Connect with us

Jawatan Kosong

Cara Memohon TEKUN Mobilepreneur 4.0, Pembiayaan Sehingga RM10,000 Untuk Beli Motosikal

Published

on

Cara Memohon TEKUN Mobilepreneur 4.0, Pembiayaan Sehingga RM10,000 Untuk Beli Motosikal

Sepanjang keadaan negara yang berdepan dengan anc4man p4ndem1k ini, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan kepada masyarakat khususnya kepada mereka yang keh1lang4n pekerjaan atau memerlukan modal bagi menjana pendapatan.

Prihatin dengan keadaan itu, TEKUN Nasional telah memperkenalkan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 iaitu merupakan kesinambungan Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Melalui skim ini, mereka yang layak boleh mendapat pembiayaan antara RM1,000 hingga RM10,0000 bagi membuat pembelian motosikal, baik pulih motosikal atau sebagai modal pusingan. Berikut adalah penerangannya secara lebih terperinci:-

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang yang muflis.
  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT).
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Perinciaan pembiayaan

  • Tempoh bayaran balik: 1 hingga 3 tahun
  • Kadar keuntungan: 4 peratus setahun
  • Tempoh pemprosesan: 7 hari bekerja

Cara memohon

Bagi yang berminat, permohonan TEKUN Mobilepreneur 4.0 boleh dibuat di Pejabat Cawangan TEKUN berhampiran bagi mendapatkan penerangan dan borang permohonan.

Dimaklumkan juga bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik mana-mana ejen/wakil bagi urusan permohonan skim ini.

Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:

  • Borang permohonan pembiayaan (JPP02 / JPP25 / JPP17)
  • Gambar pemohon ukuran passport
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang
  • Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah
  • Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
  • Salinan geran motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Salinan cukai jalan motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
  • Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir)
  • Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon)
  • Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan

Untuk maklumat lanjut berkenaan skim ini, ia boleh dirujuk DI SINI.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share kepada yang memerlukan..Semoga Bermanfaat

Sumber:berikerja.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jawatan Kosong

Tawaran gaji sehingga RM7,500, Gardenia Bakeries buka pelbagai kekosongan jawatan

Published

on

By

Tawaran gaji sehingga RM7,500, Gardenia Bakeries buka pelbagai kekosongan jawatan

Pengambilan jawatan di Gardenia Bakeries adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEMBANTU PENGURUS – PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
    1. Penempatan: Shah Alam/Subang
    2. Gaji: RM5,700 – RM7,500
  2. PENOLONG PENGURUS – JAMINAN KUALITI
    1. Penempatan: Bukit Kemuning, Shah Alam
  3. EKSEKUTIF – PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
    1. Penempatan: Shah Alam/Subang
  4. OPERATOR PENGELUARAN
    1. Penempatan: Puchong dan Shah Alam (Seksyen 15, Seksyen 23, Sekysen 26 & Seksyen 32)

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Darjah 6 sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

*KLIK SINI, untuk syarat-syarat kelayakan terperinci setiap jawatan. 

Cara Memohon

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh dirujuk DI SINI. Permohonan juga boleh dibuat di laman sama dengan klik pada ‘Apply Now’.

Calon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di portal berkenaan dengan memberikan butiran diri, pendidikan, pengalaman dan sebagainya dengan lengkap serta tepat.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share kepada yang memerlukan..Semoga Berjaya!

Sumber:berikerja.com

Continue Reading

Jawatan Kosong

GAJI Yang Ditawarkan RM2,697 – RM9,551~ 70 Kekosongan Jawatan Terkini Dibuka SPA Di Seluruh Malaysia,Mohon Sekarang!

Published

on

By

GAJI Yang Ditawarkan RM2,697 – RM9,551~ 70 Kekosongan Jawatan Terkini Dibuka SPA Di Seluruh Malaysia,Mohon Sekarang!

Calon yang layak dan memenuhi segala syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan disarankan untuk memohon kekosongan seperti yang diiklankan di bawah. Sila pastikan anda membaca segala syarat dan maklumat kekosongan yang telah ditetapkan sebelum melakukan sebarang permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN KOSONG

Merupakan seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan mestilah berumur 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi segala kekosongan jawatan seperti yang telah diiklankan.

Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Pegawai Veterinar Gred GV41
———————————————————-
 
  • Nama Majikan : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia
  • Tarikh Tutup : 29 Ogos 2021

Untuk memohon, sila pastikan bahawa anda mengikuti langkah permohonan kerja kosong terkini seperti yang telah ditetapkan oleh pihak majikan seperti di bawah.

MOHON SEGERA

SYARAT & KELAYAKAN MEMOHON

Calon yang berkelayakan dengan mempunyai Ijazah, Diploma, STPM, SPM, PMR/PT3 atau sebarang Kelayakan Profesional yang diiktiraf dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)

  • Berperwatakan Menarik
  • Berpengetahuan Am
  • Kemas dan Rajin
  • Berkepimpinan dan lain-lain (sila rujuk kelayakan permohonan di bawah)

KELEBIHAN

  • Gaji dengan Pelbagai Imbuhan Menarik
  • EPF, SOCSO & SIP
  • Cuti Tahunan
  • Cuti S4kit dan lain-lain (sila rujuk iklan permohonan kerja kosong di bawah)

CARA MEMOHON

Permohonan kerja kosong di atas boleh dilakukan secara online. Anda hanya perlu melakukan pendaftaran secara percuma melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Klik pautan “MOHON SEGERA” di atas dan sila rujuk segala maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja kosong tersebut.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon disarankan agar mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat segala pengisian maklumat seperti yang diperlukan dalam sistem tersebut.

Pemohon disarankan agar mengemaskini segala maklumat terkini yang diperlukan dalam sistem ini. Calon yang berjaya di senarai pendek sahaja akan di panggil untuk sesi temu duga.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share kepada yang mencari kerja..Semoga Dimurahkan Rezeki

Sumber:kerjayakukini.com

Continue Reading

Jawatan Kosong

Temuduga tertutup 150 kekosongan jawatan di PROTON ~ Kelayakan minima SPM

Published

on

By

Temuduga tertutup 150 kekosongan jawatan di PROTON ~ Kelayakan minima SPM

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat ini secara terperinci.

Temuduga tertutup secara atas talian ini akan diadakan dengan kerjasama PERKESO Negeri Selangor dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEKERJA PENGELURAN (LELAKI)

  • Kekosongan: 150
  • Gaji: RM1,500 – RM1,999
  • Kelayakan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Umur: 18 hingga 29 tahun

Faedah-Faedah

  • Gaji pokok dibayar dua kali sebulan
  • Elaun dobi
  • Elaun syif malam
  • Caruman KWSP + Caruman tambahan Syarikat
  • Bayaran kerja lebih masa (OT)
  • Caruman PERKESO
  • Subsidi kupon makan
  • Insuran Berkelompok (Perlindungan 24 jam)
  • Elaun pengangkutan
  • Kemudahan rawatan perubatan
  • Asrama & Bas disediakan

Penempatan

Casting Plant No. 1 Seksyen U1, Darul Ehsan,, Jalan Hakim U1/24, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor.

Cara Memohon

Bagi yang ingin memohon, pra-pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian (online) DI SINI, dengan mengisi butiran diri dan menjawab soalan-soalan yang dinyatakan.

Calon yang layak akan dipanggil oleh pihak majikan untuk tujuan temuduga secara atas talian (online) sebelum 31 OGOS 2021.

Untuk maklumat lanjut atau terdapat sebarang pertanyaan, ia boleh dikemukakan kepada En. Khairul ‘Ammar di talian: 019 – 297 5764.

Iklan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share kepada yang memerlukan..Semoga Berjaya!

Sumber:berikerja.com

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK