Connect with us

Viral

“Dua Ayah, Simb0l Rainb0w Flag & Lelaki Pakai cincin Di Jari Manis..” – B4HAYA! Mak Ayah Sila Pantau Kartun Apa Anak Kita Tonton Setiap Masa!

Published

on

kartun

Mak Ayah Sila Pantau Kartun Apa Anak Kita Tonton Setiap Masa!

kartunMungkin biasanya kita tengok lagu johny johny yes papa ada sorang je ayah. Tapi kat channel astro mo0nbug kids ni johny ada dua orang papa. Lirik dia pun sebut “yes papas” 😓. Kedua-dua papa ni siap pakai cincin tau di jari manis.

kartun Tak mustahil budak-budak akan fikir “dua ayah” tu adalah n0rmal. Tanpa kita sedari inilah jarum-jarum halus yang cuba mer0sakkan akidah anak-anak islam.

Sebelum ni dah perasan satu benda ‘fishy’ dalam lagu lain. Ada frame gambar dan kek bercorak garisan warna pelangi. Rasanya ramai yang tahu kan rainbow flag 🏳️‍🌈 adalah simb0l TBGL(terbalikkan).

So mak ayah kena rajin-rajin la alert apa yang anak tengok. Kita kena elakkan benda-benda macam ni din0rmalisasikan dalam kalangan anak kecil. Just my 2 cents ✌🏻

kartun

Karakter lelaki berbaju biru memakai cincin di jari manis…

kartun

Karakter lelaki berkemeja merah yang juga memakai cincin di jari manis

Sumber : Mia Al-aydrus (Facebook)

 

Penulisan lain :

Berhati-hati bila bagi anak tengok kartun. Sebaiknya pantau apa yang anak-anak lihat. Sekarang ni ada banyak channel yang pelik². So scary. 😅

90% perkembangan otak manusia berlaku dengan sangat pesat di bawah usia 7 tahun. Usia emas kanak-kanak. Orang kata golden age. Jadi sangat rugi jika di usia begini anak-anak didedahkan dengan kartun / rancangan tv/ gadjet yang mereka pun tak tahu bezakan baik buruknya. Sepatutnya di usia emas kanak-kanak ni, semasa sel-sel otak berhubung dengan pesatnya ni lah, anak-anak diberi peluang meneroka alam sekeliling, berkomunikasi dengan manusia especially their caregivers, bukannya terlalu kerap fokus pada skrin.

Jika mahu beri anak screen time pun, pastikan kita ada bersama. Jangan lebih sejam sehari. Kalau masih lebih, sebaiknya usahakan kurangkan. Gradually. Kalau rasa mahu tak bagi langsung lagi bagus sebenarnya.

Ya, banyak kelebihan bagi anak screen ni, tapi banyak juga keburukannya. Sama-sama kita waspada.

Teacher sendiri pun struggle kurangkan screen untuk anak, memang tak bagi langsung. Kecuali terpaksa. Tu pun jarang. Jadi sebenarnya apa yang Tcher tulis ditujukan untuk diri sendiri. In shaa Allah,  kita mampu mengubahnya.

Semoga anak-anak kita terhindar dari sebarang anasir yang tidak baik. 💕

آمِــــــــــيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِــــــــــيْنَ

#sayNoToGadget

#toZeroGadget

#jomkitayangNyanyiUntukAnak

#KitaLahJadiChannelYoutubeAnak

Sumber : Teacher Noi ( Facebook )

Semasa

Hadir konsert lagenda India, wanita tulis kapsyen sentuh sensitiviti kaum

Published

on

Hadir konsert lagenda India, wanita tulis kapsyen sentuh sensitiviti kaum

Konsert Mega Lagenda India A.R. Rahman yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu sememangnya menghadirkan pelbagai cerita menarik seperti penampilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang membuka tirai dengan penuh bertenaga.

Lebih menyeronokkan lagi, kehadiran A.R. Rahman bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat India tetapi turut kelihatan pelbagai kaum bersorak apabila penyanyi dan komposer hebat itu muncul.

Namun, disebalik kemeriahan 60,000 penonton di dalam stadium tersebut ada sesetengah pihak yang langsung tidak peka dan menjaga sensitiviti sebagai rakyat Malaysia apabila memuat naik momen berada di konsert dengan kapsyen rasis.

Menerusi posting yang dibuat pengguna Twitter Kesavan Vekraman, dia telah berkongsi semula rakaman Insta Story seorang wanita yang menyebut perkataan menyentuh perihal sensitiviti kaum India.

“Pening dengar lagu k***ng. Nak lagu Nustey please…waiting for Tokti ni,” tulisnya sambil merakam suasana di dalam stadium.

Hidup dah lama, sensitiviti orang pun tak faham

Perkongsian tersebut nyata membuatkan ramai berasa geram kerana tindakan seperti itu boleh menggangu keharmonian semua kaum di Malaysia terutamanya yang hadir sewaktu konsert mega itu.

Susulan dikecam teruk netizen di media sosial, wanita terbabit telah membuat permohonan maaf diatas keterlanjurannya menulis perkataan rasis di media sosialnya yang mempunyai ratusan ribu pengikut.

Konsert A.R. Rahman yang berlangsung pada 28 Januari 2023 telah mendapat sambutan hangat apabila SNBJ dipenuhi penonton lebih dari 60,000 orang.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir menyaksikan konsert tersebut bersama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah dan mengakui sangat gembira melihat pelbagai kaum menyaksikan konsert mega dari komposer terkenal India.

Sumber: Twitter Kesavan Vekraman

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Viral

Selepas Di Sweden, Aktivis Bakar Al-Quran Lagi Berhampiran Masjid Di Denmark

Published

on

Selepas Di Sweden, Aktivis Bakar Al-Quran Lagi Berhampiran Masjid Di Denmark

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan tindakan ahli politik Sweden berhaluan kanan yang membakar al-Quran. Tindakan biadapnya telah menjadi kecaman ramai termasuklah negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, pemimpin parti ‘Hard Line’ dikenali sebagai Rasmus Paludan yang juga ahli politik anti-imigran Denmark-Sweden itu telah mendapat permit polis bagi mengadakan demonstrasi bertujuan bagi menentang Islam.

Tindakan biadapnya membakar al-Quran tempoh hari telah dilakukan dihadapan Kedutaan Turkiye.

Bakar al-Quran sekali lagi

Selepas beberapa hari insiden tersebut menjadi kekecohan terutama di negara-negara Islam, Paludan sekali lagi membuat onar dengan membakar al-Quran di hadapan masjid di Denmark.

Turkiye panggil Duta Denmark

Susulan itu, memetik laporan dari Kosmo! merujuk kepada media tempatan, Turkiye telah memanggil duta Denmark semalam untuk mengecam tindakan Copenhagen yang memberi keizinan pelampau berhaluan kanan membakar al-Quran disebabkan keengganan Ankara membenarkan Sweden dan Finland menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Dalam video yang tular, Paludan pada awalnya membakar satu salinan ayat suci Al-Quran di hadapan masjid di Copenhagen sebelum membakar salinan kedua di luar kedutaan Turkiye.

Disebabkan Sweden membenarkan ahli politiknya mengadakan protes sebegitu di ibu negara, Stockholm, ia sekali gus mendorong Turkiye menangguhkan rundingan dua negara itu untuk mengertai NATO.

Sumber: Kosmo!

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

‘Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi’

Published

on

‘Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi’

Manjung: “Semalam saya sempat buat panggilan video dengan arwah mak, tak sangka ia adalah kali terakhir kami dapat bergelak-ketawa,” kata Ahmad Shahful Osman Azmi, anak kepada Fatimah Mohd Ali yang meninggal dunia dalam nahas di Jalan Beruas-Ipoh, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, Fatimah, 64, maut selepas Perodua Kelisa yang dipandunya terlanggar van pekerja, lalu terbabas ke dalam gaung.

Kemalangan itu turut meragut nyawa jirannya, Mohd Ibrahim Md Deram, 77.

Akibat kejadian itu juga, suami kepada Fatimah, Osman Azmi Chulan, 70, patah kaki kanan manakala anak kepada Mohd Ibrahim, Fazlina Mohd Ibrahim, 53, parah.

Menurut Ahmad Shahful, 30, dia mengetahui berita kematian ibunya, 9 pagi tadi ketika di tempat kerjanya di Sungai Petani, Kedah.

“Rakan saya yang tinggal di kampung hubungi saya pagi tadi.

“Susah saya nak percaya pada awalnya kerana baru semalam kami bersembang melalui panggilan video.

“Arwah mak sempat berlawak dengan saya dan bersembang dengan cucu bongsunya, Nur Arisa Adelia Ahmad Shahful, 2,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Seri Manjung, hari ini.

Difahamkan, Fatimah dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beruas untuk membawa Osman membuat pemeriksaan kesihatan.

Ahmad Shahful berkata, ibunya seorang yang periang dan suka membantu jiran tetangga untuk pergi membuat pemeriksaan kesihatan di klinik.

“Memandangkan mak boleh memandu kereta, arwah kerap membantu jiran yang berkeperluan. Kadang-kadang bawa mereka buat pemeriksaan di klinik, ada juga teman kawan-kawanya ke pasar.

“Sebelum ini mak akan maklumkan pada kami anak-anak jika mahu ke mana-mana. Tapi, hari ini tidak,” katanya.

Menurut anak bongsu dari tiga beradik itu, kali terakhir dia dapat pulang berjumpa ibu dan ayahnya adalah semasa cuti hujung Disember lalu.

“Semalam, saya ada beritahu mak yang kami sekeluarga akan balik Ahad depan. Sudah ketetapan Allah begini, saya reda.

“Maafkan adik mak, adik tak dapat jumpa mak lagi,” kata Ahmad Shahful, sebak.

Menurutnya, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Buluh Akar, Parit.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK