Inspirasi
Hati tertinggal di Langkawi… Pemuda berhenti kerja kilang, balik kampung jadi beach boy lagi ‘masyuk’ – “Boleh dapat RM1,500 sehari”

Hati tertinggal di Langkawi… Pemuda berhenti kerja kilang, balik kampung jadi beach boy lagi ‘masyuk’ – “Boleh dapat RM1,500 sehari”
KAMPUNG halaman yang terletak di Langkawi, Kedah sentiasa dekat di hati pemuda ini.
Ketika merantau di negeri orang, Arash Nashran Abdul Maser hanya mampu bertahan tiga bulan sebelum dia membuat keputusan untuk kembali ke tempat asalnya.
Kini, pemuda berusia 20 tahun itu selesa bekerja sebagai beach boy yang mana dia banyak terlibat dalam menguruskan aktiviti pelancongan di pulau berkenaan.
Arash merupakan anak sulung daripada lima beradik.
“Saya memang berasal dari Langkawi. Sebelum ini saya pernah bekerja di kilang kereta di Selangor. Tapi hanya mampu bertahan selama tiga bulan.
“Saya tak boleh duduk di sana, saya teringat pantai. Saya memang minat laut sejak kecil lagi. Selepas kembali ke Langkawi dua tahun lepas, saya bekerja sebagai beach boy.
“Antara skop kerja saya adalah menguruskan sewaan jet ski, parasailing, jadi pemandu pelancong dan macam-macam tugasan lagi,” ujarnya yang senang disapa Arash.
Kerja ini lagi berbaloi, sebab tu saya balik ke Langkawi.
ARASH NASHRAN ABDUL MASER
Namun menurut anak sulung daripada lima beradik itu, dia juga tidak terlepas daripada padangan serong masyarakat yang gagal memahami tugas sebenar seorang beach boy.
Namun kata Arash, pandangan sekeliling tidak menjadi masalah buatnya kerana dia mampu meraih pendapatan lumayan untuk menyara diri dan membantu keluarga.
“Dah biasa orang pandang negatif terhadap pekerjaan ini. Tapi tak semua beach boy jahat. Orang pernah pandang serong, sebab orang cakap beach boy ni jahat, selalu bawa guest mat salih.
“Tapi saya seronok dapat perkenal tempat kita kepada orang luar. Kerja ini juga terjamin sebab gajinya okey, sebab gaji hari. Lumayan dan bergantung kepada pelanggan juga.
“Dah dua tahun saya kerja, paling banyak saya boleh dapat sampai RM1,500 sehari. Itu baru sehari. Dan ada juga pelancong yang juga bagi tip.
“Kerja ini lagi berbaloi, sebab tu saya balik ke Langkawi,” ujarnya yang pernah menguruskan pelancong Amerika Syarikat, Jerman, Poland dan bermacam-macam negara lagi.
Arash merancang untuk membeli bot dan jet ski sendiri suatu hari nanti.
Keluar bekerja seawal pukul 8 pagi, Arash berkata dia berdepan dengan pelbagai risiko dan cabaran, namun menganggap semua itu sebagai asam garam dunia pekerjaan.
Tambah Arash, dia juga merancang untuk mengusahakan bisnes sendiri suatu hari nanti, sekali gus dapat memeriahkan lagi sektor pelancongan di kampung halamannya.
“Risiko paling besar sudah tentu laut. Macam-macam risiko, dengan ombak lagi. Jadi, nyawa pelancong itu di tangan kita. Saya sebagai beach boy kena selamatkan mereka, tak kira apa jua keadaan sekalipun.
Selain pelancong tempatan, Arash juga banyak menguruskan pelancong luar.
“Tapi setiap kali nak main watersport, kami akan bagi arahan. Patuhi saja, InsyaAllah semuanya okey. Daripada segi masa depan, saya memang terfikir nak jadi tauke suatu hari nanti. Saya nak beli bot dan jet ski sendiri,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Arash berkata dia juga memanfaatkan kewujudan media sosial sehingga mampu meraih pelanggan baharu menerusi aplikasi TikTok.
Tambahnya, Langkawi kini semakin ‘hidup’ selepas sepi buat sekian lama ketika pandemik Covid-19 melanda pada tahun 2020.
Industri pelancongan Langkawi semakin ‘hidup’ selepas pandemik Covid-19 berakhir.
“Masa tengah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memang tak ada kerja. Saya harapkan duit simpanan dengan buat kerja part time lain masa tu. Tapi sekarang dah tak macam dulu.
“Sekarang, saya juga ada dapat pelanggan daripada TikTok. Mudah kalau mereka nak booking, nak walk-in pun boleh,” ujar Arash lagi.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Inspirasi
“Ramai ingat saya mahu jadi P Ramlee” – P Radhi tiru suara kerana minat, akui tiada siapa boleh ganti

“Ramai ingat saya mahu jadi P Ramlee” – P Radhi tiru suara kerana minat, akui tiada siapa boleh ganti
MENGIDOLAKAN Allahyarham Tan Sri P Ramlee sejak kecil, penyanyi P Radhi menganggap seniman agung itu merupakan seorang legenda yang tiada pengganti.
Menyedari arwah tiada pengganti, Radhi atau Muhammad Radhi Abd Rahman, 31, berkata dia bukanlah mahu menjadi P Ramlee tetapi mengambil inspirasi perjalanan tokoh seniman itu.
“Saya tak nak jadi P Ramlee sebenarnya, arwah tetap nombor satu tiada siapa boleh ganti seniman itu.
“P Ramlee idola saya walaupun ada yang kata saya tak sama macam dia tapi saya tak marah sebab saya tak pernah kata saya sama macam P Ramlee.
“Walaupun ada juga yang kata sama, saya berterima kasih kerana samakan saya dengan orang yang hebat,” katanya .
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
#CELEB
Aishah dah boleh sarung saiz S, baju lama sedekah kepada golongan memerlukan

Aishah dah boleh sarung saiz S, baju lama sedekah kepada golongan memerlukan
IMPIAN penyanyi Datuk Aishah mengenakan busana bersaiz kecil tertunai apabila dia akhirnya mampu bergaya dengan pelbagai jenis baju terutama baju kebaya.
Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, dia pada awalnya seakan tidak percaya tentang perubahan itu sehingga ke gedung pakaian untuk mencuba saiz lebih kecil.
Jelasnya, baju-baju miliknya sebelum ini terpaksa didermakan kepada mereka yang kurang berkemampuan kerana sudah tidak boleh digunakan lagi.
Aishah gembira dapat sarung kebaya.
“Jika dahulu, saya memang tak boleh pakai saiz S, tetapi sekarang saya seolah-olah tak percaya boleh memakainya.
“Saya pergi ke pelbagai kedai mencuba pakaian saiz S kerana mungkin setiap kedai potongan berbeza-beza. Jadi, bila sudah membuat percubaan, memang sah saya boleh pakai saiz kecil.
“Ya betul (kebanyakan baju bersaiz S), baju-baju lama terpaksa disedekahkan kepada orang lain yang lebih memerlukan seperti mangsa banjir.
“Saya juga banyak memberikan kepada kawan-kawan, cuma baju persembahan yang lama masih ada kerana tidak tahu mahu berikan kepada siapa,” katanya.
Aishah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media majlis berbuka puasa bersama Datuk Aishah & Ezad Lazim di Ampang, Selangor pada Isnin.
Dalam pada itu, Aishah memberitahu bahawa dia sudah puas bersedih apabila tidak dapat mengenakan pakaian yang dia mahukan.
Sekarang dapatlah merasa pakai pelbagai baju, dahulu hanya lalu dan lihat sahaja.
DATUK AISHAH
PENYANYI
Tambah Aishah, sebelum ini dia hanya mampu melihat dan menyimpan angan namun sekarang semuanya sudah menjadi satu kenyataan.
“Kalau dahulu rasa sedih juga bila lihat ada baju cantik, tetapi tak dapat dibeli disebabkan tiada saiz. Perkara ini hanya orang berbadan besar sahaja tahu.
“Tetapi sekarang sudah berbeza dan itulah yang seronok. Ini kerana saya boleh beli baju baru sebagai hadiah untuk diri sendiri.
Perbezaa Aishah dulu dan sekarang.
“Sekarang dapatlah merasa pakai pelbagai baju, dahulu hanya lalu dan lihat sahaja. Apa yang boleh beli adalah beg tangan dan kasut.
“Saya cuba menyarung baju kebaya sejak beberapa tahun lalu, tetapi hanya sekarang baru boleh pakai. Jadi, itu adalah pencapaian untuk diri sendiri,” katanya lagi.
Untuk rekod, Aishah pernah menjalani pembedahan pintasan usus atau bariatrik sekitar 2018.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Inspirasi
Anak Ketua Paderi Di Sebuah Kampung Di Sibu Sarawak – Sanggup Lari Dari Keluarga Demi Peluk Islam

Anak Ketua Paderi Di Sebuah Kampung Di Sibu Sarawak – Sanggup Lari Dari Keluarga Demi Peluk Islam
“Tiga bulan hidup saya seperti dalam nɛr4ka, tetapi saya tetap dengan pendirian mahu terus menjadi orang Islam.
“Keluarga tidak merestui keputusan saya menyebabkan saya nɛkad meninggalkan mereka,” kata Catherin Casby atau Norhayati Abdullah, 54 tahun mengenai dµgaan dihadapi apabila membuat keputusan menµkar agama.
Kisah pilµ yang dihadapi tidak pernah padam dalam ingatan suri rumah ini meskipun ia sudah lama berlalu.
Beliau kini hidup dengan lebih tenang melayari kehidupan bersama keluarga tercinta dan bersyukur pilihannya memeluk Islam amat tepat.
Tokoh Maal Hijrah 2015 Daerah Batu Pahat, Johor ini yakin jalan yang penuh berliku pada usia awal hidupnya adalah ujian Allah SWT bagi menguatkan imannya sebagai saudara baharu sekali gus menjadikannya Muslimah yang lebih tabah, beriman dan bertakwa.
Walaupun Norhayati dari suku kaum Iban mahu melupakan semua kenangan sedih, beliau bersedia berkongsi pengalaman yang ditɛmpuhi bagi memberi inspirasi dan iktibar kepada umat Islam khususnya saudara baru.
“Saya anak tunggal perempuan daripada lima beradik. Bapa saya ketua padɛri di sebuah kampung di Sibu, Sarawak. Ibu bapa saya meningg4l dunia, pada usia 13 tahun dan kemudian saya dijaga oleh ibu saudara,” katanya mengimbau zaman silamnya ketika ditemui di rumahnya di Batu Pahat, baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Norhayati berkata, beliau berasa tertɛkan di rumah menyebabkannya menjadi seorang yang p4nas b4ran, pem4rah dan pendɛndam.
“Saya juga amat bɛnci dengan rakan sekolah yang beragama Islam sehingga sanggup meng0yakkan buku rakan jika mereka lebih cemerlang daripada saya dalam peperiksaan”.
“Malah, saya juga sering membµli mereka dengan mengambil bekal makanan yang dibawa dan membµangnya berkenaan ke longkang jika ia tidak menepati selera saya.
“Namun apa yang pɛlik, rakan yang beragama Islam sedikit pun tidak m4rah, malah tetap bersabar dengan kelakuan saya. Lebih mengɛjµtkan mereka turut membawa bekal makanan khas untuk diberi kepada saya dan masih mahu terus berkawan dengan saya,” katanya.
Tahap kesabaran rakan beragama Islam melayan kelakuan bvruk beliau menyebabkan Norhayati mula tertarik hati dengan keikhlasan mereka menerima beliau seadanya sehingga nɛkad untuk mengenali dan mendalami Islam secara diam-diam.
Beliau mula mencari bahan bacaan untuk mengetahui mengenai Islam, selain memberanikan diri pergi sendiri ke Jabatan Agama Islam Sibu untuk mendalami agama itu.
Beliau juga mempunyai keluarga angkat beragama Islam, yang turut membimbingnya mendalami Islam berikutan usianya masih muda.
Yang nyata, kehidupannya penuh dengan ujian. Tr4gɛdi paling melekat di dalam jiwanya ialah apabila beliau diminta berhenti sekolah walaupun mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) dan disuruh menjadi menjadi r4hib di gɛreja.
“Hati saya h4ncur kerana satu-satunya perkara yang seronok ketika remaja ialah ketika di alam persekolahan. Tetapi keseronokan itu dir4mpas. Ketika di sekolah, saya dapat melupakan sebahagian daripada kisah sɛdih di rumah,” katanya.
Berikutan itu, beliau member0ntak dan melarikan diri ke rumah keluarga angkatnya di Sibu bagi menenangkan fikiran.
“Perkara paling saya ingin elakkan ialah dipaksa menjadi r4hib. Selepas puas berfikir, tanpa pengetahuan keluarga, saya nɛkad memeluk Islam secara senyap pada usia 15 tahun dengan bantuan keluarga angkat,” katanya.
Pada awalnya beliau mahu merahsiakan keputusannya memeluk Islam, tetapi selepas dua minggu pulang ke kampung, hatinya tidak mampu lagi menyimpan rahsia.
“Akhirnya memberitahu keluarga supaya mereka merestui. Bagaimanapun, saat permulaan mimpi paling ngeri dalam hidup saya. Keluarga membantah kɛras keputusan saya,” katanya.
Beliau nɛkad melarikan diri ketika semuanya ahli keluarganya sedang tidur dan menumpang di rumah kawan.
Dengan bantuan rakannya itu, Norhayati mula bekerja di sebuah restoran dan di situ jugalah, beliau bertemu jodoh. Beliau dilamar seorang pegawai kerajaan, yang menyatakan kesudian untuk menjaganya.
Pada usia 15 tahun, Norhayati bergelar isteri kepada Mohd Meras Ishak, yang 14 tahun lebih tua daripadanya.
Ketika baru berkahwin, saya sangat polos dan tidak tahu apa-apa. Sehingga ketika suami pergi kerja, saya yang menetap di kawasan kuarters kerajaan akan keluar bermain bersama anak jiran, bermain guli dan bermain sembunyi-sembunyi sehinggalah suami panggil untuk pulang.
“Suami banyak membimbing dan mengajar saya banyak perkara, termasuk cara bersolat dan berpuasa, selain menguruskan rumah tangga.
“Kami bahagia sehingga saya melahirkan enam cahaya mata. Namun, umur suami tidak panjang kerana dijɛmput Ilahi selepas 15 tahun berumahtangga,” katanya.
Selepas menjadi balu, Norhayati memutuskan untuk berpindah di kampung halaman suaminya di Batu Pahat dan meneruskan kehidupan dengan bekerja di kilang elektronik bagi membesarkan anak yang masih kecil.
“Dengan duit pampasan peninggalan arw4h suami, saya membeli sebuah rumah dan membesarkan semua anak hasil dengan bekerja kilang selama lebih 18 tahun. Anak meminta saya berhenti bekerja selepas mereka semua sudah tamat belajar di universiti dan bekerja,” katanya.
Kelapangan masa selepas berhenti kerja itu membolehkan Norhayati mendalami agama Islam. Beliau memasuki kelas agama di Badan Kebajikan Saudara Kita sehingga sekarang.
Saya berpeluang memperbetulkan bacaan al-Quran, bacaan dalam solat dan ilmu pengetahuan Islam lainnya, malah kerana berasakan kelas ini amat penting sebagai pembimbing hidup, saya tidak pernah sekali pun tidak hadir ke kelas yang diadakan tiga kali seminggu ini.
“Alhamdulillah, selepas gigih mengikuti kelas sejak tahun 2010, saya mendapat rezeki dan terpilih mengerjakan haji bersama rombongan kerajaan negeri Johor pada tahun 2013, yang menjadi hadiah paling bermakna dalam hidup saya,” katanya.
Kini, beliau nɛkad meningkatkan lagi ilmunya dalam bidang agama. Beliau mahu menuntut dengan guru agama sebagai persiapan mencapai cita-citanya, bergelar guru agama.
Beliau berazam kembali ke kampungnya di daerah Song, Sibu, Sarawak untuk berdakwah kepada keluarga dan masyarakat di sana.
“Sebelum ini, mereka cuba mencari saya dan berita kehilangan saya juga turut pernah disiarkan televisyen dan akhbar, namun ketika itu saya belum bersedia apatah lagi ilmu agama masih tidak cukup di dada,” katanya.
Beliau bercadang membawa ibu saudaranya tinggal bersama di Batu Pahat dan menjaganya, selain mahu mengajaknya memeluk Islam.
Norhayati mengakui, cabaran sebagai seorang saudara baharu amat hebat. Jika iman tidak cukup di dada, kemungkinan untuk kembali kepada agama asal amat tinggi.
“Alhamdulillah, saya dikelilingi sahabat, masyarakat yang baik, amat memahami malah langkah ke kelas agama juga banyak membimbing saya untuk terus bertakwa dan bersabar jika berdepan ujian.
Sumber nasihatustaz.net
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral12 months ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral11 months ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized11 months ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG12 months ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi12 months ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral12 months ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan