“Eh Dato buat apa?” – Datang awal ke pejabat. Ternampak Jutawan cuci tandas.

Suasana bekerja yang kondusif sememangnya menjadi impian semua pekerja. Persekitaran pejabat yang positif tentunya akan membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan dan seterusnya memberi manfaat kepada syarikat. Malah ini akan menyumbang kepada kadar ketidakhadiran yang rendah jika para pekerja gembira dan tidak tertekan untuk datang ke pejabat.

Kita sering disajikan oleh kaca televisyen tentang perwatakan majikan sebagai seorang yang selalu memakai suit lengkap ‘bersuit’, memakai kasut hitam berkilat dan memegang beg bimbit. Justeru itulah, kita selalu membayangkan bahawa mereka merupakan seorang yang angkuh, tegas dan tidak bertimbang rasa.

Namun sebenar realitinya tidak semua majikan begitu. Adam Ruffi telah ‘menafikan’ tuduhan tersebut dengan perkongsiannya melalui laman Twitter. Perkongsiannya itu sekaligus membuka mata masyarakat tentang pemikiran stereotaip terhadap semua majikan. Ciapannya itu mendapat lebih dari 8,900 kali ulang kicau dan pelbagai reaksi dari pengguna laman berkenaan. Berikut adalah perkongsiannya:

Aku Kenal Sorang Multimillionaire yang Datang Awal dan Basuh Tandas Officenya
Kebetulan haritu aku datang awal untuk breakfast meeting dekat office nya di Petaling Jaya. Aku sampai Dia keluar dari tandas dengan seluar disinsing. Ada peluh sikit di dahinya, senyum.

“Eh Dato buat apa?” Dia jawab sambil tertawa

“Jadi Cleaner”

Rupanya memang jadi rutin beberapa hari seminggu untuk dia basuh tandas di pejabat. Kalau korang tertanya tanya kenapa dia yang basuh? Kenapa tak suruhcleaner bangunan? Kenapa tak buat jadual tugas staff? Semua soalan tu aku dah tanya. Sebenarnya, dia buat semua ini untuk dirinya as a leader, not a boss. Banyak lagi jawapan dia yang aku ingat sampai hari ni.

Sejarahnya, Lelaki ni Sewaktu Mula Berniaga Pernah Tidur Dalam Kereta dan Mandi Pagi di Stesen Minyak

Selepas ditangkap oleh manager stesen minyak. Dia buat pertukaran budi yang dia akan cuci tandas stesen itu setiap pagi . Sebab itulah, mencuci tandas ini mengingatkan kembali kenangan bagaimana beliau bermula sehingga sampai ke tahap ini. Kalau korang selalu ‘baca’ majalah Tatler, mungkin korang pernah nampak dia.

Ada satu pesan lagi dia bagi dekat aku pagi tu :

“Bila orang mendekati kita disebabkan suit kita cantik. Orang kagum dengan suit kita. Bila orang puji kita sebab kereta kita hebat. Orang tu kagum dengan kereta kita. Selalunya mereka itu hanya terpegun tengok barangan yang kita miliki bukannya diri kita.  Jangan cepat perasan yang orang kagum dengan kita”

Pengguna twitter tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen di bawah ciapan tersebut. Kebanyakkan dari komen tersebut memuji tindakan majikan berkenaan. Ada juga pengguna yang memberi nasihat dan pesanan untuk dijadikan ingatan bersama.

Turunkan ego dan bersihkan hati

Pujian Itu membutakan

Sumber : Adam Raffi via Siakapkeli.my

Membersihkan Tandas = Membersihkan Hati

Sebesar mana dan betapa hebatnya diri kita pasti ada yang tercalit satu ruang yang mesti dijaga rapi agar tidak diketahui orang. Betapa busuknya hati kita dan buruknya akhlak kita pasti dikunci rapi untuk mengelak dari diaibkan, apatah lagi diketahui orang lain.

Tandas tempat kita sering kunjungi di waktu-waktu terdesak. Banyak lagi tempat lain yang kita kunjungi sepanjang hidup kita. Bersihnya tandas menjadikan kita lebih peka terhadap keperluan kebersihan dimana-mana jua. Baik tandas, baik rumah, baik kereta, baik pejabat, tempat kerja, baik surau, baik masjid. Membersihkan tandas kita sendiri memang itulah yang sebaiknya.

Kita juga selalu bersihkan diri selepas buang air kecil/besar, kecuali waktu kita kecil, dan mungkin waktu kita sakit, terlalu tua dan uzur(juga bila kita sudah nyanyuk…). membersihkan tandas samalah lebih kurang membersihkan hati juga dari sebarang kekotoran yang terpalit pada diri kita. Kalau malu dan takut dilihat tak macho, kita boleh tutup pintu tandas supaya orang tak nampak. Kalau orang nampak sekalipun apa nak dihairankan. Biarlah kita dilihat sebagai seorang pencuci jamban dari dilihat sebagai seorang yang pengotor.

Tempat yang bersih juga cermin kepada jiwa yang bersih. Jiwa mesti bersih dalam ibadat, dalam kerja, dalam berniaga, dalam aktiviti sosial, juga bersih dalam politik, bersih dalam apa jua. Cuma masalahnya kadang-kadang kita terlupa menjaga kebersihan. Hati yang bersih wajar bersyukur waktu dapat rezeki, juga waktu rezeki sedikit merosot. Waktu senang dapat apa yang kita mahu kita bukan main gembira, waktu tak dapat apa yang kita nak kita mula maki-maki, syak yang bukan-bukan, seolah-olah hanya diri kita saja yang layak mendapat rezeki dari Allah SWT.

Saya pernah dengar kata orang tua-tua bahawa tabiat membersihkan longkang(atau tandas) akan menjadikan seseorang itu tidak sombong dan angkuh. Tidak tahulah sejauh mana kebenarannya tetapi ramai jugalah pekerja-pekerja Majlis Tempatan yang tidak sombong apabila saya berbual-bual dengan mereka. Wallahu’alam.

Betapa cantiknya Islam, mengajar kita dari sekecil-kecil perkara seperti mencuci tandas hinggalah kepada urusan yang besar seperti hal-hal pemerintahan sebuah negara, tapi peliknya bila diri kita sendiri lebih cenderung dan masih menganggap Sains dan Teknologi yang menemui segalanya tanpa menyedari yang Al-Quranlah segala isi kandung Alam yang diciptaNya, cuma kita yang malas mengkaji dan memahami apa yang tersirat.

Sumber: jashamsulnizam.blogspot.com

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*