Guru Kimia Tunggu 4 Jam Tapi Kelas Tetap Kosong Tanpa Pelajar

 

Guru merupakan barisan hadapan yang sangat penting dalam usaha melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan berakhlak mulia.

Malah, disebabkan pengorbanan mereka yang bergelar guru inilah yang telah memberikan kejayaan kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Kesabaran guru dalam mendidik dan mencurah ilmu kepada anak murid amat besar jasanya dan tidak mampu dibayar dengan wang ringgit.

Golongan pelajar pula merupakan individu yang paling hampir dengan guru. Seorang pelajar pastinya amat mendambakan ilmu daripada guru untuk bekalan menempuhi ranjau dan liku kehidupan yang penuh mencabar ini.

Bermula daripada tadika sehinggalah ke menara gading, seorang pelajar tidak putus-putus bagai air sungai mengalir menimba pelbagai ilmu pengetahuan daripada gurunya.

Ketika di sekolah, seorang guru umpama ibu dan ayah kepada pelajar yang mendidik dan mengawasi pelajar sebaik sahaja sesi persekolahan bermula sehinggalah selesai.

Justeru pelajar mestilah bergaul dengan guru seperti mereka bergaul dengan ibu bapa di rumah. Sebagai pelajar, mereka wajib menghormati gurunya dan menjaga kelakuan ketika berhadapan dengan guru walaupun di mana-mana mereka berada.

Baru-baru ini tular kisah seorang guru yang meluangkan masa untuk datang ke sekolah pada hari minggu semata-mata untuk membuat kelas tambahan bagi membantu pelajar-pelajar kesayangan yang akan menduduki SPM.

Bagaimanapun, guru yang mengajar subjek Kimia itu akhirnya pulang dengan rasa hampa apabila kelasnya itu tidak dihadir oleh seorang pun pelajarnya.

Kisah menyedihkan ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang turut bersimpati dengan nasib yang dialami guru tersebut.

Rata-rata nitizen turut bersimpati dan meluahkan rasa dukacita terhadap situasi yang dihadapi oleh guru tersebut.

Mereka yang mengenali Cikgu Yana turut kecewa dengan situasi yang berlaku, malah mereka mengakui kebaikan guru itu sebagai seorang pendidik.

https://twitter.com/HadifLukman/status/1069123074056847363?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1069123074056847363&ref_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2Fmy%2Fseismik%2Fdiminta-buat-kelas-tambahan-cikgu-kimia-tunggu-4-jam-tapi-kelas-tetap-kosong

Buat pelajar-pelajar sekalian, hargailah jasa dan pengorbanan guru-guru anda yang tanpa jemu mendidik anda agar menjadi insan yang berguna di masa akan datang. – Empayar Abang Long

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*