Connect with us

Viral

“Ia penting dalam mencapai keadilan buat anakanda Bella” – Mahkamah Benarkan 4 Peguam Lantikan TMJ Ikuti Pr0siding Kes’!

Published

on

bella

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, did4kwa atas dua pertu’duhan meng4baikan serta mender4 remaja berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan m4ngsa mengalami keceder4an fizikal dan em0si antara Februari dan Jun 202.

Mhkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan empat peguam yang dilantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertindak sebagai peguam pemerhati dalam k3s pender4an m4ngsa sindr0m d0wn dikenali sebagai Bella.

Keputusan dibuat Hakim Izralizam Sanusi selepas barisan peguam itu yang diwakili Datuk Khairul Anwar Rahmat memaklumkan bahawa mereka telah dilantik menjadi peguam pemerhati bagi pihak Bella.

Menurut Khairul Anwar, mereka memohon untuk hadir mengikuti perbic4raan kes’ pender4an Bella dengan persetujuan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Ia susulan pertemuan Tunku Mahkota Johor bersama Rina yang berlangsung pada Rabu.

“Kami juga akan memohon untuk hadir sebagai amicus curiae (sahabat mahkamah) bagi pihak anakanda Bella selain memohon mendapatkan transkrip rakaman mahkamah (CRT) untuk meneliti perbic4raan sebelum ini,” jelasnya.

Sementara itu, Khairul Anwar dalam kenyataan pada Rabu turut menzahirkan rasa syukur selepas mahkamah membenarkan permohonan untuk menjadi peguam pemerhati bagi pihak Bella.

“Pihak kami juga mempertimbangkan untuk terlibat dengan lebih aktif dalam pr0siding ini dengan membuat permohonan sebagai amicus curiae (sahabat mahkamah) sebaik kami menerima dokumentasi lengkap dan rekod perjalanan ke’s sebelum ini.

“Ia penting bagi kami untuk membantu pihak mhkamah dan pend4kwa raya dalam mencapai keadilan buat anakanda Bella,” kata peguam itu.

Selain Khairul Anwar, tiga lagi peguam pemerhati iaitu Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman.

Sementara itu, Hakim Izralizam berkata, beliau akan mempertimbangkan permohonan empat peguam pemerhati berkenaan untuk mendapatkan CRT.

Pada Selasa, Tunku Ismail berkenan memberi tiga cadangan kepada kerajaan dalam memastikan kejadian ke’s pender4an seperti dilalui Bella tidak lagi berulang.

Cadangan berkenaan dikemukakan dalam pertemuan bersama Rina di Royal Johor Polo Club di Johor Bahru pada Selasa.

Kes Bella tular di media sosial tahun lepas selepas seorang wanita mend4kwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diik4t ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda, sebuah rumah kebajikan pertubuhan bukan kerajaan.

Susulan itu, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 30, didakwa atas dua pertuduhan meng4baikan serta mender4 remaja berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan m4ngsa mengalami keceder4an fizikal dan em0si di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun did4kwa mengikut S3ksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa huku’man maksimum penj4ra 20 tahun atau dend4 RM50,000 atau kedua-duanya, jika s4bit kes4lahan.

Turut hadir pada pr0siding pada Rabu itu, Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang mewakili komuniti orang kurang upaya (0KU) di Dewan Negara.

Sumber : Astroawani

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Pasangan guru maut kemalangan, bekas pelajar luah sedih hilang kata-kata

Published

on

Pasangan guru maut kemalangan, bekas pelajar luah sedih hilang kata-kata

Pemergian pasangan guru yang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 274, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), Kemaman petang tadi mengundang rasa sayu orang ramai.

Menurut laporan Harian Metro, Arbain Baharudin, 47, dan isterinya Rosmayati Bakar, 48 maut di lokasi kejadian manakala anak mereka tiga anak mereka yang cedera dirawat di Hospital Kemaman.

Menerusi laman Facebook, beberapa kenalan terutama individu yang pernah menjadi anak didik pasangan tersebut memuat naik posting meluahkan rasa sedih atas pemergian kedua-dua mangsa.

Rata-rata mengucapkan takziah dan menitipkan al-Fatihah selain mengimbau semula kenangan sewaktu hayat suami isteri berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila MPV Toyota Estima dipandu Arbain terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh pembahagi lebuh raya lalu terbalik.

Difahamkan, pasangan guru yang bertugas di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang itu tercampak lima hingga 10 meter dari kenderaan mereka dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Sumber: Facebook search, Harian Metro (Rosli Ilham)

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Kesian… nak beritahu ada ular, disangka mahu ayam goreng! Dah 2 kali selamatkan tuan, siapa kata kucing hitam bawa malang?

Published

on

Kesian… nak beritahu ada ular, disangka mahu ayam goreng! Dah 2 kali selamatkan tuan, siapa kata kucing hitam bawa malang?

ORANG kata kucing hitam dianggap malang, membawa petanda buruk. Betul ke?

Mungkin tanggapan itu sekadar mitos dan kepercayaan bagi sebahagian masyarakat, tidak kiralah sama ada di Malaysia atau di luar negara.

Namun, seekor kucing hitam menjadi perhatian di media sosial apabila pemiliknya mendedahkan haiwan peliharaannya itu sudah dua kali membantu menyelamatkan individu lain.

Kucing hitam yang dibela Emma sejak kecil.

Bercakap kepada mStar, pemiliknya, Nurul Irma Ismail berkata, kucing hitam yang diberi nama Bulan Gerhana itu merupakan baka domestic long hair dan berusia tujuh tahun.

Memeliharanya sejak kecil, dia yang lebih mesra disapa Emma memberitahu, kucing jantan itu merupakan haiwan yang sangat manja dan mudah dijaga.

“Kejadian pertama berlaku tiga tahun lalu di rumah keluarga saya di Bukit Wang di Jitra, Kedah. Masa tu hanya mak dan Bulan (panggilan kucing) di rumah.

“Mak saya panaskan kuali sebelum masak lauk makan tengah hari, kemudian dia pergi tengok TV kat ruang tamu sehingga lupa. Biasa la mak dah tua, usia 60an.

“Masa tengok TV, mak perasan Bulan asyik meow, dia datang ruang tamu meow-meow dan kembali ke dapur. Tapi mak saya tak kisah sangat sebab Bulan suka meow,” katanya ketika dihubungi.

Bulan sangat manja dan mudah dijaga.

Bagaimanapun, Emma yang berusia 30 tahun berkata, kucingnya itu berulang kali mengiau dan berjalan antara ruang tamu dan dapur.

“Mak pun pusing tengok dia sambil tanya kenapa? Masa tu baru mak ternampak dapur dah berasap. Kelam-kabut mak bangun dan capai tuala untuk padam api kat dapur.

“Mak melecur sikit di bahagian dagu masa nak padam sebab api dah tinggi, apabila letak tuala, api tu macam menyambar ke muka sikit.

“Apabila api dah padam baru Bulan berhenti meow. Tiada apa yang serius selain kerosakan kecil di bahagian dapur,” ujarnya.

Anggota JPAM membawa keluar ular dari kedai makan.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu lagi, insiden kedua pula baru berlaku minggu lalu di kedai makan abangnya yang terletak di hadapan rumah.

“Bulan jarang ada di kedai waktu pagi. Tapi hari tu dia di situ sampai abang dan kakak datang buka kedai kira-kira pukul 10.30 pagi. Buka je kedai, Bulan masuk sambil meow-meow.

“Kakak saya ingatkan Bulan lapar sebab dia selalu minta ayam goreng, tapi Bulan buat macam curious tentang something, dia jalan perlahan-lahan ke meja tempat bancuh air.

Sebenarnya, tak ada kucing pun yang bawa malang dalam hidup ni.
EMMA
“Bulan macam tengok sesuatu dan terus berjalan mengundur. Kakak pun hairan dan dia jenguk bawah meja nak tengok apa yang Bulan nampak,” tambahnya.

Kata Emma, alangkah terkejutnya apabila kakaknya terpandang seekor ular yang sedang melingkar di bawah meja.

Kucing hitam yang dibela Emma sejak kecil.

“Tapi bukan ular biasa, abang tengok nampak sisik besar-besar… baru tahu itu adalah ular tedung selar.

“Abang hubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi membantu mengeluarkan ular tedung tu dari kedai. Lepas abang dan kakak tahu pasal ular tu Bulan pun berhenti meow.

“Alhamdulillah, semua okay dalam kejadian ni. Tapi kalau Bulan tak beritahu ada ular, tak pasti la apa yang akan jadi sebab ular tu besar betul,” katanya lagi.

Emma menolak tanggapan kucing hitam pembawa malang.

Turut membela tujuh lagi kucing, Emma yang mengusahakan bisnes dalam talian berkata, perkongsiannya itu sebenarnya untuk memberitahu bahawa sekiranya manusia menjaga haiwan dengan baik dan sempurna, dengan izin Allah ia akan menjaga dan melindungi kita juga.

“Saya juga nak ubah stereotaip orang tentang kucing hitam ni pembawa malang. Sebab Bulan kucing hitam dan dia adalah kucing paling bertuah yang saya ada.

“Sebenarnya, tak ada kucing pun yang bawa malang dalam hidup ni. Kucing pun makhluk Tuhan juga yang perlu disayangi,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Lepaskan! Lepaskan! ronta si bibik. Aku tak kira, ini aku punya balas Oyen. Perebutan ini berakhir dengan.

Published

on

Lepaskan! Lepaskan! ronta si bibik. Aku tak kira, ini aku punya balas Oyen. Perebutan ini berakhir dengan.

Kucing adalah teman setia kepada manusia selain daripada bin4tang lain selain anj1ng. Sifat penyayang, lemah lembut dan kecomelan kucing menjadikan ianya bin4tang peliharaan yang amat digemari oleh penggemar kucing tidak kira jenis kucing baka yang terbaik atau kucing biasa.

Lain pula yang terjadi kepada pemilik seekor kucing yang diberi nama Trekkie ini, trekkie sangat suka akan makanan bahkan trekkie sangat suka makan makanan apa sahaja asalkan ianya makanan. Beberapa video yang menunjukkan ketekunan trekkie yang mengejar dan merebut makanan daripada pemiliknya membuatkan ramai teruja melihatnya.

Dimana sahaja ada makanan, trekkie akan segera mengejar makanan tersebut walaupun terpaksa memanjat, menerk4m mahupun merebut daripada sesiapa sahaja. Selalunya kucing ini tidak ada yang agres1f seperti trekkie sampai pandai membuka bungkusan makanan yang memang dibeli untuk trekkie.

Mempunyai lebih daripada 600 ribu pengikut di aplikasi Tik T0k membuatkan trekkie menjadi kucing yang popular dek kerana lagaknya yang agres1f dalam mengejar makanan.

LIHAT VIDEO DISINI

Walaupun begitu, baru2 ini penjaga trekkie membuat kenyataan bahawa trekkie sudah tiada lagi di dunia ini.

Tiada maklumat lengkap yang dapat dikongsikan berhubung kehilangan kucing bernama trekkie itu. Trekkie akan diingati walaupun sudah tiada dan sampai sekarang video kecomelan trekkie ini mendapat jutaaan tontonan di seluruh dunia.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK