Connect with us

Inspirasi

“Gitu je abah kena!”- Asbab sedekah abah di 10 malam terakhir ramadhan, Allah titip ‘wan’ buat kami

Published

on

wan

Perkongsian ikhlas daripada ‘anak abah’:

Tulisan ini adalah tentang sedekah abah aku. Cerita PKP tahun lepas, masa bulan puasa. Tahun lepas lagi aku dah tulis ni tapi hujung hujung asik tak dan nak sambung.

Jadi ringkasnya, abah aku umur 53 tahun dan beliau seorang pemandu teksi. Bekerja sendiri. Kalau keluar bekerja dapat gaji, kalau tak keluar, maka tak dapatlah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang gitu.

wan

Ya bukan mudah kerja abah. Lagi lagi waktu waktu PKP macam ni, sehari 1-2 penumpang saja ada. Kadang kadang tak ada langsung.

Oh satu lagi, abah menanggung kami 6 beradik yang masih belajar. Masuk mak aku dan diri abah sendiri, 8 perut perlu diisi.

Dipendekkan cerita, masa tu abah aku ni baru nak ambil tahu tentang kemudahan online bankin sejak kami adik beradik rancak membeli online.

Mana taknya, kejap barang si Yop sampai, kejap barang si Angah, kejap barang si Mus, kejap karang barang Usu pulak.

Padahal benda ni dah banyak kali aku bagitau kat abah. Sebab abah aku masih sanggup pergi bank 7km dari rumah, beratur panjang semata nak pindah duit yang seceput saja. Aku nak buatkan CIMB Click untuk abah pun abah tak nak.

Mungkin sebab sekarang berisiko nak keluar semata mata pergi bank pastu balik, jadi abah pun tanya camna nak buat transfer online ni haha.

Kami bagitahu lah kena install apps bank tu dulu, pastu register, pastu dah boleh transfer. Senang bah, takyah beratur panjang panjang.

Aku pun ingat abah nak lah buat CIMB Click tu, tapi tak. Abah tak berminat pun, abah kata susah, pening. Nanti apa apa abah minta tolong korang jelah transfer-kan.

Ceritanya bermula, di 10 Ramadan terakhir. Abah hulur aku RM100. Abah cakap, transfer online tu senang saja kan? Boleh tolong abah? Ni ambil RM100 ni, nanti transferkan RM10 setiap hari dekat siapa siapa yang memerlukan.

Kiranya dalam 10 malam terakhir tu, satu hari sedekah RM10. Terkejut aku masatu, RM100 tu besar nilainya untuk seorang pemandu teksi macam abah. Semudah itu abah bagi suruh sedekahkan.

Tiba tiba aku rasa malu. Sedang kami sibuk membeli online, abah pula sibuk nak sedekah online. Allahu, rasa tertampar tampar muka sendiri. Punyalah mudah jalan sedekah, itu pun masih susah nak bersedekah.

Nak dijadikan cerita, Allah takdirkan abah bertemu seorang Wan (umur 75±) dan cucu beliau (umur 20±). Ya mereka penumpang teksi abah aku. Abah terima booking Wan tu melalui taxi centre dekat sini.

Hari first jumpa, Wan tu minta abah hantar dia pergi klinik. Sebelum abah hantar Wan tu balik rumah semula, Wan tu minta no phone abah.

Wan tu kata, “mintalah nombor phone kau nak, senang nanti nak keluar pergi mana mana. Aku nampak kau elok baik, takut sekarang ni kena jaga jaga sebab aku bukan sihat sangat”.

Wan tu minta nombor phone abah sebab dia tak nak naik lain lain teksi, nak satu teksi yang sama saja. Takut apa apa masalah waktu waktu c0vid ni. Tak tau lah macam mana Wan tu boleh nak ‘cop’ abah aku. Ya, dah tertulis dalam kamus Ilahi.

Maka, jadilah Wan tadi tu penumpang setia abah. Nak pergi pasar dia call abah. Nak pergi klinik dia call abah. Nak pergi bank dia call abah. Senang kata abah ni ibarat pemandu peribadi dia lah.

Sampaikan tiap kali abah balik, abah akan cerita pada kami pasal Wan tu. Kami cakap pada abah, “untunglah bah, ada mak angkat”.

Mana taknya, setiap kali abah bawa Wan/cucu dia tu keluar, abah mesti balik rumah bawa sesuatu. Jaranglah balik tangan kosong. Apa yang terjadi?

Wan tu kalau pergi pasar beli ikan untuk dia, dia akan beli untuk abah aku juga. Kalau beli pisang, dia beli untuk abah sekali. Kalau dia beli KFC untuk cucu dia, dia beli juga untuk anak anak abah. Bila dia beli durian untuk dia, dia beli juga untuk abah aku.

Apa saja yang dia beli untuk diri dia, dia akan beli untuk abah aku walau hanya sebungkus biskut kering. Wan tu bayarkan semua. Ya Allah. Bukan sikit sikit yang dia belanja tu.

Baik sungguh Wan yang Allah jumpakan ni. Takda sebab yang jelas pun untuk dia bagi abah aku sebab baru saja kenal. Sampaikan dia marah kalau abah tolak apa yang dia beri.

Bukan itu saja, contoh kalau dia suruh abah ambil ikan untuk bawa balik rumah, pastu abah aku ambil ikan 5 ekor, dia cakap, “nak makan apa 5 ekor ni? mana cukup untuk orang orang kat rumah tu. Tambah lagi, ambil 10”.

Asal lauk kat dapur kitaorang nak habis saja, tup tup berisi semula dengan lauk lauk yang Wan tu bagi. Mula mula aku tanya jugak abah,

“eh mana datang ikan ni? Abah beli ke?” (Sebab selalu aku yang akan keluar beli barang dapur).

“Tak, ada Wan tadi bagi”, kata abah.

Esok ada lagi, lusa ada lagi barang lain. Lama lama aku tak tanya dah abah sebab tahu dah semua Wan yang bagi.

Satu malam, mak aku cakap teringin makan KFC. Cakap saja, tak minta pun abah beli. Tup tup esok tu Wan tu call cakap nak keluar, cucu dia minta belikan KFC. Masa beli tu, Wan tu cakap, “pilihlah mana mana kau nak, bawak balik rumah”.

Abah aku cakap, “Wan, tak payah lah Wan, mahal KFC ni”. Wan tu marah abah aku, “kau ni kenapa? Aku nak bagi ambil sajalah, bukan suruh kau bayar”.

wan

Faham tak perasaan abah aku macam mana? Abah mestilah serba salah, abah cakap, “yelah Wan, saya ambillah yang 2 ketul tu”.

Bertambah marah Wan tu, “2 ketul nak bagi kucing ke kau ni? Ke kau nak suruh anak anak kau berebut? Ambiklah yang 15 ketul tu baru cukup, kat rumah tu kan ramai”.

Memang macam seorang mak marah anak. Abah aku akur.

Note: Memang abah aku akan ikut Wan ni beli apa apa sebab nak tolong angkatkan barang. Bukan sebab Wan tu belanja, tapi memang kalau penumpang tu Wan Wan/ atok-atok / oku, memang abah akan angkatkan barang diaorang.

Ya Allah Ya Razzaq. Bila aku fikirkan balik cerita cerita abah ni, aku terus teringat pasal sedekah abah sepuluh malam terakhir Ramadan hari tu. Semudah itu Allah gantikan. Allah hadirkan Wan yang sangat garang ni untuk cukupkan apa yang kurang. Malah lebih.

Sampai abah kena paksa terima apa yang dia beri. Yelah, abah mestilah segan sebab Wan tu bukan naik teksi abah secara percuma. Dia bayar. Lagi dia nak bayarkan (belanja) lauk lauk, durian, sayur dan segala apalah yang dia belikan tu.

Dalam kegelisahan ramai orang hilang sumber pendapatan, abah boleh bagi sedekah, abah percaya rezeki Allah yang atur. Abah betul betul dipermudahkan waktu PKP ni walau tak mewah.

Walaupun tak ramai penumpang, cukup Wan tu sorang saja abah dah boleh topup barang basah dekat dapur. Cukup Wan tu sorang saja, abah dah dapat macam macam yang boleh abah beri kepada kami dekat rumah.

Tu baru kisah sedekah abah, entah macam mana lah pula kisah sedekah Wan tu. Mesti lagi banyak rezeki yang tak disangka sangka sepanjang hidup dia. Sebab bukan sikit sikit dia sedekah.

Sungguhlah, Allah yang atur segalanya. Siapa sangka Allah hantar rezeki abah melalui Wan yang garang tu. Padahal baru saja abah kenal dia.

Betullah, tak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah kecuali bertambah, bertambah dan bertambah. Jangan pernah takut untuk memberi. Yang penting, percaya sepenuhnya kepada Allah. Kenapa mesti takut miskin sedangkan kita ada Allah yang Maha Kaya?

Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk bersedekah walau sedikit. Moga Allah rahmati dan mudahkan urusan kita semua menempuh pand3mik yang entah bila akan tamat.

Wassalamualaikum.

Reaksi Warganet

Cik Aqeen –

Dalam banyak banyak kerja, driver teksi la yang aku paling kesian.

 

Kadang2l kadang nampak yang tua 60++ an still drive tunggu orang sehari seorang pun belum tentu dapat.

Walaupun ramai yang hap’rak tapi ramai lagi yang baik dekat luar sana.

Zaidawati Zainal –

Allahuakhbar, memang betul sangat kuasa sedekah tu.

Kami nak cerita sikit ja. Dalam kerisauan sale tak banyak bulan ni, tiba tiba Allah hadirkan jalan kami bersedekah dekat waris waris anak anak sekolah yang terputus bekalan makanan.

Bagi RM50 saja takat mampu hari tu. Balik rumah anak menakan nak beli alat sekolah dia. kami belikan krayon RM5 dekat dia.

Balik malam tu sale masuk mencurah curah. Orang order lebih dari RM600. Rasa macam nak menangis..

Yat Yusoff –

“Betullah, tak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah kecuali bertambah, bertambah dan bertambah. Jangan pernah takut untuk memberi. Yang penting, percaya sepenuhnya kepada Allah. Kenapa mesti takut miskin sedangkan kita ada Allah yang Maha Kaya?”

Noorashikin Khairulasri –

Sebak pulak baca confession ni. Tak tahu la kenapa. Padahal bukan cerita sedih pun. Semoga wan dan abah confessor diberi kesihatan berpanjangan, dimudahkan urusan.

Rezeki abah confessor dapat jumpa wan yang baik selalu belanja, rezeki wan dapat jumpa abah confessor yang baik, tolong bawa barang, tak ambil kesempatan.

Itu la orang cakap, orang yang baik selalu dipertemukan dengan orang yang baik baik. Pendek kata keliling kita ialah cerminan diri kita.

Mawar Nur –

Arwah ayah aku mening’gal. Tiba tiba orang masjid datang. Lama tak nampak ayah aku. Mak aku cakap, dah meninggal suami kita.

Orang masjid cakap, aruwah selalu bersihkan masjid dan cantikkan masjid. Beli sabun, cat dan kipas masjid pakai duit sendiri. Menangis mak aku cerita.

Mak aku cakap, ayah suka sedekah. Mak tak penah tahu dengan siapa dia sedekah. Tahu bila orang selalu cakap terima kasih kat dia.

Jadi, orang masjid nak buat tahlilan untuk arwah ayah Aku. Hari tu mak suruh kami masak mee s’pore bagi masjid. Aku sayang ayah aku.

 

Sumber – Anak abah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Inspirasi

Pelajar kelas hujung dan kaki p0nteng berjaya b4ngkit! Dulu PMR tak ada A, kini ikuti ijazah kedua… setiap bul4n dapat RM20,000

Published

on

Pelajar kelas hujung dan kaki p0nteng berjaya b4ngkit! Dulu PMR tak ada A, kini ikuti ijazah kedua… setiap bul4n dapat RM20,000

Siapa s4ngka dari sikap sering pont3ng sekolah dan keputusan peperiks4an yang mengec3wakan, seorang pemuda bangk1t melakukan transf0rmasi ‘bukan biasa-biasa’.

Kejayaan tersebut dik0ngsikannya menervsi sebuah video di apl1kasi TikT0k.

Pemuda berkenaan, Nik Izzuddin Omary Nik Omar, berkata dalam peper1ksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dia mencatatkan keputusan yang kurang memvaskan.

Anak muda berusia 24 tahun itu memberitahu, keadaan itu disebabkan oleh kedeg1lan dan sik4p sambil lew4nya terhadap pelajaran selain masalah dis1plin di sekolah.

Ken4ngan… Nik (kanan) bersama arw4h ibu bapa dan adik-adiknya.

“Saya akui hanya banyak main-main PMR tahun 2013. Sudahlah p0nteng kelas di sekolah, kelas tu1syen pun saya tak datang.

“Keputus4n PMR saya langsung tak ada A. B pun ada 3 je, lebih banyak C. Saya masih ingat masa dalam dewan peperiksaan, saya tak tahu nak jawab apa,” katanya.

Lebih mesra disapa Nik, katanya, ibu kandungnya men1nggal dunia pada 2012, manakala bapa kandung dijempvt Ilahi pada tahun yang sama dia menduduki PMR.

“Sedih bila orang yang kita sayang perg1 buat selama-lam4nya, jadi semangat pun hil4ng. Masa tu belum mat4ng dan saya pernah terfik1r saya ni tiada masa depan,” ujar anak kelapan daripada 12 beradik itu.

Nik (dua, kanan) aktif dalam sukan taekwondo ketika di un1versiti.

Namun, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu mula menyed4ri tentang tanggvngjawab besarnya pada diri dan keluarga selepas mendapat kepvtusan PMR yang tervk.

Malah4n, dia bersyukur kerana rakan-rakan di kelas sewaktu di Tingkatan Empat memberikannya mot1vasi untuk memberi tumpvan kepada pelajaran.

Jika dulu tak berjaya, jangan berputvs asa. Apa yang penting ada kem4huan, biar perlah4n-lah4n tapi ada perkemb4ngan kons1sten.

“Walaupun belajar di kelas ‘hvjung’ tapi sebenarnya ramai yang mempunyai minat untuk belajar tetapi mereka tiada pemaham4n. Jadi, kami membantu antara satu sama lain.

“Syukur, keputus4n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) jauh lebih baik dengan 6A. Saya kemudian meny4mbung pengaj1an di peringkat asasi sebelum mengikuti Ijazah Sarjana Muda Und4ng-Und4ng di Univers1ti Islam Antarab4ngsa Malaysia (UIAM),” kata Nik.

Mencari pengal4man menjual sate.

Di UIAM, prestas1nya menunjukkan peningkatan apabila dua sem3ster ter4khir mencat4tkan keputusan dengan pencap4ian dekan menerusi purata nilai gred (GPA) 3.6 ke atas.

“Keputusan sem3ster lain bukan tak okay, tapi sipi-sipi nak dekan, dengan GPA sekitar 3.5,” katanya yang turut akt1f dalam sukan taekwondo sehingga mew4kili un1versiti ke Kejohanan Majlis Sukan Un1versiti Malaysia (Masum) pada 2015.

Selain itu, pemuda yang turut berg1at akt1f dalam sukan badminton ini juga berj1nak-j1nak dalam bisn3s secara kecil-kecilan untuk menj4na pendapatan samp1ngan.

Dulu (kiri) ketika di sekolah menengah dan kini bergelar pelajar un1versiti.

“Macam-macam yang saya jual, termasuk jual sate. Dan kini selepas tam4t pengaji4n dalam Ijazah Sarjana Muda Und4ng-Und4ng, saya mencebvri bisn3s percetakan (printing).

“Bisn3s ini ada pot3nsi apabila saya dan rakan niaga boleh capai pendap4tan kas4r RM20,000 sebulan. Bagi saya yang masih belajar berniaga, jvmlah itu cukup besar,” katanya.

Nik yang bakal meny4mbung peng4jian dalam Ijazah Sarjana Muda kedua (double degree) dalam jurus4n Und4ng-Und4ng Syariah di UIAM bersyukur dengan transf0rmasinya sejak kir4-kir4 lapan tahun lalu.

“Jika dulu tak berjaya, jangan berputus asa. Apa yang penting ada kem4huan, biar perl4han-l4han tapi ada perkemb4ngan kons1sten. InsyaAllah kita boleh berjaya,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Asbab bela kucing buta,Lelaki dulu hidup susah kini mampu bina rumah dan kemudiannya berkahwin,itu rezeki Allah

Published

on

Asbab bela kucing buta,Lelaki dulu hidup susah kini mampu bina rumah dan kemudiannya berkahwin,itu rezeki Allah

Meskipun ada sesetengah individu menggeIarkan diri sebagai ‘cat l0vers‘, tapi hakikatnya wujud eIemen pilih kasih apabila mereka hanya utamakan jenis yang c0mel dan berbulu Iebat sahaja. Jarang sekali kita melihat haiwan jaIanan dibela atau dirwat, waIhal kucing yang sering kali dianggap ‘jijik’ juga dambakan kasih sayang.

Walau miskin…tapi pemuda ikhlas k0ngsi rezeki & rawat kucing buta dengan penuh kasih sayang

Kisah se0rang pemuda dari Ind0nesia ini berjaya membuka mata ramai pihak, apabila sudi bela seek0r kucing oren buta dan cacat yang ditemui 2 tahun lepas. Walaupun ketika itu hidupnya susah, namun Supriadi ikhlas berk0ngsi rezeki dan kasih sayang dengan haiwan jalanan yang diberi nama Mboy tersebut. Selepas beberapa siri rwatan, ia yang dahulunya lemah sudah jadi Iebih berisi dan gebu sekarang.

TONTON VIDEO DISINI

Mboy pembawa rezeki tuannya…penangan kisah viraI, dapat naik taraf hidup & bina rumah sendiri

Bukan setakat beri ketenangan, bahkan kehadiran Mboy turut mengund4ng lebih banyak rezeki kepada leIaki berusia 32 tahun ini. Selepas kisah kucing istimewa ini dapat sambutan meIuas di platf0rm laman s0sial, kedua-duanya terus bergeIar influencer dan banyak twaran kerja masuk. Ia sekali gus mampu menaik taraf kehidupan Supriadi, termasukIah berpeIuang membina rumah sendiri.

Macam mana nak beritahu yang tuanmu sangat bahagia…kalau b0leh, nak sangat Mboy dapat lihat kali ini saja

Baru-baru ini, Supriadi akhirnya menamatkan zaman bujang apabila selamat diijab kabuIkan dengan wanita pilihan yang juga merupakan pencinta kucing sepertinya. Meskipun sudah beristeri, tetapi dia tetap tidak meIupakan kucing kesayangannya sekali gus dibawa ke atas pelamin juga. Walaupun agak mustahil, tetapi lelaki tersebut amat berharap Mboy dapat lihat dirinya sangat bahagia pada hari istimewa itu.

Kredit : IG & TikTok serulingsenja_ / kisahdunia

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Pakcik cleaner kumpul saham akhirat, wakaf 2 mesin dialisis harga RM80,000 guna duit hasil jual tanah

Published

on

Pakcik cleaner kumpul saham akhirat, wakaf 2 mesin dialisis harga RM80,000 guna duit hasil jual tanah

BEKERJA sebagai pekerja pembersihan mungkin bergaji kecil.

Namun lelaki ini mempunyai hati dan jiwa yang besar apabila memasang impian untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Begitulah perjalanan hidup individu dikenali sebagai Kali apabila dia mewakafkan dua mesin dialisis berharga RM80,000 ke sebuah pusat dialisis menggunakan wang hasil jualan tanah.

Bercakap kepada mStar, perunding hartanah yang bertanggungjawab menjual tanah milik Kali iaitu Izhar Azimat, 57, berkata, hasrat pelanggannya untuk mewakafkan mesin dialisis untuk pesakit buah pinggang itu disuarakan pelanggannya itu sejak awal tahun lalu.

Dua mesin dialisis yang diwakafkan Kali kepada pusat dialisis di tempat dia bekerja. foto ihsan Izhar Azimat

Namun katanya, hasrat Kali atau Kalipulizan hanya dapat direalisasikan selepas setahun, setelah mengambil kira proses menjual tanah dan tempahan mesin dialisis berkenaan.

“Tahun lepas Kali lantik saya untuk jual tanah dia. Sebenarnya, hasrat dia nak wakafkan mesin dialisis tu sebelum tanah dia terjual lagi. Tanah dia terjual tahun lepas juga.

“Kali sangat istimewa walau dia cuma seorang cleaner. Kalau dalam keadaan biasa, orang seperti dia pasti banyak keperluan untuk dipenuhi tapi dia memilih untuk mengutamakan orang lain,” katanya kepada mStar.

Izhar berkata, Kali yang berusia 50an dan berasal dari Perlis itu merupakan seorang yang merendah diri dan bersederhana.

“Orangnya simple, cuma ada motor, tak ada kereta. Motor itulah yang digunakannya ke sana sini untuk urusan harian termasuk ke tempat kerja di pusat dialisis.

“Saya pernah suarakan dengan cadangan sebahagian duit hasil jual tanah tu, belilah kereta pun walau second hand untuk kemudahan dia berulang-alik ke.

“Jawapan dia juga simple saja ‘Biarlah bawa motor masa hujan sekalipun, saya boleh pakai baju hujan’,” ujar Izhar yang berpengalaman sebagai perunding hartanah selama lebih tiga tahun.

zhar (kanan) dan Kali (dua, kanan) bersama yang lain ketika urusan jual tanah, tahun lalu. – foto ihsan Izhar Azimat

Walaupun tanah yang dijual bernilai enam angka, kata Izhar, Kali tidak pernah melupakan pekerjaan yang menjadi sumber rezekinya sejak bertahun-tahun.

“Dia share gambar mesin dialisis yang diwakafkan tu pada sebelah petang. Saya dapat tahu malam itu dia masih bekerja di sana.

“Bagi saya, dia seorang yang hebat. Dia bukan sahaja menggunakan big percentage daripada hasil tanah yang terjual untuk kegunaan masyarakat, tapi dia masih seperti dulu kerja sebagai cleaner,” katanya yang berasal dari Jerlun di Kubang Pasu, Kedah.

Kebanyakan mereka hanya mengagumi orang-orang baik, tapi tidak cuba untuk melakukan kebaikan.
IZHAR AZIMAT
Menurut Izhar, perkongsian kisah Kali di Facebook sehingga dikongsi lebih 2,000 kali hanyalah bertujuan untuk memberi inspirasi dan menggalakkan masyarakat berwakaf.

“Ramai orang mengagumi orang-orang baik di sekeliling kita seperti Kali. Tapi kebanyakan mereka hanya mengagumi orang-orang baik, tapi tidak cuba untuk melakukan kebaikan.

“Kalau orang yang bergaji RM7,000-RM8,000 dianggap bernasib baik, tapi gaji dia sebagai cleaner mungkin tak sebanyak itu, tapi dia juga mampu melakukannya,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai latar belakang pekerja pembersihan itu.

Kali gembira dapat mewakafkan dua mesin dialisis. foto ihsan Izhar Azimat

Selain itu Izhar mendedahkan antara sebab pekerja pembersihan itu dengan rela hati mewakafkan dua mesin dialisis bernilai RM80,000 di pusat dialisis tempatnya bekerja.

“Kali beritahu dia sudah lama bekerja di pusat dialisis. Dan sepanjang dia bekerja, dia dapat lihat ramai sangat orang dapatkan rawatan tak kira tua atau muda.

“Dia sangat tersentuh, jadi hatinya terdetik untuk mewakafkan mesin dialisis untuk kegunaan orang ramai. Alhamdulillah, hasratnya akhirnya tertunai,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK