Harimau Selatan Mahu Baham Tok Gajah

0
244

Pengendali Harimau Selatan, Raul Longhi menyedari pasukannya bakal menghadapi laluan sukar dalam pertembungan menentang Pahang pada aksi pertama Suku Akhir Piala FA, di Stadium Darul Makmur malam ini memandangkan Tok Gajah memiliki kelebihan beraksi di halaman sendiri.

Namun semua itu tidak akan menjadi alasan buat Longhi untuk memastikan JDT mendapat keputusan positif dalam perlawanan tersebut.

“Saya akui pertembungan dengan skuad kendalian Dollah Salleh tampak sukar kerana mereka pasti mahu menggunakan kesempatan beraksi di laman sediri tapi kami tetap bersedia untuk menang pada aksi itu dan harus memperagakan corak permainan bijak.

“Falsafah dalam JDT mengutamakan mentaliti positif dan sentiasa beraksi konsisten kerana ia penting untuk memburu kemenangan. Suku akhir dijalankan secara timbal balik dan kami perlu memberi lebih 100 peratus pada aksi pertama dan mengekalkan momentum pada baki 90 minit di Larkin selepas ini.

“Para pemain memahami perancangan formasi yang dibentuk dan mereka mampu mengubah mengikut kesesuaian rentak permainan dan keutamaan adalah memperagakan aksi konsisten selain tidak melakukan kesilapan mudah,” jelas Longhi dalam kenyataan yang disiarkan laman rasmi pasukan, Johor Southern Tigers.

Dalam kenyataan sama, Longhi turut menjelaskan tahap kecergasan pemainnya berada dalam di tahap Pyang cukup memuaskan dan hanya Kunalan sahaja yang mungkin tidak dapat diturunkan.

“Semua pemain JDT kini berada di tahap kecergasan yang memuaskan dan telah memberi sepenuh komitmen terhadap latihan fizikal dan taktikal sepanjang tempoh rehat saingan Liga Malaysia.

“Hanya Kunanlan yang mungkin tidak dapat diturunkan selepas mengalami kecederaan di buku lali dan tahap kecergasan pemain itu dipantau oleh pegawai fisioterapi untuk memastikan beliau pulih sepenuhnya,” katanya lagi.

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here