Viral
“Dia belum makan..”-Sosok Kecil Terbaring Lemah Di Atas Timbunan Kotak Yang Disorong Bapa Undang Sebak Netizen

Nama Vitaminbae tidak asing lagi bagi penduduk yang tinggal di sekitar bandar Tawau khasnya. Bagi yang belum tahu, Vitaminbae merupakan badan amal yang dikendalikan oleh Ustaz Hasbi (Mr.Bie), aktivis kemasyarakatan, yang ditubuhkan untuk membantu golongan asnaf di sekitar negeri Sabah yang berpusat di daerah Tawau.
Terbaru, Vitaminbae telah berkongsi sebuah video yang sekali lagi menjentik hati orang ramai. Dalam video yang dikongsikan, sosok seorang bapa menolak kereta sorong yang sarat dengan barangan terbuang ditemani seorang kanak-kanak berusia lebih kurang 3 tahun mengundang sebak netizen.
Menurut Ustaz Hasbi (Mr.Bie), ketika dia dalam rondaan malam ramadhan mencari asnaf-asnaf di sekitar bandar Tawau, dia dipertemukan dengan sosok ayah dan anak ini. Ketika ditemui, dia (ayah) sedang dalam perjalanan pulang daripada mengutip barangan terbuang yang boleh dijual kembali seperti kotak dan tin kosong.
Apa yang menarik perhatiannya untuk mendekati asnaf ini ialah apabila melihat sosok anak kecil sebaya anaknya terbaring lesu di atas timbunan kotak di atas kereta sorong si bapa.
Setelah didekati, si ayah memberitahu bahawa anaknya belum makan. Kebetulan, Ustaz Hasbi baru sahaja memberikan sekotak kurma kepada mereka. Si anak yang melihat kotak kurma tersebut bangun dan terus makan kurma yang diberikan. Barulah terukir senyuman di wajah polos si kecil ini. Nampak sungguh kanak-kanak itu kelaparan.
Di usia yang masih sangat kecil, kanak-kanak ini sudah merasa p3ritnya kehidupan namun, dia masih setia menemani ayahnya sehingga lewat malam untuk mencari rezeki buat mereka.
Menurut Ustaz Hasbi lagi, si ayah ini akan keluar mencari rezeki pada pukul 3 petang sehingga 12 tengah malam.
Pendapatan hariannya hanya RM 5-10. Bayangkan dalam keadaan ekonomi pada masa sekarang, dengan harga barangan yang semakin tinggi, bagaimanakah si ayah ini mahu menafkahi isteri dan anak-anaknya dengan jumlah sedemikian.
Berikut perkongsiannya:
“Rondaan malam, Allah rezekikan berjumpa dengan keluarga ini sedang menolak kereta sorong yang penuh dengan kotak². Namun, di atas timbunan kotak, kelihatan sosok seorang anak kecil yang hanya terbaring menemankan ayahnya mencari rezeki.
🔴Vlog penuh:
SEBAK tengok abang ni, saya terus STOP‼ Dia BAWA APA??
Pendapatannya hanya sekitar RM5-RM10 sehari dengan mengumpul kotak dan tin. Alhamdulillah, sempat berkongsi rezeki kawan² dengan abang ni. Hanya doa yang abang ni dapat balas katanya.
Moga² dengan berkat ramadan, Allah angkat kesus4han keluarga ini. Amin..”
Demikian perkongsian yang dipetik daripada Facebook Vitaminbae.
Sebelum berpisah dengan sosok bapa dan anak ini, Ustaz Hasbi telah menyampaikan sedikit sumbangan berupa wang tunai kepada si bapa dengan harapan dapat meringankan sedikit beb4n kehidupan mereka.Tidak lupa juga memberikan kata-kata semangat agar si bapa terus kuat untuk mencari rezeki halal buat keluarga.
Mudah-mudahan, dengan berkat bulan yang mulia ini, diangkat semua kesus4han keluarga ini dan digantikan dengan kehidupan yang lebih baik.
Aminn..
Sumber : Vitaminbae, Mr.Bie
Inspirasi
Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi
Mempunyai pemikiran yang kreatif adalah menjadi syarat utama untuk kekal ‘survive’ dalam cabaran ekonomi yang ada pada hari ini. Apa sahaja yang boleh menjana duit boleh diusahakan untuk mencari pendapatan tambahan.
Begitulah yang telah terjadi kepada seorang pemuda yang telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan barang terpakai dan terbuang seperti tuala buruk yang sudah dibuang orang.
Pemuda yang bernama Mohamad Hazhlee Azid ini berkata, dia telah menghasilkan pasu bunga itu hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang semasa tempoh PKP.
Beliau yang berusia 24 tahun itu berkongsi, tambahan pula, rumahnya itu yang terletak di Tunjung Kota Bharu Kelantan cukup banyak dihiasi pokok-pokok bunga yang dijaga oleh ibunya.
“Saya ni bekerja sebagai kontraktor dan buat kerja-kerja wiring kalau ada projek. Bila saya takde job ni, saya buatlah sesuatu daripada apa yang nampak boleh dilakukan di rumah.
‘Mak pun memang suka bercucuk tanam pokok-pokok bunga. Maka timbullah idea untuk buat pasu bunga dengan menggunakan barang-barang yang terpakai. Kongsinya kepada mstar.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pok Lie itu berkata pasu bunga itu menggunakan sumber barang-barang seperti bakul sampah, baldi, bekas makanan terpakai dan termasuk tin biskut.
“Bekas pasu yang dibina akan ditampal dengan meletakkan satu lapisan kain samada tuala atau selimut lama yang sudah koyak, ianya dicampur dengan bancuhan simen untuk memastikan ketebalannya dan lebih kukuh.
“Penggunaan kain yang telah dicelup dengan simen itu boleh menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi). Daripada kain atau tuala buruk tu terbuang begitu sahaja, lebih saya manfaatnya, ujarnya yang turut terlibat dalam kerja membuat rumah secara sambilan.
Menurut Pok Lie yang juga anak kedua dari lapan beradik, proses menghasilkan pasu itu mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlukan masa untuk dikeringkan.
‘Selepas bancuhan simen itu kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga itu jadi lebih tebal dan kukuh. Pagi-pagi saya buat, petang dah boleh kering selepas dijemurkan. Bila sudah kering baru saya akan cat.
Sekiranya ada permintaan, saya pertimbangkan juga untuk menjualnya sebagai pendapatan tambahan.
“Cumanya cabaran yang dihadapi adalah sekiranya hujan, kerana pasu-pasu bunga yang disalut simen perlu dikeringkan dulu” kongsinya sambil memaklumkan kebanyakan bahan terbuang diperoleh dari keluarga dan kawan-kawan.
Pok Lie menyatakan” setakat ini, sudah 20 pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk telah saya hasilkan, sambil menambah pada peringkat awal semua dibuat untuk kegunaan sendiri di rumah untuk ibunya.
“Namun apabila saya dah susun dan jemur di luar rumah, memang orang-orang akan terlihat dan ada juga yang terus berminat untuk membeli.
Pasu bunga buatan tangan yang dihasilkan ini bukan sekadar untuk meletakkan pokok tetapi keunikan yang ada padanya boleh menaikkan seri rumah.
‘Sebenarnya, apa yang saya cuba lakukan ini lebih kepada memenuhi kepuasan, saya tengok macam mana orang lakukannya melalui sumber youtube dan saya cuba buat sendiri mengikut kreativiti yang ada.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Semasa
Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini
Kerinduan pada seseorang atau sesuatu itu adalah rindu pada seseorang yang kita sayang, tidak kira lah ianya rindu pada seorang teman istimewa atau rindu kepada seseorang yang bergelar sahabat. Memang semuanya pun akan kita rindu jika berjauhan.
Bukan sahaja manusia boleh merindui sesama manusia tetapi haiwan juga boleh merindui antara satu sama lain. Tetapi haiwan ini tidak boleh meluahkan melalui kata2 tetapi melalui perbuatan mereka.
Begitulah juga yang dihadapi oleh seekor kucing yang kelihatan sangat murung, tidak seaktif seperti biasa. Nampak seperti kesedihan, si bulus itu kelihatan seperti kehilangan teman atau yang istimewa kepadanya.
LIHAT VIDEO DISINI
“Boleh Bawak M4 ti..” – Kesian! Kucing Makin Hari Makin Murυng Selepas Kucing Jiran Pindah
Menurut tuan kepada si bulus itu, sejak pemergian kucing jirannya yang telah berpindah mengikuti tuannya juga si bulus itu bermurvng seperti kesedihan. Mungkin si bulus itu kesunyian kerana tidak lagi mempunyai teman dan bermurung setelah pemerg1an temannya itu.
Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang memberikan cadangan kepada tuannya supaya memcari teman sepermainan kepada si bulusnya itu kerana dikhuatiri si bulus itu akan lagi murung dan akan j4tuh s4kit.
Sumber : I Muslim Network via bicara kini
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Inspirasi
Individu Ini Akhirnya Jumpa Cikgu Yang Tolong Bayar Yuran Masuk Universiti 36 Tahun Lalu

Individu Ini Akhirnya Jumpa Cikgu Yang Tolong Bayar Yuran Masuk Universiti 36 Tahun Lalu
Selepas 36 tahun berlalu, seorang individu dikenali sebagai Puan Norasiah Jamil akhirnya berjaya menjejaki cikgu yang membantunya membayar yuran pengajian masuk universiti pada 1988.
Pencarian Norasiah bermula apabila dia memuat naik beberapa keping foto lama beserta maklumat ringkas di Facebook. Orang ramai yang mengenali Cikgu Pak Lin Haw membantu Norasiah yang sudah lama ingin bertemu cikgu itu.
Jumpa selepas 36 tahun
Memetik laporan Malay Mail, Cikgu Pak Lin Haw adalah guru kimia Norasiah ketika bersekolah di SMK Alor Akar, Kuantan Pahang pada tahun 1987.
Selepas keputusan SPM diumumkan, Norasiah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di universiti tetapi terpaksa menolak kerana kekangan wang.
Cikgu tolong bayar yuran masuk universiti
Untuk semester pertama pengajian, Norasiah perlu membayar yuran sebanyak RM1,200 dan keluarganya kurang berkemampuan pada waktu itu.
Cikgu Pak Lin Haw yang mengetahui hal itu sanggup mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM400. Baki sebanyak RM800 pula adalah daripada sumbangan PIBG sebanyak RM400 (anugerah pelajar cemerlang) dan RM400 lagi dipinjam daripada saudara mara.
Selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik, Norasiah cuba mencari gurunya tetapi gagal.
Baru-baru ini, dia menjumpai gambar bersama cikgu kesayangannya itu selepas menyelongkar barang lama di rumah ibu bapanya terletak di Felda Lepar Hilir 3, Gambang.
Norasiah sangat bersyukur akhirnya mereka bertemu semula selepas 36 tahun.
Kredit: MalayMail | Facebook Norasiah Jamil
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral12 months ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral11 months ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized12 months ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG12 months ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi12 months ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan