Viral
Dicucuh besi’ panas, dir0tan hingga berbirat, Cikgu Fadli Singkap Kisah Duka Alia & Aimi

Nama Cikgu Fadli Salleh tidak asing lagi di mata warga maya. Beliau sering kali berkongsi kisahnya bersama anak murid yang kurang bernasib baik.
Antara kanak-kanak kurang bernasib baik yang dibantu beliau ialah adik Aimi dan Alia, dua kanak-kanak perempuan yang dinafikan hak mereka sebagai anak dan pelajar selama 2 tahun.
Mari ikuti perkongsian beliau:
Guess what? I’m with Alia and Aimi right now.
Kami nak keluar shopping persiapan persekolahan Alia dan Aimi ni. Sebaik aku sampai, aku call Alia, “Cikgu dah sampai.”
Dari tingkat 7 flat ni mereka berlari keluar dan menj3rit, “Yeayyy. Cikgu datang.” Sampai ke bawah dengar jerit4n keterujaan mereka.
Sebaik jumpa, mereka bersalam dan terus tak sabar-sabar bercerita,
“Adik dapat nombor 23. Kakak pula dapat nombor 8. Esok hari report card.”
Wahhh. Teruja betul aku. Anak berdua ini dua tahun tak ke sekolah akibat diku’rung dan dider4. Baru masuk sekolah bulan 7 baru ni, terus dapat keputusan yang baik.
3 bulan je sekolah setelah 2 tahun meninggalkn alam persekolahan, mereka dapat catch up dengan cepat. Potensi anak-anak ini sungguh besar!
Yang belum pernah baca kisah Alia, ready sekotak tisu.

Gambar : Cikgu Fadli Salleh
Tidur dalam bilik air
“Cikgu, saya tidur dalam bilik air hampir setiap malam. Kena basuh baju 5 orang guna tangan. Adik saya pula tidur kat luar atas simen,” kata Alia sambil tersenyum.
Demi Tuhan aku tidak pernah seb4k seperti hari ini. Dah banyak k3s aku santuni, k3s Alia paling merun’tun hati.
Perlahan dia selak kaki seluarnya dan kata,
“Cikgu. Ni parut kawan mak cucuh dengan besi’ panas.”
“S4kit tak?” tiba-tiba terpancul soalan bodoh dari aku.
Dia tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala. Senyumannya manis sungguh. Senyuman paling manis aku pernah saksikan.
Senyumannya itu mer0bek hatiku. Terasa dik0yak-koyak, terasa dic4rik-c4rik hati ini.
Betapa dia menerima semua dugaan ini dengan senyuman dan ket4bahan. 2 tahun bukan satu tempoh singkat. Did3ra ibu dan pasangan ibu sendiri (p3ngkid).
Hari ini, p0lis berjaya mengesan adik perempuannya yang berusia 10 tahun. Punya la neneknya lega bila adiknya dapat disel4matkan.
Dan si peng’kid cel4ka itu ditangkap polis. Pngkid itulah yang banyak kali mencucuh Alia dan adiknya dengan besi’ panas.
Pernah mer0tan badan mereka bukan hanya di kaki, bahkan badan dan kepala. Ya, kepala pun pernah dir0tan.
Entah apa d0sa anak kecil yang comel ini.
Si ibu masih bebas. Namun aku percaya tidak lama. Sehari dua lagi pasti akan ditngkap juga.
Kisahnya begini…
Ibu dan ayah Alia bercer4i beberapa tahun lepas. Hak penjagaan dapat kepada ayah Alia dan mereka tinggal di rumah neneknya.
Ramadan 2017, si ibu datang kata nak melawat Alia dan adiknya untuk berbuka puasa.
Namun sebaik keluar rumah, bayang mereka tidak lagi kelihatan. Alia kini berusia 13 tahun. Adiknya pula 10 tahun. Badannya ku’rus keding dan kecil bagai budak darjah 5. Allahu, sedihnya tengok fizikal dia.
Alia ini murid bijak. Pernah mendapat tempat pertama dalam kelas semasa tahun 4. Namun sejak dil4rikan ibu kandung, dia dan adiknya tidak bersekolah.
Adiknya pun murid yang pintar. Namun nasib mereka berdua dilarikan oleh ibu yang tidak bertnggungjawab. Tidak lagi bersekolah sejak itu.
Bahkan i/c Alia pun ibunya tidak buatkan meskipun usianya dah mencecah 13 tahun. Kej4mnya.
Ibunya ada kawan (pasangan). Seorang pngkid. Si pngkid durj4na inilah paling banyak mender4 mereka.
Ibu kerja direct selling sahaja. Menyewa bilik bersama pasangan durj4na dan Alia serta adiknya.
Bertahun hidup dengan sengs4ra, sampai beberapa hari lepas, Alia berjaya mel0loskan diri dan lari ke rumah neneknya. Terus neneknya bawa ke balai p0lis dan lap0rkan kes pend3raan ini.
Bila diperiksa dan ternyata ada kesan der4 yang berparut ditubuhnya.
Serbu4n p0lis semalam tidak berjaya menjumpai adiknya. Namun hari ini, adiknya pula dapat diselamatkan dan si pngkid durj4na dapat ditangkap.
Tahniah P0lis diRaja Malaysia!
Aku meluangkan masa lebih kurang 20 minit bersama neneknya dan Alia. Banyak cerita yang mereka kisahkan pada aku.
Setiap cerita yang Alia bagitahu, semuanya dalam senyuman. Ah anak. T4bah sungguh hatimu.
Senyumanmu itu sangat-sangat memiIukan. Kerana aku tahu kau meny0rok 1001 kisah duk4 dan derit4 disebalik senyuman manismu.
Seronok Alia bila aku hadiahkan buku-buku tulisan aku. Dia sangat suka membaca. Sangat!
“Alia. Ini untuk Alia tau. Ada cikgu tulis kata-kata semangat dalam ni. Bacalah. Dan ini nombor telefon cikgu. Ada apa-apa mas4lah, telefon cikgu ya!”
Alia mengangguk tanda faham.
Sebelum aku pergi, dia hulur tangan untuk bersalam. Dikucup tanganku penuh ikhlas. Dia senyum dan tatap mata aku dalam-dalam.
“Cikgu. Terima kasih. Terima kasih.”
Ya Tuhannn… Hampir saja air mata aku j4tuh. Sedaya upaya aku tel4n setiap titisan air mata.
Aku perlu kuat depan Alia. Aku patut memberinya semangat. Aku hendak dia tahu aku seorang yang boleh dia harap saat semangatnya hilang.
Demi Tuhan, aku sangat ingin memeluk dia saat itu. Jika tidak kerana tegahan agama, anak ini pasti aku peluk erat-erat.
Matanya itu, senyumannya itu, raut wajahnya, memberi perasaan seb4k yang sangat.
Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja lantas beredar. Aku tidak lagi boleh duduk lama kerana t4kungan air mata hampir tidak boleh ditahan lagi.
Alia. Terus kuat. Terus t4bah. Bacalah buku-buku cikgu. Ada semangat untukmu dalam buku-buku itu.
Alia. Kamu simpan nombor cikgu. Jangan m4lu jangan segan untuk hubungi untuk apa-apa sekali pun.
Alia. Kamu terus kuat dan tabah. Doa cikgu sentiasa ada bersama.
Alia. Kamu akan baik-baik saja. Tenanglah. Senyumlah.
Alia. Cikgu bukan sesiapa. Namun cikgu akan selalu ada. Sentiasa. Ingat tu.
Makan nasi kosong tanpa lauk
“Kurusnya awak. Umur dah 13 tahun, tapi berat 20kg je. Awak makan apa masa mak jaga?”
“Saya makan nasi kosong tanpa lauk cikgu. Tu pun Babah (pngkid) bagi sikit je. Dua tiga suap je sekali makan,” balas Alia.
Aku perhati jarinya kelingkingnya. Agak aneh jari itu kerana tidak lurus.
“Kenapa dengan jari awak?”
“Tak boleh lurus cikgu. Lengan pun sama. Agaknya kesan lama duduk dalam bilik air,” pantas neneknya menjawab.
Termenung aku mendengar jawapan itu. Apa ke kej4m manusia sebegini rupa. Nasi kosong dihidang pada budak sebesar ini dan dikurung dalam bilik air saban hari.
Dia bercerita bagaimana dia mengumpil pintu bilik sedikit demi sedikit setiap hari. Bila ibu dan babahnya perasan, dia dipu’kul. Dir0tan. Dicucuh dengan besi’ panas membara. Rambutnya dipot0ng sesuka hati. T0mbol pintu ditukar baru.
Entah berapa gelen air mata aku telan semasa mendengar kisahnya.
Namun Alia tidak mengalah. Anak kecil ini penuh bersemangat mengumpil pintu lagi sehingga suatu hari usahanya berjaya.
Pintu itu terbuka semasa tiada orang di rumah. Terus Alia ambil kesempatan melarikan diri dengan perut kel4paran dan tiada duit dalam poket.
Mer4yau dia kemudian meminta sedek4h dari orang yang lalu lalang. Mujur ada yang kasihan beri dia sedikit wang. Dia gunakan duit itu untuk membeli makanan sebelum terpaksa meminta s3dekah lagi untuk pulang mencari neneknya.
Ada insan yang baik hati berinya sedikit duit. Lepas la dia naik lrt menuju ke suatu tempat persinggahan yang tidak jauh dari rumahnya.
Berjalan kaki dia menuju ke rumah nenek. Sebaik sampai pintu diketuk, salam diberi. Neneknya membuka pintu dan kehairanan siapa budak kurus di depan rumahnya.
Neneknya gagal mengenalinya kerana sangat ketara perubahan fizikal Alia.
“Nenek. Ini kakak,” katanya lantas memeluk neneknya.
Berpelukan mereka berdua dengan juraian air mata umpama air sungai yang mengalir.
Ah. Setiap patah perkataan yang Alia ungkap, aku dapat bayangkan umpama aku berada di situasi itu. Sebaknya ya tuhan…
“Cikgu. Tengok ni,” katanya seraya menunjukkan tangannya.
“Ni kesan apa?”
“Mak dan babah r0tan. Kat pinggang ada juga. Kepala saya pun masih s4kit lagi kena ketuk dengan r0tan buluh,” katanya perlahan.
Aku hilang kata-kata. Tidak tahu nak beri reaksi macamana.
Agaknya dia perasan aku tengah menahan seb4k, Alia tukar topik perbualan.
“Cikgu. Alia dah baca sedikit buku cikgu. Best! Tapi ada juga yang se’dih. Nenek pun men4ngis baca,” katanya sambil tersenyum.
“Wah. Alia suka ya?”
Kepala diangguk-anggukkan.
“Alia nak sekolah?”
“Nak cikgu.”
“Nanti Alia dah sihat, cikgu belikan Alia baju baru, kasut baru, beg baru, alat tulis dan semua benda.
Semua benda cikgu akan tanggung. Semua benda cikgu akan belikan baru. Alia nak tak?”
“Nak, cikgu.”
Bersinar sinar matanya memandang aku. Perasaan gembira dan seronok dia tidak mampu disorok lagi.
Bahagia betul aku melihat mata yang bersinar-sinar gembira itu.
“Cikgu,” panggilnya perlahan.
“Apa?”
“Cikgu dah tulis banyak buku kan?”
“Tak ada la banyak sangat. Tujuh naskah semuanya. Kenapa? Awak minat menjadi penulis?”
Tiada jawapan. Wajahnya m4lu-m4lu. Kepala dianggukkan sambil memandang lantai.
Wah! Seronok betul aku.
“Bagusnya. Alia pasti boleh menjadi penulis yang hebat nanti. Alia lalui pengalaman yang jarang orang ada. Cikgu pasti Alia akan berjaya menjadi penulis yang hebat nanti. Alia belajar rajin-rajin nanti tau. Nanti cikgu ajar Alia menulis ya,” balasku.
Matanya terus memandang tepat ke dalam mataku. Bersinar penuh harapan. Senyuman manis menguntum dibibir dan kepala dianggukkan berkali-kali.
Ah anak. Jiwa kau sungguh kuat. Sangat!
Dalam situasi sekarang pun kau masih berfikir untuk belajar, untuk menulis, menanam cita-cita dan untuk terus melangkah.
Sebelum beredar, Alia menghulur tangan untuk bersalam. Tanganku dikucup penuh hormat. Kemudian dia sandarkan kepalanya didada aku. Saat ini memang aku sangat seb4k.
Aku g0sok kepalanya dan doakan yang baik-baik untuk dia.
Saat itu aku lihat kolam matanya pula bert4kung.
Aku tak hendak melihat hujan diwajah saat langit tidak mendung. Kerana aku sendiri pun menahan diri sepenuh hati, lantas aku pusing dan berlalu pergi.
Tuhan, aku tahu aku banyak d0sa. Namun aku ingin bermohon padaMu agar menjaga anak ini dan rahmati dia. Limpahi hidupnya dengan kegembiraan dan kasih sayangMu. Amin.

Gambar : Cikgu Fadli Salleh
Ada parut kesan rotan
“Cikgu. Inilah adik Alia. Aimi,” ujar neneknya sebaik aku sampai.
Terus aku mendekati Aimi. Dia menghulur tangan untuk bersalam. Dikucup tangan aku penuh hormat.
Aku pegang tangannya yang kecil itu. Ada parut kesan r0tan juga.
“Siapa buat?” soalku perlahan.
“Babah,” balasnya pendek.
Sayu aku menatap wajah comel Aimi. Wajahnya redup, senyumannya manis sekali. Sama seperti senyuman Alia.
“Awak tidur kat mana setiap malam?”
“Atas simen luar bilik air cikgu.”
“Pernah kena cucuh dengan besi’ panas?”
Kepala dianggukkan. Dia menunjukkan kesan pada kakinya. Kemudian dia selak bajunya menunjukkan parut yang masih baru dipinggang dan belakang badan.
Allahu…
Anak sekecil ini, sanggup diperlaku sekej4m itu. Apa d0sanya?
Badannya kurus dan kecil. Tanda tidak cukup khasiat. Dan badan kecil ini dipaksa tidur atas simen sejuk setiap malam?
Dua tahun bukan tempoh yang singkat. Dua tahun dinafikan h4k. Dua tahun tidak makan sedap-sedap. Dua tahun diperlakukan tidak seperti manusia biasa.
Aku ubah topik perbualan. Cukuplh bertanya tentang pengalaman p4hitnya. Aku tunjukkan buku yang aku bawa. Naskah buku terbaru tulisan aku dan bertanya,
“Awak pandai baca?”
Dia tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala.
Memandangkan Aimi sudah dua tahun tak ke sekolah, aku cuma tunjuk perkataan ‘GURU’ yang ada dikulit buku dan minta dia eja.
“Cuba Aimi eja cikgu nak dengar.”
“Lagi-Lagi Cerita Bilik Guru,” jawabnya lancar.
Terkejut aku. Aku minta dia eja satu perkataan tapi dia baca tajuk buku dengan lancar.
Nenek dia pandang aku dengan senyuman dan berkata,
“Cikgu, waktu dia darjah 2 dulu dia dapat nombor satu dalam kelas. Dia murid yang pandai.”
Patutlah. Jernih dan bijak air mukanya. Rupanya memang bijak budaknya. Sebijak Alia juga.
Tapi sayang, sudah dua tahun h4knya sebagai kanak-kanak dan murid tidak diberi. Sudah dua tahun dia meninggalkan alam persekolahan. Aku berharap, dia pantas mengejar silibus bila masuk ke sekolah semula nanti.
Ralit dia membelek buku aku helai demi helaian. Dia nampak kepenatan, maklumlah, satu hari yang penuh dengan bermacam kisah dia lalui.
Tidak lama kemudian, Aimi terlena. Tidur dengan nyenyak sekali.
Semoga kau mimpikan yang indah saja, anak. Hidup kamu penuh r4njau dan 0nak.
Namun cikgu sangat bersyukur kamu ditemui dengan sel4mat. Dan keluar keluar dari ner4ka dunia tanpa c4cat.
Alia. Aimi. Sentiasa ingat. Sebesar mana ujian kita, ada lagi yang lebih berat.
Alia. Aimi. Kena selalu ingat. Hidup ini bukan hanya tentang kita. Hidup ini sentiasalah menyebarkan cinta.
Alia. Aimi. Hari ini kita dibantu. Hari esok bila ada kemampuan, bantulah orang lain pula. Menghulur tngan pada yang dalam kesusahan itu amalan mulia.
Sesungguhnya Tuhan tidak hanya menguji kalian. Bahkan Tuhan turut menguji kami yang ada disekeliling ini. Apa kami ambil peduli atau biarkan saja.
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
Sumber : Cikgu Fadli Salleh
Semasa
Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga
Benarlah kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak mungkin dapat jaga seorang ibu atau ayah.
Jika dulu, pusat penjagaan warga emas akan menempatkan individu yang tiada waris tetapi kini boleh dikatakan warga emas yang dimasukkan ke situ adalah yang dihantar sendiri oleh anak-anak dek kerana tidak sanggup menjaga mereka.
Memang tidak dinafikan, menjaga orang tua memerlvk4n kesabaran yang tinggi. Malah ada kalanya, seperti menjaga budak kecil yang suka merengek namun adalah tidak wajar untuk mengabaikan insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kita ini di sisa usia sebegitu.
TONTON VIDEO DISINI
Sewaktu kunjungan beberapa orang artis yang menziarahi warga emas yang ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih Selangor, sempat mereka menemubual beberapa penghuni di situ.
Setiap penghuni ada cerita tersendiri. Ada yang redha ditinggalkan disitu, ada yang memendam duk4 dan ada juga yang memilih untuk memendam segala rasa.
Namun ada sesuatu yang mencuri perhatian dan meruntum jiwa, apabila ditanya kepada seorang warga emas lelaki yang baru sahaja seminggu berada di situ, “ Ada rindu sesiapa?”
Lantas pakcik tua itu terus men4ngis tanpa sebarang kata. Dari gerak gerinya sudah cukup untuk menggambarkan keduk4an dihatinya.
Menurut pegawai yang bertugas disini, pakcik tersebut baru seminggu tinggal di sana dan masih berharap dapat balik raya dengan keluarga.
Sewaktu semua pelawat mahu pulang, sekali lagi pakcik tersebut menitiskan air mata seakan berat untuk melepaskan.
Menjengah di ruangan komen. ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas di sana. Malah ada yang menitipkan pesanan agar yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya kerana merekalah insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sedari kecil dulu.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Inspirasi
Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi
Mempunyai pemikiran yang kreatif adalah menjadi syarat utama untuk kekal ‘survive’ dalam cabaran ekonomi yang ada pada hari ini. Apa sahaja yang boleh menjana duit boleh diusahakan untuk mencari pendapatan tambahan.
Begitulah yang telah terjadi kepada seorang pemuda yang telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan barang terpakai dan terbuang seperti tuala buruk yang sudah dibuang orang.
Pemuda yang bernama Mohamad Hazhlee Azid ini berkata, dia telah menghasilkan pasu bunga itu hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang semasa tempoh PKP.
Beliau yang berusia 24 tahun itu berkongsi, tambahan pula, rumahnya itu yang terletak di Tunjung Kota Bharu Kelantan cukup banyak dihiasi pokok-pokok bunga yang dijaga oleh ibunya.
“Saya ni bekerja sebagai kontraktor dan buat kerja-kerja wiring kalau ada projek. Bila saya takde job ni, saya buatlah sesuatu daripada apa yang nampak boleh dilakukan di rumah.
‘Mak pun memang suka bercucuk tanam pokok-pokok bunga. Maka timbullah idea untuk buat pasu bunga dengan menggunakan barang-barang yang terpakai. Kongsinya kepada mstar.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pok Lie itu berkata pasu bunga itu menggunakan sumber barang-barang seperti bakul sampah, baldi, bekas makanan terpakai dan termasuk tin biskut.
“Bekas pasu yang dibina akan ditampal dengan meletakkan satu lapisan kain samada tuala atau selimut lama yang sudah koyak, ianya dicampur dengan bancuhan simen untuk memastikan ketebalannya dan lebih kukuh.
“Penggunaan kain yang telah dicelup dengan simen itu boleh menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi). Daripada kain atau tuala buruk tu terbuang begitu sahaja, lebih saya manfaatnya, ujarnya yang turut terlibat dalam kerja membuat rumah secara sambilan.
Menurut Pok Lie yang juga anak kedua dari lapan beradik, proses menghasilkan pasu itu mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlukan masa untuk dikeringkan.
‘Selepas bancuhan simen itu kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga itu jadi lebih tebal dan kukuh. Pagi-pagi saya buat, petang dah boleh kering selepas dijemurkan. Bila sudah kering baru saya akan cat.
Sekiranya ada permintaan, saya pertimbangkan juga untuk menjualnya sebagai pendapatan tambahan.
“Cumanya cabaran yang dihadapi adalah sekiranya hujan, kerana pasu-pasu bunga yang disalut simen perlu dikeringkan dulu” kongsinya sambil memaklumkan kebanyakan bahan terbuang diperoleh dari keluarga dan kawan-kawan.
Pok Lie menyatakan” setakat ini, sudah 20 pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk telah saya hasilkan, sambil menambah pada peringkat awal semua dibuat untuk kegunaan sendiri di rumah untuk ibunya.
“Namun apabila saya dah susun dan jemur di luar rumah, memang orang-orang akan terlihat dan ada juga yang terus berminat untuk membeli.
Pasu bunga buatan tangan yang dihasilkan ini bukan sekadar untuk meletakkan pokok tetapi keunikan yang ada padanya boleh menaikkan seri rumah.
‘Sebenarnya, apa yang saya cuba lakukan ini lebih kepada memenuhi kepuasan, saya tengok macam mana orang lakukannya melalui sumber youtube dan saya cuba buat sendiri mengikut kreativiti yang ada.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Semasa
Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!
KEBERADAAN sebuah kereta Perodua Bezza yang diparkir di bawah garaj rumahnya membuatkan seorang warga emas terpinga-pinga tentang siapakah pemilik kenderaan itu.
Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, lelaki berkenaan dilihat hanya menuding jari ke arah kenderaan berkenaan dengan raut wajah penuh tanda tanya.
Tanpa berselindung, anak lelaki warga emas berkenaan segera memberitahu bahawa Perodua Bezza itu adalah miliknya sambil menghulurkan kunci kereta.
“Kereta baharu abah,” kedengaran suara si anak kepada bapanya yang masih tidak faham tentang situasi berkenaan.
Berkongsi cerita kepada mStar, anak warga emas berkenaan iaitu Mohd Faizal Eshak berkata, ia merupakan kejutan untuk bapanya yang berusia 78 tahun pada 1 Ramadan lalu.
Lebih mesra disapa Faizal, dia berkata bapanya, Eshak Buyong sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta baharu.
Faizal (tengah) bersama ibu bapanya di hadapan kereta baharu.
“Abah ada kereta Proton Wira yang sudah digunakan selama lebih 20 tahun. Kereta lama, jadi keadaan sudah tidak berapa elok macam kereta baharu tapi abah gagahkan juga.
“Saya berazam sejak Oktober tahun lepas nak belikan kereta untuk abah. Jika ikut queue (tempoh menunggu) dijangka pada Jun tahun ini.
“Tapi rezeki abah dapat cepat sebab ada pelanggan lain tak jadi nak beli. Alhamdulillah, nampaknya rezeki abah pada bulan Ramadan,” katanya kepada mStar.
Faizal (kanan) bersama keluarga dan ibu bapanya.
Mengenai kejutan yang dibuat di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Faizal yang berusia 37 tahun berkata, bapanya mempunyai perwatakan yang ceria.
“Abah sebenarnya happy-go-lucky. Pada petang sebelum waktu buka puasa abah macam terkejut, siapa la yang parkir kereta kat garaj.
Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
MOHD FAIZAL ESHAK
ANAK
“Macam tak puas hati sebab kereta lama dia pun parkir di luar garaj. Apabila saya dan isteri beritahu kereta tu sebenarnya untuk dia, memang abah terkejut.
“Abah memang teruja sangat sampaikan tak sempat bawa masuk beg plastik makanan yang dibelinya ke rumah, terus pergi test drive dulu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu,
Ibu (kiri) dan bapa Faizal meniti usia emas.
Sejak bersara daripada bekerja di sebuah kilang, bapanya yang dikenali sebagai Haji Ripin di Kampung Sungai Penchala banyak menggunakan kereta untuk ke masjid, pergi minum di kedai dan membeli barang-barang dapur.
Namun, Faizal yang mengusahakan bisnes produk madu berkata, Hari Raya kali ini lebih bermakna buat ibu bapanya kerana kereta baharu tersebut dapat digunakan untuk pergi menziarah teman-teman dan saudara-mara.
Hari Raya kali ini lebih bermakna kerana bapa Faizal boleh menggunakan kereta untuk pergi menziarah bersama ibunya.
“Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
“Masa test drive hari tu, terkejut juga abah tekan paddle minyak bawa laju. Mungkin selama ni dia kena tekan paddle minyak lebih sebab pandu kereta lama.
“Jadi, saya pesan abah supaya kawal pemanduan dan tak perlu tekan paddle minyak kuat sangat. Kereta lama dan baharu tak sama. Semoga perjalanan abah sentiasa selamat,” katanya.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan