Bibi nafi “bunuh” karier Piya dan Taj

0
533

 

Masalah demi masalah terus dihadapi skuad Kelantan. Disaat mereka hampir pasti akan tersingkir ke Liga Perdana musim depan, konflik di antara Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan bekas pemainnya pula semakin parah.

Terdahulu dua bekas pemain senior Kelantan, Mohd Badhri Radzi (Piya) dan Amiridzwan Taj Tajuddin (Taj) mendakwa KAFA telah ‘membunuh’ karier bola sepak mereka apabila menyingkirkan mereka berdua daripada perancangan pasukan di pertengahan musim lalu.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan tampil membela diri di Stadium Astro dengan menegaskan badan induk itu tidak pernah ‘membunuh’ karier dua pemain itu, sebaliknya ianya berpunca daripada sikap pemain tersebut yang enggan bertolak ansur dalam isu berkenaan.

Kata Bibi lagi, pihaknya telah memohon jasa Piya dan Taj supaya mencari pasukan baru semasa jendela perpindahan pemain, Mei lalu.

“Namun, Piya mengatakan dia sanggup makan gaji buta daripada berhijrah ke pasukan lain sehingga kontraknya tamat. Jadi, siapa bunuh siapa dalam isu ini?

“Begitu juga dengan Taj (Amiridzwan) yang menuntut gaji sampai bulan September untuk penamatan kontrak.

“Rumah tangga pun ada hak untuk berpisah (cerai) tetapi bukan sampai mati. Jadi, kalau untuk kebaikan pasukan, saya rasa perlu ada tolak ansur. Apa yang saya lakukan ini bukan atas kepentingan peribadi tetapi untuk masa depan pasukan,” katanya.

Tambah Bibi lagi, KAFA telah mengeluarkan surat amaran kepada kedua-dua tonggak itu supaya meningkatkan prestasi dalam perlawanan dan juga ketika latihan.

“Apa yang kita lakukan ini demi kebaikkan pasukan. Pemain yang menerima surat amaran perlu meningkatkan prestasi dalam pasukan.

“Siapa nak keluarkan duit untuk matikan pasukan serta karier pemain. Lagipun, kita percaya kedua-dua pemain ini masih masih boleh beraksi dengan mana-mana pasukan dalam Liga Super atau Liga Perdana,” katanya.

KAFA turut menjelaskan situasi sebenar dimana mereka sudah tidak mampu untuk membayar gaji mereka pada masa akan datang ekoran kekangan kewangan persatuan.

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here