Connect with us

Viral

“Driver ni suspici0us lah!”-Bapa ‘Ajar’ Pemandu Van Setelah Anak Dedah Di C4bul!

Published

on

driver

Satu video di mana seorang lelaki telah meng’hajar’ seorang pemandu van sekolah kerana cubaan menc4bul seorang murid perempuan tular di media sosial Facebook.

Lelaki tersebut merupakan bapa kepada mangs4, di mana pada mulanya kanak-kanak perempuan ini memberitahu keengganannya untuk dihantar oleh pemandu berkenaan ke sekolah kepada ibunya.

Berikut perkongsiannya :

Semalam bini aku mengadu dekat aku, katanya dia pe’lik anak perempuan aku sorang ni ada whatsapp dia.

“Ibu, esok boleh tak suruh abang Anish hantar Neno pergi sekolah? Driver ni susp1cious lah”

Bini aku balas balik, anak aku dah tak reply dah. Dia tidur dari balik sekolah sampai ke sudah.

Malam tu aku suruh bini aku jumpa anak perempuan aku ni, tanya dia apa dah jadi. Sembang punya sembang, bini aku jumpa aku. Bini aku cakap driver sekolah ni memang dah melebih-lebih. Anak aku takut nak bagitau dekat aku katanya.

Aku panggil anak aku, aku suruh cerita. Men4ngis-n4ngis dia cerita.

Katanya dia orang pertama yang driver ni ambik pukul 6.20 pagi. Mula-mula dia duduk belakang. Lepas tu driver ni suruh duduk depan.

First day dia tanya nama dulu, dia cakap anak aku ni comel lah cantik lah dia cubit-cubit pipi. Esok tu dia start lain, dia start peg4ng tangan. Dia gosok-gosok, ram4s-ram4s tangan anak aku. Lepas tu siap tepuk-tepuk peha anak aku siap dia tunduk rapatkan muka ke peha anak aku masa tu.

Dia kata jangan ris4u. Takda apa-apapun.

Dia tanya anak aku, ada nombor whatsapp tak? Dia bagi keychain ada nombor whatsapp dia. Dia kata nanti add lah. Siap bagi air kotak. Dia janji esoknya nak bagi coklat cadbury pulak.

Aku dengar, menggeleg4k darAh ni.

Malam tu jugak aku call sorang lagi driver ni yang kenalkan driver sorang ni ke kitorang. Aku tanya pasal per4ngai driver ni, dia cakap dulu pun memang ada k3s juga. Dengan ibu pada budak sekolah ni. Dia whatsap melebih-lebih. Dengan bini aku pun dia siap suruh video call bagai.

Ni pagi ni, aku tunggu dia datang. Aku dah tak kisah siapapun dia. Ni untuk pengajaran. Entah berapa ramai agaknya dah jadi m4ngsa dia tapi tu lah, budak-budak kecik yang tanpa pended4han hal s3ksu4l ni, memang tak akan ber4ni bagitau mak ayah. Diorang jadi k0nfius. Mak ayah percaya ke dia? Ke benda ni kecik sangat untuk dia bagitau?

Part ni penting bila takda pendedahan. Kesi4n ke anak. Anak aku ni memang hari-hari aku suruh mak dia ingatkan dia pasal sent’uhan, pasal s3ksu4l bagai ni, supaya dia alert dan berani nak bagitau. Sesiapa je sentuh tempat-tempat sul1t, mer4ba-r4ba badan dia, tak kisah abang dia ke pakcik dia ke cikgu dia ustaz sekolah dia ke atuk dia ke, dia kena bagitau.

Tu bukan benda kecik, tu wajib bagitau tanpa boleh r4hsia.

driver

Guys, pendedahan pasal s3ksu4l ni jangan bawak main. Lagi-lagi bab anak perempuan, kena alert. Selalu tanya, selalu bagi ruang pada diorang supaya tak m4lu dan tak t4kut untuk ceritakan pada kita. Bagi anak ni selesa untuk bercakap 1su s3ksu4l ni walaupun sekecil-kecil cerita. Kita lah kena terangkan dekat dia nanti. Aku rasa aku orang first yang pelmp4ng driver ni kot, selama ni semua orang ambik pendekatan diam diri je dan anggap benda ni kecik.

Kebanyakan kita keliru tentang batas s3ksu4l ni. Setakat kena pegang tangan ni satu kes4lahan ke? Kena tepuk pung’gung ni kira gnggu4n s3ksu4l ke? Kena g0sok-g0sok peh4 ni kes4lahan ber4t ke? Peg4ng d4da je ke baru di panggil c4bul?

Ramai k3liru dan tak pernah tahu pun.

Last sekali bila dah baca segala pended4han. Baru teringat, kita dulu pun pernah kena situasi macam ni. Dengan ustaz sekolah, dengan driver bas, dengan ramai orang tapi tak pernah tahu pun ni satu kes4lahan berat. Kita cuma k3liru je waktu tu dan last sekali ambil pended4han jarakkan diri je lah. Tak bagitau siapa-siapa.

Si pred4t0r ni lepas macam tu je. Menang main psik0logi pada kita. Kalau dulu kita tak tahu apa-apa dan biar semua ni terlepas macam tu je, hari ni jangan bagi anak kita pula jadi m4ngs4 dekat luar sana.

Kita dah tahukan semua ni satu jen4yah s3ksu4l? Hari ni dia pegng-pegng, esok dia bawa balik rumah pulak. Ingat anak berani ke nak cerita kalau dah jadi benda sed4shy4t tu?

Psik0logi pasal s3ksu4l ni, pred4t0r ni akan mainkan sampai kita ke’liru. Dia akan bawa watak caring, bawak watak sebagai orang yang jaga kita, yang baik sangat. Bila dia ra’ba kita tu, kita jadi serba s4lah. Jadi tak menentu. Bagitau mak ayah kang, kesi4n pulak nanti pred4t0r ni kena sebab pr3dat0r ni orang baik.

Ni orang panggil s3x gr0oming. Dia main sent1men macam-macam sampai kita kalah dan terpksa ambil pendekatan diam diri. Last sekali lepas lama dah jadi, kita pun baru tahu semua ni satu kes4lahan s3ksu4l. Kita pun buat pendedahan. Orang yang dengar pulak, pandang si’nis pada kita. Katanya kenapa sekarang baru tiba-tiba nak buat pended4han? Ada niat apa-apa ke? Ke saja nak fitnah atas kepentingan sendiri?

M3ntal tak?

Mungkin orang lain akan perti’kai pasal aku pu’kul orang ni. Ya memang s4lah. Ni biasalah, anak dia tak kena c4bul lagi kan. Aku pukul tak melebih pun, lebih pada peringatan pada dia. Sebab tu aku h4ndle benda alah ni sorang-sorang, tak panggil orang lain. Niat aku memang untuk peng4jaran dia. Dan untuk bukak mata pada semua ibu bapak luar sana, kalau bukan kita yang pert4hankan anak-anak kita, siapa lagi anak kita nak berharap?

Apalah sangat kena d3nda, kena tahan, jika nak bandingkan dengan tr4uma yang anak aku akan hadap. Maru4h anak aku lagi. Sekurang-kurangnya anak aku tahu, aku bapak dia yang tetap akan ada pert4hankan dia kalau ada orang cuba-cuba ambik kesemp4tan pada dia.

P/s : Aku dah menghala ke balai p0lis untuk buat rep0rt. Ikutkan hati jantan, aku kesi4n bila fikirkan driver ni ada family, ada anak, ni cari makan diorang. Tapi kalau semua orang fikir kesi4n pada dia, siapa nak kesi4n pada m4ngsa-m4ngsa yang sampai sekarang masih tr4uma? Atas dasar tanggungjawab, aku rasa aku kena buat rep0rt juga. Peng4jaran buat semua yang terlib4t dengan jen4yah s3ksu4l ni. Dan sebagai m0tivasi buat semua anak-anak perempuan yang menjadi m4ngsa golongan ini. Aku rakam ni sebab nak ada bukt1 je kot takut dia pusing cerita lain kan.

Video:

Demikian perkongsian daripada Tuan Amir Danau. Semoga kisah yang ini memberi pengajar4n kepada para pembaca. Lindungi anak-anak kita daripada pem4ngsa ped0fili4!

Sumber : Tuan Amir Danau

Semasa

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Published

on

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Benarlah kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak mungkin dapat jaga seorang ibu atau ayah.

Jika dulu, pusat penjagaan warga emas akan menempatkan individu yang tiada waris tetapi kini boleh dikatakan warga emas yang dimasukkan ke situ adalah yang dihantar sendiri oleh anak-anak dek kerana tidak sanggup menjaga mereka.

Memang tidak dinafikan, menjaga orang tua memerlvk4n kesabaran yang tinggi. Malah ada kalanya, seperti menjaga budak kecil yang suka merengek namun adalah tidak wajar untuk mengabaikan insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kita ini di sisa usia sebegitu.

TONTON VIDEO DISINI

Sewaktu kunjungan beberapa orang artis yang menziarahi warga emas yang ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih Selangor, sempat mereka menemubual beberapa penghuni di situ.

Setiap penghuni ada cerita tersendiri. Ada yang redha ditinggalkan disitu, ada yang memendam duk4 dan ada juga yang memilih untuk memendam segala rasa.

Namun ada sesuatu yang mencuri perhatian dan meruntum jiwa, apabila ditanya kepada seorang warga emas lelaki yang baru sahaja seminggu berada di situ, “ Ada rindu sesiapa?”

Lantas pakcik tua itu terus men4ngis tanpa sebarang kata. Dari gerak gerinya sudah cukup untuk menggambarkan keduk4an dihatinya.

Menurut pegawai yang bertugas disini, pakcik tersebut baru seminggu tinggal di sana dan masih berharap dapat balik raya dengan keluarga.

Sewaktu semua pelawat mahu pulang, sekali lagi pakcik tersebut menitiskan air mata seakan berat untuk melepaskan.

Menjengah di ruangan komen. ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas di sana. Malah ada yang menitipkan pesanan agar yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya kerana merekalah insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sedari kecil dulu.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Published

on

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Mempunyai pemikiran yang kreatif adalah menjadi syarat utama untuk kekal ‘survive’ dalam cabaran ekonomi yang ada pada hari ini. Apa sahaja yang boleh menjana duit boleh diusahakan untuk mencari pendapatan tambahan.

Begitulah yang telah terjadi kepada seorang pemuda yang telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan barang terpakai dan terbuang seperti tuala buruk yang sudah dibuang orang.

Pemuda yang bernama Mohamad Hazhlee Azid ini berkata, dia telah menghasilkan pasu bunga itu hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang semasa tempoh PKP.

Beliau yang berusia 24 tahun itu berkongsi, tambahan pula, rumahnya itu yang terletak di Tunjung Kota Bharu Kelantan cukup banyak dihiasi pokok-pokok bunga yang dijaga oleh ibunya.

“Saya ni bekerja sebagai kontraktor dan buat kerja-kerja wiring kalau ada projek. Bila saya takde job ni, saya buatlah sesuatu daripada apa yang nampak boleh dilakukan di rumah.

‘Mak pun memang suka bercucuk tanam pokok-pokok bunga. Maka timbullah idea untuk buat pasu bunga dengan menggunakan barang-barang yang terpakai. Kongsinya kepada mstar.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pok Lie itu berkata pasu bunga itu menggunakan sumber barang-barang seperti bakul sampah, baldi, bekas makanan terpakai dan termasuk tin biskut.

“Bekas pasu yang dibina akan ditampal dengan meletakkan satu lapisan kain samada tuala atau selimut lama yang sudah koyak, ianya dicampur dengan bancuhan simen untuk memastikan ketebalannya dan lebih kukuh.

“Penggunaan kain yang telah dicelup dengan simen itu boleh menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi). Daripada kain atau tuala buruk tu terbuang begitu sahaja, lebih saya manfaatnya, ujarnya yang turut terlibat dalam kerja membuat rumah secara sambilan.

Menurut Pok Lie yang juga anak kedua dari lapan beradik, proses menghasilkan pasu itu mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlukan masa untuk dikeringkan.

‘Selepas bancuhan simen itu kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga itu jadi lebih tebal dan kukuh. Pagi-pagi saya buat, petang dah boleh kering selepas dijemurkan. Bila sudah kering baru saya akan cat.

Sekiranya ada permintaan, saya pertimbangkan juga untuk menjualnya sebagai pendapatan tambahan.

“Cumanya cabaran yang dihadapi adalah sekiranya hujan, kerana pasu-pasu bunga yang disalut simen perlu dikeringkan dulu” kongsinya sambil memaklumkan kebanyakan bahan terbuang diperoleh dari keluarga dan kawan-kawan.

Pok Lie menyatakan” setakat ini, sudah 20 pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk telah saya hasilkan, sambil menambah pada peringkat awal semua dibuat untuk kegunaan sendiri di rumah untuk ibunya.

“Namun apabila saya dah susun dan jemur di luar rumah, memang orang-orang akan terlihat dan ada juga yang terus berminat untuk membeli.

Pasu bunga buatan tangan yang dihasilkan ini bukan sekadar untuk meletakkan pokok tetapi keunikan yang ada padanya boleh menaikkan seri rumah.

‘Sebenarnya, apa yang saya cuba lakukan ini lebih kepada memenuhi kepuasan, saya tengok macam mana orang lakukannya melalui sumber youtube dan saya cuba buat sendiri mengikut kreativiti yang ada.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

Published

on

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

KEBERADAAN sebuah kereta Perodua Bezza yang diparkir di bawah garaj rumahnya membuatkan seorang warga emas terpinga-pinga tentang siapakah pemilik kenderaan itu.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, lelaki berkenaan dilihat hanya menuding jari ke arah kenderaan berkenaan dengan raut wajah penuh tanda tanya.

Tanpa berselindung, anak lelaki warga emas berkenaan segera memberitahu bahawa Perodua Bezza itu adalah miliknya sambil menghulurkan kunci kereta.

“Kereta baharu abah,” kedengaran suara si anak kepada bapanya yang masih tidak faham tentang situasi berkenaan.

Berkongsi cerita kepada mStar, anak warga emas berkenaan iaitu Mohd Faizal Eshak berkata, ia merupakan kejutan untuk bapanya yang berusia 78 tahun pada 1 Ramadan lalu.

Lebih mesra disapa Faizal, dia berkata bapanya, Eshak Buyong sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta baharu.

Faizal (tengah) bersama ibu bapanya di hadapan kereta baharu.

“Abah ada kereta Proton Wira yang sudah digunakan selama lebih 20 tahun. Kereta lama, jadi keadaan sudah tidak berapa elok macam kereta baharu tapi abah gagahkan juga.

“Saya berazam sejak Oktober tahun lepas nak belikan kereta untuk abah. Jika ikut queue (tempoh menunggu) dijangka pada Jun tahun ini.

“Tapi rezeki abah dapat cepat sebab ada pelanggan lain tak jadi nak beli. Alhamdulillah, nampaknya rezeki abah pada bulan Ramadan,” katanya kepada mStar.

Faizal (kanan) bersama keluarga dan ibu bapanya.

Mengenai kejutan yang dibuat di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Faizal yang berusia 37 tahun berkata, bapanya mempunyai perwatakan yang ceria.

“Abah sebenarnya happy-go-lucky. Pada petang sebelum waktu buka puasa abah macam terkejut, siapa la yang parkir kereta kat garaj.

Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
MOHD FAIZAL ESHAK
ANAK
“Macam tak puas hati sebab kereta lama dia pun parkir di luar garaj. Apabila saya dan isteri beritahu kereta tu sebenarnya untuk dia, memang abah terkejut.

“Abah memang teruja sangat sampaikan tak sempat bawa masuk beg plastik makanan yang dibelinya ke rumah, terus pergi test drive dulu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu,

Ibu (kiri) dan bapa Faizal meniti usia emas.

Sejak bersara daripada bekerja di sebuah kilang, bapanya yang dikenali sebagai Haji Ripin di Kampung Sungai Penchala banyak menggunakan kereta untuk ke masjid, pergi minum di kedai dan membeli barang-barang dapur.

Namun, Faizal yang mengusahakan bisnes produk madu berkata, Hari Raya kali ini lebih bermakna buat ibu bapanya kerana kereta baharu tersebut dapat digunakan untuk pergi menziarah teman-teman dan saudara-mara.

Hari Raya kali ini lebih bermakna kerana bapa Faizal boleh menggunakan kereta untuk pergi menziarah bersama ibunya.

“Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.

“Masa test drive hari tu, terkejut juga abah tekan paddle minyak bawa laju. Mungkin selama ni dia kena tekan paddle minyak lebih sebab pandu kereta lama.

“Jadi, saya pesan abah supaya kawal pemanduan dan tak perlu tekan paddle minyak kuat sangat. Kereta lama dan baharu tak sama. Semoga perjalanan abah sentiasa selamat,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK