Connect with us

Isu Semasa

Bumi Sudah Kritikal! Asteroid Gergasi Akan Menghentam Bumi! 99.9 % Hidupan Bumi Akan Pupus-Saintis

Published

on

Umum mengetahui bahawa dunia ini sudah berada pada peringkat akhir zaman. Banyak bencana alam yang telah terjadi di seluruh dunia. Mengesahkan perkara ini, baru-baru ini sekumpulan saintis dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT) memberi amaran bahawa 99.9% kehidupan berpotensi untuk musnah dan Bumi juga diambang kehancuran.

bumi

Suhu Laut Meningkat

Ini susulan kebimbangan tentang amaran perubahan iklim yang mendorong suhu laut menjadi semakin meningkat saban tahun.

bumi

Aras air laut meningkat kerana pemanasan global

Menurut laporan dari laman Futurism, saintis menyatakan kebimbangan mereka terhadap nasib Bumi yang akan menjadi seperti zaman dinosaur, yang mana kepupusan hidupan bumi sebelum ini disebabkan kesan asteroid gergasi. Cuma bezanya, kepupusan besar-besaran di masa akan datang ini datangnya dari kesilapan manusia sendiri.

Aktiviti Manusia Mengganggu Kitaran Karbon Global

Menurut kajian Profesor Rothman dalam jurnal Science Advance, aktiviti manusia boleh menyebabkan gangguan kitaran karbon global lalu mencetuskan malapetaka ekologi selama 10,000 tahun. Kajian itu turut meramalkan Bumi akan hancur pada akhir abad ini.

bumiKajian ini memfokuskan kajian terhadap perubahan dalam kitaran karbon sepanjang 540 juta tahun yang lalu, termasuk 5 kepupusan besar-besaran yang pernah terjadi sebelum ini.

Bumi Akan ‘Bergelap’ Pada 2100

Menurut dapatan kajian ini lagi, Bumi mungkin berada dalam tempoh ‘gelap’ pada tahun 2100, kesan daripada pelepasan gas rumah hijau buatan manusia yang menyebabkan lautan menjadi terlalu berasid dan tidak mesra kepada banyak spesis hidupan di Bumi ini.

bumiProfesor Rothman berkata, sekurang-kurangnya 4 daripada 5 kepupusan besar-besaran yang lalu telah dikaitkan dengan peningkatan kadar perubahan dalam kitaran karbon. Kini, manusia melepaskan terlalu banyak karbon ke atmosfera sehingga peristiwa geologi yang pernah berlaku dulu akan kembali dalam tempoh yang singkat.

“Apa yang kita lihat hari ini adalah sangat serius; namun, saya tidak tahu berapa banyak masa yang diperlukan untuk membawa kita ke titik kritis yang akan mewujudkan malapetaka global untuk ekosistem global,” kata ahli geofizik MIT, Profesor Daniel Rothman.

Masalah utama hari ini, menurut pakar, adalah mengawal manusia daripada terus mencemarkan alam sekitar dan mencari jalan untuk mengurangkan tahap karbon dioksida di atmosfera.

Bersediakah kita?

Sumber : mypendidik

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isu Semasa

Usap perut nampak ‘baby bump’, netizen sahkan Neelofa hamil anak kedua

Published

on

Usap perut nampak ‘baby bump’, netizen sahkan Neelofa hamil anak kedua

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa telah menyambut hari jadi anak sulungnya, Muhammad Bilal yang ke satu tahun hari ini di sebuah majlis sederhana dengan dihadiri para tetamu jemputan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @indigovelvet4, kelihatan Neelofa dan suaminya yang juga merupakan pendakwah bebas, Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai PU Rizz memberi sedikit ucapan sebelum majlis tersebut dimulakan.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah Neelofa dilihat mengusap perutnya sehingga menampakkan ‘baby bump’ ketika memberi ucapan kepada khalayak umum telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

LIHAT VIDEO DISINI

Neelofa hamil anak kedua?
Malah, kapsyen pemilik video terbabit turut menguatkan lagi dakwaan selebriti yang berusia 33 tahun itu sedang berbadan dua namun, empunya badan belum memberi sebarang berita mengenai perkara tersebut.

“Selamat ulang tahun ke satu tahun Bilal, dah nak jadi abang dah Bilal nanti,” ujar pemilik video tersebut.

Alhamdulilah, tahniah Neelofa!
Susulan itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Neelofa atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepadanya dan mendoakan agar urusannya sentiasa dipermudahkan kelak.

Sumber: TikTok @indigovelvet4

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

“masih ingat gurauan terkahir” – Shila Amzah sedih nenek meninggal dunia

Published

on

“masih ingat gurauan terkahir” – Shila Amzah sedih nenek meninggal dunia

PENYANYI Shila Amzah berk0ngsi berita duka pemrgian nenek tercinta iaitu Senah Md Som, 86, pada maIam Jumaat.

Menurut Shila atau Nur Shahila Amir Hamzah, 33, banyak kenangan manis bersama arwh yang tak mungkin diIupakan.

MaIah, kali terakhir mereka bertemu, Shila berkata arwh sempat bergurau bertanyakan kepadanya tentang kekasih.

“Saya teIah kehiIangan nenek saya hari ini, tetapi saya tetap akan menghargai semua kenangan kami bersama.

“Kali terakhir kami berbual dia semp4t bergurau bertanyakan bila nak bawa balik kekasih… ‘kalau dah suka kahwin sahajaIah buat apa buang masa, bawa balik jumpa wan’.

“Wan 0rang (panggilan diri Shila) akan rindu wan, 0rang sayang wan,” katanya.

Shila berk0ngsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Sabtu.

Allahyarham semp4t bergurau mahu bertemu dengan kekasih baharu Shila.
Dalam pada itu, penyanyi Patah Seribu ini juga mem0hon orang ramai mend0akan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-0rang yang beriman.

“Saya moh0n sama-sama kita sedekahkkan al-Fatihah buat wan. Sem0ga Allahyarham diampunkan segala d0sa, dicucuri rahmat dan ditempatkan dikaIangan orang-orang beriman,” ujarnya.

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Duit tak cukup nak beli susu anak, ibu ganti air rebusan nasi… Syukur jiran bagi RM10 upah cuci longkang buat beli sardin dan beras

Published

on

Duit tak cukup nak beli susu anak, ibu ganti air rebusan nasi… Syukur jiran bagi RM10 upah cuci longkang buat beli sardin dan beras

JANGANKAN nak dekat, bau busuk longkang pun orang tak sanggup.

Namun, seorang ibu sanggup bergelumang dengan air longkang demi sesuap nasi.

Tidak merungut, sebaliknya wanita berkenaan bersyukur diberikan upah bagi membolehkan dia mengisi perut bersama anak-anak.

“Alhamdulillah, rezeki hari ini cuci longkang depan rumah jiran… jiran bagi upah RM10. Ibu beli sardin dan beras.

“Dapat masak, makan dengan anak sulung. Dari pagi tadi abang (panggilan anak sulung) puasa ye,” luahannya menerusi satu hantaran di Facebook.

Wanita ini juga kehabisan susu anak kecilnya.

Menurut wanita itu, upah mencuci longkang itu bagaimanapun masih belum cukup untuk membeli keperluan lain, termasuk makanan buat anaknya seperti yang dijanjikan.

“Ibu janji nak beli biskut yang abang suka tapi tak cukup duit. Nasib abang faham ibu… ibu janji nanti ibu beli, ibu janji!” katanya tanpa memaklumkan usia anak sulungnya.

Bukan sekadar biskut, si ibu juga tidak mampu untuk membelikan susu buat anak kecilnya.

Jelas wanita itu, dia terpaksa menggunakan air rebusan nasi bagi menggantikan susu anaknya buat sementara waktu.

“Kebetulan susu adik baby habis, ibu buat air rebusan nasi ganti susu. Malam ni adik baby minum ni dulu ye. Nanti ibu kerja lagi esok, ibu janji beli susu adik, dengan nasi untuk abang.

“Doa untuk ibu ye anak-anak. Semoga Allah jaga anak-anak ibu selalu. Bersyukur seadanya, selagi mana mampu, berusahalah,” katanya.

Janganlah kecam, saya tak minta bantuan dengan sesiapa… cuma kongsi cerita.
IBU
Luahannya yang dikongsi menerusi Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini baru-baru ini menjadi tular.

Difahamkan, hantaran tersebut dipadamkan setelah menerima kecaman dan kritikan dalam kalangan netizen.

Menerusi nota kaki dalam luahan tersebut, wanita berkenaan menegaskan dia hanya mahu berkongsi pengalamannya.

Luahannya di grup Facebook.

Tanpa menjelaskan mengenai status dirinya, wanita itu menegaskan bahawa perkongsiannya bukan untuk meraih simpati.

“Janganlah kecam saya, saya tak minta bantuan dengan sesiapa. Saya cuma kongsi cerita apa saya buat hari ini seperti tajuk grup, salah ke saya?

“Facebook lama ada, tapi biarlah rahsia sebab saya ada masalah peribadi. Jadi, saya memang tak boleh bercampur dengan orang luar,

“Sebab itu saya tak boleh kerja dengan orang. Nak berurusan dengan saya boleh, silakan… saya bukan scammer (penipu) dan saya tak takut,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK