Dr Zakir ditanya bagaimana hafal Quran,Bible & Veda. Ini jawapannya buat ramai tercengang.

0
1874

Bagaimana cara Dr Zakir Naik menghafal kitab-kitab agama lain sehingga sangat lancar memetik ayat dalam kitab Bible, Veda, dan sebagainya? Seorang non-muslim memberanikan diri bertanya kepada Dr Zakir Naik, apakah ada rahsia dalam Al Quran untuk menguatkan hafalan seperti itu?

Rupanya, bukan hanya wanita itu sahaja yang bertanya tentang hafalan kepada Dr Zakir Naik. Ramai juga yang bertanya soalan tersebut. Mereka takjub dengan hafalan Dr Zakir Naik yang dianggap seperti memiliki “chip komputer” di kepala.

Berikut ini jawaban Dr Zakir Naik atas pertanyaan wanita bernama Wandena itu:

Saudari ini bertanya bahwa hafalanku sangat fenomenal dan ini adalah pemberian Allah Subhanahu wa Ta’ala.Apakah ada ayat Al Qur’an yang membicarakan tentang hafalan?Selama ini orang-orang bertanya padaku, apakah rahsianya? Apakah engkau memiliki chip komputer? Apa rahsianya?

Rahsianya ada di dalam Al Quran.

Dalam pengajaran program dakwah yang aku ajarkan pada murid-muridku, aku sebutkan ada tiga hal yang harus diperhatikan.

Yang pertama, disebutkan dalam Quran surah Ali Imran ayat 160 bahwasanya “Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang boleh mengalahkanmu. Jika Allah membiarkanmu, maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu selain dari Allah. Karena itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.”

Jadi yang pertama, bertawakal kepada Allah.

Yang kedua, disebutkan dalam Surat Al Ankabut ayat 69. “Jika kamu berjihad untuk (mencari keredhaan) Allah, Allah akan benar-benar menunjukkan kepadamu jalanNya.”

Jadi yang kedua adalah kerja keras.

Dan yang ketiga, Allah berfirman dalam surat Al Anbiya ayat 7 dan surat An Nahl ayat 43. “Maka bertanyalah kepada ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui.”

Yang ketiga bersifat teknikal.

Teknik yang kami cuba dalam pengajaran program dakwah kami, orang-orang bertanya padaku, “Zakir, apa tekniknya?” Aku katakan ada tiga teknik terpenting dan yang pertama adalah beriman kepada Allah. Nombor satu adalah beriman kepada Allah. Dan semua teknik ilmu Anda yang ada di dunia, kamu tahu berapa banyak muridku yang bergelar MBA dengan teknik menghafal segitiga dan house. Aku tidak mengetahui teknik-teknik seperti teknik segitiga dan segala bentuknya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala penolong terbaik melebihi dari teknik apapun.

Bagaimana cara mendapat pertolongan Allah? Iaitu jika kamu berjuang di jalan-Nya. Kamu berjuang di jalan-Nya nescaya kamu mendapat kejayaan (insyaAllah).

Dalam pengajaran kami, aku mengajarkan murid menghafal surat dan ayat ini, bagaimana menyampaikan ceramah dan mengelola soal jawab. Dan sebelum aku memulakan ceramah, aku selalu membaca doa sebagaimana dalam Surat Thaha ayat 25-28. Yang maksudnya,

“Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”

Sumber: salam.my

Ada 3 teknik untuk menguatkan daya ingatan mengikut cara islam

1.Mencuci Gigi Dan Membasuh Mulut

Bersugi dikatakan banyak manfaatnya. Diantaranya ialah:-

1) Pernah diriwiyatkan dalam sebuat hadith riwayat muslim bahawa:

“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “. ( Riwayat Muslim )

2) Dapat menajamkan akal.3) Dapat mencerahkan mata.4) Melambatkan tumbuh uban .5) Dapat menggandakan pahala.6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal.

2.Membaca Al-Quran

Membaca Al-Quran sangat membantu dalam meningkatkan daya ingatan kerana Al-Quran ada mukjizat dan rahmatnya. Saidina Ali Bin Abu Talib r.a pernah berkata : “Terdapat tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham iaitu bersugi gigi, berpuasa dan membaca al-Quran.”

Biasanya selalu kita dengar, if ada orang koma, bacakan yassin untuknya, InsyaAllah dia akan sedar. Selain itu telah banyak cerita mengenai orang yang pengsan akhirnya sedar setelah dirawat dengan ayat suci Al-Quran.Ini menunjukan ayat suci Al-Quran dapat membantu meningkatkan daya ingatan, contohnya seperti ayat dibawah.

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” – Surah Al-Isra’ ; Ayat 70

Salah satu tips adalah baca ayat 70 dari Surah Al-Isra’, semasa baca letak tangan atas kepala, insyaAllah akan kuat ingatan. Jadi marilah kita mengamalkan apa saja ayat-ayat dalam Al-Quran dan selalu membaca Al Quran, InsyaAllah akan menguatkan daya ingatan kita.

3. Berpuasa Sunat

Selain itu, antara tips lain dan teknik meningkatkan daya ingatan mengikut cara islam adalah dengan perbanyakan berpuasa sunat. Bagi yang wanita, habiskan menggantikan semua puasa terlebih dahulu, lantas berpuasalah sunat, samada isnin khamis dan sebagainya. Berpuasa bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan pada tubuh badan malah pada akal untuk kesihatan jangka masa panjang. Selain berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, apa kata kita amalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Sumber:nadhiewueen

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here