Isu Semasa
Boss Kite Saman Abah, D4kwa Telah DIfitn4h

Boss Kite Saman Abah, D4kwa Telah DIfitn4h
Dalam satu kenyataan yang telah dimuat naik di Facebook, Perdana Menteri interim, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan bakal berdepan dengan tindakan undang-undang kerana didkwa mengh1na mahkamah.
Menerusi peguam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenakan tindakan itu dengan mengemukakan saman fitn4h berikutan dakwa4n Muhyiddin turun terdapat pihak yang ‘rakus’ kuasa yang mahukan jawatan sebagai Perdana Menteri.
“Saya tak main propaganda. Saya tak main air liur. Saya berdasarkan bukti, kebenaran serta data dan sains.”
“Kami cabar kamu buat laporan polis bahawa ada yang suruh kamu ganggu kes utama, kamu tak berani.”
“Sampai kita perlu buat untuk kamu (laporan polis). Suruh kamu keluarkan bukti, kamu tak ada.”
Najib juga mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang lupa dirinya yang rakus kuasa dengan menik4m belakang Mahathir dan m3ngkhian4ti gabungannya (Bersatu) untuk merampas kuasa setelah parti itu kalah kepada Barisan Nasional (BN) pada PRK Tanjung Piai yang diadakan pada tahun 2019.
“Siapa yang rakus untuk kekalkan kuasa sehingga hentikan parlimen selama 7 bulan dan selepas dipaksa bersambung, dia tak benarkan ordinan darurat dibentang sehingga terpaksa menipu YDP Agong?”
“Siapa yang rakus kuasa sehingga sanggup sogok-menyogok ahli-ahli parlimen?”
Menurut Najib lagi, Muhyiddin mendkwa jalan paling mudah untuk mengekalkan kuasa adalah dengan bersubahat dengan ‘kleptorat’ tetapi beliau tidak berbua demikian.
Najib turut menyangkal tuduhan Muhyiddin bahawa beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika beliau sebagai Perdana Menteri adalah disebabkan 1MDB adalah tidak benar.
“Tidak benar, dia dipecat sebagai TPM sebab dia berkomplot dengan Mahathir dan Mukhriz sejak tahun 2014 untuk tumbangkan saya sebagai presiden UMNO dan PM – jauh sebelum isu 1MDB.”
Najib turut menjelaskan bahawa perkara itu diakui sendiri oleh Mukhriz ketika memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi.
“Kamu fitn4h bahawa kamu khianat saya sebab 1MDB. Adakah 1MDB sebab utama kamu khianat Pak Lah untuk naik ke Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri?”
“Adakah 1MDB sebab utama khianat Mahathir untuk naik ke Presiden dan Perdana Menteri?”
“Sampai sekarang dia tak nak mengaku bahawa sebab utama dia perlu undur ialah rekod dia amat tervk sekali. Kegagalan world-class.”
Apa pendapat korang?Jangan lupa like dan share ya..Terima Kasih Banyak!
Sumber:ohmymedia.com
Isu Semasa
Atu Zero terpaksa merayu minta bayaran, dedah guna duit sendiri ketika penggambaran Awesome Raja Lawak

Atu Zero terpaksa merayu minta bayaran, dedah guna duit sendiri ketika penggambaran Awesome Raja Lawak
PELAWAK Atu Zero meluahkan rasa kesal apabila terpaksa menagih bayaran daripada stesen televisyen Awesome TV yang masih belum dilunaskan meskipun program Awesome Raja Lawak yang disertainya sudah selesai November tahun lalu.
Atu atau Sharif Kunal Doli Sharif, 31, berkata, apa lebih malang, dia menggunakan wang sendiri sepanjang menjalani penggambaran namun apabila bayaran dituntut dia hanya diberi janji kosong.
“Duit sendiri sudah pakai buat minyak, tol, makan dan segalanya sudah saya korbankan.
Atu luahkan kekesalan terhadap Awesome TV.
“Takkan saya sendiri kena mengemis meminta? Hari itu saya sudah pergi ke pejabat Awesome dengan wajah gembira dan tersenyum tapi pulang bersama janji dan gaji yang tertunggak dari tahun lepas,” katanya.
Atu berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Sabtu.
Dalam pada itu, Atu menjelaskan biarpun bayaran tersebut tidak seberapa namun ia cukup untuk menampung kehidupannya sekeluarga.
Atu bagaimanapun memohon maaf sekiranya kenyataan dikeluarkan menyakiti segelintir pihak namun bersedia untuk bertemu pihak stesen berkenaan bagi menyelesaikan isu tersebut.
“Saya ini hanya seorang bapa dan suami yang berjuang untuk keluarga. Gaji saya yang tertunggak itu tidak besar dan lumayan tapi jangan main-main dengan duit dan hak orang.
“Saya minta maaf kalau ini akan buat ada pihak marah. Kalau tak puas hati saya boleh datang sekali lagi ke pejabat tapi kali ini bukan dengan senyuman,” ujarnya.
Kalau tak puas hati saya boleh datang sekali lagi ke pejabat tapi kali ini bukan dengan senyuman.
ATU ZERO
PELAWAK
Sementara itu, isteri Atu iaitu Syafeeqa Johari ketika dihubungi berkata, bayaran tersebut tertunggak sejak November tahun lalu.
“Rancangan tersebut sudah habis dari bulan November lagi, bukan Atu seorang sahaja yang terkena tapi ramai lagi artis jadi mangsa.
“Itu belum lagi penggambaran sitkom, artis yang jadi tetamu. Kru pun belum dapat gaji mereka,” katanya kepada mStar.
Syafeeqa berkata, pihak berkenaan berjanji untuk melunaskan bayaran tersebut pada Februari lalu namun sehingga penghujung Mac masih belum ada khabar berita.
Atu bersama pelawak lain di sidang media Awesome Raja Lawak.
“Sampai pejabat mereka janji nak bayar pada bulan Februari, tapi ini dah habis bulan Mac dah. Program dah siar, pemenang program tersebut pun dah umum.
“Stesen televisyen lain dua minggu selepas pengambaran terus dapat bayaran,” katanya lagi.
Sebelum ini penerbit drama Datuk Ayu Puteh turut berkongsi masalah serupa selepas bayaran untuk drama terbitannya tidak dibayar stesen itu walaupun karya berkenaan selesai ditayangkan.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Isu Semasa
Ustaz Wadi mohon tunda tarikh hadir siasatan, nafi berceramah tanpa tauliah di Kangar – “Ia acara santai bersama masyarakat”

Ustaz Wadi mohon tunda tarikh hadir siasatan, nafi berceramah tanpa tauliah di Kangar – “Ia acara santai bersama masyarakat”
NAMA pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat negara kita.
Pada Khamis, nama Ustaz Wadi sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia didakwa menyampaikan ceramah tanpa tauliah di negeri Perlis.
Terbaharu, Ustaz Wadi tampil memberi penjelasan menerusi media sosial bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung isu berkenaan.
Jelasnya, acara dihadirinya di Kampung Padi Machang, Kangar, pada Khamis bukanlah majlis pengajian agama, sebaliknya acara santai bersama masyarakat setempat sahaja.
“Pada 30 Mac 2023 jam lebih kurang 9.45 malam, saya mengadiri program di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Kangar. Saya dimaklumkan penganjur ini bukan majlis pengajian agama dan hanya sembang santai bersama masyarakat.
“Majlis ini melibatkan beberapa soalan berkaitan perkembangan agensi bukan kerajaan (NGO) kelolaan saya, keadaan terkini ibadah di Makkah dan Madinah dan beberapa kupasan isu semasa.
“Maka saya menerima jemputan yang diadakan di premis persendirian itu serta tidak memerlukan tauliah agama negeri,” jawabnya dalam satu kenyataan pada tengah hari SabtU
Jelas Ustaz Wadi lagi, dia juga tidak pernah dipelawa untuk permohonan tauliah dan belum bertemu dengan pihak Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).
“Saya tidak pernah dipelawa permohonan tauliah melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam Negeri Perlis seperti yang dinyatakan dalam sebahagian laporan akhbar.
“Dan saya juga belum pernah mengadakan perjumpaan bersama JAIPs sebelum ini seperti yang didakwa sesetengah pihak,” jelasnya lagi.
Berkongsi lanjut, Ustaz Wadi mengakui ada menerima surat perintah hadir siasatan daripada JAIPs, namun memohon ditunda ke tarikh lain kerana kekangan masa serta jadual program melibatkan dirinya.
“Pada 29 Mac 2023 saya menerima surat perintah hadir siasatan oleh JAIPs bertarikh 7 April 2023. Kerana kekangan masa dan jadual program yang padat, maka saya sendiri memohon untuk ubah tarikh hadir siasatan pada 17 April 2023 dan diterima oleh pihak berkenaan.
“Saya juga menjunjung perintah Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan tidak pernah mempersendakan peraturan oleh DYMM Raja Perlis.
“Semoga kenyataan balas ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul pada malam tersebut dan memperbetulkan semula persepsi negatif yang dilemparkan terhadap saya oleh pihak tidak bertanggungjawab,” ujarnya lagi.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Isu Semasa
Lelaki caci maki jiran penghuni flat buang sampah merata, geram bumbung kereta kemik – “Mentaliti miskin pemalas!”

Lelaki caci maki jiran penghuni flat buang sampah merata, geram bumbung kereta kemik – “Mentaliti miskin pemalas!”
SETIAP orang pasti ada batas dan titik maksimum dalam mengawal emosi serta perasaan marah.
Namun jika sudah sampai masanya, perasaan itu tidak mampu lagi dikawal hingga dizahirkan dengan kata-kata atau perbuatan.
“Mentaliti miskin pemalas!” demikian luahan kecewa dan marah seorang lelaki gara-gara tingkah laku jirannya yang tidak bertanggungjawab.
Berdasarkan video yang dirakam, bumbung keretanya kemik dipercayai terkena bugkusan sampah yang dibuang dari tingkat atas sebuah perumahan pangsapuri.
Lelaki ini menunjukkan suasana perumahan tersebut.
Namun, lokasi kejadian tidak dinyatakan oleh pelayar tersebut.
Menurut mangsa, ini merupakan kali pertama dia berdepan situasi teraniaya seperti itu.
“Tengok tu (sambil merakam keadaan bumbung kereta).
“Aduh, habis kereta. Pertama kali kena macam ni. Memang b*d*h (penghuni) kawasan ni,” katanya.
Video itu kemudian dikongsikan semula di Twitter hingga mengundang kecaman ramai.
Rata-rata mengecam tindakan pelaku yang dianggap tidak bertamadun kerana membuang sampah merata-rata dan membahayakan keselamatan orang ramai dan harta benda.
Hantaran tersebut ditonton lebih 1.2 juta kali setelah disiarkan di Twitter.
Aku B40 juga tapi pemikiran tak ada sampai tahap macam ni suka hati campak-campak dari atas.
NETIZEN
Antara isu yang dibangkitkan ialah tahap kemalasan serta common sense pelaku hingga tergamak menyusahkan jiran-jiran sendiri.
“Orang pemalas pun mereka ada otak, tahu dekat mana nak buang sampah. Bukannya pakat baling je ikut tingkap.
“Ada beza malas ada otak dengan malas tak ada otak ni,” ujar beberapa netizen.
Komen netizen di Twitter.
Selain itu, beberapa pelayar lain turut berkongsi foto menunjukkan situasi sama pernah dialami mereka sebelum ini.
“Tak semua macam ni tapi memang ada. Apabila cakap nanti tahu pula melenting. Aku pun b40 juga tapi pemikiran tak ada sampai tahap macam ni suka hati campak-campak dari atas.
“Memang penduduk PPR ramai pemalas, pengotor. Aku pernah kena. Lauk dibaling dari tingkat atas. Kereta aku habis calar, door visor patah semuanya,” komen netizen di Twitter.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan