Connect with us

Viral

“Datang sekolah tudung macam pengantin, balik sekolah tudung jd hoodie..”- Cikgu Fadli Kongsi Gelagat Murid Darjah Satu Yang Mencuit Hati!

Published

on

Cikgu Fadli S

KISAH MURID DARJAH 1

Nama Cikgu Fadli Salleh tidak asing lagi di mata warga maya. Beliau sering kali berkongsi kisahnya bersama anak murid yang kurang bernasib baik.

Terbaru, Cikgu Fadli telah berkongsi kisah telatah murid darjah satu yang sangat mencuit hati.

Baca Perkongsiannya :

Kisah 1

Bahasa murid Tahun 1

M : Cikgu, berapa cikgu lagi nak rehat?

C : Satu.

M : Cikgu, berapa cikgu lagi nak balik.

C : Tiga.

M : Ala, lambatnya.

Murid Tahun 1 tak pandai kira jam, kira minit. Mereka hanya tahu ‘berapa cikgu’ yang akan masuk kelas mereka.

Ada juga yang kira ‘berapa loceng’.

Satu loceng = setengah jam.

Satu cikgu merujuk setengah jam atau sejam pembelajaran. Kalau satu masa, setengah jam. Kalau dua masa, sejam.

Now you know!

#MFS

– Kisah Tahun 1 –

Kisah 2

Hari ni masuk relief (ganti guru yang tiada) satu kelas tahun 2 yang aku tak pernah ajar.

Masa murid ni datang hantar hasil kerja, aku puji dia,

“Bagusnya Aqilah. Pandai awak”.

“Eh, macamana cikgu tahu nama saya?” tanya dia kehairanan.

“Cikgu ada kuasa magic. Senang je nak tahu nama awak,” balasku dengan wajah serius.

“Wahhhh. Hebatnya cikgu!”

Terus dia berlari masuk kat tempat duduk cerita kat kawan-kawan,

“Awak tahu tak? Cikgu tu ada kuasa magic tau”.

“Iya ke?”

“Iya. Cikgu tahu nama kita walau kita tak cakap”.

“Wah, hebatnya”.

“Wahhhh, wahhh, wahhhhhh!” sahut hat lain.

Aku buat muka b0ngkak dan berjalan keluar kelas dengan penuh ke4ngkuhan disaat mereka tengah kagum.

Cikgu Fadli S

Wakaka. Best betul berl4gak dengan budak-budak ni. 😎

#MFS

Kisah 3

C : Siapa puasa hari ni?

*Lebih separuh kelas angkat tangan.

C : Siapa puasa, bagus. Siapa tak puasa, tak apa. Tak wajib lagi kamu puasa. Cuma jangan makan depan orang puasa.

M : Baik cikgu.

Seorang murid lelaki tiba-tiba datang depan bawa sekotak air susu,

“Cikgu. Saya puasa hari ni. Adik saya letak dalam beg saya”.

“Oh. Tak apa lah. Bawa balik la nanti ke rumah semula”.

“Iya cikgu. Saya puasa. Saya puasa. Sungguh! Saya nak minum lepas buka puasa nanti”.

“Okey”.

*******

“Kringggggg!!”

Berdering loceng menandakan masuk waktu rehat.

“Semua murid yang tak puasa bawa air dan bekal ke dewan. Kantin tutup. Makan kat sana. Tak baik makan depan kawan puasa. Beratur sekarang”.

Murid yang ada air susu tadi tiba-tiba beratur juga. Bila aku pergi mendekati dia, tak sempat aku tanya apa-apa dia dulu jawab,

“Hari ni saya puasa separuh hari je lah cikgu”.

Cikgu Fadli S

Hahaha. Terhibur aku. Hilang rasa lapar dengan kelakuan budak-budak ni.

#MFS

– Kisah Tahun 1

Kisah 4

Tak sabar nak pi sekolah esok. Lepas tu nak tanya budak-budak tahun 1,

“Siapa puasa hari ni?”

Biasanya 100% akan angkat tangan sambil jerit, “saya!”

10 minit lepas tu datang depan bawa botol air,

“Cikgu. Tolong buka botol air saya”.

Biasanya gitu lah. 😝

Cikgu Fadli S

Nota : Gambar tahun 2017. Budak-budak ni sekarang dah Tahun 6 dah pun.

#MFS

– Kisah Tahun 1

Kisah 5

M : Nak balikkkk. Nak umiii. (Men4ngis teresak-esak)

C : Okey-okey. Diam dulu baru cikgu suruh umi datang ambil.

M : *Terus telan semua airmata dan sedu sedan.

C : Jap, cikgu tak ada nombor telefon umi awak. Awak ingat nombor telefon umi awak?

M : *Geleng kepala

C : Habis tu macam mana nak telefon umi awak ni?

M : *Muka dah blur.

C : Awak ni, patut hafal la nombor telefon umi tu. Penting tau. Senang cikgu nak call dia. Haishh awak ni! (Buat-buat m4rah sikit)

M : *Makin blur dan rasa bers4lah tak hafal no phone umi.

C : Balik sekolah nanti, awak tanya nombor phone umi dan hafal ya. Esok senang cikgu nak call kalau awak nak balik. Hari ni masuk kelas dulu.

M : *Angguk kepala.

Kami pun berjalan berpimpin tangan masuk kelas.

Kes settle! 😎

#MFS

– Kisah Tahun 1 –

Kisah 6

Berjalan menuju ke dewan nak ambil murid Tahun 1 masuk kelas. Dari jauh nampak Ustazah Hajar pujuk seorang budak lelaki.

Kuat betul t4ngisannya, sampai sedu sedan. Aku agak, budak yang tak hafal no phone umi dia tu.

Sampai dekat, hah betul. Datang pun dia hari ni. Nampak aku sampai, terus Ustazah Hajar kata,

“Elok Cikgu Fadli sampai. Ni ha men4ngis nak balik pulak dah”.

Budak ni pandang aku. Airmata laju mengalir. Badan terhingguk-hingguk sedu sedan. P4rah menangis ni. Aku pandang dia dan kata,

“Dah. Meh ikut cikgu”.

T4ngisan masih belum berhenti. Sebaik dia duduk atas kerusi, terus aku tanya,

“Awak dah hafal nombor telefon umi awak?”

*Geleng kepala.

“Dah tak hafal, men4ngis kenapa? Dah, diam. Nanti nak masuk kelas dah ni”.

“Saya tak nak masuk kelas. Saya nak ikut cikgu”.

“Okey. Boleh ikut cikgu, tapi tak nak men4ngis. Malu cikgu nak bawa murid yang men4ngis ni”.

*Angguk kepala. Lap airmata.

“Kenapa awak tak datang semalam?”

“Semalam hujan. Umi naik motor, nanti basah”.

“Ooo”. Lega aku dia tak datang sebab hujan, bukan sebab aku. Haha.

Lepas tu kami borak bab sukan la, adik dia lah. Terus ceria dah. Sedu sedan dah hilang.

Settle. 😎

Aku masuk kelas lain, dia ikut. Aku letak je kat meja guru. Duduk situ. Semua murid lain pakat tanya,

“Cikgu. Dia tu kelas Hijau kan? Kenapa masuk kelas kita? Kenapa duduk kat meja cikgu?”

“Tak apalah. Dia ikut cikgu jap. Nanti dia masuk kelas dia. Semua orang kena kawan dengan dia tau. Dia pandai mewarna”.

“Baik, cikgu!” Bergegar kelas.

Cikgu Fadli S

Kemudian kami buat aktiviti dalam buku transisi. Dia pun buat juga. Elok je kerjanya. Kemain warna cantik-cantik lepas aku puji dia pandai mewarna.

“Cikgu, saya nak masuk kelas saya lah,” ujarnya selepas hampir sejam dalam kelas lain bersama aku.

“Ok. Meh cikgu hantarkan”.

Settle. 😎

#MFS

Kisah 7

Hari Isnin : Datang sekolah bersama umi. Sampai kat guard meraung nak balik. Langsung tak nak melangkah masuk dalam pagar sekolah.

En Radzi, Pk Petang kami ada kat depan masa tu. Dia janji dengan En Radzi nak datang esok. Maka hari Isnin dibenarkan pulang semula bersama umi.

Hari Selasa : Datang ke sekolah sebab janji. Tepati janji budak ni. Masuk pagar sekolah, terus airmata turun mencur4h. Sampai kat dewan, 3 cikgu pakat pujuk. Tak jalan.

Aku pergi hembus sikit, suruh dia hafal no phone umi dia kalau nak balik. Masa pertama ikut aku masuk kelas lain. Masa ke dua dan seterusnya masuk kelas sendiri. Belajar dengan gembira.

Hari Rabu : Tak datang sekolah sebab hujan.

Hari Khamis : Drama airmata yang lebih kr0nik dari hari Selasa. Tahap mer4ung dah. Buntu Ustazah Hajar.

Aku pergi, hembus sikit. Diam dan nak ikut aku ke mana-mana. Ikut aku ke kelas lain sejam, lepas tu aku pujuk dia masuk kelas sendiri. Settle. Belajar dengan gembira sampai balik. Sebelum dia pulang, aku jumpa dia,

“Esok awak datang sekolah tau”.

*Angguk kepala.

“Esok cikgu tak nak tengok awak men4ngis lagi. Apa men4ngis ni. Buat malu cikgu je. Awak tak m4lu, tapi cikgu yang m4lu. Datang dan jangan men4ngis okeh!”

*Angguk kepala.

“Cikgu tak nak angguk-angguk gitu. Jawab dengan semangat sikit! Esok datang dan jangan men4ngis. Tak kira awak berjaya hafal no umi atau tidak, tetap kena datang sekolah! Boleh ke tak ni!” Ker4s dan teg4s nada aku.

“Baik, cikgu!” jawab dia dengan semangat.

Hari Jumaat (hari ni) : Masa pertama aku berjalan melintas depan kelas dia. Terdengar suara kecil memanggil,

“Cikgu! Cikgu!”

Aku pusing kepala, tengok dia.

“Cikgu, saya datang dan tak men4ngis hari ni”.

“Bagus. Baru cikgu suka kalau macam ni. Jom kita selfie sekeping buat kenangan”.

Cikgu Fadli S

Settle. 😎

InsyaAllah minggu depan dan seterusnya dia dah berani, tak manja-manja dan semangat dah nak ke sekolah.

Budak-budak ni ada masa kena lembut memujuk, ada masa kena tegas. Baru mereka tahu hormat, kasih, tanpa memij4k kepala.

Dan mereka sedar, setiap am4rah dan jerk4h guru adalah kerana kasihkan mereka.

Tumbuh membesar menjadi insan yang berguna dan berjasa Muhammad Uzeir!

#MFS

– Kisah Tahun 1 –

Kisah 8

“Awak. Kalau kita menang, kita bagi hadiah tu kat awak tau,” kata seorang murid perempuan kat kawan dia.

Terdengar perbualan dua murid ini masa aku tengah ronda dan lihat murid buat kerja.

Aku tengok hasil kerja murid yang janji nak bagi hadiah kat kawan dia. Hasil kerja dia cantik, namun belum layak untuk terima hadiah.

Aku hanya pilih 5 hasil kerja terbaik saja untuk diberi hadiah RM1. Tapi lepas terdengar perbualan itu, aku putuskan nak tambah satu lagi hadiah. Khas untuk murid tu.

Aku nak lihat apa dia akan beri betul-betul hadiah RM1 tu kat kawan dia atau cuma kekadar janji manis dibibir mulut sahaja.

“Wah! Cantiknya awak warna. Nah RM1 hadiah untuk awak,” ujarku.

Terus dia berlari kat kawan dia,

“Awak! Awak! Kita menang. Nah RM1 saya bagi kat awak”.

Aku lihat situasi ni real depan mata. Ia bukan drama atau lakonan. Ia bukan kisah dongeng rekaan semata. Ia adalah satu kisah realiti tentang jalinan persahabatan antara dua murid Tahun 1.

Cikgu Fadli S

Begitu dia kasih pada kawannya hingga sanggup beri hadiah yang dia terima.

Ah anak. Murni dan suci sungguh hatimu. Cikgu belajar sesuatu dari kamu hari ini.

#MFS

– Kisah Tahun 1 –

Kisah 9

M : Cikgu, nak ke tandas. Nak betulkan tudung.

C : Apa? Nak pergi buat apa ke tandas?

M : Nak betulkan tudung.

Biasanya budak tahun 1 ni pergi sekolah kemain cantik tudungnya macam pengantin. Balik sekolah serabai dah tak jadi tudung, jadi hoodie pula.

Cikgu Fadli S

Lain pula dengan murid berdua ni. Pengaruh mak suka melawa la ni.

Harap esok depa tak bawak lipstick la kat sekolah. Dah pesan dah haritu. Hmmm.

#MFS

– Kisah Tahun 1 –

Kisah 10

“Siapa ada tisu, cikgu nak satu”.

Berebut budak angkat tangan. Aku ambil dengan murid terdekat yang paling pantas keluarkan tisu.

Baru aku bergerak menuju ke meja guru, terdengar murid tu dengan bangga bagitahu kawan dia,

“Cikgu ambil tisu saya”.

Ingatkan habis disitu. Waktu rehat pula, budak ni pergi cerita kat kawan-kawan kelas lain pula,

“Awak nak tahu tak. Tadi Cikgu Fadli ambil tisu kita. Kita bagi kat dia”.

Ah sudah. Hanya kerana guru minta sehelai tisu dari murid, dia punya bangga tu bagai nak cerita pada satu dunia.

Entah-entah balik rumah karang cerita kat mak pula. Balik kampung raya nanti cerita kat atuk nenek pula.

Harap besar esok kalau budak ni jadi menteri, dia cakap dalam TV secara LIVE,

“Dulu masa saya tahun 1, saya pernah bagi sehelai tisu pada Cikgu Fadli. Dan saya sangat berbangga”.

Comel betul keletah murid tahun 1 ni.

#MFS

– Kisah Tahun 1 –

Terhibur baca! Demikian perkongsian daripada Cikgu hebat ni.

Tak semua terpilih untuk memegang amanah dan menjalankan amanah sebagai seorang guru. Semoga lebih ramai guru seperti Cikgu Fadli lahir pada masa akan datang.

Sumber : Cikgu Fadli Salleh

 

Semasa

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Published

on

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Benarlah kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak mungkin dapat jaga seorang ibu atau ayah.

Jika dulu, pusat penjagaan warga emas akan menempatkan individu yang tiada waris tetapi kini boleh dikatakan warga emas yang dimasukkan ke situ adalah yang dihantar sendiri oleh anak-anak dek kerana tidak sanggup menjaga mereka.

Memang tidak dinafikan, menjaga orang tua memerlvk4n kesabaran yang tinggi. Malah ada kalanya, seperti menjaga budak kecil yang suka merengek namun adalah tidak wajar untuk mengabaikan insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kita ini di sisa usia sebegitu.

TONTON VIDEO DISINI

Sewaktu kunjungan beberapa orang artis yang menziarahi warga emas yang ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih Selangor, sempat mereka menemubual beberapa penghuni di situ.

Setiap penghuni ada cerita tersendiri. Ada yang redha ditinggalkan disitu, ada yang memendam duk4 dan ada juga yang memilih untuk memendam segala rasa.

Namun ada sesuatu yang mencuri perhatian dan meruntum jiwa, apabila ditanya kepada seorang warga emas lelaki yang baru sahaja seminggu berada di situ, “ Ada rindu sesiapa?”

Lantas pakcik tua itu terus men4ngis tanpa sebarang kata. Dari gerak gerinya sudah cukup untuk menggambarkan keduk4an dihatinya.

Menurut pegawai yang bertugas disini, pakcik tersebut baru seminggu tinggal di sana dan masih berharap dapat balik raya dengan keluarga.

Sewaktu semua pelawat mahu pulang, sekali lagi pakcik tersebut menitiskan air mata seakan berat untuk melepaskan.

Menjengah di ruangan komen. ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas di sana. Malah ada yang menitipkan pesanan agar yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya kerana merekalah insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sedari kecil dulu.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Published

on

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Mempunyai pemikiran yang kreatif adalah menjadi syarat utama untuk kekal ‘survive’ dalam cabaran ekonomi yang ada pada hari ini. Apa sahaja yang boleh menjana duit boleh diusahakan untuk mencari pendapatan tambahan.

Begitulah yang telah terjadi kepada seorang pemuda yang telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan barang terpakai dan terbuang seperti tuala buruk yang sudah dibuang orang.

Pemuda yang bernama Mohamad Hazhlee Azid ini berkata, dia telah menghasilkan pasu bunga itu hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang semasa tempoh PKP.

Beliau yang berusia 24 tahun itu berkongsi, tambahan pula, rumahnya itu yang terletak di Tunjung Kota Bharu Kelantan cukup banyak dihiasi pokok-pokok bunga yang dijaga oleh ibunya.

“Saya ni bekerja sebagai kontraktor dan buat kerja-kerja wiring kalau ada projek. Bila saya takde job ni, saya buatlah sesuatu daripada apa yang nampak boleh dilakukan di rumah.

‘Mak pun memang suka bercucuk tanam pokok-pokok bunga. Maka timbullah idea untuk buat pasu bunga dengan menggunakan barang-barang yang terpakai. Kongsinya kepada mstar.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pok Lie itu berkata pasu bunga itu menggunakan sumber barang-barang seperti bakul sampah, baldi, bekas makanan terpakai dan termasuk tin biskut.

“Bekas pasu yang dibina akan ditampal dengan meletakkan satu lapisan kain samada tuala atau selimut lama yang sudah koyak, ianya dicampur dengan bancuhan simen untuk memastikan ketebalannya dan lebih kukuh.

“Penggunaan kain yang telah dicelup dengan simen itu boleh menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi). Daripada kain atau tuala buruk tu terbuang begitu sahaja, lebih saya manfaatnya, ujarnya yang turut terlibat dalam kerja membuat rumah secara sambilan.

Menurut Pok Lie yang juga anak kedua dari lapan beradik, proses menghasilkan pasu itu mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlukan masa untuk dikeringkan.

‘Selepas bancuhan simen itu kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga itu jadi lebih tebal dan kukuh. Pagi-pagi saya buat, petang dah boleh kering selepas dijemurkan. Bila sudah kering baru saya akan cat.

Sekiranya ada permintaan, saya pertimbangkan juga untuk menjualnya sebagai pendapatan tambahan.

“Cumanya cabaran yang dihadapi adalah sekiranya hujan, kerana pasu-pasu bunga yang disalut simen perlu dikeringkan dulu” kongsinya sambil memaklumkan kebanyakan bahan terbuang diperoleh dari keluarga dan kawan-kawan.

Pok Lie menyatakan” setakat ini, sudah 20 pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk telah saya hasilkan, sambil menambah pada peringkat awal semua dibuat untuk kegunaan sendiri di rumah untuk ibunya.

“Namun apabila saya dah susun dan jemur di luar rumah, memang orang-orang akan terlihat dan ada juga yang terus berminat untuk membeli.

Pasu bunga buatan tangan yang dihasilkan ini bukan sekadar untuk meletakkan pokok tetapi keunikan yang ada padanya boleh menaikkan seri rumah.

‘Sebenarnya, apa yang saya cuba lakukan ini lebih kepada memenuhi kepuasan, saya tengok macam mana orang lakukannya melalui sumber youtube dan saya cuba buat sendiri mengikut kreativiti yang ada.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

Published

on

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

KEBERADAAN sebuah kereta Perodua Bezza yang diparkir di bawah garaj rumahnya membuatkan seorang warga emas terpinga-pinga tentang siapakah pemilik kenderaan itu.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, lelaki berkenaan dilihat hanya menuding jari ke arah kenderaan berkenaan dengan raut wajah penuh tanda tanya.

Tanpa berselindung, anak lelaki warga emas berkenaan segera memberitahu bahawa Perodua Bezza itu adalah miliknya sambil menghulurkan kunci kereta.

“Kereta baharu abah,” kedengaran suara si anak kepada bapanya yang masih tidak faham tentang situasi berkenaan.

Berkongsi cerita kepada mStar, anak warga emas berkenaan iaitu Mohd Faizal Eshak berkata, ia merupakan kejutan untuk bapanya yang berusia 78 tahun pada 1 Ramadan lalu.

Lebih mesra disapa Faizal, dia berkata bapanya, Eshak Buyong sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta baharu.

Faizal (tengah) bersama ibu bapanya di hadapan kereta baharu.

“Abah ada kereta Proton Wira yang sudah digunakan selama lebih 20 tahun. Kereta lama, jadi keadaan sudah tidak berapa elok macam kereta baharu tapi abah gagahkan juga.

“Saya berazam sejak Oktober tahun lepas nak belikan kereta untuk abah. Jika ikut queue (tempoh menunggu) dijangka pada Jun tahun ini.

“Tapi rezeki abah dapat cepat sebab ada pelanggan lain tak jadi nak beli. Alhamdulillah, nampaknya rezeki abah pada bulan Ramadan,” katanya kepada mStar.

Faizal (kanan) bersama keluarga dan ibu bapanya.

Mengenai kejutan yang dibuat di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Faizal yang berusia 37 tahun berkata, bapanya mempunyai perwatakan yang ceria.

“Abah sebenarnya happy-go-lucky. Pada petang sebelum waktu buka puasa abah macam terkejut, siapa la yang parkir kereta kat garaj.

Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
MOHD FAIZAL ESHAK
ANAK
“Macam tak puas hati sebab kereta lama dia pun parkir di luar garaj. Apabila saya dan isteri beritahu kereta tu sebenarnya untuk dia, memang abah terkejut.

“Abah memang teruja sangat sampaikan tak sempat bawa masuk beg plastik makanan yang dibelinya ke rumah, terus pergi test drive dulu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu,

Ibu (kiri) dan bapa Faizal meniti usia emas.

Sejak bersara daripada bekerja di sebuah kilang, bapanya yang dikenali sebagai Haji Ripin di Kampung Sungai Penchala banyak menggunakan kereta untuk ke masjid, pergi minum di kedai dan membeli barang-barang dapur.

Namun, Faizal yang mengusahakan bisnes produk madu berkata, Hari Raya kali ini lebih bermakna buat ibu bapanya kerana kereta baharu tersebut dapat digunakan untuk pergi menziarah teman-teman dan saudara-mara.

Hari Raya kali ini lebih bermakna kerana bapa Faizal boleh menggunakan kereta untuk pergi menziarah bersama ibunya.

“Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.

“Masa test drive hari tu, terkejut juga abah tekan paddle minyak bawa laju. Mungkin selama ni dia kena tekan paddle minyak lebih sebab pandu kereta lama.

“Jadi, saya pesan abah supaya kawal pemanduan dan tak perlu tekan paddle minyak kuat sangat. Kereta lama dan baharu tak sama. Semoga perjalanan abah sentiasa selamat,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK