatmawati pergi sekolah dia sanggup membawa adiknya karena tidak ada orang yang akan mengurus Aizil dirumah kerana Aeni juga pergi sekolah.
Ketiga beradik itu selalu pergi kehutan dengan jalan yang sangat curam, untuk mengambil daun sawit untuk dijadikan penyapu.
Tiga beradik ini berada di indonesia..Doakan semoga anak-anak ini diberikan perlindunga Allah dan sentiasa dimurahkan rezeki..Amin
sumber: Agensi
Bantuan
B4ntuan Khas Kewangan Aidilfitri Dibayar 25 April Ini Untuk Semua Penjawat Awam Gred 56 Kebawah

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kerajaan bersetuju memberi B4ntuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bayaran itu juga diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP.
B4NTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRY DIBAYAR 25 APRIL INI
B4ntuan khas itu membabitkan peruntukan RM923 juta bagi manfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara, lapor BH Online.
Selain itu, beliau juga menyatakan pemberian B4ntuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal atas keprihatinan kerajaan supaya kakitangan awam dapat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri.
“Kerajaan juga bersetuju untuk memberi b4ntuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan. Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April ini,” jelasnya.
Kerajaan berharap dengan pemberian B4ntuan Khas ini boleh meringankan beb4n kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Artikel berkaitan: Semakan Permohonan Khas KWSP Boleh Dibuat Bermula 9 April
Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun pada 1 April.
Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.
SEMAKAN PERMOHANAN KHAS KWSP BERMULA 9 APRIL
Perkara ini dikongsi sendiri melalui Facebook Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan ahli boleh membuat semakan status permohonan pengeluaran khas maksimum RM10,000 bermula 9 April ini.
Pengeluaran Khas KWSP
KWSP dalam satu hantaran hari ini berkata, pencarum tidak perlu mengakses i-Akaun, mengunjungi kios atau cawangan bagi membuat semakan berkenaan.
“Anda boleh lakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas bermula 9 April 2022 ini. Semakan boleh dilakukan secara online melalui portal Pengeluaran Khas di https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ “ jelasnya.
Kerajaan berharap agar para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.
Sumber: BH Online
Bantuan
“Kami anak yatim. Setelah Abah ‘pergi’, pakcik dan makcik b0lot semua harta peninggalan arwah Abah..”

Namaku Ilya. Asal Perak. Aku anak sulung dari 5 beradik. Mak aku surirumah. Abah kerja company swasta. Hidup kami bahagia sehinggalah umur aku 9 tahun. Abah akhirnya meninggalkan kami untuk selama-lamanya kerana sakit jantung. Kami hilang tempat bergantung. Mak aku tak kerja, time tu aku baru DARJAH TIGA, dan adik bongsu aku baru umur setahun lebih!
Jadi, di sinilah erti hidup bermula. Semua pakcik makcik aku sebelah abah terus tak hiraukan kami. Mereka ambil rumah yg kami diami tu, termasuklah kereta arwah abah. Dulu ketika abah masih hidup, kami semua rapat sangat-sangat, sehinggalah abah meninggl, mak pun tak sangka mereka sanggup buat macam tu pada kami. Kebetulan, abah meninggl secara tiba-tiba, tanpa meninggalkan sebarang wasiat, dan untuk pengetahuan pembaca semua, duit KWSP arwah abah aku pun hampir mereka sapu (sebab abah aku tak letak penama) end up, lepas campur tangan abg mak aku, barulah kami dapat apa yg sewajarnya dapat (walaupun sikit, kami tetap dapat)
Sejak dari itu, abg mak aku iaitu paklong aku, terus bawak kami anak-beranak balik tinggal di kampung asal mak aku, di Kedah. Paklong dan maklong yg sediakan makan pakai kami. Mereka yg menjaga kami sejak arwah abah meninggl, dari kecil sehingga sekarang, umur aku dah 26 tahun, dan adik bongsu aku dah 18 tahun. Pakcik makcik sebelah arwah abah? Langsung tak hiraukan kami.
Paklong dan maklong aku kerja kerajaan. Mempunyai anak 3 org. Tapi, mereka jaga aku dan adik-adik aku macam anak mereka sendiri. Mereka jaga kami yg anak yatim ni. Pergi sekolah, mereka yg hulurkan duit. Makan pakai mereka yg sediakan. Paklong aku siap bina satu rumah sebelah rumah nenek supaya mudah dia nak jaga kami. Duduk dekat-dekat senang katanya. Maklong aku langsung tak bantah bila suami dia dahulukan kami. Malah dia support suami dia utk jaga kami. Anak-anak Paklong aku pun baik sangat-sangat. Pernah adik kedua aku cerita, ketika mereka di sekolah, duit makan adik aku hilang, jadi anak Paklong aku yg hulur duit kat adik aku utk makan (masa tu aku dah naik sekolah menengah, mereka masih di sekolah rendah). Serius aku cakap, family Paklong aku sangat-sangat baik, dari bapak sehinggalah ke anak bongsu, semua baik!
Mereka membela anak yatim. Dari aku sekolah rendah, sampai sekarang aku dah kerja, Paklong and Paklong aku tetap ambil berat pasal aku. Aku sambung Diploma, Degree dan Master, semuanya guna duit Paklong Paklong aku. Dia langsung tak berkira kalau bab pelajaran. Adik-adik aku masuk universiti pun, dia yg tanggung.
Mak aku? Mak aku ada. Bukan dia tak kerja. Dia pun kerja sebagai penoreh getah. Mak aku pun sara kami. Tapi banyak yg Paklong and Paklong aku topup bagi pihak mak. Mak aku beruntung dapat abg dan kakak ipar yg sangat baik (langsung tak berkira dgn anak yatim). Dan skrg, Alhamdulillah, lepas aku habis pengajian Master, aku terus dapat kerja dan sekarang aku pulak yg sara adik-adik aku. Aku dah boleh balas jasa Paklong and Paklong aku sikit-sikit.
Nak tahu apa yg Paklong and Paklong aku dapat sejak dia membela anak yatim? Allah maha Kaya, rezeki mereka melimpah ruah. Naik pangkat sangat mudah, dan anak-anak mereka pun sangat berjaya sekarang. Dan sekarang, paklong dan maklong aku telah pun bergelar Datuk Seri, diatas segala pengorbanan dan contribution mereka ke atas negara, mereka dapat pangkat dunia, dan diatas semua peng0rbanan mereka ke atas anak yatim, Allah naikkan darjat mereka, semua org menghormati mereka tanpa ada yg mencela, sehingga satu saat aku pernah ke kawasan pedalaman di Kedah, aku pernah dengar org kampung memuji Paklong aku atas keprihatinan beliau ke atas rakyat, Allahuakhbar, aku sangat bangga walaupun org kampung tu tak kenal pun aku sebenarnya anak saudara kpd Paklong aku.
Paklong and Maklong aku bukak account ASBloanfinancing dekat kami lima beradik. Tahun pertama, mereka bayar. Tahun kedua, kami sendiri bayar guna dividen. Ada ka manusia yg sebaik Paklong Maklong aku di dunia ini? Bayangkan kalau seorang buat loan 100k, lima org dah berapa k kena bayar utk tahun pertama? Itu belum masuk ASB anak-anak mereka lagi. Allahuakhabar. Betapa mulianya mereka. Aku masih ingat, ketika aku nak sambung Master dia Shah Alam, aku kena cari rumah sewa. Masa registration, Paklong and Maklong aku yg hantar aku, dia jejak ja dalam rumah sewa tu, dia terus tak berkenan.
Sebab apa? Sebab rumah tu dekat tingkat 11. Lift pun ada 3 jer, itu pun satu dah rosak. Plus ramai foreigners dekat flat tu. Safety memang zero. End up, Paklong aku call kawan dia, mintak tolong cari rumah sewa lain, and Alhamdulillah, aku dapat rumah sewa baru. Fully furnished, ground floor lagi, sewa mahal sikit la. Tapi Paklong and Maklong aku terus tulis cheque RM10, 000 utk owner tu, lepastu cakap “Kakak belajaq ja, tak payah pikiaq pasal rumah, abah dah settle) – Aku panggil Paklong and Maklong aku : abah and mama – Allah, mulianya hati mereka. Patutlah rezeki limpah ruah. Langsung tak berkira dgn kami anak yatim.
So, kepada pembaca semua. Bantulah mereka yg susah especially anak yatim. Allah akan naikkah darjat anda. Paklong and Maklong aku dulu bukan org senang. Tapi semenjak mereka menyara kami adik beradik dari tahun 2001, sampailah sekarang, tahun 2018, pelbagai anugerah yg mereka peroleh, rezeki tak henti-henti, dtg bergolek, dan Alhamdulillah, mereka still humble, down to earth, tak ri4k dan masih menjadi idola utk aku dan adik-adik.
Buat Paklong dan Maklong, nama kalian sentiasa yg teratas dalam doa kakak dan adik-adik. Syurga buat kalian. Kakak, adik-adik dan mak sayang abah dan mama dunia akhirat.
– Ilya
Sumber : padumedia via coretannasihat.net
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan