Connect with us

Semasa

“Ibu adik ini sudah men1nggal”, anak yatim & miskin minta duit beli air kerana haus selepas pulang dari sekolah

Published

on

“Ibu adik ini sudah men1nggal”, anak yatim & miskin minta duit beli air kerana haus selepas pulang dari sekolah

Wanita adalah insan yang sangat kuat sehingga asbab diberikan kekuatan itu untuk mengandung, melahirkan, membesarkan, dan menjaga anak-anak. Kisah seorang anak yatim miskin minta duit beli air baru-baru ini memberi ingatan kepada kita bertapa besarnya kasih dan tanggungjawab ibu dalam sebuah keluarga.

Miskin minta duit beli air kerana haus selepas pulang dari sekolah

Kisah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Tie Ruzilawati yang disapa oleh seorang budak perempuan semasa dia sedang menunggu anaknya pulang di pondok hadapan sekolah. Katanya budak itu minta dia sedikit duit untuk beli air, dan dia berikannya tanpa banyak bicara atas rasa ihsan seorang ibu yang masih ketara.

Tidak sampai beberapa minit, budak perempuan itu datang kembali kepadanya lalu menyerahkan baki duit tadi. Wanita itu pelik dan bertanya mengapa budak itu pulangkan semula.

“Tak apa acik, saya nak seringgit je. Pagi tadi saya bawa duit belanja RM3”, kata budak perempuan tadi dengan naif dan penuh jujur.

Dalam hati terlintas dengan duit RM3 hari ini, apa yang anak-anak boleh makan di sekolah? Sudah tentu tidak cukup apatah lagi jika dia bersekolah dari pagi (sekolah kebangsaan) hingga petang (sekolah agama).

Tetapi mungkin itulah yang termampu diberikan oleh ibu bapa pelajar ini. Budak itu terus duduk di samping Tie Ruzilawati kemudian mereka berdua berbual. Dari perbualan itu barulah wanita ini tahu serba sedikit tentang budak perempuan tersebut.

Menurutnya, ibu adik ini sudah meninggal dunia. Sekarang dia hanya tinggal bersama wan (nenek), dan ayah. Ayahnya pula kerap pulang malam kerana bekerja lebih masa untuk menyara kehidupan mereka di rumah.

Tidak terkata mendengar segala ungkapan budak perempuan ini. Bertapa sedihnya hidup anak-anak yang kian membesar tetapi tidak mampu mendapat perhatian seorang ibu.

Baju kotor lusuh, kasut terbelah tercabut tapak

Dalam tidak sedar berbual, wanita itu sempat juga memerhatikan budak tadi dari atas kepala sehingga ke kaki. Tidak disangka ini yang “terjamah” di matanya. Bajunya kotor dan tampak lusuh sekali, bahkan kasutnya juga hampir terbelah dua dengan tapak yang hampir-hampir sahaja tercabut.

Tanpa sedar air mata mula menitik mengenangkan kesusahan dan beban yang perlu ditanggung oleh anak ini walaupun masih kecil di bangku sekolah rendah. Dipeluk dan didakap budak perempuan itu penuh kasih, lalu sempat dia berbisik kepadanya, “Esok acik bagi kasut sekolah lain ya.”

Senyuman penuh ikhlas dari si kecil

Esok harinya seperti yang dinanti-nanti, budak perempuan ini sudah berlari-lari ke pondok sekolah untuk berjumpa dengan wanita itu. Dari jauh sahaja sudah terpamer senyuman penuh gembira dari bibirnya.

Kasut baru bertukar tuan, dan dia amat bersyukur dengan pemberian tersebut. Kata wanita itu, “Pemberian ini tidak seberapa pun bagi yang tidak memerlukan. Tetapi bagi budak itu, ia adalah pemberian yang sangat bermakna.”

Hidup ini kita berjumpa dengan ramai orang. Ada yang kaya raya, ada yang hidup sederhana, dan ada juga yang sangat miskin sehingga untuk makan pun terpaksa makan dari sisa orang lain yang dibuang. Dengan manusia kita belajar banyak perkara. Menjadikan diri yang dulu amat jarang mengucapkan “Alhamdulillah”, untuk mula melafazkannya setiap hari.

Tanpa kita sedar sebenarnya, kayanya kita untuk menguji sejauh mana kita menggunakan kekayaan itu untuk sesuatu yang bermanfaat bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat. Miskinnya dia juga untuk menguji kita adakah kita mampu untuk membantu mereka.

Manusia ini berada dalam satu bumbung yang sama iaitu kerana Allah SWT. Jika Allah ingin memberikan kekayaan kepada seseorang, maka dengan sekelip mata sahaja Dia mampu adakan. Tetapi hakikat yang berlaku tidak seperti itu kerana ini semua ujian hidup buat manusia.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

“Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya”. – (Hadis Riwayat Ahmad)

Sumber: Facebook Tie Ruzilawati

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Semasa

Demi mengurus suami, isteri sanggup ulang alik sejauh 50 kilometer dengan menunggang motosikal dari rumahnya ke H0spital setiap hari

Published

on

By

Demi mengurus suami, isteri sanggup ulang alik sejauh 50 kilometer dengan menunggang motosikal dari rumahnya ke H0spital setiap hari

Demi menguruskan suami tercinta, Nur Fazlizawati Zohari, 39, sanggup berulang alik sejauh 50 kilometer dengan menunggang motosikal dari rumahnya ke H0spital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai setiap hari.

Suaminya, Mohd Nazri Khaidhir, 39, dirawat di situ sejak lebih seminggu yang lalu setelah dipindahkan dari H0spital USM dan kini berada dalam keadaan separuh sedar.

Masak Untuk 5 Anak Sebelum Ke H0spital

Masih menguruskan 5 orang anaknya di rumah, Nur Fazlizawati akan memasak dan menyiapkan makanan untuk anak-anaknya sebelum bergerak ke h0spital untuk menguruskan suaminya pula.

Anak-anaknya yang berusia di antara 17 tahun hingga 3 bulan 2 hari itu akan dijaga oleh saudaranya.

Ketika di h0spital, isteri dan juga ibu yang hebat ini akan mengurus suaminya dengan menukar lampin pakai buang, mengelap anggota badan dan memberi minum susu melalui saluran tiub yang dipasang di hidung.

Bisik Kata-Kata Semangat

Begitu merendah diri, Nur Fazlizawati berkata, “Cabaran saya berulang alik ke h0spital hampir setiap hari untuk menguruskan suami sebenarnya tidak sehebat perju4ngan suami yang pada ketika ini sedang mel4wan s4kit yang dihidapinya,”

Menurutnya lagi setiap kali menguruskan suaminya, dia sentiasa membisikkan kata-kata semangat di telinga suami yang dalam keadaan separuh sedar. Dia yakin suaminya mendengar dan mengharap suaminya segera sembuh kerana anak-anak masih kecil serta memerlukan kasih sayang daripada seorang ayah.

Pembuluh Dar4h Pec4h

Nur Fazlizawati yang tinggal di rumah sewa mereka di Kampung Petanding, Telekong, Kuala Krai memaklumkan bahawa pada 22 Julai lalu suaminya dikejarkan ke H0spital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian selepas mengalami pening kepala, muntah dan terus tidak sedarkan diri.

Katanya lagi, suaminya sudah lama menghidap peny4kit d4rah tinggi, namun sejak April lalu kesihatannya semakin mer0sot dan hasil pemeriksaan d0ktor melalui imbasan t0mografi berkomputer (CT Scan) mendapati pembuluh d4rah sudah pec4h dan perlu menjalani pembed4han membuang d4rah yang sudah bercampur dengan air.

Berdepan Risik0 Lum,puh, Hilang Ingatan

“Pada ketika itu, doktor memaklumkan risiko yang perlu ditanggung oleh suami selepas menjalani pembed4han sama ada lum.puh atau hilang ingatan.

Selepas menjalani pembed4han, suaminya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) H0spital USM selama 2 minggu untuk pemantauan dan 1 minggu kemudian pembed4han kali ke-2 pula dilakukan untuk membuang cecair di dalam kepala serta mene,buk leher bagi saluran pernafasan.

Setelah stabil, dia kemudiannya meminta suaminya dipindahkan ke H0spital Sultan Ismail Petra bagi memudahkannya menjenguknya. Sebelumnya, ketika masih di H0spital USM, dia terpaksa meminta bantuan saudara menghantar dan mengambilnya.

Hilang Punca Pendapatan

Semenjak suaminya s4kit mereka hilang punca pendapatan. Sewa rumah RM100 sebulan dan bil utiliti kini telah tertunggak selama 5 bulan.

Mujur makanan untuk anak-anaknya masih cukup memandangkan jiran dan saudara mara terdekat membantu menghulur barang keperluan asas dan wang ringgit.

“Saya bukan tidak berusaha dan hanya mengharapkan bantuan, tetapi pada ketika ini saya perlu menguruskan suami yang dir4wat di h0spital dan memerlukan penjagaan selain anak-anak juga masih kecil,” katanya.

Berat mata memandang, berat lagi beban isteri dan ibu ini. Bagi yang hendak berkongsi rezeki, boleh menghubungi Nur Fazlizawati Zohari di talian 017-9113948.

Sumber : BH

Continue Reading

Semasa

Setiap Kali Keluar Cari Rezeki, Sayu Hati Ibu Tunggal Terp4ksa Tinggalkan Anak-anak Yang Masih Kecil Sendirian Di Rumah

Published

on

By

Setiap Kali Keluar Cari Rezeki, Sayu Hati Ibu Tunggal Terp4ksa Tinggalkan Anak-anak Yang Masih Kecil Sendirian Di Rumah

“Hanya Tuhan saja yang tahu apabila memikirkan dua anak yang masih kecil ditinggalkan di rumah setiap kali saya keluar bekerja.”

Itu luahan seorang ibu tunggal, Eswani Yunus, 41, yang berdepan situasi itu sejak hampir seminggu lalu apabila dua anak berusia lima dan lapan tahun terpaksa ditinggalkan di rumah bersendirian setiap kali keluar bekerja di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) sebagai tukang sapu.

Ibu empat cahaya mata itu berkata, sebelum ini dua anaknya Muhammad Adam Haris Mohd Hanafi, 8, dan Nor Asyikin, 5, di bawah jagaan anak sulungnya, Nor Fatihah, 16 yang sudah berhenti sekolah.

“Bagaimanapun sejak seminggu lalu, Nor Fatihah sudah bekerja di sebuah stesen minyak menyebabkan dua anak yang masih kecil ini tinggal bersendirian di rumah.

“Seawal jam 6.30 pagi saya keluar rumah untuk bekerja dengan dihantar oleh Nor Fatihah dengan motosikal dan selepas itu dia pula akan ke tempat kerja manakala jam 10.30 malam pula saya akan dijemput pulang.

“Adam masih bersekolah dan kini dalam Tahun Dua dan jika hari cuti memang dia yang mengasuh Nor Asyikin manakala hari biasa pula, saya terpaksa membawa anak bongsu ke tempat kerja secara sembunyi kerana bimbang dim4rahi majikan,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Pauh Dal, Banggol, di sini, hari ini.

Eswani yang baharu dua bulan menyewa berkata, sebelum ini mereka menetap di sebuah rumah yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) namun mend4kwa dihaIau oleh keluarga bekas mentua dua bulan lalu selepas bercerai menyebabkan dia berpindah ke rumah sewa dengan kadar sewa RM260 sebulan.

Dia berkata, pendapatan yang diterima hanyalah RM40 sehari tapi mengharapkan ia mencukupi untuk meny4ra mereka empat beranak manakala seorang lagi anaknya menetap bersama bekas suami.

Eswani Yunus, bersama dua anak, Muhammad Adam Haris Mohd Hanafi, 8, dan Nor Asyikin, 5, yang terpaksa ditinggaIkan di rumah bersendirian setiap kali keluar bekerja di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) sebagai tukang sapu ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Pauh Dal, Banggol, di sini, hari ini. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Eswani juga menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan kerana dikesan menghidap kemu’rungan dan perlu mengambil ubat sejak sembilan tahun lalu selain menjalani r4watan secara berkala.

“Alhamdulillah, bantuan bulanan yang diterima dapat meringankan beb4n saya walau adakalanya terpaksa menc4tu makan dan jika terputus makanan, saya terpaksa menebaIkan muka menghubungi beberapa rakan untuk membantu.

“Kadang-kadang saya mengambil upah mencabut rumput di rumah penduduk sekitar dan walaupun menerima upah yang tidak seberapa, sekurang-kurangnya dapat membeli makanan untuk anak,” katanya yang turut mempunyai kemahiran mengurut.

Eswani dikunjungi seorang akti vis masyarakat, Amran Rahman, yang sudah lama membantu keluarga itu dari segi sumbangan kewangan dan makanan asas.

Sumber; BH online

Continue Reading

Semasa

Sɪɴᴅʀᴏᴍ ᴛʀᴇᴀᴄʜᴇʀ ᴄᴏʟʟɪɴ ʏᴀɴɢ dihadapi Adik ᴀᴍʀᴀ ǫʜᴀᴅᴇᴇᴊᴀ membuatkan ramai sebak

Published

on

By

Sɪɴᴅʀᴏᴍ ᴛʀᴇᴀᴄʜᴇʀ ᴄᴏʟʟɪɴ ʏᴀɴɢ dihadapi Adik ᴀᴍʀᴀ ǫʜᴀᴅᴇᴇᴊᴀ membuatkan ramai sebak

Sɪɴᴅʀᴏᴍ ʏᴀɴɢ dihadapi ᴀᴍʀᴀ ǫʜᴀᴅᴇᴇᴊᴀ ᴍᴇᴍʙᴜᴋᴀ ᴍᴀᴛᴀ sᴇʀᴛᴀ ᴍᴇᴍʙᴇʀɪ ʟᴇʙɪʜ ᴘᴇɴᴅᴇᴅᴀʜᴀɴ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ᴍᴀsʏᴀʀᴀᴛ ᴍᴇɴɢᴇɴᴀɪ sɪɴᴅʀᴏᴍ ᴛʀᴇᴀᴄʜᴇʀ ᴄᴏʟʟɪɴ. ɴᴀᴍᴀ ᴀᴍʀᴀ ǫʜᴀᴅᴇᴇᴊᴀ ᴛᴜʟᴀʀ ᴅɪ ʟᴀᴍᴀɴ ᴛᴡɪᴛᴛᴇʀ sᴇᴛᴇʟᴀʜ sᴇᴏʀᴀɴɢ ᴘᴇɴɢɢᴜɴᴀ ʙᴇʀᴋᴏɴɢsɪ ᴍᴇɴɢᴇɴᴀɪɴʏᴀ ʏᴀɴɢ ᴅɪᴋᴀᴛᴀᴋᴀɴ ᴍᴇɴɢʜɪᴅᴀᴘɪ sɪɴᴅʀᴏᴍ ᴛʀᴇᴀᴄʜᴇʀ ᴄᴏʟʟɪɴ.

sɪɴᴅʀᴏᴍ ᴊᴇɴɪs ɪɴɪ ᴛᴇʀᴊᴀᴅɪ ᴅɪsᴇʙᴀʙᴋᴀɴ ᴏʟᴇʜ ɢᴀɴɢɢᴜᴀɴ ɢᴇɴᴇᴛɪᴋ ʏᴀɴɢ ᴍᴇᴍᴘᴜɴʏᴀɪ ᴄɪʀɪ sᴇᴘᴇʀᴛɪ ᴋᴇᴄᴀᴄᴀᴛᴀɴ ᴅɪ ʙᴀʜᴀɢɪᴀɴ ᴛᴇʟɪɴɢᴀ, ᴍᴀᴛᴀ, ᴛᴜʟᴀɴɢ ᴘɪᴘɪ ᴅᴀɴ ᴅᴀɢᴜ.

ᴍᴀʟᴀʜ, sᴇsᴇᴏʀᴀɴɢ ʏᴀɴɢ ᴍᴇɴɢʜɪᴅᴀᴘɪ sɪɴᴅʀᴏᴍ ɴɪ ᴀᴋᴀɴ ᴍᴇɴɢᴀʟᴀᴍɪ ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ᴋᴏᴍᴘʟɪᴋᴀsɪ ᴛᴇʀᴍᴀsᴜᴋʟᴀʜ ᴍᴀsᴀʟᴀʜ ᴘᴇʀɴᴀꜰᴀsᴀɴ, ᴘᴇɴɢʟɪʜᴀᴛᴀɴ, ʙᴀʜᴀɢɪᴀɴ ʟᴇʟᴀɴɢɪᴛ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴍᴜʟᴜᴛ ᴍᴀʜᴜᴘᴜɴ ᴘᴇɴᴅᴇɴɢᴀʀᴀɴ.

ᴊᴜsᴛᴇʀᴜ, sɪᴀᴋᴀᴘ ᴋᴇʟɪ ᴛᴇʟᴀʜ ᴍᴇɴɢʜᴜʙᴜɴɢɪ ɪʙᴜ ᴀᴍʀᴀ ǫʜᴀᴅᴇᴇᴊᴀ, ᴘᴜᴀɴ ᴊᴜʟɪᴀɴᴀ, ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴɢᴇᴛᴀʜᴜɪ ᴋᴇᴀᴅᴀᴀɴ sᴇʙᴇɴᴀʀ ᴀɴᴀᴋɴʏᴀ. ᴍᴇɴᴜʀᴜᴛ ᴊᴜʟɪᴀɴᴀ, ᴅᴇᴇᴊᴀ ᴛᴇʟᴀʜ ᴅɪʟᴀʜɪʀᴋᴀɴ ᴅɪ ʜᴏsᴘɪᴛᴀʟ ᴛᴇɴɢᴋᴜ ᴀᴍᴘᴜᴀɴ ʀᴀʜɪᴍᴀʜ, ᴋʟᴀɴɢ. sᴇʟᴀɴɢᴏʀ. ᴛᴀᴍʙᴀʜ ᴊᴜʟɪᴀɴᴀ ʟᴀɢɪ,

ᴅᴀʟᴀᴍ ᴛᴇᴍᴘᴏʜ ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢ sᴀʏᴀ ᴛᴀᴋᴅᴀ ᴍᴀsᴀʟᴀʜ ʏᴀɴɢ sᴇʀɪᴜs, ᴄᴜᴍᴀ ᴍᴇᴍᴘᴜɴʏᴀɪ ᴀɪʀ ᴋᴇᴛᴜʙᴀɴ ʏᴀɴɢ ʙᴇʀʟᴇʙɪʜᴀɴ. sᴇɢᴀʟᴀ sᴄᴀɴ sᴇᴍᴜᴀ ᴛᴀᴋ ᴅᴀᴘᴀᴛ ᴋᴇsᴀɴ ᴍᴀsᴀʟᴀʜ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴋᴀɴᴅᴜɴɢᴀɴ sᴀʏᴀ. ʙɪʟᴀ ʟᴀʜɪʀ ʙᴀʀᴜ ᴅᴀᴘᴀᴛ ᴛᴀᴜ.

ᴍᴀsᴀʟᴀʜ ᴅᴇᴇᴊᴀ, ᴛᴀᴋ ʙᴏʟᴇʜ ʙᴇʀɴᴀꜰᴀs, ᴋᴇʀᴀɴᴀ sᴀʟᴜʀᴀɴ ᴘᴇʀɴᴀꜰᴀsᴀɴɴʏᴀ sᴇᴍᴘɪᴛ ᴀᴋɪʙᴀᴛ ʀᴀʜᴀɴɢɴʏᴀ ʏᴀɴɢ ᴀɢᴀᴋ ᴋᴇ ʙᴇʟᴀᴋᴀɴɢ, ᴄᴜᴘɪɴɢ ᴛᴇʟɪɴɢᴀ ᴛɪᴅᴀᴋ ʟᴇɴɢᴋᴀᴘ ᴅᴀɴ ᴛᴇʀᴛᴜᴛᴜᴘ ᴋᴇᴅᴜᴀ-ᴅᴜᴀ ʙᴇʟᴀʜ ᴅᴀɴ ᴍᴇᴍᴘᴜɴʏᴀɪ ᴘᴀʟᴀᴛᴇ ᴄʟᴇꜰᴛ. ᴏʟᴇʜ ɪᴛᴜ, ᴘᴀᴅᴀ ʜᴀʀɪ ᴋᴇᴅᴜᴀ ᴋᴇʟᴀʜɪʀᴀɴɴʏᴀ, ᴅᴇᴇᴊᴀ ᴋᴇɴᴀ ʟᴀʟᴜɪ ᴏᴘᴇʀᴀᴛɪᴏɴ ᴜɴᴛᴜᴋ ʙᴀɴᴛᴜ ᴅɪᴀ ʙᴇʀɴᴀꜰᴀs ᴅᴇɴɢᴀɴ ʟᴇʙɪʜ ʙᴀɪᴋ ᴅᴇɴɢᴀɴ ɢᴜɴᴀᴋᴀɴ ᴀʟᴀᴛ ᴛʀᴀᴄʜᴇᴏsᴛᴏᴍʏ ᴛᴜʙᴇ ᴄᴜꜰꜰʟᴇss.

sᴇᴛᴇʟᴀʜ ɪᴛᴜʟᴀʜ ᴅᴇᴇᴊᴀ ᴅɪsᴀʜᴋᴀɴ ᴍᴇɴɢʜɪᴅᴀᴘɪ sᴇᴊᴇɴɪs sɪɴᴅʀᴏᴍ ʏᴀɴɢ ᴅɪsᴇʙᴜᴛ ᴛʀᴇᴀᴄʜᴇʀ ᴄᴏʟʟɪɴ. sᴇʟᴀᴍᴀ ᴅᴜᴀ ʙᴜʟᴀɴ ᴅᴇᴇᴊᴀ ʙᴇʀᴀᴅᴀ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴛʜᴇ ɴᴇᴡʙᴏʀɴ ɪɴᴛᴇɴsɪᴠᴇ ᴄᴀʀᴇ ᴜɴɪᴛ (ɴɪᴄᴜ). ᴅᴀʟᴀᴍ ᴘᴀɴᴛᴀɴɢ sᴀʏᴀ ᴜʟᴀɴɢ-ᴀʟɪᴋ ᴋᴇ ʜᴏsᴘɪᴛᴀʟ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴɢʜᴀɴᴛᴀʀ sᴛᴏᴋ sᴜsᴜ ʏᴀɴɢ ᴅɪᴘᴀᴍ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴀɴᴀᴋ sᴀʏᴀ.

ᴅɪᴀ ᴛɪᴅᴀᴋ ʙᴏʟᴇʜ ᴍɪɴᴜᴍ sᴇᴄᴀʀᴀ ɴᴏʀᴍᴀʟ, ʜᴀɴʏᴀ ᴍᴇɴɢɢᴜɴᴀᴋᴀɴ ᴛɪᴜʙ. ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ᴋᴀʟɪ ᴊᴜɢᴀᴋ ᴅɪᴀ ᴛᴇʀᴋᴇɴᴀ sᴀᴡᴀɴ. ᴛᴀᴘɪ ᴀʟʜᴀᴍᴅᴜʟɪʟʟᴀʜ, ᴅᴏᴋᴛᴏʀ ᴍᴀsɪʜ ʙᴏʟᴇʜ ᴍᴇɴʏᴇʟᴀᴍᴀᴛᴋᴀɴ ᴋᴇᴀᴅᴀᴀɴ ᴋᴇᴛɪᴋᴀ ɪᴛᴜ.

ᴅᴜᴀ ᴍɪɴɢɢᴜ sᴇʙᴇʟᴜᴍ ᴅᴇᴇᴊᴀ ᴅɪʙᴇɴᴀʀᴋᴀɴ ᴋᴇʟᴜᴀʀ, sᴀʏᴀ ᴅɪʟᴀᴛɪʜ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴᴊᴀɢᴀɴʏᴀ sᴇʙᴇʟᴜᴍ ᴅɪʙᴀᴡᴀ ᴘᴜʟᴀɴɢ.

sᴇʟᴀᴍᴀᴛ ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ᴛᴀʜᴜɴ ʀᴜᴛɪɴ ʏᴀɴɢ sᴀᴍᴀ sᴀʏᴀ ʟᴀᴋᴜᴋᴀɴ. ᴛɪᴜʙ ᴍɪɴᴜᴍ, ᴛɪᴜʙ sᴜᴄᴛɪᴏɴ ᴅᴀɴ ᴍᴇsɪɴ sᴜᴄᴛɪᴏɴ sᴇɴᴛɪᴀsᴀ ʙᴇʀsᴀᴍᴀ ᴅɪ sᴇᴛɪᴀᴘ ᴘᴇʀᴊᴀʟᴀɴᴀɴ ᴋᴀᴍɪ. sᴇᴘᴀɴᴊᴀɴɢ ᴛᴇᴍᴘᴏʜ ɴɪ, sᴜᴀᴍɪ ᴅᴀɴ ᴀɴᴀᴋ-ᴀɴᴀᴋʟᴀʜ ʏᴀɴɢ ᴍᴇɴᴊᴀᴅɪ ᴋᴇᴋᴜᴀᴛᴀɴ sᴀʏᴀ.

sᴀʏᴀ ᴍᴇᴍᴘᴜɴʏᴀɪ ᴀɴᴀᴋ ʟᴀɢɪ ᴅᴜᴀ ᴏʀᴀɴɢ ᴀɴᴀᴋ ʟᴇʟᴀᴋɪ ʏᴀɴɢ ᴍᴇʀᴜᴘᴀᴋᴀɴ ᴀʙᴀɴɢ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ᴅᴇᴊᴀᴀ. sᴇʟᴀᴍᴀ ᴅᴜᴀ ᴛᴀʜᴜɴ sᴀʏᴀ ᴛᴜʀᴜᴛ ᴅɪᴍɪɴᴛᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴘᴇʀɢɪ ᴋᴇ ᴘᴜsᴀᴛ ᴘᴇʀᴜʙᴀᴛᴀɴ ᴜɴɪᴠᴇʀsɪᴛɪ ᴍᴀʟᴀʏᴀ (ᴘᴘᴜᴍ) ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇᴍʙᴀᴡᴀ ᴅᴇᴇᴊᴀ ʙᴇʀᴊᴜᴍᴘᴀ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴘᴀᴋᴀʀ. ᴅᴇᴇᴊᴀ ᴘᴇʀʟᴜ ᴅɪʙᴀᴡᴀ ᴋᴇ ʙᴀɴʏᴀᴋ ʙᴀʜᴀɢɪᴀɴ, ᴘᴀᴋᴀʀ ᴛᴇʟɪɴɢᴀ, ʜɪᴅᴜɴɢ, ᴛᴇᴋᴀᴋ (ᴇɴᴛ), ᴘᴇʀɢɪɢɪᴀɴ, ᴘᴇᴍᴀᴋᴀɴᴀɴ, ᴍᴀᴛᴀ ᴅᴀɴ ɢᴇɴᴇᴛɪᴋ.

sᴀʏᴀ ʙᴇʀʜᴇɴᴛɪ ᴋᴇʀᴊᴀ ʟᴇᴘᴀs ʟᴀʜɪʀᴋᴀɴ ᴅᴇᴇᴊᴀ ᴋᴇʀᴀɴᴀ sᴀʏᴀ ᴛᴀʜᴜ ᴅɪᴀ ᴘᴇʀʟᴜᴋᴀɴ ᴘᴇʀʜᴀᴛɪᴀɴ sᴇᴘᴇɴᴜʜɴʏᴀ. sᴇᴊᴜᴊᴜʀᴍʏᴀ sᴀʏᴀ ʙᴇʀsʏᴜᴋᴜʀ sᴇʙᴀʙ ᴅɪᴋᴜʀɴɪᴀᴋᴀɴ ᴋᴇʟᴜᴀʀɢᴀ sᴇʀᴛᴀ ʀᴀᴋᴀɴ-ʀᴀᴋᴀɴ ʏᴀɴɢ sᴇʟᴀʟᴜ ᴍᴇᴍʙᴇʀɪᴋᴀɴ sᴏᴋᴏɴɢᴀɴ ᴅᴀɴ ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ sᴀʏᴀ.

ᴅᴇᴇᴊᴀ ᴍᴇᴍᴀɴɢ ᴛᴀᴋ ʙᴏʟᴇʜ ʙᴇʀᴄᴀᴋᴀᴘ sᴇᴊᴀᴋ ʟᴀʜɪʀ sᴀᴍᴘᴀɪ sᴇᴋʀᴀɴɢ ɴɪ, sᴏ ᴋᴀᴍɪ sᴛɪʟʟ ᴘᴇʀʟᴜ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴀᴍʙɪʟ ᴜᴊɪᴀɴ ᴘᴇɴᴅᴇɴɢᴀʀᴀɴ ᴅᴀɴ ᴛᴇʀᴀᴘɪ ᴘᴇʀᴛᴜᴛᴜʀᴀɴ. ʙʏ ᴛʜᴇ ᴡᴀʏ, ɪɴsʏᴀʟʟᴀʜ ᴅᴇᴇᴊᴀ ᴅɪᴊᴀɴɢᴋᴀ ᴀᴋᴀɴ ᴍᴇɴᴊᴀʟᴀɴɪ ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ ʀᴀʜᴀɴɢ ᴘᴀᴅᴀ 14 ᴏɢᴏs ɴɪ, ᴅᴏᴀᴋᴀɴ ʏᴇ!

ᴏᴘᴇʀᴀᴛɪᴏɴ ᴛᴜ ᴀɴᴛᴀʀᴀ ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ ᴛᴇʀʙᴇsᴀʀ ᴅᴇᴇᴊᴀ sᴇᴛᴀᴋᴀᴛ ɴɪ, sᴇʙᴀʙ ᴅᴇᴇᴊᴀ ᴀᴅᴀ ʙᴀɴʏᴀᴋ ᴍᴀsᴀʟᴀʜ ᴅɪ ʙᴀʜᴀɢɪᴀɴ ᴍᴜᴋᴀ ᴅᴀɴ ᴅɪᴀ ᴍᴇᴍᴘᴜɴʏᴀɪ ‘sᴀᴅ ᴇʏᴇs’ ᴋᴇʀᴀɴᴀ ᴋᴇᴛɪᴀᴅᴀᴀɴ ᴛᴜʟᴀɴɢ ᴘɪᴘɪ.

sᴀʏᴀ ᴅᴀɴ sᴜᴀᴍɪ ᴛᴀᴋ ᴘᴇʀɴᴀʜ ʙᴀᴛᴀsᴋᴀɴ ᴘᴇʀɢᴇʀᴀᴋᴋᴀɴ ᴅᴇᴇᴊᴀ. ᴋᴇᴍᴀɴᴀ ᴋᴀᴍɪ ᴘᴇʀɢɪ ᴘᴀsᴛɪ ᴀᴋᴀɴ ʙᴀᴡᴀᴋ ᴅᴇᴇᴊᴀ sᴇᴋᴀʟɪ.

ᴍᴇᴍᴀɴɢ ᴛᴀᴋ ᴅᴀᴘᴀᴛ ᴅɪɴᴀꜰɪᴋᴀɴ ᴀᴅᴀ ᴘɪʜᴀᴋ ʏᴀɴɢ ᴍᴇᴍʙᴇʀɪᴋᴀɴ ʀᴇᴀᴋsɪ ᴋᴜʀᴀɴɢ ᴍᴇɴʏᴇɴᴀɴɢᴋᴀɴ ʙɪʟᴀ ᴛᴇɴɢᴏᴋ ᴅᴇᴇᴊᴀ. ᴛᴀᴘɪ ᴋᴀᴍɪ ʀᴇᴅʜᴀ, ᴋᴀᴍɪ ᴛᴀʜᴜ ᴋᴇᴋᴜʀᴀɴɢᴀɴ ᴀɴᴀᴋ ᴋᴀᴍɪ.

ᴘᴇʀᴋᴇᴍʙᴀɴɢᴀɴ ᴏᴛᴀᴋ ᴅᴇᴇᴊᴀ sᴀᴍᴀ ᴍᴀᴄᴀᴍ ʀᴀᴋᴀɴ-ʀᴀᴋᴀɴ sᴇᴜsɪᴀ ʙᴇʟɪᴀᴜ, ᴄᴜᴍᴀ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴋᴇᴋᴜʀᴀɴɢᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀᴅᴀ ᴘᴀᴅᴀɴʏᴀ ᴍᴇᴍʙᴀᴛᴀsᴋᴀɴ ᴘᴇʀᴄᴀᴋᴀᴘᴀɴ ʙᴇʟɪᴀᴜ sᴇɢᴀʟᴀ ᴛᴀᴋ ʟᴀɴɢsᴜɴɢ. ᴅᴇᴇᴊᴀ ᴍᴇᴍᴀɴɢ ᴘᴀɴᴅᴀɪ ʙᴇʀɢᴀᴜʟ, ᴛᴀᴘɪ ᴋᴀᴅᴀɴɢ-ᴋᴀᴅᴀɴɢ ᴀᴅᴀ ʏᴀɴɢ ᴛᴀᴋ ʙɪᴀsᴀ ᴛᴇɴɢᴏᴋ ᴋᴇᴀᴅᴀᴀɴ ᴅɪᴀ ᴀᴋᴀɴ ᴛᴀᴋᴜᴛ, ᴍᴇɴᴊᴇʀɪᴛ ᴅᴀɴ ᴍᴇɴᴀɴɢɪs ɴᴀᴍᴘᴀᴋ ᴅɪᴀ.

ᴅɪᴀ ᴍᴇᴍᴀɴɢ sᴜᴋᴀ ʙᴇʀᴋᴀᴡᴀɴ, ᴄᴜᴍᴀ ᴏʀᴀɴɢ ᴛᴀᴋᴜᴛ ɴᴀᴋ ᴋᴀᴡᴀɴ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴅɪᴀ. sᴇʟᴀʟᴜɴʏᴀ ʙɪʟᴀ sɪᴛᴜᴀsɪ ᴛᴜ ᴛᴇʀᴊᴀᴅɪ, ᴅᴇᴇᴊᴀ ᴀᴋᴀɴ ᴛᴇʀᴜs ʙᴇʀʟᴀʀɪ ᴋᴇ ᴀʀᴀʜ sᴀʏᴀ ᴀᴛᴀᴜ ᴀʏᴀʜɴʏᴀ. ᴛᴇʀᴋᴀᴅᴀɴɢ ᴛᴜ ᴅᴇᴇᴊᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇɴɢᴜɴᴅᴜʀᴜ ᴋᴇ ᴛᴇᴘɪ sᴇᴏʟᴀʜ-ᴏʟᴀʜ ᴍᴇᴍᴀʜᴀᴍɪ ᴘᴇɴᴇʀɪᴍᴀᴀɴ ᴅɪʀɪɴʏᴀ.

sᴇʙᴀʙ ᴛᴜ ᴀᴅᴀ ᴍᴀsᴀ sᴀʏᴀ ᴛᴀᴋ sᴜᴋᴀ ᴘᴇʀɢɪ ᴋᴇ ᴛᴇᴍᴘᴀᴛ ᴘᴇʀᴍᴀɪɴᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴛᴇʀʟᴀʟᴜ ʀᴀᴍᴀɪ ᴏʀᴀɴɢ, ʙɪᴍʙᴀɴɢ ᴅᴀɴ ᴋᴇsɪᴀɴ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴅᴇᴇᴊᴀ, ʙᴜᴋᴀɴ sᴇᴍᴜᴀ ʙᴏʟᴇʜ ᴛᴇʀɪᴍᴀ ᴅɪᴀ.

sᴇᴋᴀʟɪ sᴀʏᴀ ʙᴇʀsʏᴜᴋᴜʀ sᴇʙᴀʙ sᴇᴋᴀʀᴀɴɢ ᴀᴅᴀ sᴀᴛᴜ ʙᴀᴅᴀɴ ɴɢᴏ ʏᴀɴɢ sᴇᴅᴀɴɢ ᴍᴇᴍʙᴀɴᴛᴜ ᴋᴀᴍɪ ᴍᴇɴᴄᴜᴋᴜᴘᴋᴀɴ ᴅᴀɴᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ ᴅᴇᴇᴊᴀ. sᴀʏᴀ ʙᴇʀᴛᴇʀɪᴍᴀ ᴋᴀsɪʜ ᴀᴛᴀs sᴏᴋᴏɴɢᴀɴ ᴅᴀɴ ᴅᴏᴀ ᴏʀᴀɴɢ ʀᴀᴍᴀɪ, ᴅᴏᴀᴋᴀɴ ᴀᴍʀᴀ ǫʜᴀᴅᴇᴇᴊᴀ ʏᴇ!

sᴜᴍʙᴇʀ : ᴀɪɴᴀ ᴍᴀʜᴀᴅɪ & ᴊᴜʟɪᴀɴᴀ ᴊᴜɴ & sɪᴀᴋᴀᴘ ᴋᴇʟɪ

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK