Connect with us

Viral

‘Hubungan T0ksik, Tiada Keserasian’ – Nurul Zahid Minta Adik Akhiri Hubungan Dengan Siti Bainun

Published

on

Nurul Zahid

‘Hubungan t0ksik, tiada keserasian’…

Nurul Zahid (tengah) mendedahkan dia yang bertanggungjawab mempertemukan adik bongsunya dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun (kiri). -Instagram Nurul Zahid

ANAK sulung Presiden UMN0, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Zahid mendedahkan dia yang bertanggungjawab mempertemukan adik bongsunya dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun.

Menurut Nurul atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Ahmad Zahid, dia mengenali Siti Bainun dan mahu menjodohkan wanita tersebut dengan adiknya memandangkan adiknya seorang lelaki pemalu.

“Sebagai kakak sulung, saya sentiasa mahu yang terbaik untuk adik-adik saya.”

“Mengenali orang kena tuduh (0KT) pada suatu ketika dulu, dia seorang yang peramah dan suka membantu orang dengan kerja-kerja amal yang dia lakukan.

“Being me, saya agak nakal untuk ‘kenenkan’ adik bongsu saya dengan 0KT. Adik saya seorang yang sangat baik, rapat dengan keluarga, dan pemalu untuk bergaul dengan perempuan.

“Apa yang berlaku selepas usikan demi usikan, mereka jadi rapat. Tetapi Allah lebih Maha Mengetahui,” tulisnya.

Nurul Zahid

Namun hubungan tersebut tidak menjadi setelah beberapa isu yang timbul dan jalinan antara mereka berdua dianggap sebagai t0ksik.

Nurul berkata lagi, soal melangkah ke alam perkahwinan juga tidak pernah timbul memandangkan adik-beradik yang lain menentang perhubungan tersebut.

Malah, dia merasa dikhi4nati setelah mengetahui apa yang berlaku.

“Hubungan mereka sering teg4ng dan menjadi semakin rengg4ng.

“Saya menasihati adik saya agar lupakan hubungan yang t0ksik seandainya sudah tidak ada persefahaman dan tiada keserasian.

“Tidak timbul cerita hampir kahwin kerana saya dan adik perempuan saya benar-benar menentng hubungan itu setelah beberapa isu yang berlaku.

“Cukuplah saya nyatakan, saya rasa dikhi4nati. Hanya Allah sebaik-baik pelindung,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Nurul menafikan dakw4an keluarganya melindungi pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang sedang berhadapan pertuduhan mender4 remaja sindr0m D0wn, Bella.

Moga keadilan memihak kepada yang benar.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Astroawani

Inspirasi

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Published

on

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Mempunyai pemikiran yang kreatif adalah menjadi syarat utama untuk kekal ‘survive’ dalam cabaran ekonomi yang ada pada hari ini. Apa sahaja yang boleh menjana duit boleh diusahakan untuk mencari pendapatan tambahan.

Begitulah yang telah terjadi kepada seorang pemuda yang telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan barang terpakai dan terbuang seperti tuala buruk yang sudah dibuang orang.

Pemuda yang bernama Mohamad Hazhlee Azid ini berkata, dia telah menghasilkan pasu bunga itu hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang semasa tempoh PKP.

Beliau yang berusia 24 tahun itu berkongsi, tambahan pula, rumahnya itu yang terletak di Tunjung Kota Bharu Kelantan cukup banyak dihiasi pokok-pokok bunga yang dijaga oleh ibunya.

“Saya ni bekerja sebagai kontraktor dan buat kerja-kerja wiring kalau ada projek. Bila saya takde job ni, saya buatlah sesuatu daripada apa yang nampak boleh dilakukan di rumah.

‘Mak pun memang suka bercucuk tanam pokok-pokok bunga. Maka timbullah idea untuk buat pasu bunga dengan menggunakan barang-barang yang terpakai. Kongsinya kepada mstar.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pok Lie itu berkata pasu bunga itu menggunakan sumber barang-barang seperti bakul sampah, baldi, bekas makanan terpakai dan termasuk tin biskut.

“Bekas pasu yang dibina akan ditampal dengan meletakkan satu lapisan kain samada tuala atau selimut lama yang sudah koyak, ianya dicampur dengan bancuhan simen untuk memastikan ketebalannya dan lebih kukuh.

“Penggunaan kain yang telah dicelup dengan simen itu boleh menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi). Daripada kain atau tuala buruk tu terbuang begitu sahaja, lebih saya manfaatnya, ujarnya yang turut terlibat dalam kerja membuat rumah secara sambilan.

Menurut Pok Lie yang juga anak kedua dari lapan beradik, proses menghasilkan pasu itu mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlukan masa untuk dikeringkan.

‘Selepas bancuhan simen itu kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga itu jadi lebih tebal dan kukuh. Pagi-pagi saya buat, petang dah boleh kering selepas dijemurkan. Bila sudah kering baru saya akan cat.

Sekiranya ada permintaan, saya pertimbangkan juga untuk menjualnya sebagai pendapatan tambahan.

“Cumanya cabaran yang dihadapi adalah sekiranya hujan, kerana pasu-pasu bunga yang disalut simen perlu dikeringkan dulu” kongsinya sambil memaklumkan kebanyakan bahan terbuang diperoleh dari keluarga dan kawan-kawan.

Pok Lie menyatakan” setakat ini, sudah 20 pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk telah saya hasilkan, sambil menambah pada peringkat awal semua dibuat untuk kegunaan sendiri di rumah untuk ibunya.

“Namun apabila saya dah susun dan jemur di luar rumah, memang orang-orang akan terlihat dan ada juga yang terus berminat untuk membeli.

Pasu bunga buatan tangan yang dihasilkan ini bukan sekadar untuk meletakkan pokok tetapi keunikan yang ada padanya boleh menaikkan seri rumah.

‘Sebenarnya, apa yang saya cuba lakukan ini lebih kepada memenuhi kepuasan, saya tengok macam mana orang lakukannya melalui sumber youtube dan saya cuba buat sendiri mengikut kreativiti yang ada.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini

Published

on

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini

Kerinduan pada seseorang atau sesuatu itu adalah rindu pada seseorang yang kita sayang, tidak kira lah ianya rindu pada seorang teman istimewa atau rindu kepada seseorang yang bergelar sahabat. Memang semuanya pun akan kita rindu jika berjauhan.

Bukan sahaja manusia boleh merindui sesama manusia tetapi haiwan juga boleh merindui antara satu sama lain. Tetapi haiwan ini tidak boleh meluahkan melalui kata2 tetapi melalui perbuatan mereka.

Begitulah juga yang dihadapi oleh seekor kucing yang kelihatan sangat murung, tidak seaktif seperti biasa. Nampak seperti kesedihan, si bulus itu kelihatan seperti kehilangan teman atau yang istimewa kepadanya.

LIHAT VIDEO DISINI

“Boleh Bawak M4 ti..” – Kesian! Kucing Makin Hari Makin Murυng Selepas Kucing Jiran Pindah

Menurut tuan kepada si bulus itu, sejak pemergian kucing jirannya yang telah berpindah mengikuti tuannya juga si bulus itu bermurvng seperti kesedihan. Mungkin si bulus itu kesunyian kerana tidak lagi mempunyai teman dan bermurung setelah pemerg1an temannya itu.

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang memberikan cadangan kepada tuannya supaya memcari teman sepermainan kepada si bulusnya itu kerana dikhuatiri si bulus itu akan lagi murung dan akan j4tuh s4kit.

Sumber : I Muslim Network via bicara kini

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Individu Ini Akhirnya Jumpa Cikgu Yang Tolong Bayar Yuran Masuk Universiti 36 Tahun Lalu

Published

on

Individu Ini Akhirnya Jumpa Cikgu Yang Tolong Bayar Yuran Masuk Universiti 36 Tahun Lalu

Selepas 36 tahun berlalu, seorang individu dikenali sebagai Puan Norasiah Jamil akhirnya berjaya menjejaki cikgu yang membantunya membayar yuran pengajian masuk universiti pada 1988.

Pencarian Norasiah bermula apabila dia memuat naik beberapa keping foto lama beserta maklumat ringkas di Facebook. Orang ramai yang mengenali Cikgu Pak Lin Haw membantu Norasiah yang sudah lama ingin bertemu cikgu itu.

Jumpa selepas 36 tahun

Memetik laporan Malay Mail, Cikgu Pak Lin Haw adalah guru kimia Norasiah ketika bersekolah di SMK Alor Akar, Kuantan Pahang pada tahun 1987.

Selepas keputusan SPM diumumkan, Norasiah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di universiti tetapi terpaksa menolak kerana kekangan wang.

Cikgu tolong bayar yuran masuk universiti

Untuk semester pertama pengajian, Norasiah perlu membayar yuran sebanyak RM1,200 dan keluarganya kurang berkemampuan pada waktu itu.

Cikgu Pak Lin Haw yang mengetahui hal itu sanggup mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM400. Baki sebanyak RM800 pula adalah daripada sumbangan PIBG sebanyak RM400 (anugerah pelajar cemerlang) dan RM400 lagi dipinjam daripada saudara mara.

Selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik, Norasiah cuba mencari gurunya tetapi gagal.

Baru-baru ini, dia menjumpai gambar bersama cikgu kesayangannya itu selepas menyelongkar barang lama di rumah ibu bapanya terletak di Felda Lepar Hilir 3, Gambang.

Norasiah sangat bersyukur akhirnya mereka bertemu semula selepas 36 tahun.

Kredit: MalayMail | Facebook Norasiah Jamil

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK