Connect with us

Inspirasi

“BESTNYA BANYAK DUIT! Boleh….”, Surirumah Jelaskan Pentingnya ‘Moment’ Bersama Anak-Anak

Published

on

banyak duit

Percutian indah bersama anak-anak pastinya sudah menjadi impian buat semua ibu bapa. Apatah lagi jika kita mampu bawa anak-anak ke tempat yang ‘best’ , cantik, dan selesa. Tetapi, tempat-tempat seperti ini selalunya akan menelan kos yang besar kan? Pernah tak mak ayah terfikir bahawa nak gembirakan anak-anak ni bukan hanya dengan duit sahaja tau..

Baca perkongsian wanita ini:

“BESTNYA BYK DUIT, ada masa boleh bawa anak2 jalan..” i feel you ibu, faham sgt apa yg dirasa…tapi nak tahu tak sebenarnya…. jauh di lubuk hati anak2, bukan nak pergi berjalan/bercuti sgt. apa sebenarnya yg anak2 sgt nantikan?

KEBERADAAN MAK AYAH: Our presence.

Apa gunanya kalau pergi bercuti 10 malam pun tapi mak ayah masih sibuk “scroll” fb & baca whatsapp group waktu makan ? apa gunanya pergi bercuti pakej paling mahal tapi mak ayah tak bersembang dgn anak2? apa manfaatnya kalau pergi ke tempat paling jauh utk bercuti tapi anak2 tak dapat ingat satu “moment” indah pun?

banya duitIt is not about the place, it is about the moment. biarlah waktu itu diluangkan di rumah shj, tapi cukup bermakna. biarlah tak dapat pergi bercuti mahal2 tapi mak ayah sentiasa pastikan ada waktu emas bersembang dgn anak2 walau hanya di dapur sendiri…

Let us just enjoy what we have, in our own ways. Mahal tak semestinya seronok, berduit tak semestinya bahagia. kita cipta bahagia & masa bernilai sendiri❤️

Anak2, cukup bijak menilai usaha mak ayah, cukup dewasa utk menghargai apa yg cuba diberi… jgn risau mereka sgt seronok, asalkan mak ayah ADA.

p/s: lepas ayahnya pasang ubat nyamuk semalam, bangun pagi2 memasing bau ubat nyamuk😂 malam tadi ada yg terbatuk2 ayahnya terpasang lebih kot😆

#bondaumirahtaib

#rejuvenatemarriage

#letstaat

#bondaayahparenting

Sumber : Bondaumairahtaib (Instagram)

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Inspirasi

Mahu Tunaikan Hasrat Isteri Untuk Beraya Di Kampung, Suami Nekad Jual Kerepek!

Published

on

By

kerepek

Mahu Tunaikan Hasrat Isteri Untuk Beraya Di Kampung

Johor Bahru: Walaupun diuji dug4an berat apabila kehilangan kerja dua kali berturut-turut, seorang lelaki nekad berusaha menjual kerepek dari keretanya bagi pulang berhari raya di Terengganu.

Mohd Nor Hakim Haim, 32, berkata, beliau berusaha keras bagi memastikan kerinduan isterinya untuk pulang berhari raya ke Chendering dapat diubati.

Nor Hakim yang menjual kerepek dhal pelbagai perisa, rempeyek selain bawang goreng di parkir kawasan tumpuan berkata, usaha menjual kerepek dari kereta itu dilakukan sebagai usaha terakhir selepas wang simpannya semakin menyusut.

“Saya sebelum ini bekerja sebagai mekanik di Singapura selama lima tahun namun dua minggu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (P K P) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020, perkhidmatan saya ditamatkan.

“Saya kemudian dapat kerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat kurier baharu. Namun pada Disember lalu, perkhidmatan saya sekali lagi ditamatkan apabila syarikat itu menutup operasinya.

“Sejak itu,saya dan keluarga bertahan dengan wang simpanan selain saya melakukan pelbagai pekerjaan termasuk sebagai buruh kasar.

“Namun saya tidak mahu berputus asa dan mahu menunaikan harapan isteri untuk pulang beraya dengan mula berniaga kerepek dhal dari kereta di parkir kawasan awam sekitar bandar raya ini sejak awal Ramadan lalu,” katanya ketika ditemui.

kerepek

Gambar : Hmetro

Mohd Nor Hakim berkata, beliau akan keluar seawal pagi bagi memulakan jualan di parkir awam di Pasar Taman Universiti sebelum beralih ke parkir awam Pusat Komersial UDA dari 10 pagi hingga waktu Zuhur.

“Selepas solat Zuhur saya akan beralih ke kawasan parkir awam di Bazar Ramadan Kampung Pasir,Tampoi sehinggalah petang,” katanya.

Walaupun ketika mula berniaga awal Ramadan lalu, hanya satu paket kerepek dhal berjaya dijual, namun berkat kesabarannya, semakin ramai membeli kerepek dijualnya.

“Saya bukan peniaga besar yang mampu menyewa bazar atau premis namun saya bersyukur atas rezeki yang Allah berikan.

“Saya juga sedang dalam proses menjual rumah yang dibeli di bandar raya ini bagi melunaskan hutang. Duit baki jualan rumah itu akan saya gunakan untuk membina sebuah rumah di kampung saya di Kampung Baru, Senggarang, Batu Pahat.

“Saya dan keluarga akan membina hidup baru di Senggarang dan mengusahakan kebun kelapa sawit tinggalan keluarga apabila urusniaga penjualan rumah di sini selesai,” katanya.

SUMBER: HMETRO.COM

Continue Reading

Inspirasi

Yatim Di Usia 5 Tahun, Kerja Sebagai Guard Pada Usia 14 Tahun- Remaja Kembali Bangkit & Kini Terima Anugerah

Published

on

By

Adik An

Terkadang kita sangka kehidupan kita sudah cukup susah namun jika dilihat sekeliling kita, sebenarnya ada yang lebih hebat dug4annya.

Persis kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelajar yang sangat tabah dikenali sebagai Adik An yang mana Seawal 5 tahun sudah menjadi anak y4tim, sebelum bertukar menjadi y4tim piatu pada usia 14 tahun.

PERJALANAN KISAH HIDUP ANAK Y4TIM PIATU BERNAMA MOHD FARHAN ROSLEE

Mohd Farhan Roslee – 16 Tahun

SMK Sg. Layar Sg. Petani, Kedah.

Jiwanya kosong, sekosong-kosongnya. Kehilangan ayah pada usia 5 tahun telah merubah jalan hidupnya. Emak yang berniaga kuih dan nasi lemak kecil-kecilan akhirnya jatuh s4kit seterusnya memksa dia berhenti sekolah ketika darjah enam.

Di saat rakan-rakan sebaya sedang menikmati keindahan alam remaja di bangku sekolah, dia sudah bersengkang mata dan menyarung seragam sebagai pengawal keselamatan di KTM Sg. Petani selama lebih setahun dengan gaji RM40 sehari. Kini dialah yang mengambil tanggungjawab menyara kehidupan mereka. Emak yang diser4ng str0ke tidak mampu lagi bekerja seperti dulu kerana msalah kesihat4nnya..

Suatu hari dia dikejarkan ke h0spital akibat ap3ndiks dan d0ktor memutuskan dia harus menjalani pembed4han kec3masan. Di masa yang sama, emaknya dimasukkan ke wad kerana masalah kesih4tan yang semakin membu’ruk. Emak di wad tingkat atas dan dia pula di wad tingkat bawah. Bangunan yg sama.

‘Syurga’ Pergi Menghadap Ilahi Tanpa Diduga

4 hari di wad, akhirnya emak pergi mengadap Illahi. Dalam usianya 14 tahun, dia, abang, kakak dan adik perempuannya pun tern0bat yatim piatu.

Lebih menyayat hati, saat emak menghembuskan nafas terakhir dia tiada di sisi kerana tidak sedarkan diri akibat pembed4han kali kedua.

Bahkan dia bukan saja tidak sempat menyaksikan perjalanan terakhir emak ke liang lahad, memberikan kucupan terakhir utk emak pun tidak sempat kerana dia masih belum sedar.

Sebaik dia sedar dan dimaklumkan emak telah pergi, hanya Allah saja yang tahu betapa piIu dan hancurnya hati. Sejak itu, saban malam dia men4ngis di wad. Men4ngis kes3dihan mengenangkan emak yang telah pergi dan men4ngis menanggung kes4kitan akibat pembed4han.

Dia dirujuk kepada Kak Pah. Kak Pah menziarahi dia di wad. Menceritakan pada dia tentang kehidupan di rumah anak y4tim. Hanya satu soalannya …

” Kalau saya duduk rumah anak y4tim, bolehkah saya sekolah semula? Saya nak sekolah …. “

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Keluar wad, kakaknya menghubungi Kak Pah. Memaklumkan rumah mereka berteduh sebelum ini sudah dilelong bank. Kakak, abang dan adik perempuannya memilih untuk tinggal bersama saudara-mara tetapi dia enggan meninggalkan rumah pusaka itu kerana terlalu s3dih mengenangkan kenangan arw4h emak.

Kak Pah menghubungi dia tapi dia memberikan alasan meminta masa seketika sehinggalah satu hari Kak Pah mendapat mesej yang sangat peIik dari dia. Penuh kes3dihan dan kekec3waan. Kak Pah dan staff rumah anak y4tim bergegas ke rumahnya.

Merindui Emak Yang Tiada Penghujungnya

Sungguh hib4 melihat keadaan dia yang sudah terbaring di tilam usang selama seminggu dalam keadaan s4kit akibat kes4n pembed4han. Tanpa makan minum yang sempurna. Mengharapkan ehsan seorang kawan semata yang tinggal di kawasan itu.

Rumah yang sudah dip0tong bekalan air dan letrik itu sudah tidak layak dihuni kerana k0tor dan sem4k. Kata jirannya, mereka juga tidak tahu dia ada di dalam rumah itu yang kelihatan sunyi sepi. Dia dipapah keluar dari rumah itu sehelai sepinggang dalam der4ian air mata.

Dikalung Anugerah Khas Atas Jati Diri Yang Tinggi, Tahniah Adik An!

Hari ini dia menerima Anugerah Khas dari pihak sekolah atas tingkah-lakunya terpuji dan jati dirinya yang berusaha untuk bangkit semula walau telah dua tahun terkandas dalam persekolahan.

Anugerah ini bukan saja sungguh bermakna buat dia, bahkan buat kami semua warga rumah anak yatim yang selama ini tidak jemu memberikan dia dorongon dan harapan.

Sama-samalah kita doakan, semoga Dik An akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Adik An

Penulisan tersebut nyata membuatkan ramai yang seb4k membacanya, betapa hebatnya dugaan yang menimpa Adik An, Malah dia tempuh dengan begitu tabah dan cekal.

Sumber : Natipah Abu via Yoy.network

Continue Reading

Inspirasi

Dahinya Berpeluh,Bau Wangian Kasturi Keluar Selepas Jen4zah Dimandikan Dan Dikaf4nkan

Published

on

By

kasturi

Taiping: “Saya lebih suka bekerja dengan masyarakat kerana sekurang-kurangnya dapat membuang eg0 dan s0mbong,” kata Mohammad Hazuan Hizamil Mohd Sukur, 30.

Graduan Diploma Pengajian Islam di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar, Perak itu memilih untuk terbabit dalam pengurusan jen4zah sejak enam tahun lalu.

Pada awalnya Mohammad Hazuan Hizamil dari Kampung Jelapang Jaya, di sini tidak mempunyai asas dan hanya mengikut mereka yang lebih berpengalaman.

Namun kini, berbekalkan pengalaman ditimba sejak 2016, datang keberanian untuk pemuda itu bergerak sendiri dan mendapat kepercayaan masyarakat sekitar Taiping yang menggunakan khidmatnya menguruskan jen4zah waris mereka.

“Memang ada yang nasihatkan saya cari kerja tetap daripada melakukan pekerjaan sekarang.

kasturi

MOHAMMAD Hazuan Hizamil memimpin bacaan talkin. FOTO Ihsan Pembaca

“Namun, di kampung sudah ramai yang berusia jadi itu yang mendorong saya untuk ceburi bidang ini

“Lagipun, ayah (Mohd Sukur Mohd Assan, 67) pembuat ker4nda dan suka lakukan aktiviti kemasyarakatan menyebabkan saya terikut-ikut,” kata bekas guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) itu ketika dihubungi Harian Metro.

Mohammad Hazuan Hizamil berkata, khidmatnya diperlukan untuk memandikan, mengk4fankan dan menjadi imam untuk bacaan talkin di tanah perku’buran.

Katanya, sepanjang enam tahun terbabit dalam pengurusan jen4zah, pelbagai pengalaman ditimba dengan ada di antaranya memberi iktibar buatnya yang masih bernyawa.

“Bukan semua jen4zah yang kita uruskan dalam keadaan sempurna sifatnya kerana ada yang sebaliknya disebabkan terbabit dalam kemalangan dan sebagainya.

“Sebagai individu dipertanggungjawabkan untuk menguruskan jen4zah, kita galas tugas sebagai satu amanah.

“Pada awal pembabitan dulu saya pernah melalui pengalaman mist3ri apabila ternampak jen4zah yang sudah diuruskan di hospital terbaring di ruang tamu sebaik pulang ke rumah.

“Lemah lutut juga jadinya namun saya beristighfar dan sejak itu belajar mendalami perub4tan Islam.

kasturi

MOHAMMAD Hazuan Hizamil menunjukkan cara mengkafankan jenazah kepada kanak-kanak. FOTO Mohammad Hazuan Hizamil.

“Di sebalik kisah men4kutkan itu, pengalaman lain yang tidak dapat saya lupakan adalah ketika menguruskan jen4zah seorang lelaki yang juga bekas tahanan penjara kerana keluar wangian kasturi selepas memandikannya dan ketika mengk4fankannya, dahinya berpeluh.

“Cemburu rasanya dengan kem4tiannya kerana yakin ada amalan baik yang dilakukannya sehingga pengakhirannya begitu,” katanya yang turut diberi kepercayaan menguruskan jenazah pesakit C0vid-l9 sejak dua tahun lalu.

Di samping sibuk dengan kerja hakikinya, Mohammad Hazuan Hizamil juga gemar berkongsi video dakwah berkaitan kem4tian dan mengadakan siaran langsung bagi berkongsi ilmu pengurusan jen4zah di TikTok.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, TikTok menjadi pilihannya kerana dia menyedari pengaruh kuat platform berkenaan khususnya dalam kalangan anak muda ketika ini.

“Buat masa ini penerimaan daripada pengikut dan pengguna di TikTok amat baik kerana realitinya, ramai orang di luar sana dahagakan ilmu pengurusan jen4zah.

“Bagaimanapun, ada juga kec4man diterima daripada segelintir individu yang menuduh saya mendedahkan 4ib si m4ti.

“Hakikatnya, saya tidak pernah lakukannya kerana fokus hanya hanya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada supaya lebih ramai anak muda berminat turut serta,” katanya yang sedang mengumpul dana bagi membeli van jen4zah dan berhasrat menubuhkan pasukan pengurusan jen4zah membabitkan anak muda.

Sumber : Hmetro

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK