Connect with us

Viral

Dipu kul T3ruk Bila Masuk Islam. Ustaz Ravi Dedah Pengakhiran Abangnya

Published

on

Dipu kul T3ruk Bila Masuk Islam. Ustaz Ravi Dedah Pengakhiran Abangnya

Bergelar saudara baru bukanlah semudah yang disangkakan, cabaran dan onak dur! terpaksa ditempuhi. Namun keazaman yang kuat serta kecintaan terhadap agama Islam membantu untuk bertahan. Benarlah Allah memberi hidayah dalam pelbagai cara.

Penceramah bebas, Ustaz Dr. Haji Mohd Farid Ravi berkongsi pengalaman memeluk Islam sebelum ini. Apa yang menyentuh hati apabila beliau turut berkongsi perasaan apabila berpeluang mengislamkan ibunya sendiri beberapa bulan sebelum ibunya menghembuskan nafas yang terakhir.

Selain itu, Ustaz Ravi turut berkongsi bagaimana abangnya yang sebelum ini cukup men3ntang dia memeluk Islam, akhirnya turut memilih jalan Allah. Apa yang membuatkan beliau terharu adalah abangnya sempat memeluk Islam seminggu sebelum meningg4l dunia.

Cerita Syahdu Pengalaman Ustaz Farid Ravi Memeluk Islam

Nama saya Jesiah Ravi a/l Jacob. Nama tu menunjukkan Kristian. Memang kami asalnya Kristian. Tetapi Kristian yang tidak praktis. Ayah saya meninggal ketika saya dalam perut ibu.

Saya anak yatim. Ibu membesarkan saya. Sejak kecil saya terdedah kepada suasana dan budaya Melayu Islam. Lahir dan membesar di Kg Sg Choh. Majoriti penduduk adalah Melayu. Hanya ada dua keluarga sahaja Hindu.

Saya bertuah kerana rumah sewa kami bersebelahan dengan surau. Saya sentiasa melihat apa yang berlaku di surau. Bahkan saya dan kawan-kawan masuk dan bermain dalam surau. Saya mesra dengan suasana surau dan budaya masyarakat Islam.

Di sekolah kawan-kawan ajak saya masuk kelas Pendidikan Islam. Biasanya waktu PI saya akan keluar. Bila kawan ajak supaya jangan keluar waktu Ustazah masuk, saya pun cuba duduk. Ustazah tak marah rupanya. Bahkan Ustazah senyum kepada saya. Dia restu saya dalam kelasnya.

Makin lama makin seronok saya belajar pendidikan Islam. Saya tidak disuruh baca dan hafal. Tapi oleh kerana setiap hari berada dalam kelas Pendidikan Islam itu maka banyak benda saya hafal. Saya hafal Al Fatihah. Saya hafal ayat Kursi. Saya boleh azan dan jawab azan. Boleh takbir raya dan macam2 lagi…

Masa darjah 4 darjah 5 saya sudah hafal berbagai-bagai doa. Balik rumah saya cuba baca doa makan. Mak saya sangat marah, Kau baca apa ni. Tak boleh baca. Itu Melayu punya… Saya tanya kenapa tak boleh. Ini hanya tanda kita terima kasih kepada Tuhan. Akhirnya mak kata, “Ikut engkau lah. Tapi jangan baca kuat-kuat.”

Maka sejak itu setiap hari saya baca macam-macam doa. Bayangkan tiap hari mak saya dengar saya baca doa makan, doa tidur. Barangkali itu memberi kesan juga kepada mak saya. Antara yang saya tertarik dengan Pendidikan Islam ialah kisah nabi Ibrahim. Ayahnya buat berhala.

Namrud sendiri tahu berhala itu tidak mampu bercakap. Tak boleh melihat. Tak boleh mudharat dan tak boleh bagi manfaat. Kisah Nabi Ibrahim ini begitu menyentap fitrah saya.

Saya kata, Ya Allah, sampai begitu sekali kita j4hil kita tak fikir apa yang kita sembah selama ini. Akhirnya saya buat keputusan saya tidak akan sembah selain daripada Allah SWT. Bila umur saya cukup 18 tahun, saya pergi Perkim bawa IC. Saya terus melafazkan dua kalimah syahadah pada hari berkenaan.

Setelah masuk Islam saya tinggal di rumah mak angkat saya. Saya cuba amalkan Islam setakat yang termampu. Namun saya tidak berani pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Kalau saya pergi solat jumaat, nanti keluarga saya akan tahu. Abang saya g4rang.

Minggu kedua, mak angkat saya suruh saya pergi menunaikan solat Jumaat. Bila saya pergi solat Jumaat, maka kecoh lah satu kampung. Sampai ke pengetahuan keluarga saya. Lalu saya dipanggil menghadap satu majlis.

Semua adik beradik berkumpul. Saya ditanya kenapa masuk Islam, saya jawab sebab saya minat dengan Islam. Sambil tanya sambil dipukulnya saya.

Saya dipu kul dengan sangat t3ruk oleh abang saya. “Aku nak kamu tinggalkan Islam,” kata abang saya. Saya kata, “Tak boleh bang.” Dia kata, “Kenapa tak boleh?” “Tak boleh bang. Saya dah pilih Islam. M4ti hidup saya dengan Islam.”

“Oh Islam ajar kau kurang ajar ye!” “Kenapa m4rah saya masuk Islam.” “Kerana Islam tak betul.” Saya tanya, “Kat mana Islam tak betul. Beritahu saya.” Aku tak perlu beritahu engkau mana yang tak betul.Tapi aku tahu Islam tu tak betul.”

“Beritahulah saya. Saya nak tahu. Kalau tak betul, sayapun tak nak ikut agama yang tak betul. Setahu saya semuanya betul.”

“Oh kau menjawab ye….” Dia terus pu kul saya. Saya undur sampai ke bucu hujung rumah dan di sana ada tiang yang t4jam. Dia tarik kepala saya dan tolak ke tiang.

Kepala saya terk0yak. D4rah laju mengalir. Saya kena 6-7 j4hitan. Setiap kali saya pergi Makkah, saya berdoa di multazam. Saya tak doa mintak pangkat, mintak jadi kaya, saya tak doa mintak saya jadi somebody….

Saya doa supaya Allah beri hidayah kepada mak saya. Itu saja pemberian Tuhan yang paling besar. Tidak ada lah nikmat yang lebih besar jika Allah beri hidayah kepada ibu kita.

Betul dak? Suatu hari saya jumpa mak saya. Saya anak bongsu. Macam mana sekalipun mak tak akan buang saya. Saya jumpa dia. Saya salam. Saya cium. Saya kata, “Mak saya nak mintam aaf.”

Mak kata, “Kenapa?”

“Saya banyak abai tanggung jawab saya terhadap mak.”

Mak kata, takpe, takpe.

Saya kata, “Tapi mak saya terkilan sangat.”

Mak kata, “Kenapa?”

Saya kata, “Saya akan mati. Mak juga akan mati. Penghujung hayat kita semua kita akan mati. Saya takut lepas itu mak ke tempat lain, saya ke tempat lain. Saya tak berpeluang lagi jumpa mak. Dan saya tak sanggup mak dibawa ke tempat yang saya tak suka.”

Mak saya menangis. Dia boleh faham apa maksud saya.

“Disebabkan saya Islam, mak tak Islam, nanti tempat kita tak sama mak. Kalau boleh saya nak di akhirat nanti saya dengan mak di tempat yang sama.”

Mak terus menangis. Saya kata, “Mak masuklah Islam mak.”

Mak kata, “Mak bukan tak mahu masuk Islam. Tapi kalau mak masuk Islam, nanti apa akan berlaku.”

Saya kata, “Mak jangan takut mak. Allah ada. Allah ada mak.”

“Ya mak tahu Islam agama yang baik.”

Saya ambik mak hari itu juga, “Mak jom ikut saya masuk Islam.”

Mak kata, “Jangan la hari ini.”

Saya kata, “Takpe mak. Mak Islam je lepas tu mak senyap saja. Takpe mak.”

Hari yang sama saya Islamkan mak saya.

Mak masuk Islam bulan tiga (Mac). Tarikh saya tak ingat. Yang pasti mak masuk Islam bulan tiga, bulan lima mak meningg4l. Sempat la saya bawak mak belajar. Tapi makpun dah u zur masa tu. Bagi saya kejayaan ialah bila Allah beri hidayah kepada mak saya. Satu kejayaan besar bagi saya. Sebab bukan senang nak ajak ibu masuk Islam. Saya rasa doa saya depan multazam dimakbulkan Allah.

Abang saya pula yang pukul dan halau saya. Kesabaran saya masa dipukul itu rupanya memberi kesan. Suatu hari saya terima panggilan, “Ravi!” Saya Tanya siapa ni, lama dah orang tak panggil aku Ravi. Dia kata, “Aku abang kau.”

“Abang?”

“Ya, ini Devadas la…”

Oh ya. Devadas. Itu memang abang saya.

“Ye bang ada apa bang.

“Ravi, aku nak engkau bawa aku ke jalan lurus.”

“Jalan lurus?”

Saya tahu dia nak masuk Islam. Tapi saya tak mahu dia cakap kiasan-kiasan macam tu. Saya nak dia berterus terang.

“Abang nak masuk Islam ni. Boleh tak kau bawak aku masuk Islam.”

“Ok bang, abang kat mana. Sekarang juga saya pergi ambik abang.”

Saya masa tu kat Bangi. Dia kat Rawang. Saya bawak kereta ke sana. Sambil tu saya telefon Pejabat Agama Kuala Kubu saya kata saya nak bawa abang saya masuk Islam. Hari ni juga.

Dalam perjalanan saya tanya dia, “Dulu saya masuk Islam abang pukul saya. Teruk abang pukul. Macam mana pulak hari ni abang terbuka hati nak masuk Islam.” Sembang adik beradik la.

Dia jawab, “Engkau ingat tak masa aku pukul kau dulu engkau Tanya satu soalan.”

Memang saya dah tak ingat, dia pukul saya saya ingat la. Tapi soalan tu saya tak ingat.

“Masa aku pukul engkau, engkau tanya apa yang tak betulnya Islam ni. Aku tak dapat jawab. Sejak hari tu aku mencari-cari apa yang tak betulnya Islam ni. Lama aku cari. Tak jumpa. Tiap kali aku cari, aku tak jumpa. Maka aku tak ada pilihan lain, melainkan aku kena masuk Islam.”

Alhamdulillah, dia masuk Islam hari Isnin. Hari Jumaat petang (selepas 5 hari), saya dapat panggilan dari rumah tumpangan saudara baru. Pukul 5 petang. Ustaz yang jaga rumah tu beritahu, “Minta maaf Ustaz. Nak beritahu satu perkara yang mengejutkan.”

Saya kata, “Apa dia?”

Dia kata, “Abang Ustaz dah meningg4l!”

Saya kata dua tiga hari lepas saya jumpa dia. Dia sihat walafiat. Dia masuk Islam. Dan hari ini dia dipanggil Allah.

Allah….

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Published

on

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Benarlah kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak mungkin dapat jaga seorang ibu atau ayah.

Jika dulu, pusat penjagaan warga emas akan menempatkan individu yang tiada waris tetapi kini boleh dikatakan warga emas yang dimasukkan ke situ adalah yang dihantar sendiri oleh anak-anak dek kerana tidak sanggup menjaga mereka.

Memang tidak dinafikan, menjaga orang tua memerlvk4n kesabaran yang tinggi. Malah ada kalanya, seperti menjaga budak kecil yang suka merengek namun adalah tidak wajar untuk mengabaikan insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kita ini di sisa usia sebegitu.

TONTON VIDEO DISINI

Sewaktu kunjungan beberapa orang artis yang menziarahi warga emas yang ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih Selangor, sempat mereka menemubual beberapa penghuni di situ.

Setiap penghuni ada cerita tersendiri. Ada yang redha ditinggalkan disitu, ada yang memendam duk4 dan ada juga yang memilih untuk memendam segala rasa.

Namun ada sesuatu yang mencuri perhatian dan meruntum jiwa, apabila ditanya kepada seorang warga emas lelaki yang baru sahaja seminggu berada di situ, “ Ada rindu sesiapa?”

Lantas pakcik tua itu terus men4ngis tanpa sebarang kata. Dari gerak gerinya sudah cukup untuk menggambarkan keduk4an dihatinya.

Menurut pegawai yang bertugas disini, pakcik tersebut baru seminggu tinggal di sana dan masih berharap dapat balik raya dengan keluarga.

Sewaktu semua pelawat mahu pulang, sekali lagi pakcik tersebut menitiskan air mata seakan berat untuk melepaskan.

Menjengah di ruangan komen. ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas di sana. Malah ada yang menitipkan pesanan agar yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya kerana merekalah insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sedari kecil dulu.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Published

on

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Mempunyai pemikiran yang kreatif adalah menjadi syarat utama untuk kekal ‘survive’ dalam cabaran ekonomi yang ada pada hari ini. Apa sahaja yang boleh menjana duit boleh diusahakan untuk mencari pendapatan tambahan.

Begitulah yang telah terjadi kepada seorang pemuda yang telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan barang terpakai dan terbuang seperti tuala buruk yang sudah dibuang orang.

Pemuda yang bernama Mohamad Hazhlee Azid ini berkata, dia telah menghasilkan pasu bunga itu hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang semasa tempoh PKP.

Beliau yang berusia 24 tahun itu berkongsi, tambahan pula, rumahnya itu yang terletak di Tunjung Kota Bharu Kelantan cukup banyak dihiasi pokok-pokok bunga yang dijaga oleh ibunya.

“Saya ni bekerja sebagai kontraktor dan buat kerja-kerja wiring kalau ada projek. Bila saya takde job ni, saya buatlah sesuatu daripada apa yang nampak boleh dilakukan di rumah.

‘Mak pun memang suka bercucuk tanam pokok-pokok bunga. Maka timbullah idea untuk buat pasu bunga dengan menggunakan barang-barang yang terpakai. Kongsinya kepada mstar.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pok Lie itu berkata pasu bunga itu menggunakan sumber barang-barang seperti bakul sampah, baldi, bekas makanan terpakai dan termasuk tin biskut.

“Bekas pasu yang dibina akan ditampal dengan meletakkan satu lapisan kain samada tuala atau selimut lama yang sudah koyak, ianya dicampur dengan bancuhan simen untuk memastikan ketebalannya dan lebih kukuh.

“Penggunaan kain yang telah dicelup dengan simen itu boleh menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi). Daripada kain atau tuala buruk tu terbuang begitu sahaja, lebih saya manfaatnya, ujarnya yang turut terlibat dalam kerja membuat rumah secara sambilan.

Menurut Pok Lie yang juga anak kedua dari lapan beradik, proses menghasilkan pasu itu mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlukan masa untuk dikeringkan.

‘Selepas bancuhan simen itu kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga itu jadi lebih tebal dan kukuh. Pagi-pagi saya buat, petang dah boleh kering selepas dijemurkan. Bila sudah kering baru saya akan cat.

Sekiranya ada permintaan, saya pertimbangkan juga untuk menjualnya sebagai pendapatan tambahan.

“Cumanya cabaran yang dihadapi adalah sekiranya hujan, kerana pasu-pasu bunga yang disalut simen perlu dikeringkan dulu” kongsinya sambil memaklumkan kebanyakan bahan terbuang diperoleh dari keluarga dan kawan-kawan.

Pok Lie menyatakan” setakat ini, sudah 20 pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk telah saya hasilkan, sambil menambah pada peringkat awal semua dibuat untuk kegunaan sendiri di rumah untuk ibunya.

“Namun apabila saya dah susun dan jemur di luar rumah, memang orang-orang akan terlihat dan ada juga yang terus berminat untuk membeli.

Pasu bunga buatan tangan yang dihasilkan ini bukan sekadar untuk meletakkan pokok tetapi keunikan yang ada padanya boleh menaikkan seri rumah.

‘Sebenarnya, apa yang saya cuba lakukan ini lebih kepada memenuhi kepuasan, saya tengok macam mana orang lakukannya melalui sumber youtube dan saya cuba buat sendiri mengikut kreativiti yang ada.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

Published

on

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

KEBERADAAN sebuah kereta Perodua Bezza yang diparkir di bawah garaj rumahnya membuatkan seorang warga emas terpinga-pinga tentang siapakah pemilik kenderaan itu.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, lelaki berkenaan dilihat hanya menuding jari ke arah kenderaan berkenaan dengan raut wajah penuh tanda tanya.

Tanpa berselindung, anak lelaki warga emas berkenaan segera memberitahu bahawa Perodua Bezza itu adalah miliknya sambil menghulurkan kunci kereta.

“Kereta baharu abah,” kedengaran suara si anak kepada bapanya yang masih tidak faham tentang situasi berkenaan.

Berkongsi cerita kepada mStar, anak warga emas berkenaan iaitu Mohd Faizal Eshak berkata, ia merupakan kejutan untuk bapanya yang berusia 78 tahun pada 1 Ramadan lalu.

Lebih mesra disapa Faizal, dia berkata bapanya, Eshak Buyong sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta baharu.

Faizal (tengah) bersama ibu bapanya di hadapan kereta baharu.

“Abah ada kereta Proton Wira yang sudah digunakan selama lebih 20 tahun. Kereta lama, jadi keadaan sudah tidak berapa elok macam kereta baharu tapi abah gagahkan juga.

“Saya berazam sejak Oktober tahun lepas nak belikan kereta untuk abah. Jika ikut queue (tempoh menunggu) dijangka pada Jun tahun ini.

“Tapi rezeki abah dapat cepat sebab ada pelanggan lain tak jadi nak beli. Alhamdulillah, nampaknya rezeki abah pada bulan Ramadan,” katanya kepada mStar.

Faizal (kanan) bersama keluarga dan ibu bapanya.

Mengenai kejutan yang dibuat di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Faizal yang berusia 37 tahun berkata, bapanya mempunyai perwatakan yang ceria.

“Abah sebenarnya happy-go-lucky. Pada petang sebelum waktu buka puasa abah macam terkejut, siapa la yang parkir kereta kat garaj.

Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
MOHD FAIZAL ESHAK
ANAK
“Macam tak puas hati sebab kereta lama dia pun parkir di luar garaj. Apabila saya dan isteri beritahu kereta tu sebenarnya untuk dia, memang abah terkejut.

“Abah memang teruja sangat sampaikan tak sempat bawa masuk beg plastik makanan yang dibelinya ke rumah, terus pergi test drive dulu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu,

Ibu (kiri) dan bapa Faizal meniti usia emas.

Sejak bersara daripada bekerja di sebuah kilang, bapanya yang dikenali sebagai Haji Ripin di Kampung Sungai Penchala banyak menggunakan kereta untuk ke masjid, pergi minum di kedai dan membeli barang-barang dapur.

Namun, Faizal yang mengusahakan bisnes produk madu berkata, Hari Raya kali ini lebih bermakna buat ibu bapanya kerana kereta baharu tersebut dapat digunakan untuk pergi menziarah teman-teman dan saudara-mara.

Hari Raya kali ini lebih bermakna kerana bapa Faizal boleh menggunakan kereta untuk pergi menziarah bersama ibunya.

“Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.

“Masa test drive hari tu, terkejut juga abah tekan paddle minyak bawa laju. Mungkin selama ni dia kena tekan paddle minyak lebih sebab pandu kereta lama.

“Jadi, saya pesan abah supaya kawal pemanduan dan tak perlu tekan paddle minyak kuat sangat. Kereta lama dan baharu tak sama. Semoga perjalanan abah sentiasa selamat,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK