Connect with us

Semasa

Gempar! Saintis Temui ‘Sesuatu’ Yang Menakutkan, 2KM Di Bawah Lapisan Ais Kutub Selatan

Published

on

Penemuan Mengejutkan 2 Kilometer Di Bawah Lapisan Ais Kutub Selatan

gunung berapi terkambus

Pernahkah anda bayangkan apakah yang akan terjadi jika kepulauan ais terbesar mencair? Perkara pertama yang pasti terlintas di kepala kita ialah, apakah yang penyebab ais ini cair? Seberapa pantaskah dia akan cair? Ataupun bagaimana ia akan cair?

Teruskan membaca. Penemuan saintis ini pasti akan mengejutkan anda.

Walau zaman sudah moden, tetapi banyak lagi isi dunia yang penuh misteri. Ini menjadi motivasi kepada sekumpulan saintis untuk membuat kajian di Antartika dan akhirnya selepas berbelas tahun, mereka temui ‘sesuatu’ yang mengejutkan 2km di bawah lapisan ais yang tebal itu. Sangat menakutkan. Apakah ia ??

Gunung Berapi Terkambus

Saintis berjaya menemui satu kawasan besar gunung berapi di permukaan bumi yang berada dua kilometer di bawah permukaan luas lapisan ais yang menyelimuti kawasan luas Antartika.

gunung berapi terkambus

 

Penyelidikan yang dijalankan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Edinburgh, Scotland, telah menemui hampir 100 gunung berapi – yang paling tinggi adalah setinggi Gunung Eiger, yang tingginya hampir 4,000 meter di Switzerland.

Perkara yang paling terkenal dari Gunung Eiger adalah bahagian utaranya yang berupa batuan dan ais setinggi 1,800 meter. Bahagian tersebut bernama Eigerwand atau Nordwand, bahagian utara terbesar di Alpen. Para ahli geologi berkata, , kemungkinan besar wilayah itu akan menjadi kawasan paling padat gunung berapi di dunia, lebih besar dari Afrika Timur, di mana Gunung Nyiragongo, Kilimanjaro, Longonot dan semua gunung berapi aktif lain tertumpu.

Letusan akan buatkan ais cair

Aktiviti dari gunung berapi boleh menimbulkan kesan yang membimbangkan, kata para ahli geologi. Apa yang menakutkan adalah letusan gunung-gunung berapi ini akan semakin memberi kesan buruk kepada pencairan ais di sana dan hasilnya kemungkinan ada bandar besar di dunia yang bakal ditenggelami air.

gunung berapi terkambus

“Jika salah satu gunung berapi ini meletus, perkara itu selanjutnya boleh merosakkan lapisan ais bahagian barat Antartika,” kata Robert Bingham, dari Universiti Edinburgh, kepada Guardian. Apa pun yang menyebabkan pencairan ais – yang pasti akan berlaku letusan – kemungkinan akan mempercepatkan aliran ais ke laut.”

Persoalannya adalah, seberapa aktifkah gunung berapi ini?

Itu adalah sesuatu yang perlu kita perlu pastikan secepat mungkin. Kaji selidik Gunung Berapi Edinburgh, yang dilaporkan dalam siri penerbitan khas Geological Society, antaranya mengkaji bahagian bawah lapisan ais Antartika barat.

Puluhan gunung berapi telah ditemui!

Setelah pasukan itu berjaya mengumpulkan hasilnya, dilaporkan ada 91 gunung berapi baru yang sebelumnya tidak pernah diketahui. Sebelum ini mereka telah menemui sebanyak 47 gunung berapi. Gunung berapi yang baru ditemui mempunyai ketinggian dari 100 m hingga 3,850 m.

gunung berapi terkambus

gunung berapi terkambus

gunung berapi terkambus

Gunung berapi besar yang ditemui

Kesemuanya diliputi lapisan ais tebal yang kadang-kadang terletak pada lapisan yang tebalnya lebih 4km di rantau itu. Gunung berapi itu aktif dan tertumpu di kawasan yang dikenali sebagai pecahan Antartika barat, yang membentang 3,500 km dari pentas ais Antartika Ross menuju Semenanjung Antartika.

Sumber:kifarahmedia via apacerita.press

Semasa

Jodoh rahsia Allah, lelaki ini pilih wanita kerdil jadi suri hati… Rupanya nasi goreng udang jadi penambat perut encik suami

Published

on

Jodoh rahsia Allah, lelaki ini pilih wanita kerdil jadi suri hati… Rupanya nasi goreng udang jadi penambat perut encik suami

SATU dalam sejuta. Wanita ini menganggap dia merupakan wanita paling bertuah apabila hadir seorang lelaki yang menerima kekurangannya sejak lahir.

Tular video menunjukkan pengantin lelaki berarak bersama pasangannya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) fizikal.

Walaupun tidak berjalan sama tinggi dan duduk sama rendah, namun kedua-dua pasangan ini kelihatan begitu serasi meraikan hari bahagia mereka.

“Ini definisi orang yang tepat akan menerima segala kelebihan dan kekurangan kita,” komen netizen.

Berkongsi cerita kepada mStar, pengantin lelaki, Muhammad Nashrul Ridhuan Mohd Nawi berkata, dia berkahwin dengan gadis pilihannya itu di Kuantan, Pahang, pada 21 Januari lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga selepas perkenalan lebih tiga tahun.

Pemuda berusia 21 tahun itu mengakui tidak menyangka detik perkenalannya bersama Nurul Anis Natasya Mohd Zawawi, 21, bermula daripada mesej di aplikasi WhatsApp.

“Saya dapat nombor telefon dia (kini isteri) daripada rakan dan mula hantar mesej. Tapi masa tu saya tak tahu penampilannya macam mana dan dia pun tak beritahu.

“Sehinggalah setahun berkenalan, saya berjumpa dengan dia buat pertama kali selepas saya bekerja di pasar malam di Kuala Lumpur,” katanya kepada mStar.

Duan menyifatkan isterinya sebagai penyabar dan memahami.

Lebih mesra disapa Duan, dia tidak pernah melihat kekurangan pada isterinya yang merupakan pemegang kad OKU, sebaliknya insan istimewa yang menceriakan hidupnya.

“Bagi saya, isteri adalah seorang yang ikhlas dan pandai berdikari. Apa saja dia nak buat, dia akan usahakan betul-betul dengan sendiri.

“Buktinya, dia sanggup susun sehingga enam kerusi dari singki ke dapur dan panjat di atasnya untuk memasak dan menyiapkan hidangan. Saya paling suka nasi goreng udang masakan dia,” ujarnya yang berketinggian 160 sentimeter (sm), manakala isteri 118sm.

Pasangan pengantin bersama keluarga.

Walau bagaimanapun, Duan yang berasal dari Bukit Besi di Dungun, Terengganu itu mengakui kadang-kala mereka menjadi perhatian ramai setiap kali keluar bersama.

“Mereka akan memandang, berbisik dan bercakap tentang kami dari jauh. Ini terutama kanak-kanak yang mungkin tak faham, tapi kami biarkan saja.

Isteri sanggup susun kerusi dari singki ke dapur dan panjat di atasnya untuk memasak.
DUAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Mula-mula dulu mungkin rasa tak selesa, tapi lama-kelamaan kami dah biasa. Hilang perasaan malu kerana mengapa nak fikir apa yang orang lain lihat dan kata.

“Alhamdulillah, keluarga saya juga menerima dia dengan baik. Mereka lebih utamakan pilihan saya untuk dijadikan isteri,” katanya sambil menambah pernah bekerja dengan bapa mentua sebagai pemandu dan kelindan lori.

Bagi Duan, dia dan isteri saling melengkapi antara satu sama lain.

Berkongsi hobi sama dengan berkaraoke, Duan yang merupakan anak sulung daripada empat beradik berkata, isterinya bukan sahaja menjadi pelengkap dalam hidupnya, malah mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

“Saya juga boleh memasak, dulu pernah masak bihun goreng, mi goreng dan kuey teow goreng di pasar malam. Saya juga boleh masak dan bantu dia memasak di dapur.

“Saya tidak melihat kekurangan pada dia, kerana saya sendiri ada kekurangan. Saya dan dia saling memerlukan,” katanya yang berhasrat untuk berbulan madu di Pulau Langkawi.

Sumber: mStar 

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Anak seni kena kental! Faizal Tahir nasihat Sissy jangan cepat putus asa… “Semua orang tahu Mas Idayu macam mana”

Published

on

Anak seni kena kental! Faizal Tahir nasihat Sissy jangan cepat putus asa… “Semua orang tahu Mas Idayu macam mana”

TINDAKAN Mas Idayu memberikan komen pedas terhadap persembahan Sissy Imann semasa menjurikan program Famili Duo menerima pelbagai reaksi ramai.

Salah seorang penyanyi iaitu Faizal Tahir turut berkongsi pandangannya mengenai isu berkenaan.

“Apabila memberi komen tu janganlah sampai memalukan orang sebab kita semua ada kelemahan dan tiada siapa yang sempurna.

“Saya faham bila Mas Idayu yang beri kritikan, saya rasa semua tahu dia macam mana.

”Kalau untuk saya secara peribadi takkan ambil hati tetapi lain orang lain penerimaannya,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Faizal akan turut serta dalam Konsert Malam Bulan Bintang pada 4 Mac depan yang juga dibarisi artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Sabyan, Opick, Salammusik, Raihan dan Alif Satar & The Locos.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Semasa

Lelaki didakwa ceroboh, tertidur dalam rumah mangsa dihadap ke mahkamah

Published

on

Lelaki didakwa ceroboh, tertidur dalam rumah mangsa dihadap ke mahkamah

SEORANG lelaki berusia 41 tahun yang didakwa memecah masuk sebuah rumah sebelum tertidur, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menceroboh.

Buruh, Raman Balakrishnan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya, di hadapan majistret Norshazwani Ishak di Jelebu, pada Khamis.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah milik seorang lelaki, Sin Kong Men di Taman Tanjung di Bahau kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan.

Beliau berkata, tertuduh mempunyai banyak rekod kesalahan lampau melibatkan kes narkotik dan jenayah, serta dihukum beberapa kali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan diberi atas alasan hanya bekerja dengan pendapatan bulanan RM1,000.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM16,000 dengan dua penjamin terdiri daripada ahli keluarga.

Dia juga diarah supaya melapor diri sekali setiap bulan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Februari depan.

Terdahulu, polis menahan tertuduh selepas didapati tertidur oleh pemilik rumah berusia 65 tahun.

Tertuduh juga mabuk kerana dilihat mengambil alkohol selepas didakwa memecah masuk rumah.

Ujian air kencing tertuduh didapati positif atas penyalahgunaan methamphetamine. – The Star

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK