Connect with us

Semasa

Cara-cara Mengganti Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon, Tak Perlu Isi Borang

Published

on

Cara-cara Mengganti Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon, Tak Perlu Isi Borang

Gantian Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon

Berita baik buat anda semua, jika sebelum ini anda boleh membuat permohonan gantian kad pengenalan melalui secara online, kini hanya dengan panggilan telefon sahaja dan tidak perlu mengisi sebarang borang.

SYARAT PERMOHONAN GANTIAN KAD PENGENALAN

Ikuti sayarat-syarat ini terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan dalam penggantian kad pengenalan:

  1. Wargenegara Malaysia SAHAJA
  2. Permohonan untuk membuat gantian MyKad Biasa atau Kad/Cip Rosak
  3. Sebarang perubahan maklumat bagi alamat, agama, pindaan nama dan gambar adalah TIDAK DIBENARKAN
  4. Permohonan dan pengambilan MyKad hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri SAHAJA.
  5. Caj kehilangan kad akan dikenakan jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter.

BAYARAN YANG DIKENAKAN

Bayaran bagi setiap permohonan akan dikenakan sebanyak:

  1. RM10
  2. Bagi kutipan bayaran akan dikenakan semasa pengambilan kad pengenalan.
  3. Caj kehilangan kad pengenalan akan dikenakan ke atas pemohon jika gagal kemukakan MyKad lama di kaunter.

PUSAT KUTIPAN
Pusat kutipan adalah di:

  • JPN PUYRAJAYA
  • JPN ZOOM
  • IBU PEJABAT JPN NEGERI

CARA MOHON GANTIAN KAD PENGENALAN

Niaga Kini akan sediakan panduan untuk membuat permohonan gantian kad pengenalan melalui panggilan telefon:

  1. Hubungi talian hotline: 03-8880-8066
  2. Maklumkan bahawa anda ingin membuat permohonan gantian kad pengenalan biasa atau kad/cip r0sak.
  3. Anda akan terima pengesahan dan tarikh kutipan
  4. Hadir ke pusat kutipan yang dinyatakan
  5. Ambil kad pengenalan baharu, dan kemudian serahkan ke kaunter kad pengenalan laa anda lalu membuat pembayaran mengikut jumlah bayaran yang dikenakan.

TALIAN HOTLINE

Berikut merupakan talian hotline yang perlu dihubungi untuk membuat permohonan gantian MyKad baharu anda

  1. Talian Hotline: 03-8880-8066
  2. WAKTU BEROPERASI
    • Hari: Isnin – Jumaat
    • Masa: 8 pagi – 5 petang
  3. WAKTU REHAT
    • 1 petang – 2 petang
    • Jumaaat: 12.15 tengahari – 2.45 petang

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share kepada yang rakan dan keluarga..Semoga Bermanfaat

Sumber:portalmalaysia.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

“baik sungguh hatimu” – Puteri Sarah mahu bantu ibu tujuh anak yang diusir dari rumah sewa

Published

on

“baik sungguh hatimu” – Puteri Sarah mahu bantu ibu tujuh anak yang diusir dari rumah sewa

Pelakon sensasi, Puteri Sarah meluahkan hasrat bagi membantu ibu tujuh anak yang akan diusir dari rumah sewa disebabkan tidak membayar sewa sejak Oktober tahun lalu.

Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia simpati melihat nasib wanita yang juga pesakit mental itu kerana diabaikan suaminya yang telah berkahwin lain.

Malah, pelakon berusia 38 tahun itu turut menyelar tindakan suami wanita tersebut yang gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas berpoligami.

“Allahuakbar kejamnya. Inilah yang dikatakan nak poligami tapi tak tahu tanggungjawab. Siapa kakak ni? Jika ada maklumat, tolong mesej Sarah. Sarah nak tolong,” tulisnya menerusi satu InstaStory semalam.

InstaStory berkenaan memaparkan sebuah keratan berita bertajuk ‘Ibu & 7 Anak Dihalau Dari Rumah Sewa, Suami Jarang Balik Sejak Ada Bini Muda’ yang melaporkan kesusahan hidup wanita terbabit.

Semalam, pihak Zakat Selangor tampil menghulurkan sumbangan kepada wanita tersebut yang mempunyai anak berusia antara empat hingga 14 tahun.

Lebih malang apabila situasi itu menyebabkan anak sulungnya turut mendapat rawatan psikiatri kerana kerap mengamuk sehingga sukar dikawal sekali gus perlu mengambil ubat penenang.

Terdahulu, Sarah dilabel sebagai ‘wanita besi’ kerana gigih memperjuangkan haknya susulan mengalami kemelut rumah tangga bersama suaminya Syamsul Yusof yang telah berkahwin lain di Thailand.

Tidak berdiam diri, ibu kepada dua cahaya mata itu kemudian menfailkan penceraian terhadap suaminya yang juga pengarah terkenal di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bulan lalu.

Sumber: Instagram Puteri Sarah, Facebook Zakat Selangor

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Tak sanggup tengok wanita berkemban, pakai boxer keluar ambil barang… Pekerja kurier berkira-kira nak resign, enggan tanggung dosa

Published

on

Tak sanggup tengok wanita berkemban, pakai boxer keluar ambil barang… Pekerja kurier berkira-kira nak resign, enggan tanggung dosa

TIDAK jauh beza dengan rider penghantar makanan, pekerja syarikat kurier turut berdepan pelbagai cabaran ketika melunaskan tugasan mereka.

Selain mengejar masa dan berdepan risiko keselamatan di jalan raya, ragam pelanggan juga kadang-kala boleh membuatkan mereka pening kepala.

Baru-baru ini, seorang pekerja kurier dikenali sebagai Hafiz Rani tampil berkongsi luahan hatinya mengenai sikap pelanggan yang sering berpakaian tidak sopan.

Pesan pemuda itu, dia berharap pelanggan dapat menghormatinya sebagai lelaki dan tidak sesekali keluar dalam keadaan yang mengaibkan.

Pemuda itu berkata, dia mahu berhenti kerja sekiranya kejadian itu terus berlarutan. (Gambar Hiasan)

“Aku nak tegur dan bagi nasihat sikit ya. Aku ni bekerja kurier. Kau orang pun tahu kan prosedur operasi standard (SOP) sebelum pass barang, aku kena isi maklumat dan ambil sign pelanggan.

“Tolong hormat sikit saya sebagai lelaki ya. Ni tak. Ada yang keluar pakai towel, pakai boxer, tak pakai baju kecil dan yang berkemban pun ada,” luahnya di Facebook.

Tambah Hafiz lagi, dia juga merancang untuk berhenti kerja sekiranya kejadian itu terus berlaku pada masa akan datang.

Tolong hormat sikit saya sebagai lelaki ya… ada yang keluar pakai towel, pakai boxer, tak pakai baju kecil.
HAFIZ RANI
“Kalau lah situasi ini berterusan, InsyaAllah aku akan berhenti kerja. Mungkin bagi sesetengah perempuan itu biasa.

“Tapi bagi aku orang Islam amat luar biasa. Please take note ya. Sama-sama kita. Selamat beramal,” tulisnya lagi.

Perkongsian yang dibuat menerusi group Facebook B40 Buat Apa Harini itu turut meraih lebih 100 komen netizen yang bersimpati dengannya.

Malah, netizen turut menyelar sikap perempuan yang diceritakan Hafiz dan menganggap mereka sebagai manusia yang tidak mempunyai perasaan malu.

“Alhamdulillah terbaik bang. Semoga murah segala urusan abang. Tak semua orang yang boleh buat macam abang, sanggup berhenti kerja sabab benda macam tu.

“Memang tak tahu malu orang macam ni. Terdedah sana-sini pakai ketat macam saiz baju adik dia.

“Perempuan sekarang mahal pada hantaran kahwin sahaja,” tulis beberapa netizen.

Pekerja kurier berdepan pelbagai cabaran setiap hari. (Gambar hiasan Freepik)

Dalam pada itu, beberapa individu turut mencadangkan agar kaum wanita yang beragama Islam agar mengenakan telekung atau jubah jika mahu mengambil tempahan daripada pekerja penghantaran.

“Bagi pelanggan perempuan kena standby telekung kalau nak keluar ambil barang.

“Aku pun paling senang akan ambil jubah atau telekung dan terus sarung je, itu paling cepat dan mudah kalau tiba-tiba abang kurier sampai depan rumah,” kata beberapa netizen.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Gagal tahan rindu, budak lelaki menangis dalam diam tengok video arwah ayah

Published

on

Gagal tahan rindu, budak lelaki menangis dalam diam tengok video arwah ayah

Tidak dapat dinafikan, rindu yang paling sakit ialah rindu pada orang yang kita sayang. Sama ada pada suami, isteri, mak ayah dan orang terdekat yang sudah dijemput Allah lebih awal daripada kita.

Begitu juga yang dialami oleh seorang kanak-kanak lelaki ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @aishah sanusi di laman TikToknya, dia tidak dapat menahan kesedihannya apabila melihat video arwah ayahnya di dalam telefon bimbit.

TONTON VIDEO DISINI

“Allah…ingat dia diam buat ape..rupanya tgk video arwah ayah dia,” ujar pemilik video tersebut di ruangan kapsyen yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak lelaki itu.

Netizen sebak!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak terhadap ujian yang menimpa kepada kanak-kanak kecil itu yang sudah memahami erti kerinduan selepas kehilangan insan tersayang dalam kehidupannya.

Sumber: TikTok @aishah sanusi

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK