Connect with us

Viral

Ibu mengalah anak umur setahun kena cubit, budak perempuan berani rampas kereta mainan… “Malas nak bergaduh dengan budak”

Published

on

Ibu mengalah anak umur setahun kena cubit, budak perempuan berani rampas kereta mainan… “Malas nak bergaduh dengan budak”

KETIKA anak-anak bermain di luar atau dalam rumah, pemantauan ibu bapa adalah sangat penting.

Sudah tentu seboleh-bolehnya kita cuba untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada mereka.

Berbeza pula pengalaman yang dialami individu menggunakan akaun @intonn_ di TikTok menerusi video ketika menemani anaknya bermain di ruang permainan kanak-kanak baru-baru ini.

Berdasarkan video berkenaan, si ibu secara tidak sengaja merakamkan momen seorang kanak-kanak perempuan cuba merampas kereta mainan dinaiki anaknya secara kasar.

Intan akur dan mengalah dengan kanak-kanak yang mencubit anaknya.

Tanpa disangka si ibu, kanak-kanak itu bertindak menarik baju dan mencubit tangan anak wanita itu yang berusia setahun satu bulan.

“Mommy memang suka rakam video anak main sebagai kenangan.

“Tak sangka terakam benda macam ni. Minta maaf adik (merujuk kepada anaknya).

“Kasihan adik kena cubit,” ujar si ibu.

Tak sanggup melihat si kecil terus dikasari, wanita berkenaan akhirnya mengalah dengan membawa anaknya beredar dan membiarkan kereta mainan itu kepada kanak-kanak terbabit.

Ujar Intan dia hairan dengan sikap kanak-kanak itu kerana menurutnya kereta yang diambil itu hanya diletakkan di tepi tanpa menggunakannya.

“Dia punya kaki dah masuk dalam kereta tu nak tolak adik. Jadi saya pujuk dia main dekat tempat lain.

“Lepas tu adik ‘membebel’ sebab dia nak main kereta tu. Tapi itulah, malas nak bergaduh dengan budak.

Baik sangat tu kak… kalau aku dah melawan dekat situ.
NETIZEN

“Kalau perasan pada hujung video, nampak kereta ungu tu. Budak tu simpan dekat tempat dia main tu. Tak bagi orang lain guna walhal dia tak main pun,” jelasnya lagi.

Tidak hanya terhenti di situ, wanita berkenaan berkongsi satu lagi rakaman menunjukkan kanak-kanak perempuan sama cuba merampas kereta mainan itu buat kali kedua.

Namun kali ini wanita itu dengan tenang dan berhemah cuba mempertahankan hak anaknya untuk bermain.

Cubaan kedua kanak-kanak itu merampas kereta lumba gagal apabila dihalang Intan.

“Jangan risau ya semua. Kali kedua dia cuba rampas kereta tu walaupun kereta tu dia dah tinggalkan.

“Saya berkeras terus tolak kereta tu,” ujarnya.

Berdasarkan komen netizen, rata-rata meluahkan rasa geram dan tidak puas hati dengan sikap kanak-kanak perempuan berkenaan yang dianggap sebagai pembuli.

Malah mereka turut mempersoalkan keberadaan ibu bapa atau atau waris kanak-kanak itu bagi memantau situasi.

Komen netizen di TikTok.

“Maaf… my anger (kemarahan) just cannot. Dia cubit, saya cubit balik. Peduli pula aku budak ke apa.

“Baik sangat tu kak. Kalau aku dah melawan dekat situ.

“Kalau aku dah tak ada jangan… jangan. Terus besarkan mata cakap aip! Biasa kau eh budak!” kata netizen yang ‘panas hati’ melihat rakaman tersebut.

Kesemua hantaran dibuat wanita itu meraih perhatian netizen apabila perkongsiannya ini menjadi tular.

Sebagai peringatan, ibu bapa dan waris seharusnya memantau tingkah laku anak masing-masing ketika bermain secara terbuka di tempat awam bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#CELEB

[VIDEO] ‘Clever Anak Menantu Mama, Tapi Next Time Serai Buang Kulit Luar’

Published

on

[VIDEO] ‘Clever Anak Menantu Mama, Tapi Next Time Serai Buang Kulit Luar’

Sebelum ini, pelakon Elisya Sandha menerima teguran daripada netizen gara-gara memotong limau nipis dengan cara yang salah.

Terbaru, Elisya sekali lagi mencuri perhatian netizen tatkala sedang menyediakan juadah berbuka untuk suaminya, Uzair Haqimy.

Tak ketuk dan buang kulit

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Menerusi perkongsian di Instagram, Elisya memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sedang memasak juadah berbuka di dapur.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah bahan masakan yang digunakan Elisya iaitu serai tidak tidak diketuk dan dibuang kulit luar dengan sempurna.

Lebih mencuri tumpuan, ibu mentuanya iaitu Sheila Rusly turut meninggalkan komen pada perkongsian video berkenaan.

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Sheila memberi pujian buat menantunya itu kerana rajin dan pandai menyediakan juadah berbuka buat anaknya.

Namun begitu, Shiela turut memberi teguran agar serai yang digunakan perlu diketuk terlebih dahulu dan dibuang kulit luar sebelum memasak.

Sumber: Elisya Sandha

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Viral

Alif Satar Kongsi Bagaimana Bapa Saudaranya Arw4h Nassier Wahab Sentiasa Kelihatan Muda

Published

on

Alif Satar Kongsi Bagaimana Bapa Saudaranya Arw4h Nassier Wahab Sentiasa Kelihatan Muda

Siapa sangka wajah awet muda yang dimiliki Allahyarham Nassier Wahab mempunyai rahsianya yang tersendiri. Pelakon dan penyanyi popular, Alif Satar sendiri pernah mendedahkan rahsia awet muda Nassier Wahab yang juga merupakan bapa saudaranya menerusi Instagram miliknya.

Ternyata 4rwah bapa saudaranya itu sering mengamalkan surah Yusuf sehingga wajahnya kelihatan tampak muda dan tampan sepanjang masa. Tidak dinafikan, wajah Nassier kekal tampan dan muda seperti zaman mudanya. Selain itu, Alif juga telah menganggap arw4h Nassier Wahab antara idola yang digemarinya dalam bidang muzik.

“Ini bapa saudara saya Nassier Wahab, itulah dia di sebelah kiri bersama piano yang dimainkan di rumah lama saya pada 20 tahun lepas dan saya di situ senyum sampai ke telinga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

”Pak cik Nassier ni suka baca surah Yusoff dan menjelaskan kenapa dia sentiasa kelihatan kacak sehingga ke hari ini.

“Dia juga sudah tentu hero muzik saya ketika membesar. Terima kasih pak cik Nassier” tulis Alif menerusi kapsyen di laman IGnya.

Alif juga telah memuatnaik fotonya bersama arw4h Nassier ketika dia kecil sehingga foto yang terkini beserta kapsyen yang ditulis. Namun, selepas menerima berita pemergian bapa saudaranya, Aliff sekali lagi memuat naik foto yang sama beserta kapsyen “Saya akan sentiasa mengingati Pak Cik Nassier.. Innalilahiwainnailayhirajioun.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Pengikut-pengikut Alif Satar dan beberapa rakan artis turut mengucapkan t4kziah dan sedekahkan Al-Fatihah di atas pem3rgian bapa saudaranya.

Patut lah nampak muda dan kacak je bila tengok wajah 4rwah Nassier Wahab. Al-fatihah buat 4rwah dan moga ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Sumber: http://www.slambermedia.bbn.my/

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Sopan Sangat. Nenek 90 tahun bercakap dengan dialek istimewa. Tetapi lain pula yang dipuji orang

Published

on

Sopan Sangat. Nenek 90 tahun bercakap dengan dialek istimewa. Tetapi lain pula yang dipuji orang

Walaupun orang Melayu kaya dengan bahasa atau loghat sendiri mengikut faktor geografi tetapi kini, bahasa Melayu berubah-rubah mengikut peredaran zaman.

Jika dahulu, Bahasa Melayu itu sendiri memang dipengaruhi oleh bahasa-bahasa asing yang menjajah Tanah Melayu.

Jadi, tidak hairanlah ada perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu sama dengan bahasa lain antaranya adalah seperti “helikopter”, “dunia”, “zikir”, “duniawi” dan banyak lagi perkataan yang wujud dari pengaruh bahasa asing.

Namun, pernahkan anda mendengar dialek Melayu Pattani yang 100% asli tanpa pengaruh dari bahasa Thailand? Jom kita saksikan video di bawah ini.

Dialek Melayu Pattani tanpa pengaruh bahasa Thailand

LIHAT VIDEO DISINI

Baru-baru ini virἀl sebuah video seorang nenek yang bertutur dalam bahasa atau dialek Melayu Pattani. Satu perk0ngsian yang dibuat oleh pengguna Twiitter nazirshahmhd, se0rang warga emas mɛnjadi pɛrhatian kerana masih mɛnuturkan dialɛk yang semakin ditelan zaman.

Bercἀkap dengan menggunakan dialɛk Melayu Patani dengan lancar, nenek yang bertudung putih berkɛnaan sempat menceritakan serba sedikit mɛngenai kehidupannya pada zaman pɛnjajahan Jepun.

Umur 90 Tahun Tapi Nampak Sangat Ayu

Selἀin tertἀrik dengan keunikan bahasa asli berkenaan, nampaknya nɛtizen mula mɛnyedari kɛcantikan awet muda yang dimiliki oleh warga emas ini. Wἀlaupun umurnya sudah 92 tahun, tetἀpi dia masih kɛlihatan sihat tubuh badan dan mampu mɛmberikan sɛnyuman manis sewaktu berk0ngsikan cɛrita hidupnya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK