Cara aku kumpul duit kahwin RM52K + Beli rumah RM200K dalam 3 tahun

Ada segelintir anak muda mesti teringin nak buat majlis kahwin yang gah, gempak, baju kahwin sampai lima pasang, khemah kahwin ada lima buah dan ada kek tiga tingkat.

Jangan begitu anak muda. Perkara penting dalam perkahwinan tu bila korang dah bergelar suami isteri. Perancangan selepas kahwin tu lagi penting.

Ada yang ambil pembiayaan peribadi RM30,000 untuk buat majlis kahwin ni. Alangkah ruginya. Nak bina hidup baharu tapi dah buat hutang. Pinjam RM30,000 habis dalam masa seminggu je.

Tapi bakal pasangan bijak kewangan dia akan fikir masa depan dan hidup selepas kahwin.

Apa yang korang boleh buat:

1. Mohon ASB Financing RM100K. Ansuran bulanan RM525 bagi tempoh pembiayaan 30 tahun. Kadar keuntungan bank 4.8%. Tanpa takaful.

2. Katakan dividen tahunan 6.75%. Dapat dividen simpan. Jangan guna langsung. Biarkan dividen dalam akaun ASB tu. Dividen dibiarkan compounding.

3. Bayar ansuran bulanan RM525 guna gaji sendiri selama tiga tahun.

Selepas tiga tahun dah dapat dividen, korang terminate, akan dapat;

√ Dividen kompounding: RM21,647
√ Pulangan prinsipal (36 bulan): RM4818
√ Jumlah kasar: RM26,465

Kalau korang bekerjasama dengan bakal jodoh kau, akan dapat RM52,930.

RM26,465 (lelaki) + RM26,465 (bakal isteri) = RM52,930.

Kata nak hidup sama-sama. Kumpul duit kahwin pun sama-sama. Sweet bukan. Daripada dua-dua duk bantai pembiayaan peribadi untuk majlis kahwin.

Tiga tahun dah ada RM52K++ dengan modal RM525 setiap sorang. Lagi elok daripadabuat pembiayaan peribadi sampai kena bayar balik sampai 10 tahun.

Tak cukup lagi? Up lagi. Buat ASB Financing RM200K. Bulanan RM1050 Dapat lepas 3 tahun tu dua kali ganda lah. Kata nak buat majlis mewah, kena la simpan banyak sikit.

Kau kena faham ASB Financing ni bukan hempok RM100K atas kepala kau serupa pembiayaan peribadi. Kadar keuntungan bank tak sama dengan pembiayaan peribadi. Kau langsung tak terbeban macam pembiayaan peribadi. Boleh terminate bila-bila masa tanpa kena bayar penalti.

Duit belanja kahwin dan downpayment rumah

Katakan kau guna RM10K untuk hantaran. RM20K untuk perbelanjaan majlis kahwin kedua-dua pihak. Jadi ada lagi baki RM27,930.

RM52,930 – RM30K= RM22,930

Nak beli rumah RM200K korang perlukan 10% deposit rumah. Jadi gunakan baki RM22,930 untuk beli rumah. Kalau cari rumah bawah RM200K lagi bagus. Beli rumah lelong bawah RM100K dapat beli dua buah rumah.

Mana ada rumah bawah RM200K sekarang? Keluarga korang masih kecil. Duk berdua baik duk rumah apartmen ataupun flat dulu. Jangan beli rumah banglo ataupun rumah ada kolam renang.

Beli rumah untuk pelaburan dulu. Beli dan sewakan. Korang pun duduk rumah sewa pun okay. Kalau dah lama kerja, gaji korang dah naik carilah rumah untuk duduk sendiri. Sekurang-kurangnya korang dah ada deposit rumah dan simpanan wang untuk membeli rumah selepas kahwin kan.

Selain itu melalui pembiayaan ASB ni anda akan dapat:

i. Rekod CCRIS yang cun
ii. Deposit rumah kedua jika ada lebihan
iii. Wang untuk membeli perabot secara tunai
iv. Simpanan wang
v. Kebolehpercayaan pihak bank

Sekadar berkongsi

Gua hanya berkongsi idea, korang kena faham konsep je. Berapa jumlah, berapa lama tu kau kena bincang dengan bakal pasangan. Pelan dan tindakan tak sama. Perlukan bantuan lebih lanjut lagi boleh jadi client gua. Gua akan guide korang secara percuma mengikut kemampuan kewangan. Gua boleh rancang untuk mengikut matlamat korang.

Jangan buat pembiayaan peribadi untuk majlis perkahwinan. Buat biasa-biasa pun tak jadi masalah. Sekali dah ambil pembiayaan peribadi. Skor pemarkahan untuk pembiayaan perumahan jadi tak cun dah.

Korang bercinta dari zaman universiti lagi, lepas 5 tahun dah kerja, takkan la tak fikir nak buat tabung kahwin. Susah kalau otak sudah di-set-kan nak kahwin je, kena guna pinjaman peribadi. Bawa-bawa lah berubah. Kah!

Penafian

1. Jangan jadi pembaris. Kalau korang mampu simpan RM300, buat pelan sendiri mengikut kemampuan ekonomi masing-masing. Ini sebagai panduan sahaja. Kalau mampu simpan RM600 buat pelan lain. Konsep dia masih sama.

2. Andaikan dividen ASB 6.75% sepanjang tempoh 3 tahun tersebut. Kadar keuntungan bank: 4.8%

Sumber : Amir Syahir

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*