Fikri Mohon Maaf Kepada Penyokong Kelantan

0
368

Penjaga gol muda Kelantan, Mohammad Fikri Che Soh memohon maaf kepada penyokong susulan kesilapan yang dibuatnya telah menjadi penyebab pasukannya tunduk 1-2 kepada PKNP FC dalam saingan Liga Super di Kota Bharu, Jumaat lalu.

Menerus laporan stadium astro, Fikri membuat permohonan maaf setelah dia melepaskan gol mudah sekaligus menyebabkan Kelantan kehilangan mata yang cukup berharga di gelanggang sendiri.

“Kegagalan berkomunikasi dengan pertahanan import, Cassio (de Jesus) menyebabkan PKNP  memperoleh gol kedua itu. Saya jangka pemain import PKNP itu (Franklin Anzite) berlari dan bola dalam posisi ofsaid.

“Tapi, tak sangka pula Cassio memberhentikan langkah dan saya nampak Muhammad Shahrel Fikri (Md Fauzi) datang dari belakang. Akibat teragak-agak, dia mudah menolak bola masuk ke gawang,” katanya.

Dalam perlawanan tersebut, Kelantan terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-61 melalui jaringan Mohamad Hafiz. Namun The Red Warriors (TRW) bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan lencong Imran Samso pada minit ke-74.

Fikri yang baru berusia 20 tahun menegaskan dia tidak patah semangat walaupun mendapat kritikan hebat daripada penyokong.

“Saya terima kesilapan ini dan akan perbaiki kelemahan untuk perlawanan akan datang. Saya akui masih kurang pengalaman beraksi di peringkat kompetitif dalam Liga Super.

“Terima kasih kepada dua penjaga gol senior, Mohd Shahrizan (Ismail) dan Apek (Khairul Fahmi Che Mat) yang banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan sebelum ini,” katanya.

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here