Connect with us

Isu Semasa

Dendam Cinta Ditolak, Lelaki Bakar Kereta Gadis Pujaan!

Published

on

dendam

dendamSATU rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial yang menunjukkan aksi seorang lelaki membakar Nissan Almera putih di satu kawasan pangsapuri di Taman Bukit Serdang, Selangor, Ahad lalu.

Menerusi rakaman 1.29 saat itu, suspek dirakamkan datang ke kawasan parkir dengan menunggang motosikal dan mencurah minyak, dipercayai petrol ke arah Almera tersebut sebelum memetik api untuk membakar kereta tersebut.

Identiti lelaki itu terjawab apabila polis mengesahkan menahan suspek di kawasan Bandar Kinrara pada hari sama. Selepas disoal-siasat, lelaki berusia 29 tahun itu mengaku bertindak demikian kerana cinta ditolak pemilik kereta dibakarnya itu sejak setahun lalu.

Tindakan melulu lelaki itu juga menyebabkan sebuah kenderaan yang diparkir di sebelah turut musnah terbakar.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan suspek direman lima hari bermula semalam hingga Jumaat ini. Semakan polis mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau, manakala ujian air kencing negatif dadah.

Polis turut merampas motosikal milik suspesk, termasuk sepasang kasut dan pakaian serta pemetik api digunakan.

Sumber : Pandulaju.com.my

 

Baca juga :“Kerana Saya Seorang Ibu..” Wanita Ini Menyara Puluhan Anak Angkat Termasuk Anak Yatim!

Baca lagi : PENGOTOR! Wanita Ini Terkedu Tengok Keadaan Rumah Selepas 10 Bulan Disewakan.

Jangan lupa baca : Serba Dhaif! Ibu Tunggal Membesarkan Empat Anak Di Rumah Usang.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isu Semasa

Projek HSR: Dua Bekas PM Kena Saman, Pampasan RM1 Juta Untuk Setiap Rakyat Malaysia?

Published

on

Projek HSR: Dua Bekas PM Kena Saman, Pampasan RM1 Juta Untuk Setiap Rakyat Malaysia?

Ekoran dari pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura, seorang lelaki bertindak memfailkan saman terhadap dua bekas Perdana Menteri dan menuntut pembayaran ganti rugi RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia!

Mohd. Hatta Sanuri, 47, selaku plaintif telah memfailkan saman tersebut pada Disember lalu atas kapasiti peribadi dengan menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai defendan pertama dan kedua.

Bekas Menteri Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan kerajaan Malaysia pula masing-masing sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Beliau memfailkan saman tersebut atas kapasiti peribadi dan bagi pihak seluruh rakyat negara ini yang terjejas dan terkesan akibat tindakan salah, kecuaian dan misfeasans (salah laku ketika berada di pejabat awam) sehingga membawa pembatalan salah projek HSR dan pembayaran pampasan tidak perlu kepada Singapura.

Wartawan Nuzulsham Shamsuddin dari KOSMO! ONLINE juga melaporkan, plaintif telah mendakwa Dr. Mahathir melakukan kecuaian dan menyalah guna jawatannya ketika itu dengan menangguhkan projek HSR menyebabkan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia perlu membayar pampasan kepada Kerajaan Singapura hampir RM46 juta.

Ketika Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin menjadi Perdana Menteri pula, beliau didakwa cuai apabila menamatkan projek berkenaan sehingga kerajaan dan semua rakyat Malaysia termasuk plaintif selaku pembayar cukai perlu mengeluarkan wang RM320,270,519.24 sebagai pampasan pembatalan Perjanjian Dua Hala di antara Malaysia dan Singapura yang dipersetujui.

Manakala Wee Ka Siong pula didakwa cuai sehingga menyebabkan hak rakyat Malaysia untuk menikmati sistem pengangkutan kelas pertama di peringkat antarabangsa yang pantas, selamat dan murah telah dinafikan.

Kerajaan Malaysia dan Singapura sebelum ini telah bersetuju secara rasmi pada 19 Februari 2013 untuk melaksanakan projek HSR sejauh 350 kilometer yang dijangka siap pada 2026 dengan anggaran kos RM60 billion.

Namun, projek untuk rakyat menikmati perjalanan di antara Malaysia dan Singapura dalam tempoh 90 minit itu dibatalkan pada 1 Januari 2021 selepas kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Malaysia kemudiannya dikehendaki membayar sebanyak SGD$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura sebagai kos yang perlu ditanggung bagi pembangunan projek dan pelanjutan penggantungannya.

Plaintif menuntut deklarasi bahawa pembatalan projek yang diumumkan oleh Muhyiddin adalah batal dan tidak sah dan deklarasi supaya kesemua defendan membayar ganti rugi dan pampasan sebanyak RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia termasuk plaintif kerana telah secara salah dan cuai membatalkan projek HSR.

Pengurusan kes ditetapkan pada 2 Februari 2023 di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Shasha Hidayah Nor Azahar.

Sumber: KOSMO! ONLINE

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

Buat lawak lucah ketika ‘live’, netizen jijik tengok perangai ‘bapak2 orang’

Published

on

Buat lawak lucah ketika ‘live’, netizen jijik tengok perangai ‘bapak2 orang’

Tindakan beberapa individu yang membuat live di aplikasi TikTok sambil bergurau sesama sendiri menggunakan lawak ‘double meaning’ telah mendapat perhatian ramai setelah rakaman live tersebut dimuat naik ke laman Twitter.

Buat live lawak double meaning
Menerusi perkongsian daripada pengguna Twitter dikenali sebagai Cikgu Anep, beberapa individu yang ada di antara mereka merupakan pelawak telah membuat bergurau dengan seorang wanita sambil menggunakan perkataan menjurus ke arah lucah.

Dalam video terbabit, mereka telah berlakon seperti berada di dalam kelas dengan wanita tersebut menjadi guru dan individu yang lain sebagai ‘anak murid’.

LIHAT VIDEO DISINI

Kesemua lelaki yang berada di dalam live tersebut seperti mempermainkan guru berkenaan dengan menjatuhkan pen ke bawah dan berulang kali menyebut ‘how much’ merujuk kepada perkara seksual.

Kalau perempuan tu ahli keluarga mereka macam mana?
Gurauan kurang cerdik mereka telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet yang rata-rata jijik mendengar ucapan mereka termasuklah ketika menyebut berkenaan ‘cup’ yang pasti merujuk kepada saiz pakaian dalam wanita.

Mereka menganggap perbualan individu-individu tersebut tidak wajar kerana masing-masing telah mempunyai pengikut tersendiri yang boleh jadi ada diantaranya adalah kanak-kanak.

Sumber: Twitter Cikgu Anep

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Isu Semasa

“pilu hati,baru pulang dari buat kerja baik” – penolong pegawai perubatan maut pulang dari OnCall,besar pengorbananmu Natrah,Al-fatihah

Published

on

“pilu hati,baru pulang dari buat kerja baik” – penolong pegawai perubatan maut pulang dari OnCall,besar pengorbananmu Natrah,Al-fatihah

Se0rang wanita m4.ut selepas kenderaan jenis Audi RS3 dipandunya bertmbung dengan sebuah l0ri di Jalan Selendang.

Ketua PoIis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd. Azahari Mukhtar berkata, dalam kjadian kira-kira jam 10 pagi itu mngsa, Nur Natrah Daharuddin,26, dalam perjaIanan dari arah bandar R0mpin ke SeIendang.

“Apabila sampai di tempat kjadian kereta dipandu mngsa terb4.bas dan memasuki l0rong bertntangan seterusnya meIanggar l0ri yang datang dari arah hadapan.

“Akib4t kjadian mngsa mengaIami keced.eraan prah dan mninggaI dunia di tempat kjadian manakala pemandu l0ri mengaIami Iuka di kepala,”katanya.

Lebih memiIukan sebeIum kemaIangan berlaku arwh ada memuatnaik status whatsapp terakhirnya dan ketika kjadian suami mngsa berada di luar negara dan dikhabarkan p0sitif c0v1d 19 disana.3

Menurutnya my4t mngsa dihantar ke H0spital Rompin untuk bdah si.asat dan ke.s disia.sat mengikut Sksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, berdasarkan siasa.tan awal mendapati l0kasi jalan Iurus dan permukaan jalan adalah rata dan kering serta cuaca baik semasa kjadian.

Sumber : Dbongkar

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK