Connect with us

Uncategorized

Berita baik! Bantuan Khas Covid-19 untuk golongan miskin tegar, B40, M40 dan bujang dibayar bermula 6 September

Published

on

Berita baik! Bantuan Khas Covid-19 untuk golongan miskin tegar, B40, M40 dan bujang dibayar bermula 6 September

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) seperti dijanjikan kerajaan sebelum ini menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang sepatutnya diagihkan pada Ogos, akhirnya dikreditkan kepada penerima bermula 6 September.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC, dan telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran tersebut.

“Hari ini (1 September 2021) dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan.

“Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021,” katanya dalam satu kenyatan, pada Rabu.

Ismail Sabri berkata, BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

“Saya sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar,” katanya.

bkc 2

Berikut merupakan fasa pembayaran BKC:

Kategori miskin tegar:

  • 1. Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM1,300 iaitu RM500 (Fasa 1), RM500 (Fasa 2) dan RM300 (Fasa 3).
  • 2. Individu bujang/ warga emas/ sebatang kara kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM500 iaitu RM200 (Fasa 1) dan RM300 (Fasa 2).

Kategori B40:

  • 1. Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM800 iaitu RM500 (Fasa 1) dan RM300 (Fasa 2).
  • 2. Warga emas/ sebatang kara kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 (Fasa 1).
  • 3. Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 (Fasa 1).

bkc 1

Kategori M40:

  • 1. Isi rumah kategori M40 menikmati bantuan sebanyak RM250 (Fasa 1).
  • 2. Warga emas/ sebatang kara kategori M40 menerima bantuan RM100 (Fasa 1).
  • 3. Bujang kategori M40 akan menerima bantuan RM100 (Fasa 1).

Kriteria kelayakan penerima bagi miskin tegar dan B40 ialah bersandarkan semakan Bantuan Prihatin Rakyat 2021, iaitu pendapatan RM5,000 ke bawah bagi isi rumah atau warga emas, manakala bergaji RM2,500 ke bawah untuk individu bujang.

Golongan M40 pula layak menerima BKC sekiranya melaporkan cukai pendapatan, dengan jumlah gaji antara RM5,001 hingga RM9,000 bagi golongan isi rumah dan berpendapatan RM2,500 ke bawah untuk individu bujang.

BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pemulih, selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Pada 28 Jun lalu, kerajaan mengumumkan Pakej Pemulih sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik Covid-19.

Sumber:mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Minat bola sepak ‘diasah’ sejak dalam perut ibu, tendangan si cilik ini sentiasa masuk gol… gaya ‘Siu’ Ronaldo pun boleh buat

Published

on

Minat bola sepak ‘diasah’ sejak dalam perut ibu, tendangan si cilik ini sentiasa masuk gol… gaya ‘Siu’ Ronaldo pun boleh buat

BARU berusia dua tahun tetapi seorang kanak-kanak pandai meniru gaya bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, yang sering meraikan jaringan gol dengan laungan ‘Siu’.

Dari baldi, bakul, topi keledar sehinggalah ke set permainan gawang, semuanya mampu dibolosi si cilik ini apabila melakukan tendangan.

Setiap langkah dan aksinya yang tak ubah seperti pemain profesional sering dirakamkan oleh ibu bapanya dan dikongsi di laman sosial.

Berkongsi cerita kepada mStar, ibu kanak-kanak itu, Anis Adibah Hashim berkata, anak sulungnya, Yusuff Iskandar Mahadir kini berusia dua tahun enam bulan.

Lebih mesra disapa Anis, katanya, dia percaya minat suaminya dalam dunia bola sepak menyebabkan sukan itu mula mempengaruhi anaknya ketika masih dalam kandungan lagi.

“Minat Yusuff pada bola sepak sejak dia belum lahir lagi. Setiap malam sebelum tidur, suami saya iaitu bapa Yusuff akan gosok perut (baby bump).

“Setiap kali gosok perut, suami kata bila anak lahir nanti, dia mahu anak minat bermain bola sepak dan jadi pemain bola sepak,” katanya ketika dihubungi.

Yusuff merupakan kanak-kanak yang aktif dan peramah.

Menurut wanita berusia 35 tahun itu, bapanya, Allahyarham Hashim Abdullah merupakan pemain bola sepak Kelantan yang ketika itu Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) dan suaminya, Mahadir Othman, 40, aktif mewakili sekolah untuk beberapa kejohanan.

“Suami selalu main bola permainan di hadapan Yusuff. Selalu juga bola tu menyentuh kaki anak yang sedang baring atau meniarap.

“Masuk usia lebih setahun, Yusuff pula semakin obses dengan bola. Hampir setiap hari dia bermain bola di rumah bersama ayahnya,” ujarnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Bapa Yusuff sentiasa melatih anaknya bermain bola sepak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Anis, anaknya tidak seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang lebih berminat untuk bermain dengan pelbagai jenis permainan yang dijual di pasaran.

“Yusuff tak akan menangis kalau tak dapat permainan seperti patung Ultraman. Tapi kalau tak dapat bola, dia akan meraung minta belikan.

Yusuff tak akan menangis kalau tak dapat permainan. Tapi kalau tak dapat bola, dia akan meraung.
ANIS ADIBAH HASHIM

“Lebih 20 biji bola kami beli untuk Yusuff. Sekurang-kurangnya kena ada sebiji bola di rumah nenek dan ibu saudara yang sering dikunjunginya, serta sebiji bola dalam kereta untuk Yusuff bermain… kalau tak, nanti dia menangis.

“Sebagai kanak-kanak, Yusuff sudah tentu minat menonton kartun dan dia lebih teruja dengan siri animasi Bola Kampung,” ujarnya lagi.

Antara jersi milik Yusuff,

Lebih banyak menghabiskan masa dengan berlatih di rumah, dia yang merupakan suri rumah menambah, anaknya juga dibawa ke padang berdekatan.

“Yusuff ni aktif, peramah dan bercakap non-stop walaupun kita tak faham apa yang dia cakap sebab pelat. Dia memang susah nak menangis, sangat happy-go-lucky.

“Buat masa ini, Yusuff lebih tahu perkataan gol. Bola pun disebutnya gol. Kalau Yusuff dapat jaringkan goL, ayah dia akan bagi ganjaran ais krim dan pernah sanggup belikan pukul 11 malam,” katanya sambil menambah suaminya merupakan penyokong Ronaldo dan Manchester United.

Sebagai ibu, Anis berkata, dia akan sentiasa menyokong minat dan bidang yang diceburi anaknya termasuk menjadikan pemain bola sepak sebagai kerjaya.

“Kalau Yusuff hanya menjadikannya bola sepak sebagai hobi dan bukan kerjaya, saya tak paksa dan tetap menyokong apa juga selagi ia baik, tidak memudaratkan dan tidak melanggar hukum.

“Sebagai ibu bapa, kita perlu menghargai anak tu walau sekecil-kecil pun pencapaian itu kerana ia cukup bermakna bagi mereka. Dari situ dia akan tunjuk sikap yang baik,” katanya.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Uncategorized

Pemain JDT, Arif Aiman beli Mercedes harga setengah juta pada usia 20 tahun

Published

on

By

Pemain JDT, Arif Aiman beli Mercedes harga setengah juta pada usia 20 tahun

Tindakan bintang bola sepak negara, Arif Aiman yang dikhabarkan baru membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes CLA45S AMG keluaran 2021 mencuri tumpuan orang ramai di media sosial.

Menerusi laman Instagram, pengedar kenderaan Hafis Naserr berkongsi momen ketika pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menerima kenderaan mewah tersebut di depan rumahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HafisNaserr (@hafisnaserr)

Walaupun tiada butiran lanjut dinyatakan, difahamkan kenderaan berwarna silver itu boleh mencecah harga sehingga RM400,000 mengikut pasaran semasa.

Bagaimanapun, tidak hairan pemain berusia 20 tahun itu mampu memilikinya apatah lagi dia pernah membawa gelaran Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HafisNaserr (@hafisnaserr)

Menerusi kapsyen, Hafis mengucapkan tahniah atas pencapaian Arif dan mendoakan bintang muda itu terus dimurahkan rezeki serta berjaya dalam karier bola sepak tanah air.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HafisNaserr (@hafisnaserr)

Congratulation to adik @ariifaiman42 for your archivement.. berkat usaha keras & tak henti2 cari peluang yang terbaik untuk karier adik, u really do a good job.
“Semoga adik dimurahkan rezeki & sentiasa dalam lindungan Allah SWT, abang doakan adik makin maju dalam karier adik,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira atas rezeki diperoleh Arif dan berharap dia dapat mengekalkan momentum dan prestasi di atas padang.

Kurang gosip, masa ni la nak kumpul aset…

Sumber: Instagram Hafis Naserr

 

Continue Reading

Uncategorized

Abang kanak2 terhempas dari ‘sotong ride’ kongsi keadaan adik -“Adik saya fighter”

Published

on

By

Abang kanak2 terhempas dari ‘sotong ride’ kongsi keadaan adik -“Adik saya fighter”

Berita tentang kemalangan melibatkan dua orang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak yang dipercayai tercampak ketika menaiki permainan ‘sotong ride’ di Fun Fair Puncak Alam malam tadi sememangnya mengejutkan ramai.

Tiga individu cedera
Menerusi laporan dari Kosmo! Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa memaklumkan yang pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai insiden itu kira-kira pukul 8.50 malam.

“Berdasarkan maklumat awal, kesemua mangsa berada di atas permainan ‘sotong ride’ yang sedang bergerak sebelum terjatuh.
“Siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu bagaimanapun masih dijalankan termasuk mengenal pasti identiti mangsa terlibat,” katanya.
Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan lanjut.

Telah diarahkan tutup serta merta
Difahamkan, fun fair tersebut telah diarahkan tutup secara serta merta bagi siasatan lanjut. Ada juga kenyataan memaklumkan bahawa fun fair berkenaan beroperasi tanpa lesen.

“Arahan itu dikeluarkan selepas polis turut berbincang dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).
“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enekmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen,” katanya.

Abang kepada mangsa kongsi keadaan adik
Dalam pada itu, seorang individu telah berkongsi keadaan seorang kanak-kanak di dalam ambulans dengan meninggalkan kapsyen “adik saya fighter guys“.

LIHAT VIDEO DISINI

Pengguna TikTok dikenali sebagai Saiful Azif itu memuat naik video kanak-kanak yang cedera dipercaya salah seorang mangsa kejadian ‘sotong ride’ tersebut.

Saman je mereka
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata mereka meluahkan rasa bimbang dengan kejadian terbabit dan meminta ahli keluarga kesemua mangsa mengambil tindakan sewajarnya diatas insiden berkenaan.

LIHAT VIDEO DISINI

Tahap keselamatan permainan diragukan
Saiful Azif juga turut bekongsi beberapa gambar keadaan tempat duduk permainan tersebut. Menurutnya, tahap keselamatan untuk permainan di fun fair berkenaan agak meragukan sehingga menyebabkan berlakunya insiden tidak terduga itu.

Walau bagaimanapun, siasatan masih sedang dijalankan untuk mengesan punca sebenar kejadian tersebut boleh berlaku.

Terdahulu, tular di media sosial terutamanya di TikTok video beberapa individu tercampak sewaktu menaiki permainan ‘sotong ride’ yang sedang bergerak laju.

Hal tersebut membuatkan ramai yang berada di tapak fun fair itu panik dan kesemua mangsa mengalami kecederaan apabila terhempas jatuh ke bawah dari atas permainan berbahaya terbabit.

komen para netizen 

Sumber: Kosmo! (Iskandar Shah Mohamed), TikTok saifulazif, farinarynaa_

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK