Connect with us

Viral

GURU PAKAI MASKOT SAMBUT ANAK MURID JATUHKAN MARTABAT GURU?

Published

on

mascot

GURU PAKAI MASKOT SAMBUT ANAK MURID JATUHKAN MARTABAT GURU?

Baca penjelasan daripada Guru Adiwira Kebangsaan 2019, Abdullah Alif Dahlan.

“Rasanya ramai sekolah menggunakan mascot untuk menyambut murid-murid ke sekolah. Alhamdulillah, boleh dikatakan ia sudah menjadi trend pembukaan hari pertama pembukaan sekolah.

mascot mascot

Namun begitu, ada segelintir yang tidak bersetuju dengan pemakaian sedemikian kerana mereka kata menj4tuhkan martabat guru itu sendiri.

Bagi saya mudah, Adakah murid suka akan mascot yang guru gunakan? Adakah murid rasa hilang h0rmat selepas nampak gurunya memakai mascot? Adakah perasaan t4kut ke sekolah bertambah atau berkurang? Adakah minat murid untuk ke sekolah berkurang?

Saya mulakan pemakaian baju adiwira dan mascot sejak tahun 2017 lagi. Alhamdulillah, saya tidak pernah diperl3keh atau dih1na Kanak-kanak, guru atau ibu bapa di sekeliling saya. Malah keakraban saya dengan murid sukar untuk saya terjemahkan dengan kata-kata.

mascot mascot

Bagi saya ia salah satu alternatif dan ikhtiar untuk menarik minat murid ke sekolah.

‘Zaman dulu, tak da pun guru pakai begini?’

Zaman dulu kita tak ada internet, kita tidak ada handphone, kita tidak ada whatsapp, kita tidak ada tiktok….

Maka kita perlu seiring dengan perubahan yang berlaku pada hari ini. APA YANG PENTING? Perkara tersebut tidak melanggar undang-undang atau syariat agama.

Kalau ada guru yang nak pakai? Kita raikan kita beri semangat. Sebab memang tak semua guru sanggup berpakaian sedemikian tapi ada guru yang sanggup pakai demi murid-muridnya yang tersayang.

mascotAlhamdulillah, pakaian adiwira yang saya gunakan sejak daripada tahun 2017 telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Guru Adiwira Kebangsaan 2019.

Terima kasih SK Perdana Tawau, PPD Tawau, JPN Sabah dan Kementerian Pendidikan Malaysia.”

– Abdullah Alif Dahlan (Guru Adiwira Kebangsaan 2019).

mascot mascotKomen warganet :

Kancil Maroon

“Yang menj4tuhkan mart4bat guru…mereka yang tidak menyokong usaha guru guru seperti ini. Bukankah ada dalam etik4 guru sesama guru? Tidak mampu buat…berilah sokongan bukannya mengej1..”

Iskandar Mohamad Ali

“Pada saya tiada mas4lah jika guru ingin pakai maskot.. sebab ini juga merupakan salah satu kaedah untuk membuatkan murid seronok datang ke sekolah lagi2 bila diaambut oleh maskot superher0 di gate sekolah setiap hari..”

Mohamad Iqbal

“Terbaik cikgu..kita buat bukan sebab disuruh atau beb4n kerja..kita buat atas dasar menarik minat murid dan menceriakan suasana hari pertama persekolah..Alhamdulillah sy pun pakai maskot, dan tiada murid yg men4ngis pada hari pertama persekolahan tempoh hari..”

Sumber : Abdullah Alif Dahlan

Semasa

Hadir konsert lagenda India, wanita tulis kapsyen sentuh sensitiviti kaum

Published

on

Hadir konsert lagenda India, wanita tulis kapsyen sentuh sensitiviti kaum

Konsert Mega Lagenda India A.R. Rahman yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu sememangnya menghadirkan pelbagai cerita menarik seperti penampilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang membuka tirai dengan penuh bertenaga.

Lebih menyeronokkan lagi, kehadiran A.R. Rahman bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat India tetapi turut kelihatan pelbagai kaum bersorak apabila penyanyi dan komposer hebat itu muncul.

Namun, disebalik kemeriahan 60,000 penonton di dalam stadium tersebut ada sesetengah pihak yang langsung tidak peka dan menjaga sensitiviti sebagai rakyat Malaysia apabila memuat naik momen berada di konsert dengan kapsyen rasis.

Menerusi posting yang dibuat pengguna Twitter Kesavan Vekraman, dia telah berkongsi semula rakaman Insta Story seorang wanita yang menyebut perkataan menyentuh perihal sensitiviti kaum India.

“Pening dengar lagu k***ng. Nak lagu Nustey please…waiting for Tokti ni,” tulisnya sambil merakam suasana di dalam stadium.

Hidup dah lama, sensitiviti orang pun tak faham

Perkongsian tersebut nyata membuatkan ramai berasa geram kerana tindakan seperti itu boleh menggangu keharmonian semua kaum di Malaysia terutamanya yang hadir sewaktu konsert mega itu.

Susulan dikecam teruk netizen di media sosial, wanita terbabit telah membuat permohonan maaf diatas keterlanjurannya menulis perkataan rasis di media sosialnya yang mempunyai ratusan ribu pengikut.

Konsert A.R. Rahman yang berlangsung pada 28 Januari 2023 telah mendapat sambutan hangat apabila SNBJ dipenuhi penonton lebih dari 60,000 orang.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir menyaksikan konsert tersebut bersama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah dan mengakui sangat gembira melihat pelbagai kaum menyaksikan konsert mega dari komposer terkenal India.

Sumber: Twitter Kesavan Vekraman

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Viral

Selepas Di Sweden, Aktivis Bakar Al-Quran Lagi Berhampiran Masjid Di Denmark

Published

on

Selepas Di Sweden, Aktivis Bakar Al-Quran Lagi Berhampiran Masjid Di Denmark

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan tindakan ahli politik Sweden berhaluan kanan yang membakar al-Quran. Tindakan biadapnya telah menjadi kecaman ramai termasuklah negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, pemimpin parti ‘Hard Line’ dikenali sebagai Rasmus Paludan yang juga ahli politik anti-imigran Denmark-Sweden itu telah mendapat permit polis bagi mengadakan demonstrasi bertujuan bagi menentang Islam.

Tindakan biadapnya membakar al-Quran tempoh hari telah dilakukan dihadapan Kedutaan Turkiye.

Bakar al-Quran sekali lagi

Selepas beberapa hari insiden tersebut menjadi kekecohan terutama di negara-negara Islam, Paludan sekali lagi membuat onar dengan membakar al-Quran di hadapan masjid di Denmark.

Turkiye panggil Duta Denmark

Susulan itu, memetik laporan dari Kosmo! merujuk kepada media tempatan, Turkiye telah memanggil duta Denmark semalam untuk mengecam tindakan Copenhagen yang memberi keizinan pelampau berhaluan kanan membakar al-Quran disebabkan keengganan Ankara membenarkan Sweden dan Finland menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Dalam video yang tular, Paludan pada awalnya membakar satu salinan ayat suci Al-Quran di hadapan masjid di Copenhagen sebelum membakar salinan kedua di luar kedutaan Turkiye.

Disebabkan Sweden membenarkan ahli politiknya mengadakan protes sebegitu di ibu negara, Stockholm, ia sekali gus mendorong Turkiye menangguhkan rundingan dua negara itu untuk mengertai NATO.

Sumber: Kosmo!

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

‘Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi’

Published

on

‘Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi’

Manjung: “Semalam saya sempat buat panggilan video dengan arwah mak, tak sangka ia adalah kali terakhir kami dapat bergelak-ketawa,” kata Ahmad Shahful Osman Azmi, anak kepada Fatimah Mohd Ali yang meninggal dunia dalam nahas di Jalan Beruas-Ipoh, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, Fatimah, 64, maut selepas Perodua Kelisa yang dipandunya terlanggar van pekerja, lalu terbabas ke dalam gaung.

Kemalangan itu turut meragut nyawa jirannya, Mohd Ibrahim Md Deram, 77.

Akibat kejadian itu juga, suami kepada Fatimah, Osman Azmi Chulan, 70, patah kaki kanan manakala anak kepada Mohd Ibrahim, Fazlina Mohd Ibrahim, 53, parah.

Menurut Ahmad Shahful, 30, dia mengetahui berita kematian ibunya, 9 pagi tadi ketika di tempat kerjanya di Sungai Petani, Kedah.

“Rakan saya yang tinggal di kampung hubungi saya pagi tadi.

“Susah saya nak percaya pada awalnya kerana baru semalam kami bersembang melalui panggilan video.

“Arwah mak sempat berlawak dengan saya dan bersembang dengan cucu bongsunya, Nur Arisa Adelia Ahmad Shahful, 2,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Seri Manjung, hari ini.

Difahamkan, Fatimah dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beruas untuk membawa Osman membuat pemeriksaan kesihatan.

Ahmad Shahful berkata, ibunya seorang yang periang dan suka membantu jiran tetangga untuk pergi membuat pemeriksaan kesihatan di klinik.

“Memandangkan mak boleh memandu kereta, arwah kerap membantu jiran yang berkeperluan. Kadang-kadang bawa mereka buat pemeriksaan di klinik, ada juga teman kawan-kawanya ke pasar.

“Sebelum ini mak akan maklumkan pada kami anak-anak jika mahu ke mana-mana. Tapi, hari ini tidak,” katanya.

Menurut anak bongsu dari tiga beradik itu, kali terakhir dia dapat pulang berjumpa ibu dan ayahnya adalah semasa cuti hujung Disember lalu.

“Semalam, saya ada beritahu mak yang kami sekeluarga akan balik Ahad depan. Sudah ketetapan Allah begini, saya reda.

“Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi,” kata Ahmad Shahful, sebak.

Menurutnya, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Buluh Akar, Parit.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK