Connect with us

Viral

Demi mencari rezeki, ibu muda menjual air tebu di tengah panas ditemani bayinya yang baru berusia 3 bulan

Published

on

Demi mencari rezeki, ibu muda menjual air tebu di tengah panas ditemani bayinya yang baru berusia 3 bulan

Hari ini tular gambar seorang ibu muda yang menjual air tebu di tengah panas ditemani bayinya yang baru berusia 3 bulan. Kisah ibu muda mendapat banyak perhatian daripada masyarakat sekitar.
Ketika artikel ini ditulis, kisah ibu muda ini telah mendapat hambir seribu kongsian di Facebook Page Vitaminbae setelah 3 jam kisahnya disunting. Apa tidaknya, kisah ibu muda ini sangat menginspirasikan.
Menurut Vitaminbae, ibu muda ini baru sahaja mencuba nasib dengan menjual air tebu selama tiga hari. Air tebu yang dijual pula semuanya segar dan dibuat sendiri oleh dia dan suaminya. Mereka akan menggiling tebu seawal pagi untuk dijual pada tengah hari.

Jom baca perkongsian dari Vitaminbae.

“Semalam, ramai kawan² di Fb ni tag kami berkenaan seorang akak yang menjual air tebu di tepi jalan berhadapan SMK Kuhara Tawau. Terima kasih kami ucapkan kepada semua kawan² yang prihatin, jazakumullah kheir..
Alkisahnya, perancangannya ingin mencari akak ni petang hari. Sekitar jam 2 kami melalui tempat ini, rezeki berjumpa dengan akak ni pada awal masa dia buka jualannya. Alhamdulillah.
Luar biasa semangat akak ni. Dalam cuaca tengahari yang tidak menentu ditemani anaknya yang baru berusia 3 bulan, sang ibu tetap kuat berjuang menghabiskan jualannya. Subhanallah!
Alhamdulillah, dapat berkongsi sedikit rezeki kawan² semua dengan memborong semua air tebunya. Yang saya terharu, bila akak ni kata rezeki ni dia nak bagi² dengan anak jirannya yang berusia 5 bulan, yg diuji dengan sakit lumpuh. Allahu akbar..😢
Moga ada masa nanti kita dapat berjumpa dengan anak yang dimaksudkan. Amin. Terima kasih.”
Alhamdulillah, jualan mereka mendapat sambutan orang ramai. Malah ramai yang ingin memborong jualan mereka. Hebat ibu muda!
Kisah ibu muda ini juga telah dikongsikan di Facebook 8channel.
Video penuh :

https://youtu.be/6_fd98MNTgg

Viral

Tuntut hutang RM250, lelaki m4ut dipukul rakan

Published

on

Tuntut hutang RM250, lelaki m4ut dipukul rakan

Kejadian berlaku di sebuah kedai makan di Jalan Prima 2, Metro Prima, Kepong pagi tadi membabitkan pergaduhan dua lelaki.

Mangsa (76) dipukul suspek (63) menggunakan sebuah kerusi plastik sebelum dileraikan anggota RELA yang kebetulan berada di situ.

Namun, mangsa yang sedang beredar tiba-tiba rebah dan meninggal dunia di tepi jalan. Siasatan mendapati suspek yang juga rakan lamanya gagal membayar hutang kepada mangsa.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasatan, manakala permohonan reman suspek akan dibuat esok.

Sumber: Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Continue Reading

Viral

Rider Ini Terkejut Bila Lihat Sampul Tips Yang Diberi Kepadanya. Jumlahnya Tak Masuk Akal

Published

on

Rider Ini Terkejut Bila Lihat Sampul Tips Yang Diberi Kepadanya. Jumlahnya Tak Masuk Akal

Sekiranya anda biasa membuat tempahan makanan melalui aplikasi, pasti anda akan perasan ada satu pilihan butang untuk anda berikan tips kepada si penghantar makanan, tidak kiralah samada secara digital atau wang tunai.

Walaupun tips ini tidak semestinya diberi kepada penghantar makanan, kemudahan ini memberikan peluang kepada penghantar ini untuk menerima wang lebih dari penghantaran yang dilakukan.

Jika pelanggan tidak memberikan tips, upah untuk setiap penghantaran tetap diperoleh untuk setiap ‘job’ yang diselesaikan. Kemudahan ini memberikan peluang kepada pelanggan sekiranya ingin memberikan hadiah kepada penghantar sekiranya ada rezeki lebih untuk dikongsikan.

Baru-baru ini telah tular satu perkongsian oleh seorang pemuda penghantar makanan yang terkejut dengan jumlah tips yang diberikan oleh pelanggannya.

Perkongisan tersebut telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengatakan rezeki pemuda tersebut sungguh luar biasa.

Muhamad Faris 28 telah memuat naik satu hantaran di facebook mengenai ceritanya menerima sampul berisi wang tunai berjumlah RM1000 dari seorang pelanggan wanita.

Berikut adalah perkongsian Faris

“Sebagai seorang penghantar makanan, memang akan ada pelanggan yang bermurah hati untuk memberikan tips dan paling banyak saya dapat pun RM50 tapi benda tu saya tak berharap sangat sebab sudah jadi tugas saya menghantar pesanan kepada mereka”.

“Pada suatu hari, semasa saya dalam perjalananm pelanggan itu ada menghantar mesej melalui aplikasi yang memaklumkan supaya saya meletakkan makanan di meja dalam kawasan rumah dan mengambil sekali sampul wang yang ada disitu, ujarnya.

Selepas Faris beredar dari situ, Muhamad Faris berehat sebentar di satu kawasan dan cuba membuka sampul tersebut. Alangkah terkejutnya bila melihat sejumlah wang RM1000 di dalamnya.

Untuk mendapatkan kepastian, Faris telah menghubungi semula pelanggan wanita berkenaan kerana bimbang mungkin ada kesilapan dan tersalah ambil sampul yang sepatutnya.

“Rupa-rupanya, pelanggan itu memang berhajat memberikan saya wang sebanyak itu”.

“Dia ikhlas untuk berikan kepada saya cuma minta supaya doakan dia dikurniakan zuria dan berkongsi rezeki itu dengan rakan yang lain”

“Jika diikutkan, saya tak mahu kongsi kisah benar itu di facebook, tapi saya lakukannya dengan harapan lebih ramai yang akan mendoakan wanita itu selepas membaca hantaran dari saya , tambah faris lagi.

‘Saya belum lagi usik duit itu tapi saya ada terfikir untuk sedekahkan sebahagiannya kepada anak yatim dan golongan kurang bernasib baik kerana mahu pahala pelanggan itu moga berpanjangan.

“Manalah tahu, dengan sedekah itu, Allah akan makbulkan impian wanita itu untuk memiliki zuriat seperti yang diidamkan, kata Faris.

Marilah kita sama-sama doakan akak pemurah ini supaya dikurniakan zuriat dan semoga Faris si penghantar makanan ini juga dimurahkan rezeki kerana kejujurannya.

Kisah mengenai pemuda dan wanita ini cukup untuk membuktikan wujud manusia yang mulia didunia ini, wanita tersebut mungkin sedang diuji menantikan zuriat yang masih tidak kunjung tiba. Dia telah melakukan sesuatu yang mulia dengan mengharapkan ihsan dari Allah S.W.T supaya suatu hari nanti impian untuk memiliki zuriat akan dimakbulkan.

Bagi pemuda ini pula, ianya bukan sekadar rezeki buat dirinya tetapi membuktikan dia tidak semudah-mudahnya menerima hadiah wang berkenaan selagi tidak dipastikan samada ianya benar diberikan wanita berkenaan atau tidak. Kejujuran inilah yang harus dimiliki oleh sesiapa sahaja dan walau apa sahaja pekerjaan yang anda lakukan, kerana sikap jujur inilah yang akan membawa kebaikan dan dipercayai oleh orang lain sekiranya anda diamanahkan untuk melakukan sesuatu.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Viral

Gara-Gara Takut Disunat Lelaki Ini Nekad Lari Dari Rumah, Pulang Ke Pangkuan Keluarga Selepas 25 Tahun

Published

on

Gara-Gara Takut Disunat Lelaki Ini Nekad Lari Dari Rumah, Pulang Ke Pangkuan Keluarga Selepas 25 Tahun

Seorang lelaki berusia 38 tahun di Indonesia akhirnya pulang ke pangkuan keluarga selepas 25 tahun melarikan diri daripada rumah tanpa sebarang berita dan dianggap sudah meninggal dunia.

Disambut gembira

Difahamkan, lelaki berkenaan menghilangkan diri gara-gara takut untuk berkhatan semasa berusia tujuh tahun. Kepulangannya secara tiba-tiba itu telah mengejutkan ahli keluarganya.

Ini kerana, ahli keluarganya telah mencuba dan berusaha sedaya upaya untuk menjejaki kehilangan lelaki tersebut namun gagal ditemui.

Pun begitu, hasil kerjasama serta bantuan daripada pihak berkuasa dan sekumpulan YouTuber, akhirnya membuahkan hasil apabila ditemui di wilayah Bantul, Jogjakarta.

Kepulangannya tetap disambut gembira oleh ahli keluarga yang berkumpul di hadapan rumah.

LIHAT VIDEO DISINI

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK