Connect with us

Semasa

Gara-gara mirip Presiden Rusia, ramai doakan anak Anzalna Nasir jadi PM

Published

on

Gara-gara mirip Presiden Rusia, ramai doakan anak Anzalna Nasir jadi PM

Tidak dapat dinafikan lagi, ramai yang jatuh cinta dengan kecomelan yang dimiliki anak kedua pelakon Anzalna Nasir, Emirhan sehingga berjaya menarik perhatian netizen.

Malah, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Anzalna di Instagramnya baru-baru ini, dia berkongsi gambar anak lelakinya itu yang sudah mencecah usia enam bulan.

Bagaimanapun, pelakon yang berusia 34 tahun itu memaklumkan ramai yang memberitahu wajah anaknya itu adalah mirip seperti Presiden Rusia, Vladimir Putin.

“Selamat berusia enam bulan Emirhan! Ramai betul orang cakap muka Emirhan macam Presiden Rusia versi bayi. Kemain Emirhan orang samakan rupa dengan presiden,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Hensemnya dia, Memang ada rupa Putin lah!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kehenseman Emirhan serta mempunyai pendapat yang sama dengan mengatakan wajah anaknya adalah sangat iras dengan Presiden Rusia.

Semoga jadi Perdana Menteri nanti!
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang mendoakan agar Emirhan menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia apabila telah membesar kelak.

Sumber: Instagram @anzalnanasir88

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Hadir konsert lagenda India, wanita tulis kapsyen sentuh sensitiviti kaum

Published

on

Hadir konsert lagenda India, wanita tulis kapsyen sentuh sensitiviti kaum

Konsert Mega Lagenda India A.R. Rahman yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu sememangnya menghadirkan pelbagai cerita menarik seperti penampilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang membuka tirai dengan penuh bertenaga.

Lebih menyeronokkan lagi, kehadiran A.R. Rahman bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat India tetapi turut kelihatan pelbagai kaum bersorak apabila penyanyi dan komposer hebat itu muncul.

Namun, disebalik kemeriahan 60,000 penonton di dalam stadium tersebut ada sesetengah pihak yang langsung tidak peka dan menjaga sensitiviti sebagai rakyat Malaysia apabila memuat naik momen berada di konsert dengan kapsyen rasis.

Menerusi posting yang dibuat pengguna Twitter Kesavan Vekraman, dia telah berkongsi semula rakaman Insta Story seorang wanita yang menyebut perkataan menyentuh perihal sensitiviti kaum India.

“Pening dengar lagu k***ng. Nak lagu Nustey please…waiting for Tokti ni,” tulisnya sambil merakam suasana di dalam stadium.

Hidup dah lama, sensitiviti orang pun tak faham

Perkongsian tersebut nyata membuatkan ramai berasa geram kerana tindakan seperti itu boleh menggangu keharmonian semua kaum di Malaysia terutamanya yang hadir sewaktu konsert mega itu.

Susulan dikecam teruk netizen di media sosial, wanita terbabit telah membuat permohonan maaf diatas keterlanjurannya menulis perkataan rasis di media sosialnya yang mempunyai ratusan ribu pengikut.

Konsert A.R. Rahman yang berlangsung pada 28 Januari 2023 telah mendapat sambutan hangat apabila SNBJ dipenuhi penonton lebih dari 60,000 orang.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir menyaksikan konsert tersebut bersama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah dan mengakui sangat gembira melihat pelbagai kaum menyaksikan konsert mega dari komposer terkenal India.

Sumber: Twitter Kesavan Vekraman

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

‘Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi’

Published

on

‘Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi’

Manjung: “Semalam saya sempat buat panggilan video dengan arwah mak, tak sangka ia adalah kali terakhir kami dapat bergelak-ketawa,” kata Ahmad Shahful Osman Azmi, anak kepada Fatimah Mohd Ali yang meninggal dunia dalam nahas di Jalan Beruas-Ipoh, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, Fatimah, 64, maut selepas Perodua Kelisa yang dipandunya terlanggar van pekerja, lalu terbabas ke dalam gaung.

Kemalangan itu turut meragut nyawa jirannya, Mohd Ibrahim Md Deram, 77.

Akibat kejadian itu juga, suami kepada Fatimah, Osman Azmi Chulan, 70, patah kaki kanan manakala anak kepada Mohd Ibrahim, Fazlina Mohd Ibrahim, 53, parah.

Menurut Ahmad Shahful, 30, dia mengetahui berita kematian ibunya, 9 pagi tadi ketika di tempat kerjanya di Sungai Petani, Kedah.

“Rakan saya yang tinggal di kampung hubungi saya pagi tadi.

“Susah saya nak percaya pada awalnya kerana baru semalam kami bersembang melalui panggilan video.

“Arwah mak sempat berlawak dengan saya dan bersembang dengan cucu bongsunya, Nur Arisa Adelia Ahmad Shahful, 2,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Seri Manjung, hari ini.

Difahamkan, Fatimah dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beruas untuk membawa Osman membuat pemeriksaan kesihatan.

Ahmad Shahful berkata, ibunya seorang yang periang dan suka membantu jiran tetangga untuk pergi membuat pemeriksaan kesihatan di klinik.

“Memandangkan mak boleh memandu kereta, arwah kerap membantu jiran yang berkeperluan. Kadang-kadang bawa mereka buat pemeriksaan di klinik, ada juga teman kawan-kawanya ke pasar.

“Sebelum ini mak akan maklumkan pada kami anak-anak jika mahu ke mana-mana. Tapi, hari ini tidak,” katanya.

Menurut anak bongsu dari tiga beradik itu, kali terakhir dia dapat pulang berjumpa ibu dan ayahnya adalah semasa cuti hujung Disember lalu.

“Semalam, saya ada beritahu mak yang kami sekeluarga akan balik Ahad depan. Sudah ketetapan Allah begini, saya reda.

“Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi,” kata Ahmad Shahful, sebak.

Menurutnya, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Buluh Akar, Parit.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Jeti roboh, pelajar terkapai-kapai dalam air… Cikgu tak fikir panjang terus terjun laut selamatkan anak didik!

Published

on

Jeti roboh, pelajar terkapai-kapai dalam air… Cikgu tak fikir panjang terus terjun laut selamatkan anak didik!

LEBIH 10 orang murid sekolah rendah diselamatkan guru selepas mereka terjatuh ke dalam laut gara-gara sebuah jeti roboh.

Video kejadian tersebut mulai tular di media sosial, selepas dimuat naik oleh akaun Twitter @jonjonahah, pagi Isnin.

“Dapat daripada group WhatsApp. Kesiannya budak-budak sekolah. Semoga semuanya selamat dan baik-baik saja. Semoga Allah balas jihad mereka dengan masa depan yang baik,” tulisnya mengiringi perkongsian tersebut.

Menerusi video berdurasi 1.30 minit itu, kelihatan murid-murid yang lengkap berpakaian sekolah sedang terkapai-kapai di dalam laut dan diselamatkan oleh beberapa orang guru.

Apa yang lebih menyentuh hati, ada dalam kalangan guru lelaki basah lencun kerana sanggup terjun ke laut demi menyelamatkan nyawa para pelajar.

Tiada sebarang butiran yang dikongsikan mengenai kejadian tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Namun difahamkan ia berlaku di sebuah jeti dipercayai di Pulau Pababag, Semporna, Sabah.

Perkongsian tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen dengan rata-ratanya memuji guru-guru kerana bertindak pantas demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Dalam pada itu, ramai yang memohon agar wakil rakyat atau kerajaan mengambil tindakan pantas supaya insiden yang sama tidak berulang, lebih-lebih lagi ia membabitkan soal keselamatan dan nyawa.

Netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap insiden yang berlaku.

“Patut bagi pingat dekat cikgu-cikgu ni. Dengan baju kemeja, kasut bagai terjun dalam air nak selamatkan murid-murid. Entah-entah handphone beliau pun turut rosak bukan setakat kasut jer.

“Terasa sedih tengok adik pakai baju purple yang dekat atas bot tu menangis. Moga mereka dipermudahkan urusan.

“Allahu kesiannya. Kita dekat sini banyak kemudahan pun masih lagi tak bersyukur.

“Cikgu juga yang hero,” demikian antara komen netizen.

Sehingga artikel ditulis, masih belum dapat dipastikan keadaan mangsa yang terjejas.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK