Connect with us

Uncategorized

Ini sebab jarang mimpi arwah mak ayah.. Ramai yang tak tahu.

Published

on

Mak mertua saya pernah tanya saya “halil selama mak meninggal berapa kali mimpi mak arwah mak?” Sya jawab dengan nada sedih..” Ermm baru 2 kali mama..seminggu selepas mak meninggal dan masa halil sibuk kerja sebelum kawin..kenapa mama?”
Mak mertua saya kata..”maknanya halil anak yg baik yg sentiasa bagi dia pahala dan amal dalam kubur.. Kalau halil kerap sangat mimpi tu tandanya dia tak senang kat alam sana dan dia nak amalan dan doa daripada halil..”

Owh syaa baru faham ingat selalu mimpi mak tanda mak syang kat kita.. Rupanya bukan.. YaAllah..

Saya terus bergenang air mata teringat balik.. Mungkin kali pertama seminggu lepas mak sya meninggal sebab rindu.. Yelaa masa mak saya sakit kat hospital sultanah aminah johor bharu masa tu saya tu saya dah 18 tahun.. Masa tu saya masih mak saya suapkan makan.. Manje sangat ngann arwah mak.. Tapi kali kedua saya mimpi saya ingat masa tu saya sibuk sangat.. Business tengah maju.. Duit belas ribu dapat untung masa tu.. Tapi sedih masa tu saya jarang bukak quran.. X baca quran.. Saya lalai sangat masa tu..

Baru saya faham bila mak mertua saya cakap macam tu.. YaAllah.. Sebenarnya mak kita yg dah meninggal dunia mereka sangat dahagakan amalan dan doa daripada anak2 yang soleh.. Saya pernah dapat nasihat daripada prof dr razali nawawi presiden abim yg pertama.. Dia kata “kholil.. Niatkan puasa kita solat kota sedekah kita semua untuk mak ayah kita.. Sebba mungkin dalam hidup mereka mereka pernah tinggalkan puasa tinggalkan solat..”

YaAllah.. Rindunya arwah mak.. Rindu sangat2.. Adik buat dakwah.. Adik ceramah pada pelajar2 untuk jadi baik.. Adik baca quran.. Adik buat sedekah infaq semua adik nak niatkan utk mak dan ayah.. Mak.. Maafkan adik.. X sempat khidmat mak sepenuh hati adik.. Mak.. Maafkan adik.. Mungkin adik pernah buat mak kecil ati dan nangis sebab adik.. Mak suka dengar adik baca quran masa adik kecik.. Nanti dalam syurga adik bacakan quran untuk mak depan mak ya… Huhuk rindu mak sangat… 😞

YaAllah tenangkan mak ayah kami di alam barzakh.. Letakan mereka di kalangan orang2 beriman.. Jangan lah kau azab mak ayah kami.. Amiiin
Pakar Motivasi Remaja,

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat

Published

on

Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima laporan mengenai video tular di media sosial membabitkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan berhubung perkara tersebut,

“Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, Kajang hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Nordin Muhamad.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 52 saat memaparkan dua lelaki mendakwa Nabi Muhammad adalah Allah dan Allah adalah gelaran bagi baginda.

Rakama itu turut menarik perhatian penyanyi rap dan aktivis, Caprice yang menggesa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya menyiasat siapa dalang di sebalik ajaran berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Sumber: BERNAMA, Instagram Caprice

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Uncategorized

Shermon Burgess, ketua aktivis 4nti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah

Published

on

Shermon Burgess, ketua aktivis 4nti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah

SYDNEY – Seorang aktivis anti-Islam terkemuka di Australia mengejutkan ramai pihak terutama kumpulan berhaluan kanan apabila mengisytiharkan dirinya telah memeluk agama Islam.

Shermon Burgess ialah bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts (UPF) dan terkenal dengan peranannya semasa protes anti-Islam yang tertumpu kepada pembinaan masjid di Bendigo pada 2015. Burgess menganjurkan berpuluh protes bersama ketua kumpulan neo-Nazi, Blair Cottrell dan Neil Erikson.

Selain UPF, Burgess pernah mengetuai beberapa lagi organisasi anti-Islam dan antipendatang, antaranya Reclaim Australia serta Defence League yang kini telah dibubarkan.

Alasan utama Burgess memilih Islam kerana tertarik dengan pendirian teguh agama tersebut terhadap isu maskuliniti, peranan jantina dan penentang total terhadap lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).

Tidak lama dahulu, Burgess pernah melabelkan Islam sebagai mundur dan menegaskan agama tersebut tidak sesuai diamalkan dalam cara hidup orang tempatan di Australia.

Dia juga menghasilkan pelbagai kandungan berbaur perkauman dan menghasut di laman media sosialnya ‘The Great Aussie’ sebagai tanda kebencian terhadap komuniti Muslim.

TERBUKA HATI

Burgess dalam temu bual eksklusif di portal Crikey berkata, dia terbuka hati mendekati Islam, seterusnya memeluk agama itu semasa Australia dilanda pandemik Covid-19.

Malah, pertemuannya dengan Ketua Muslim Freedom Movement, Youssra Rose menjadi titik penting dalam memberinya input dan pandangan lebih jelas mengenai Islam.

“Anda mesti tidak percaya melihat saya berdiri bersama orang Islam untuk berjuang dengan tujuan sama, namun kini banyak yang telah berubah. Kini saya bersama komuniti Muslim untuk melawan penind4san Zi0nis dan Fre3mason yang memerintah,” katanya.

TERIMA KEC4MAN

Selepas memeluk Islam, Burgess mengakui dia menerima banyak kec4man dan u.gutan daripada bekas ahli-ahli UPF. Malah, akaun media sosialnya dihujani dengan kata-kata k3sat, namun perkara itu tidak sesekali melemahkan semangatnya untuk terus mendalami Islam.

“Ramai antara mereka merupakan peminum ar4k t3gar.

“Malah, mereka juga mempunyai kehidupan yang tungg4ng-l4nggang.

“Saya suka dengan aspek kesihatan Islam yang melatih dan menghalang penganutnya daripada mengambil alkohol serta d4dah,” ujarnya.

Tambah Burgess, kehidupannya kini lebih teratur dan bermakna berbanding sebelum mengucap dua kalimah syahadah.

Sumber: https://mykmu.ne

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Uncategorized

Sedar tiada tauliah, Ustaz Kazim tolak undangan ceramah di Selangor

Published

on

Sedar tiada tauliah, Ustaz Kazim tolak undangan ceramah di Selangor

Pendakwah popular, Datuk Kazim Elias mendedahkan beliau tidak mempunyai tauliah untuk mengajar tentang agama Islam daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Datuk Kazim atau popular dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, ketika ini beliau hanya mempunyai tauliah di dua negeri selain akan menerima satu lagi tauliah khas daripada sebuah negeri.

Menurut pendakwah berusia 50 tahun itu, beliau mengucapkan terima kasih atas ‘kebenaran sementara’ selama ini yang dipohon pihak penganjur bagi sesebuah program serta menyedari bahawa perlu mengikut undang-undang ditetapkan.

“Saya tidak ada tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) namun begitu saya berterima kasih kerana diberi peluang berceramah di seluruh negeri Selangor selama ini dengan kebenaran sementara yang dipohon oleh pihak yang mengundang saya.
“Atas kesedaran bahawa saya tidak mempunyai tauliah maka saya tidak dapat menerima semua jemputan daripada pihak masjid dan surau di Selangor.
“Kerana ini adalah peraturan dan undang-undang. Siapapun kita, kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman Facebook semalam.

The Tahfiz school Al-Barakah Manjoi will eventually closed down due to unsufficient funds in sustaining the cost of running the school said the founder Ustad Datuk Mohammad Kazim Elias.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa menolak bagi memenuhi undangan program ceramah di Selangor dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Insya-Allah pihak saya tidak akan menerima lagi sebarang jemputan ceramah dan lain-lain di negeri Selangor dan saya memohon maaf kepada semua yang menjemput saya kerana tidak dapat melayan jemputan anda semua.
“Terima kasih kepada semua yang pernah mengurus, menjemput dan menghadiri semua program saya selama ini di Selangor.
“Anda boleh terus mengikuti kuliah saya di media sosial atau datang melawat sekolah saya di Pusat Pendidikan Al Barakah,” ujarnya.

Terdahulu, menerusi laporan media, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tiada ‘special lane’ atau pengecualian istimewa diberikan kepada mana-mana pendakwah walaupun popular.

Ini kerana golongan yang mengajar mengenai agama Islam perlu tertakluk kepada undang-undang serta peraturan berkuat kuasa di Selangor.

Sumber: Facebook Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK