Connect with us

Isu Semasa

Hasrat lima sekeluarga pulang ke Keningau untuk meraikan Krismas berakhir tragedi- Realmerah.

Published

on

krismas

PAPAR: Hasrat lima sekeluarga pulang ke Keningau untuk meraikan Krismas berakhir tragedi setelah kenderaan mereka bertembung dengan lori tiga tan di Jalan Kimanis-Keningau hari ini.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu mengakibatkan dua beranak maut dan tiga lagi anggota keluarga mereka mengalami kecederaan.

Dua mangsa maut dikenali sebagai Deny Rizlin William,36, dan anaknya, Daphne Dale yang berusia sembilan tahun.

krismas

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd. Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.14 petang dan dua pasukan pegawai dan anggota dari BBP Kimanis dan BBP Papar dikejarkan ke lokasi kejadian.

Semasa tiba di lokasi, didapati terdapat enam mangsa terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda, Vigo dan sebuah lori tiga tan.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dan memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera.

“Keluarga yang menaiki Vigo itu dalam perjalanan dari Kimanis menuju ke Keningau dipercayai untuk meraikan sambutan Krismas sebelum kenderaan mereka bertembung dengan lori tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa maut diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut manakala, mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital menaiki kenderaan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kesihatan (EMRS) dan ambulans.

Sumber : borneotoday

Isu Semasa

Ajal dalam bilik hotel… pengetua maut ketika adakan hubungan sulit dengan guru wanita

Published

on

Ajal dalam bilik hotel… pengetua maut ketika adakan hubungan sulit dengan guru wanita

Seorang pengetua meninggal dunia dalam bilik hotel. -gambar hiasan

SEORANG pengetua sekolah meninggal dunia di sebuah bilik hotel ketika bersama dengan seorang guru wanita.

Lelaki berusia 50 tahun itu disyaki dan guru berusia 39 tahun menjalinkan hubungan sulit.

Kejadian berlaku di sebuah hotel di Tulungagung, Jawa Timur di Indonesia, pada 24 Januari lalu.

Kedua-dua mereka bertugas di sekolah yang sama.

Pasangan bukan suami isteri itu kemudian menginap di sebuah hotel.

Beberapa jam kemudian pengetua tersebut tidak sedarkan diri dan sempat diberi bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak dapat diselamatkan dah disahkan meninggal dunia.

Susulan itu, laporan polis dibuat berhubung kejadian.

Berdasarkan keterangan guru wanita itu, mangsa tidak mengambil sebarang pil ketika melakukan hubungan intim.

Perbuatan ini salah dari segi undang-undang atau/ haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. – Kompas

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Projek HSR: Dua Bekas PM Kena Saman, Pampasan RM1 Juta Untuk Setiap Rakyat Malaysia?

Published

on

Projek HSR: Dua Bekas PM Kena Saman, Pampasan RM1 Juta Untuk Setiap Rakyat Malaysia?

Ekoran dari pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura, seorang lelaki bertindak memfailkan saman terhadap dua bekas Perdana Menteri dan menuntut pembayaran ganti rugi RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia!

Mohd. Hatta Sanuri, 47, selaku plaintif telah memfailkan saman tersebut pada Disember lalu atas kapasiti peribadi dengan menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai defendan pertama dan kedua.

Bekas Menteri Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan kerajaan Malaysia pula masing-masing sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Beliau memfailkan saman tersebut atas kapasiti peribadi dan bagi pihak seluruh rakyat negara ini yang terjejas dan terkesan akibat tindakan salah, kecuaian dan misfeasans (salah laku ketika berada di pejabat awam) sehingga membawa pembatalan salah projek HSR dan pembayaran pampasan tidak perlu kepada Singapura.

Wartawan Nuzulsham Shamsuddin dari KOSMO! ONLINE juga melaporkan, plaintif telah mendakwa Dr. Mahathir melakukan kecuaian dan menyalah guna jawatannya ketika itu dengan menangguhkan projek HSR menyebabkan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia perlu membayar pampasan kepada Kerajaan Singapura hampir RM46 juta.

Ketika Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin menjadi Perdana Menteri pula, beliau didakwa cuai apabila menamatkan projek berkenaan sehingga kerajaan dan semua rakyat Malaysia termasuk plaintif selaku pembayar cukai perlu mengeluarkan wang RM320,270,519.24 sebagai pampasan pembatalan Perjanjian Dua Hala di antara Malaysia dan Singapura yang dipersetujui.

Manakala Wee Ka Siong pula didakwa cuai sehingga menyebabkan hak rakyat Malaysia untuk menikmati sistem pengangkutan kelas pertama di peringkat antarabangsa yang pantas, selamat dan murah telah dinafikan.

Kerajaan Malaysia dan Singapura sebelum ini telah bersetuju secara rasmi pada 19 Februari 2013 untuk melaksanakan projek HSR sejauh 350 kilometer yang dijangka siap pada 2026 dengan anggaran kos RM60 billion.

Namun, projek untuk rakyat menikmati perjalanan di antara Malaysia dan Singapura dalam tempoh 90 minit itu dibatalkan pada 1 Januari 2021 selepas kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Malaysia kemudiannya dikehendaki membayar sebanyak SGD$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura sebagai kos yang perlu ditanggung bagi pembangunan projek dan pelanjutan penggantungannya.

Plaintif menuntut deklarasi bahawa pembatalan projek yang diumumkan oleh Muhyiddin adalah batal dan tidak sah dan deklarasi supaya kesemua defendan membayar ganti rugi dan pampasan sebanyak RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia termasuk plaintif kerana telah secara salah dan cuai membatalkan projek HSR.

Pengurusan kes ditetapkan pada 2 Februari 2023 di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Shasha Hidayah Nor Azahar.

Sumber: KOSMO! ONLINE

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Buat lawak lucah ketika ‘live’, netizen jijik tengok perangai ‘bapak2 orang’

Published

on

Buat lawak lucah ketika ‘live’, netizen jijik tengok perangai ‘bapak2 orang’

Tindakan beberapa individu yang membuat live di aplikasi TikTok sambil bergurau sesama sendiri menggunakan lawak ‘double meaning’ telah mendapat perhatian ramai setelah rakaman live tersebut dimuat naik ke laman Twitter.

Buat live lawak double meaning
Menerusi perkongsian daripada pengguna Twitter dikenali sebagai Cikgu Anep, beberapa individu yang ada di antara mereka merupakan pelawak telah membuat bergurau dengan seorang wanita sambil menggunakan perkataan menjurus ke arah lucah.

Dalam video terbabit, mereka telah berlakon seperti berada di dalam kelas dengan wanita tersebut menjadi guru dan individu yang lain sebagai ‘anak murid’.

LIHAT VIDEO DISINI

Kesemua lelaki yang berada di dalam live tersebut seperti mempermainkan guru berkenaan dengan menjatuhkan pen ke bawah dan berulang kali menyebut ‘how much’ merujuk kepada perkara seksual.

Kalau perempuan tu ahli keluarga mereka macam mana?
Gurauan kurang cerdik mereka telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet yang rata-rata jijik mendengar ucapan mereka termasuklah ketika menyebut berkenaan ‘cup’ yang pasti merujuk kepada saiz pakaian dalam wanita.

Mereka menganggap perbualan individu-individu tersebut tidak wajar kerana masing-masing telah mempunyai pengikut tersendiri yang boleh jadi ada diantaranya adalah kanak-kanak.

Sumber: Twitter Cikgu Anep

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK