Connect with us

Viral

Cucu Lelaki Tergamak Sumbat Nenek Sendiri Dalam Peti Sejuk Sehingga M4ti!

Published

on

peti sejuk

Seorang lelaki di Georgia dipercayai tergamak membu’nuh neneknya sendiri dengan menyumbat warga emas itu hidup-hidup di dalam peti sejuk sehingga tul4ngnya p4tah, lap0r New York Post.

Menurut lap0ran, lelaki tersebut did4kwa tinggal bersama m4yat neneknya yang berusia 82 tahun itu selama berbulan-bulan sebelum pasukan p0lis Floyd County melakukan penemuan meng3rikan itu pada Khamis lalu.

P0lis percaya bahawa nenek itu terceder4 selepas terj4tuh pada bulan Disember.

Namun, hasil bedah si4sat mendapati bahawa susp3k telah menyeret m4ngsa di dalam rumah yang dikongsi oleh mereka.

“Dia mendengar dan melihat banyak tul4ng patah apabila dia berbuat demikian dan kemudian membungkus neneknya dalam beg plastik dan memasukkannya hidup-hidup ke dalam peti sejuk .

“Kami mengesy4ki bahawa neneknya masih bernafas dan mempunyai sedikit pergerakan ketika dia dimasukkan ke dalam peti sejuk,” kata penyiasat Floyd County, Brittany Werner.

Sementara itu, susp3k dipercayai mengaku pung’gung neneknya p4tah ketika dimasukkan ke dalam peti ais.

Mengikut pertu’duhan, tiada sebarang pr0v0kasi atau pertengk4ran yang membawa kepada perbu4tan itu.

Susp3k terus tinggal di rumah itu bersama m4yat di dalam peti sejuk selama berbulan-bulan dan memindahkannya ke bilik stor pada bulan Mac kerana bimbang m4yat itu ditemui.

Dia memberitahu p0lis bahawa dia tidak menghubungi 911 kerana dia dikeh3ndaki oleh pihak p0lis disebabkan oleh ugut4n keg4nasan yang dibuat pada 2018 terhadap isterinya.

Ketika disi4sat, dia juga memberitahu betapa dia sangat menyayangi neneknya.

“Nenek saya merupakan satu-satunya ahli keluarga yang memberi kasih sayang serta perhatian yang saya perlukan,” katanya.

Biro Siasatan Georgia kini dilap0rkan sedang melakukan bed4h si4sat untuk menentukan punca kem4tian m4ngsa serta bila ianya berlaku.

Sumber: New York Post via Siakapkeli

Viral

Terlepas Cakap Pasal Kahwin Lain, Dai Syed ‘Cuak’ Isteri Bagi Renungan Tajam

Published

on

By

Terlepas Cakap Pasal Kahwin Lain, Dai Syed ‘Cuak’ Isteri Bagi Renungan Tajam

Umum tahu baru-baru ini Dai Syed selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Hana Ismail. Perbezaan sembilan tahun di antara mereka tidak menjadi halangan untuk disatukan, malah mendapat pujian daripada netizen atas keserasian pasangan ini.

Namun, tindakan Dai Syed yang bergurau tentang kahwin lain menerusi live Instagram semalam menarik perhatian ramai.

Menerusi live yang dimuat naik seorang individu di Tiktok, dipercayai tujuan live yang dibuat pasangan selebriti itu adalah untuk membuka hadiah-hadiah yang diterima ketika majlis perkahwinan mereka.

Sementara itu, walaupun pasangan itu masih baru dalam alam perkahwinan, mereka tetap romantis dengan berbalas usikan dengan satu sama lain. Walau bagaimanapun, netizen terhibur dengan gurauan yang dibuat Dai Syed ke atas Hana dengan usikan tentang memiliki isteri lebih dari satu.

LIHAT VIDEO DISINI

Saya mintak izin dulu dari awak.

Gurauan yang dibuat Dai Syed membuatkan riak wajah isterinya itu serta merta berubah.

Dalam pada itu, segelintir warganet menasihati Hana untuk tidak berfikir ke arah itu dan doakan yang terbaik sahaja.

Sekadar info, Dai Syed dan Hana Ismail selamat diijabkabulkan jam 11.46 pagi, pada 3 Disember 2022.

KOMEN NETIZEN

Sumber: Tiktok @randomvids

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Viral

[VIDEO] Dah Beberapa Bulan Tidur Di Tangga KLCC, Netizen Sebak Bila Tahu Kisah Sedih Warga Emas Ini

Published

on

By

[VIDEO] Dah Beberapa Bulan Tidur Di Tangga KLCC, Netizen Sebak Bila Tahu Kisah Sedih Warga Emas Ini

Kisah seorang lelaki warga emas yang terpaksa tidur di tangga di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) undang sebak orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Aisyah di TikTok, mendedahkan bahawa warga emas berkenaan sudah beberapa bulan tidur di tangga sekitar KLCC kerana tidak mempunyai rumah serta tiada orang untuk bergantung harap.

Terjumpa seorang pakcik pagi tadi masa datang KLCC, kami dalam perjalanan pulang terjumpa semula pakcik ini dekat tangga. Lepas tanya keadaan dia, ya Allah sedihnya.

Dah beberapa bulan tidur di tangga

Difahamkan, isteri dan anak-anaknya dikatakan sudah meninggal dunia. Lelaki berkenaan turut berharap agar dirinya mendapat tempat tinggal yang lebih selesa dan tidak kisah sama ada ditempatkan di rumah orang-orang tua mahupun rumah kebajikan.

LIHAT VIDEO DISINI

Mohon bantuan untuk pakcik ni. Tiada tempat tinggal. Isteri dan anak-anak sudah meninggal dunia. Dia berharap sangat ada tempat tinggal yang lebih selesa. Dah banyak bulan tidur di tangga je area KLCC.

Dapat tinggal di rumah orang tua atau rumah kebajikan pun dia bersyukur. Moga Allah permudahkan urusan pakcik ni.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluah rasa simpati terhadap warga emas berkenaan. Malah, ada juga di antara mereka yang turut menawarkan tempat tinggal yang lebih selesa untuk lelaki itu.

KOMEN NETIZEN

Sumber : @aishahramly96

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Viral

Tular Pengantin Terlantar Atas Katil, Isteri Reda Suami Pergi Lepas Sebulan Nikah– ‘You Janji Nak Pimpin Tangan I’

Published

on

By

Tular Pengantin Terlantar Atas Katil, Isteri Reda Suami Pergi Lepas Sebulan Nikah– ‘You Janji Nak Pimpin Tangan I’

Benarlah ungkapan jodoh, pertemuan, rezeki dan ajal di sudah ditetapkan Allah SWT sejak seseorang itu belum lahir lagi ke dunia. Sebagai hambaNya, kita perlu reda dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan.

Seperti seorang wanita ini tabah dan reda dengan pemergian suami tercinta meskipun baru sebulan mendirikan rumah tangga.

Menerusi kisah yang dikongsikan, wanita yang dikenali dengan nama Marha selamat mendirikan rumah tangga pada 12 November 2022 lalu. Meskipun ketika hari pernikahan si suami, Hashmi terlantar atas katil disebabkan masalah kesihatan, namun pasangan ini yang berada di atas pelamin nampak ceria dan bahagia untuk melayari bahtera perkahwinan.

Selepas seminggu bergelar suami isteri, pasangan ini kemudian menyambut ulang tahun kelahiran mereka yang jatuh pada tanggal 23 November dan 1 Disember di sebuah pusat rawatan. Sambutan itu diadakan secara kecil-kecilan dengan kehadiran keluarga terdekat bagi memeriahkan suasana.

Difahamkan, keadaan si suami dikatakan semakin merosot sehinggalah Marha menerima khabar bahawa suami tercinta telah pergi buat selama-lamanya. Menerusi video di TikTok, Marha memaklumkan suaminya telah menghembuskan nafas terakhir semalam, pada 7 Disember 2022 iaitu empat minggu selepas mereka mendirikan rumah tangga. Tak dapat digambarkan betapa pilunya hati seorang isteri, namun Marha akui sudah reda dengan pemergian suami tercinta. Dia turut memohon orang ramai mendoakan buat arwah suaminya, Mohd Hshmi Bin Arifin.

Sumber: Marhashmi

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK