“Biarlah orang nak mengata aku kerja kilang, asal tak mengemis duit mak bapak”.

0
506

Salam, nama aku Along, seorang lelaki lepasan SPM yang kini berusia 22 tahun. Rasa terpanggil mahu berkongsi pengalaman aku lepas aku terbaca confession awek yang kerja sebagai jurujual di sebuah kedai telefon. Aku setuju dengan apa yang dia cuba sampaikan sebab aku juga tergolong di dalam kelompok yang bekerja 12 jam sehari. Bezanya dia kerja di dalam mall, manakala aku bekerja di dalam kilang.

Ye kilang, kerja yang ramai membuatkan makcik-makcik dan pakcik-pakcik di luar sana memandang rendah pada aku. Mereka tidak cakap terus pada aku, tetapi dari riak muka dan gaya percakapan mereka, aku boleh tahu persepsi mereka pada aku. Tetapi, sebagai seorang lelaki yang positif, aku memang tidak mahu ambil port pasal orang-orang tua ini.

Yang aku mahu kongsikan adalah pasal stigma masyarakat kita, ramai yang ingat kerja kilang ini kerja yang teruk, tiada kelas, selayaknya untuk bangla saja. Tidak perlu ambil contoh jauh-jauh, kawan-kawan aku sendirilah, bila aku balk lewat selalu kata-kata perli itu timbul.

“Dah macam bangla dah ko ni, pergi kerja gelap balik kerja pun gelap’

Aku senyum saja sebab aku tahu kerja aku macam mana. Mereka sibuk kutuk aku tetapi mereka masih duduk di rumah tidak bekerja sebab terlampau memilih kerana mahu menjaga air muka. Melepak sana sini pakai duit KWSP mak yang baru keluar. Puiihh!

Biar aku kerja teruk tiada mengapa, asalkan aku tidak mengemis duit mak bapak. Cukuplah sudah 17 tahun mereka menyara aku, biarlah aku pula yang keluar bekerja mencari duit belanja aku sendiri dari hari-hari duduk meminta duit untuk melepak ke hulu ke hilir.

Lagi satu sudah kerja kilang ini normal bagi aku kalau kena OT pada hari Ahad dan ini pun jadi satu isu dikalangan kawan-kawan aku.. Hahaha.. Mereka tidak tahu ke OT pada hari Ahad ini lebih masyuk berbanding dengan hari-hari yang lain? Dapat tambah duit poket, sebulan tidak dari RM2,500 kalau gaji asas kau RM1,200. Siapa mahu bagi?

Aku membebel ini bukannya aku mahu menceritakan pasal gaji atau mengutuk kawan-kawan aku, tetapi bagi aku, majoriti anak muda memang mahu memilih kerja. Mahu kerja waktu pejabat sahaja, Sabtu Ahad haram untuk mereka bekerja. Masa untuk melepak katanya. Ye lah, aku faham, siapa yang tidak mahu kalau dapat kerja yang selesa maca itu. Tetapi sebelum kau dapat kerja yang kau idam-idamkan itu, ko cubalah pergi kerja di tempat lain. Masuk kilang-kilang besar dan kau akan faham kenapa.

Lagi satu, ko ingat yang kerja kilang ini semua jadi operator ke? Aku tidak mahulah sentuh pasal jenis kerja aku. Tetapi, alhamdulillah sekarang aku sudah bekerja dan gembira sebab tidak perlu mengemis duit dari mak bapak. Semuanya atas usaha aku sendiri.

Oleh: Along

Apa yang diceritakan oleh lelaki di atas ini adalah benar. Masyarakat kita terlalu memandang rendah dengan status pekerja kilang,kerja pasaraya. Tapi kerja itu tak salah asal kan halal. Disebabkan stigma masyarakat sebegini,menyebabkan ramai anak muda sekarang terlalu memilih kerja. Tidak mahu kerja yang susah-susah,kerja yang keluar peluh. Nak duduk aircond je kalau boleh.

Tapi admin nak cerita sikit pengalaman admin,tak semua pekerja kilang tu sengkek,tak berduit. Kawan admin ramai kerja kilang. Ada satu kilang dikawasan kampung admin, nama dia Hartalega. Kilang antara pegeluar sarung tangan terbesar di Malaysia selepas Top Glove.

Kerja kilang ni memang teruklah,pergi masuk kerja pukul 7 pagi,balik 7 malam . 12 jam kerja. Mau nya orang tak cakap ko kerja serupa bangla. Tapi diorang punya gaji boleh tahan besar. Basic kecik,tapi bedal OT kaw-kaw. Duduk kampung dengan gaji banyak tu memang cukup sangat.

Belum lagi cerita benefit lain yang diorang dapat. Hartalega ni antara syarikat yang tersenarai didalam Bursa Malaysia. So, bagi pekerja-pekerja yang disiplin serta mencapai tahap prestasi kerja yang baik,syarikat ni akan hadiahkan diorang unit-unit saham.

Ko bayangkan,kawan aku yang dah kerja kilang ni beberapa tahun,bila jual saham diorang,(sebab tahun lepas saham syarikat pengeluar sarung tangan kat Malaysia banyak naik) kawan aku ni dapat dalam 70k cash. Fuh padu. Gaji dapat,duit saham pun dapat.

Duit tu pulak dia buat rumah anggaran dalam 100k atas tanah sendiri. Rumah pun dah ada,bini pun dah ada. Semuanya cash. Kerja kilang je beb. Bukan nak banggakan dia,tapi jangan lah pandang rendah sangat dengan status kerja seseorang. Asalkan kerja tu halal,buat je janji ko tak mencuri,dapat sara hidup ko,anak bini ko pun dah cukup.

– Admin Kacak Real Merah –

 

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here