Forteen: Kalau Bodek Kenapa Kami Tak Ke Final?

0
181

 

Baik salah tak baik pun salah, itulah situasi yang dihadapi oleh kumpulan Forteen. Apabila hubungan rapat mereka dengan juri program Gegar Vaganza musim ke 5 iaitu Datuk Ramli MS kurang disenangi sesetengah pihak.

Malah ada juga yang turut mendakwa mereka seakan-akan membodek Datuk Ramli MS hingga mampu bertahan selama tujuh minggu sebelum tersingkir di peringkat separuh akhir.

Bagi menafikan dakwaan itu, kumpulan Forteen yang dianggotai Izzue Islam, Ameer, One dan Aris tampil memberi penjelasan,

Forteen menafikan dakwaan tersebut

“Kami baik dengan semua orang, mungkin di mata orang ramai nampak kami sangat friendly dengan Tok Ram (Ramli) namun hakikatnya semua peserta juga mesra dengan beliau.

“Kalau kami lebih, kenapa kami tidak ke final?,” kata Forteen.

Sementara itu kumpulan yang terkenal dengan lagu Berdua Bersatu ini berkata mereka bakal sibuk memenuhi jemputan setelah sekian lama menyepi.

“Alhamdulillah sekarang kami sudah mula menerima undangan untuk membuat persembahan.

“Tapi masih ada kekosongan, boleh hubungi kami jika nak mendapatkan khidmat Forteen,” kata Izzue.

Sumber : mStar

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here