Connect with us

Uncategorized

“Dah banyak kali cucuk tapi tak ada..”-Gaji Tak Kunjung Tiba, Gelagat Guard Ulang Alik Ke Mesin ATM Undang Sebak!

Published

on

guard

Guard Ulang Alik Ke Mesin ATM 

Susah kita… ada yang lebih susah. Derita rakyat siapa yang tahu?

Seperti perkongsian daripada saudara kita Faaez Azhar di Facebooknya, kisah pengawal keselamatan yang disantuninya mengundang sebak sesiapa yang melihat.

Baca perkongsiannya :

Sambil menunggu perkembangan opah di ruang menunggu hospital, aku lihat kelibat security guard yang berulang alik ke mesin ATM. Bergilir-gilir mereka ke mesin ATM.

Aku pun pelik dan terus bertanya, kenapa ulang alik ke mesin ATM? Seorang pakcik guard ni kata, mereka tunggu gaji masuk. Dah banyak kali cucuk tapi duit masih takda, katanya.

Allahu, sebak betul bila dapat tahu. Mungkin mereka sudah ketiadaan duit untuk membeli makanan, mungkin juga mereka sangat memerlukan duit untuk membayar segala keperluan hidup seharian.

Mungkin mereka nak bayar bil air, bil elektrik, sewa rumah dan sebagainya. Mungkin. Mungkin juga mereka tak sabar nak beli makanan yang sedap-sedap untuk anak-anak mereka ☹️

Situasi ini sangat-sangat menjentik hati aku. Kerana kadangkala aku mengeluh dengan sedikit ujian, tanpa memikirkan lebih ramai orang lain yang lebih sarat dengan ujian 😢

Kadang-kadang aku tak bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan, kufur dengan nikmat yang pelbagai. Masih rasa tak cukup!

Terima kasih pak cik mak cik guard yang telah mentarbiah saya tanpa sedar. Moga Allah merahmati mereka ini dan lipatgandakan rezeki yang tak disangka-sangka.

guard

Posting yang dimuatnaik oleh Faeez mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Komen Netizen :

Md Effendy

“Begitulah risik0 kerja pengawal keselamatan dgn sykt swasta.Dpt ‘boss’ yg cekap Insyallah sampai sykt habis kontrak semua ok.Klu kena sykt yg ‘haprak’ dah hujung2 kontrak mulalah buat hal.Gaji lambat,masa kerja yg panjang hingga ada sampai 24 jam bertugas tu biasa lah…..Pengalaman sendiri dan kawan2.”

Persatuan Pencinta Durian Komersial

“Dah 7hb xde gaji lagi tu yg ralat

Pekerja pengawal mmg bergantung gaji hjg bulan je utk belanja sebulan.

Kebanyakan tiada simpanan kecuali kwsp..”

Siti Nur Aishah Jamaludin

“Haa sma la ni..bpe kli dh online acc tgok gji..x msuk2 gak..abah dye la..x taw ke org ade ank bni nk bg mkn..nk byar mcm2 lgi..nk kje tiptop..gji pkje ko bt lmbat byar..hmpeh klapa btol..😒

Semoga pekerja keselamatan seperti makcik dan pakcik dalam kisah ini diberi layanan yang sepatutnya.”

Dah baca, jangan lupa kongsi. Mudah-mudahan kisah ini boleh dijadikan pengajaran buat orang lain.

Sumber : Faeez Azahar

Uncategorized

Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat

Published

on

Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima laporan mengenai video tular di media sosial membabitkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan berhubung perkara tersebut,

“Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, Kajang hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Nordin Muhamad.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 52 saat memaparkan dua lelaki mendakwa Nabi Muhammad adalah Allah dan Allah adalah gelaran bagi baginda.

Rakama itu turut menarik perhatian penyanyi rap dan aktivis, Caprice yang menggesa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya menyiasat siapa dalang di sebalik ajaran berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Sumber: BERNAMA, Instagram Caprice

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Uncategorized

Shermon Burgess, ketua aktivis 4nti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah

Published

on

Shermon Burgess, ketua aktivis 4nti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah

SYDNEY – Seorang aktivis anti-Islam terkemuka di Australia mengejutkan ramai pihak terutama kumpulan berhaluan kanan apabila mengisytiharkan dirinya telah memeluk agama Islam.

Shermon Burgess ialah bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts (UPF) dan terkenal dengan peranannya semasa protes anti-Islam yang tertumpu kepada pembinaan masjid di Bendigo pada 2015. Burgess menganjurkan berpuluh protes bersama ketua kumpulan neo-Nazi, Blair Cottrell dan Neil Erikson.

Selain UPF, Burgess pernah mengetuai beberapa lagi organisasi anti-Islam dan antipendatang, antaranya Reclaim Australia serta Defence League yang kini telah dibubarkan.

Alasan utama Burgess memilih Islam kerana tertarik dengan pendirian teguh agama tersebut terhadap isu maskuliniti, peranan jantina dan penentang total terhadap lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).

Tidak lama dahulu, Burgess pernah melabelkan Islam sebagai mundur dan menegaskan agama tersebut tidak sesuai diamalkan dalam cara hidup orang tempatan di Australia.

Dia juga menghasilkan pelbagai kandungan berbaur perkauman dan menghasut di laman media sosialnya ‘The Great Aussie’ sebagai tanda kebencian terhadap komuniti Muslim.

TERBUKA HATI

Burgess dalam temu bual eksklusif di portal Crikey berkata, dia terbuka hati mendekati Islam, seterusnya memeluk agama itu semasa Australia dilanda pandemik Covid-19.

Malah, pertemuannya dengan Ketua Muslim Freedom Movement, Youssra Rose menjadi titik penting dalam memberinya input dan pandangan lebih jelas mengenai Islam.

“Anda mesti tidak percaya melihat saya berdiri bersama orang Islam untuk berjuang dengan tujuan sama, namun kini banyak yang telah berubah. Kini saya bersama komuniti Muslim untuk melawan penind4san Zi0nis dan Fre3mason yang memerintah,” katanya.

TERIMA KEC4MAN

Selepas memeluk Islam, Burgess mengakui dia menerima banyak kec4man dan u.gutan daripada bekas ahli-ahli UPF. Malah, akaun media sosialnya dihujani dengan kata-kata k3sat, namun perkara itu tidak sesekali melemahkan semangatnya untuk terus mendalami Islam.

“Ramai antara mereka merupakan peminum ar4k t3gar.

“Malah, mereka juga mempunyai kehidupan yang tungg4ng-l4nggang.

“Saya suka dengan aspek kesihatan Islam yang melatih dan menghalang penganutnya daripada mengambil alkohol serta d4dah,” ujarnya.

Tambah Burgess, kehidupannya kini lebih teratur dan bermakna berbanding sebelum mengucap dua kalimah syahadah.

Sumber: https://mykmu.ne

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Uncategorized

Sedar tiada tauliah, Ustaz Kazim tolak undangan ceramah di Selangor

Published

on

Sedar tiada tauliah, Ustaz Kazim tolak undangan ceramah di Selangor

Pendakwah popular, Datuk Kazim Elias mendedahkan beliau tidak mempunyai tauliah untuk mengajar tentang agama Islam daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Datuk Kazim atau popular dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, ketika ini beliau hanya mempunyai tauliah di dua negeri selain akan menerima satu lagi tauliah khas daripada sebuah negeri.

Menurut pendakwah berusia 50 tahun itu, beliau mengucapkan terima kasih atas ‘kebenaran sementara’ selama ini yang dipohon pihak penganjur bagi sesebuah program serta menyedari bahawa perlu mengikut undang-undang ditetapkan.

“Saya tidak ada tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) namun begitu saya berterima kasih kerana diberi peluang berceramah di seluruh negeri Selangor selama ini dengan kebenaran sementara yang dipohon oleh pihak yang mengundang saya.
“Atas kesedaran bahawa saya tidak mempunyai tauliah maka saya tidak dapat menerima semua jemputan daripada pihak masjid dan surau di Selangor.
“Kerana ini adalah peraturan dan undang-undang. Siapapun kita, kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman Facebook semalam.

The Tahfiz school Al-Barakah Manjoi will eventually closed down due to unsufficient funds in sustaining the cost of running the school said the founder Ustad Datuk Mohammad Kazim Elias.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa menolak bagi memenuhi undangan program ceramah di Selangor dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Insya-Allah pihak saya tidak akan menerima lagi sebarang jemputan ceramah dan lain-lain di negeri Selangor dan saya memohon maaf kepada semua yang menjemput saya kerana tidak dapat melayan jemputan anda semua.
“Terima kasih kepada semua yang pernah mengurus, menjemput dan menghadiri semua program saya selama ini di Selangor.
“Anda boleh terus mengikuti kuliah saya di media sosial atau datang melawat sekolah saya di Pusat Pendidikan Al Barakah,” ujarnya.

Terdahulu, menerusi laporan media, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tiada ‘special lane’ atau pengecualian istimewa diberikan kepada mana-mana pendakwah walaupun popular.

Ini kerana golongan yang mengajar mengenai agama Islam perlu tertakluk kepada undang-undang serta peraturan berkuat kuasa di Selangor.

Sumber: Facebook Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK