Agama
“Do Allah deserve your waste?”- SENTAP!!! Mengapa Beri S I S A Pada Allah?!

Mengapa Beri S I S A Pada Allah?
“Get ready everyone another 10 minutes nak masuk waktu solat!!” ibu laung dari tingkat bawah supaya semua anak-anak berhenti dan bersedia untuk solat.
Yang sedang tonton TV, mula tutup TV, yang sedang bermain, mula kemas mainan, yang sedang menulis dan melukis, mula simpan buku-buku. Kecuali seorang, masih tekun menulis dalam buku latihannya. Ibu perhati saja, biar dia ambil masanya.
“Acik nak jadi imam ibu!”
“Alang lah jadi imam, semalam dah Acik!!”
Perkara biasa, ibu terpaksa putar kembali masa, siapa yang jadi imam semalam agar berganti hari ini. Kalau tidak, masa habis nak tentukan siapa jadi imam.

Gambar sekadar hiasan.
Hampir masuk waktu, semua sudah bersedia dengan pakaian solat dan menunggu di musolla kecil kami. Kecuali seorang. Masih terus tekun menulis di meja.
“Sudah Angah, berhenti, ambil air sembahyang, nak masuk waktu dah ni!”
“Kejap ibu… Ada sikit lagi ni” Ibu biarkan lagi. Adik-adiknya bermain keliling sejadah sementara menunggu.
Sudah masuk waktu solat, Angah masih di meja. Tiada tanda-tanda akan berhenti.
“Atthiyyah Husna, put down your pen and take your wudu’ now!!” Angah berhenti menulis, tutup buku dan bergegas ambil wudu’.
Ini bukan kali pertama. Kebelakangan ini, ibu perhatikan Angah terlalu fokus dengan latih tubinya hingga melewat-lewatkan waktu solatnya. Ibu tahu Angah risau. Ibu faham angah tertekan kerana PSR semakin hampir dan Angah bimbang tak mampu dapat keputusan cemerlang. Angah takut kecewakan ibu dan abah. Beberapa kali juga dinyatakan kerisauannya itu pada ibu. Tapi tekunnya Angah berusaha, hingga kadang-kadang melewatkan waktu solatnya. Beberapa kali masbu’ malah ada ketikanya solat sendirian kerana yang lain selesai berjemaah. Kali ini ibu perlu fahamkan Angah, tapi ibu tunggu biar semua selesai berjemaah.
Selesai berdoa, Angah bingkas bangun, tapi ibu minta Angah duduk dulu. Ada perkara ibu mahu jelaskan agar dia faham. Adik-adik yang lain juga rapatkan diri mahu mendengar.

Kenapa beri sisa waktu pada Allah? Gambar sekadar hiasan.
“Kenapa beri sisa pada Allah?!”
Angah berkerut pandang ibu tanda tidak faham.
“Kenapa beri sisa waktu yang Angah ada untuk Allah? Waktu Allah bagi 24 jam, dan hanya 5 kali Allah suruh kita ‘berjumpa’ Allah. Itu pun tak sampai 10 minit setiap kali. Secara total, hanya 50 minit dari 1440 minit sehari yang Angah ada. Bermakna cuma 3.5% dari sehari semalam masa yang Angah ada diperuntukkan untuk Allah!! Dan jika Angah kira 10 minit untuk satu waktu solat makin sikitlah digunakan, iaitu cuma 0.7%, tak sampai 1% pun dari keseluruhan masa Angah. Jadi, sekejap ke lama masa nak solat?”
“Sekejap…” Angah jawab perlahan.
“Itu pun hanya beri sisa waktu yang Angah ada untuk Allah! Contohnya, Angah habiskan latihan dulu, sisa masa yang ada baru Angah solat. Atau habiskan baca buku dulu, sisa masa yang ada baru solat. Sepatutnya solat lah dulu, sisa waktu yang ada baru buat kerja lain. Allah tidak sedikit pun rugi kalau kita lewatkan solat, yang rugi kitalah. Kalau hari ni kita beri sisa pada Allah, maka sisalah yang kita dapat di akhirat kelak. Ingat tak lagi kisah yang ibu ulang-ulang tentang solat yang menjelma jadi orang tua di akhirat nanti? Itu sebab kita beri sisa lah! ”
“Dan yang menyedihkan, sudahlah beri sisa masa yang ada, lepas solat tak mau pula duduk sebentar, berzikir dan berdoa. Rasa buang masa bila memuji-muji Allah walau sekejap. Kita mau Allah beri pada kita yang terbaik, paling hebat, tapi kita bukan saja tak mampu beri masa yang terbaik, malah hanya beri lebihan atau baki pada Allah, beradab kah?”
Ibu berhenti seketika. Angah tunduk dan diam. Air matanya mula bergenang. Adik-adiknya juga diam tekun mendengar.
“Ibu faham… Angah risau dengan PSR tak lama lagi, ibu tahu Angah takut kecewakan ibu dan abah, tapi ingat berkali-kali ibu cakap, berjaya jawab soalan nanti pun Allah yang izinkan, kalau Allah sayang pada Angah, Allah rahmati setiap usaha Angah. Malaikat-malaikat doakan setiap saat kerja keras Angah. Sebab itu jaga solat betul-betul. Selebihnya barulah usaha sungguh-sungguh. Dan ibu yakin anak ibu pasti cemerlang Ujian PSR tahun ini. Malah jika Angah ingat apa ibu pesan ni, sampai bila-bila lah Angah akan berjaya setiap kali berhadapan dengan ujian. Tak kira lah ujian dari manusia atau ujian dari Allah… ”
“So now you tell me, do Allah deserve your waste?”
Angah geleng sambil berhamburan lah airmatanya tanda faham dan tanda sesal. Biarlah anak ibu belajar menangis sekarang, agar nanti tidak menangis bila sudah jauh dari Allah.
#khalifahinthemaking
#PSRcandidate2020
Sumber : Hada Shaharuddin ( Facebook )
Agama
Seawal usia 2 tahun pegang Iqra’, ibu dedah rahsia ajar anak pandai mengaji

Seawal usia 2 tahun pegang Iqra’, ibu dedah rahsia ajar anak pandai mengaji
Ini perk0ngsian Puan Nooraishah Abdul Wahab berkenaan bagaimana dia mendidik anak pertama mereka belajar mengaji di rumah.
Pasangan ibu bapa muda, Nooraishah dan suaminya, Encik Hafiz Zulkarnain Muhammad telah dikurniakan cahaya mata pertama yang diberi nama Hafiz Zulfiqar.
Namun menjadi kebiasaan bagi seorang kanak-kanak, ada kalanya Hafiz Zulfiqar akan merag4m juga lebih-lebih lagi jika dia tidak mendapat sesuatu yang dimahukannya.
Menurut Puan Nooraishah, anak sulungnya ini merupakan seorang kanak-kanak yang agak sensit1f, manja dan cermat, tetapi agak aktif dan suka bercakap.
Untuk ajar anak mengaji al Quran mungkin agak sedikit ‘tricky’, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan anak pertama dalam keluarga. Namun, jika tahu langkah dan kaedah yang tepat, ia boleh dilakukan tanpa sebarang masalah yang besar.
Selain itu, anaknya ini juga agak senang untuk dijaga sejak daripada kecil kerana anaknya bukan jenis yang kuat meragam.
Seawal Usia Tahun Sudah Pegang IQRA’
Menariknya, ada kala Hafiz Zulfiqar akan meminta sendiri untuk belajar mengaji dan kadang-kadang perlu juga disuruh mengaji, tetapi tidaklah sampai tahap memaksa dan masih boleh dipujuk.
Nooraishah telah membiasakan anaknya itu dengan buku-buku mengaji sejak umur anaknya 2 tahun.
Menurut ibu ini, sebagai permulaan dia memperkenalkan buku Iqra’ sebagai buku pertama kepada Hafiz Zulfiqar.
Apabila anaknya itu sudah berusia 4 tahun, barulah dia mendidik anak belajar mengaji dengan lebih serius.
Perkara ini bertitik-tolak selepas menyedari anaknya itu seorang yang mudah untuk menghafal ayat-ayat al-Quran.
Tambahan pula, Nooraishah dan suami telah merancang untuk mula menghantar anaknya ke tadika semasa usia 5 tahun.
Jadi, adalah lebih baik jika anaknya itu tahu asas mengaji al Quran bermula daripada rumah.
Semakin Minat Belajar
“Saya akan pastikan anak mengaji sebelum suami balik kerja untuk mengelakkan dia hilang fokus ketika mengaji. Ini kerana dia terlalu obses dengan babahnya sendiri dan banyak menghabiskan masa dengan babahnya,” katanya mengakhiri perbualan.
Satu perkara yang Nooraishah sedar apabila mengajar mengaji ialah anaknya itu semakin suka untuk belajar.
Bagi Nooraishah, mengajar anaknya untuk belajar mengaji bukanlah satu perkara yang sukar kerana dia sendiri merupakan seorang suri rumah yang menjalankan bisnes secara dalam talian sahaja.
Selain itu, dia melihat anaknya semakin mudah menghafal dan menjadi kanak-kanak yang lebih fokus dalam melakukan sesuatu perkara.
Dia mempunyai lebih banyak masa dan ruang untuk mengajar anaknya mengaji al Quran.
Namun, dia akan pastikan bahawa Hafiz Zulfiqar mengaji sebelum suaminya pulang ke rumah daripada kerja.
Hafiz Zulfiqar juga semakin cepat dan mudah mengenal huruf. Jika anaknya terjumpa huruf jawi di mana-mana, dia akan menyebutnya satu persatu.
1. Tetapkan had masa mengaji.
Bagi kanak-kanak yang berusia sekitar 4 atau 5 tahun, tetapkan had masa mengaji antara 5 hingga 10 minit sahaja.
Ini kerana, jika waktu mengaji terlalu lama, anak akan mudah menjadi bosan dan cepat str3ss.
Selain itu, sediakan juga sudut khas untuk anak belajar mengaji dan sebagai tempat untuk anak menyimpan buku-buku Iqra’.
Apabila selesai waktu mengaji, anak akan menyimpan kembali buku Iqra’ di tempat yang telah disediakan.
2. Sama-sama mengaji selepas solat Maghrib.
Untuk memupuk tabiat mengaji dalam diri anak, ibu bapa juga boleh mengajak anak untuk sama-sama mengaji selepas solat Maghrib.
Menurut Nooraishah,
“Saya akan sentiasa ingatkan anak bahawa waktu Maghrib hampir tiba. Saya minta anak untuk mandi siap-siap dan bersedia untuk solat dan mengaji. Secara tidak langsung anak akan sentiasa bersedia.”
3. Teknik pujuk anak.
Ada harinya Hafiz Zulfiqar malas untuk belajar mengaji. Jadi, ibu ini akan memujuk dengan berkata seperti, “Kalau tidak baca Iqra’ hari ini, nanti lambat alih ke muka surat yang baharu.”
Selain itu, ibunya juga akan memberikan mainan sebagai hadiah atau galakan untuk cepat belajar buku Iqra’ yang baharu.
4. Terangkan kebaikan mengaji kepada anak.
Ketika mengaji, boleh cuba menerangkan sedikit kebaikan mengaji al Quran kepada anak seperti mendapat pahala dan boleh masuk syurga.
Ceritakan segala kebaikan yang akan kita dapat jika mengaji supaya anak berasa bahawa mengaji itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan.
5. Guna teknik lagu atau nyanyian.
Untuk mengelakkan anak menjadi cepat b0san ketika mengaji al Quran, Nooraishah juga mengajar anaknya mengaji dengan kaedah menyanyi atau berlagu.
Selain itu, jika anak tersalah baca, ibu bapa tidak perlu memar4hi anak.
Sebaliknya, tukarkan kesalahan yang dilakukan itu kepada satu bentuk bahan jenaka agar anak tidak menjadi stres ketika mengaji.
6. Guna teknik memuji anak terlebih dahulu.
Kanak-kanak akan lebih berm0tivasi melakukan sesuatu perkara jika ibu bapa kerap memuji mereka.
Ini juga langkah penting yang dilakukan oleh Nooraishah ketika mengajar anaknya mengaji al Quran.
Menurutnya,
“Saya selalu sebut bahawa Zulfiqar anak yang pandai. Walaupun hanya satu huruf yang dia kenal, saya akan memujinya dengan berkata seperti ‘Good b0y’, ‘Betul’, atau ‘Pandai’. Saya boleh melihat mukanya menjadi seronok untuk mengenal huruf-huruf baharu.”
Sumber : SM Via DetikIniViral
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Agama
Tak Perlu Marah – Marah Anak Jika Mereka Nakal, Amalkan Tips Ni Jer

Tak Perlu Marah – Marah Anak Jika Mereka Nakal, Amalkan Tips Ni Jer
Tak Perlu Marah Anak Jika Mereka Nakal. Cukup Sekadar Amalkan Tips Ni Jer | Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.
Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.
Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;
Kaedah Pertama:
Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.
Kaedah Kedua:
Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;
1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.
2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineraluntuk mengambil wuduk.
3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.
4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.
Doa Untuk Anak Yang Degil
Setelah membuat kajian, saya dapati banyak carian berkaitan doa untuk anak. Untuk post kali ini, saya siarkan doa untuk diamalkan oleh ibubapa bagi mengatasi masalah anak yang degil.
Sebelum memulakan rawatan untuk anak ini, saya nasihatkan ibubapa supaya mengenalpasti dulu punca masalah tersebut. Cari sebab kenapa anak-anak kita menjadi degil, nakal atau tidak mahu mendengar nasihat.
Cuba lihat pada nama anak itu. Cari maksud nama tersebut. Adakah ia bersesuaian dengan karektor anak.
Kemudian fikirkan sejenak cara kita mendidik dan melayan anak. Adakah sangat ketat, sangat garang, sangat manja atau terbiar sahaja. Kesemua ini memberi kesan terhadap perangai anak.
Cubalah selami jiwa dan kemahuan anak-anak. Barangkali ada pertentangan antara cara kita dan kehendak anak-anak. Mungkin juga disebabkan oleh “jurang generasi”.
Fikirkan juga punca rezeki yang kita perolehi. Dari sumber mana dan adakah ia halal, syubhah atau haram. Kesemua ini ada kesan kepada jiwa anak-anak.
Seterusnya , bagaimana pula dengan didikan agama mereka ? Berapa kali kita berjemaah bersama keluarga. berapa kali kita membaca Quran bersama-sama.
Sebagai ibubapa, kita perlu ambil tahu siapakah teman-teman anak kita dan apakah aktiviti mereka dan kemana mereka selalu pergi.
Sekiranya ada kekurangan berkaitan cara kita, silalah perbaiki diri. Berubahlah supaya kita menjadi idola anak-anak. Rapatkan hubungan dengan ank-anak. Kemudian amalkanlah doa untuk anak yang degil ini.
Untuk memulakan rawatan untuk anak yang degil, mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah, Ayatul Qursi Selawat Syifa sebanyak tujuh kali.kemudian usaplah ubun-ubun anak itu dengan penuh kasih sayang. Pasang niat di dalam hati. Bacalah doa rawatan anak yang degil sebanyak tujuh kali. Tiuplah di ubun-ubun anak itu setiap kali selesai membaca doa dibawah.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Agama
Zuriat ‘Penyejuk Mata Hati’, Takkan Ada Ibu-bapa Yang Tidak Tersentuh Hati Bila Melihat Anaknya Begini

Zuriat ‘Penyejuk Mata Hati’, Takkan Ada Ibu-bapa Yang Tidak Tersentuh Hati Bila Melihat Anaknya Begini
Allahu Akbar! Sungguh HEBAT didikan ibu bapa mereka. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah bila besar nanti ya dik…First and foremost, tahniah kepada ibu dan bapa yang berjaya mendidik dan mentarbiah permata hati mereka dengan baik dan membanggakan… Di dalam al-Quran, Allah merakamkan doa khusus untuk diamalkan bagi memohon kepadaNya supaya dikurniakan anak-anak soleh dan solehah, zuriat ‘Penyejuk Mata & Hati’. Ini membuktikan betapa pendidikan anak-anak adalah suatu perkara yang besar di dalam Islam.
“رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامً QS. Al Furqaan: 74)
Ertinya: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
Tunaikan solat walau di mana kamu berada …
Cerita 4 hari lepas, balik ke rumah tengok anak2 dan kawan2nya sedang mandi laut. Disuruh naik untuk solat Asar dahulu. Punyalah sayang nak tinggalkan mandi laut; Ahmad dengan goggles sekali tak cabut. Aduhai anak…
“ Ya Allah jadikanlah kami hamba-hambaMu yang mendirikan solat dan zuriat kami juga; Ya Tuhan kami perkenanlah doa kami “.
Ali (Imam), ma’mum (Ahmad, Sarah dan kawan2).
Adakah anda tahu siapakah sekumpulan anak-anak yang menunaikan solat di tepian pantai ini?
Semoga di suatu hari nanti, di bahau-bahu merekalah akan terpikul panji2 perjuangan Islam di tanah air kita…Mengikut seorang netizen, mereka ini adalah anak kepada Muhammad Khalil Abdul Hadi dan cucunda kepada bekas Timbalan Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan