Connect with us

Agama

Bergelar P4deri, Wanita Sedih Bapa Tidak Boleh Jadi Wa’li Nikah Kerana Berbeza Agama

Published

on

wali

Berbeza Agama

Satu perkongsian seorang wanita berpurdah menjadi tular di serata media sosial di Indonesia apabila dia meluahkan kese’dihan kerana bapa kandungnya tidak boleh menjadi wal1 pada pernikahannya.

wali

Ini disebabkan dirinya dan si bapa berbeza agama. Wanita itu merupakan seorang Mus’lim manakala bapanya pula seorang p4deri beragama Kristi4n.

Islam Sejak Lah1r Setelah Ibu Mual4f Bercera1 Dengan Bapa

Menerusi aplikasi TikTok, wanita yang dikenali sebagai Cristin Natalia Inten Pat0h ini berkongsi kisah pernikahannya kepada orang ramai. Difahamkan lagi, dia adalah anak sulung dalam keluarganya. Namun, dia bukanlah seorang mualaf. Cristin sudah memelvk Islam sejak lah1r apabila ibunya menjadi mualaf setelah bercera1 dengan bapanya.

wali

“Bapak dan mama aku udah bercerai sejak aku usia 6 bulan, dan mereka udah punya kluarga masing-masing.

“Salah satu hal terbe’rat yang aku dan ayahku rasakan ketika ayahku bisa menikahkan anak orang lain di g3reja, tetapi api tidak bisa menikahkan putrinya sendiri dikarenakan perbe’daan agama kami,” luahnya se’dih.

Syukur bapa tetap hadir di hari pernikahan

Biarpun begitu, Cristin tetap bersyukur kerana bapanya sanggup datang dari jauh untuk hadir ke majlis pernikahannya yang berada di Kalimantan Timur. “Alhasil yang jadi wa’li nikahku adalah wa’li hakim, bukan ayahku. Walaupun demikian, aku sangat bersyukur dan bahagia sekali di hari itu. “Karena beliau memberikan kejutan rela datang jauh-jauh dari Timika Papua ke Berau Kalimantan Timur. Untuk menghadiri hari pernikahanku,” ujarnya.

Dah lama tunggu saat pertemuan semula ibu dan bapanya

Mengulas dengan lebih lanjut, Cristin sememangnya sudah lama menunggu saat indah pertemuan kembali kedua orang tua kandungnya itu. Malah, dia sangat bersyukur kerana momen itu berlaku di hari pernikahannya. “Ini foto pertama pakai cadar bareng daddyku.

Dan setelah bertahun-tahun lamanya. Akhirnya punya foto bareng mama dan daddy. Ini adalah foto yang selalu aku nanti-nantikan. Akhirnya Allah kabulkan tepat di hari pernikahanku,” lanjutnya lagi.

wali

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa seb4k saat melihat perkongsian wanita itu. Rata-ratanya mendoakan semoga rumah tangganya diberkati.

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut meluahkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana memberikannya ibu bapa yang hebat di dunia ini. “Terima kasih Ya Allah, karena telah memberikan kedua orangtua yang hebat untukku. H4mba selalu percaya rencanamu begitu indah,” tambahnya.

Sumber : Majalahharian

Agama

Orang yang mengamalkan membaca Al Quran akan dijaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam ku’bur dan pada hari akhirat

Published

on

By

Orang yang mengamalkan membaca Al Quran akan dijaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam ku’bur dan pada hari akhirat

Orang yang mencintai Al Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah kepada hamba2Nya yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat.

Orang tua yang mengamalkan Al Quran walau diumpama Al Qur4n bu’ruk, lunyai, h4ncur tetap di sayangi, tetap di hargai, Tidak ny4nyuk sampai tua. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkan dia di tempat yang baik2.

 

 

Orang yang junjung Al Quran di dalam dirinya akan di jaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam ku’bur dan pada hari akhirat.

Walaupun di dunia dia di b3nci oleh orang tapi Allah tetap menjanji keselamatan dalam dirinya, sepertimana Al Quran yang Allah sediakan para malaikat untuk menjaga setiap hurufnya.

Wajahnya bercahaya cahaya dan mesra untuk di dekati. Orang yang membaca Al Quran tidak dih1na. Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.

Pengamal Al Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan padanya.

Sumber: facebook

Continue Reading

Agama

Rasulullah s.a.w menanjurkan ketika seseorang itu terjaga dari tidur pada malam hari, Bacalah Doa Ini, In Sha Allah termakbul segala hajatnya

Published

on

By

Rasulullah s.a.w menanjurkan ketika seseorang itu terjaga dari tidur pada malam hari, Bacalah Doa Ini, In Sha Allah termakbul segala hajatnya

Ada zikir dan doa khusus yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w untuk kita baca jika kita tiba-tiba terjaga dari tidur di tengah malam.

Malah Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa ketika seseorang itu terjaga dari tidur pada malam hari jika ia berdoa maka akan dikabulkan doanya dan jika bangun kemudian solat maka solatnya akan diterima oleh Allah taala. Hal ini dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari berikut ini.

Dari ‘Ubadah bin Shamit Radhiallahu’anhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam beliau bersabda: “Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، اَلْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir, alhamdulillaah, wa subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.

Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya.

BagiNya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala Puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Kemudian dia mengucapkan:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Allaahummaghfir lii.

Ya Allah, ampunilah dosaku.

Atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwudhu dan melaksanakan shalat maka akan diterima shalatnya.”

al-Bukhari 1103, Abu Dawud 5060, at-Tirmidzi 3414 dan Ibnu Majah 3878, shahih.

Imam Ibnu Baththal Rahimahullah berkata, “Bagi orang sampai kepadanya hadits ini, sepantasnya dia berusaha mengamalkannya dan mengikhlaskan niatnya (ketika mengamalkannya) untuk Allah Ta’ala.”

(dinukil oleh Imam Ibnu Hajar Rahimahullah dalam kitab Fathul Baari 3/41).

Keterangan:

Imam Ibnu Hajar Rahimahullah berkata, “Perbuatan yang disebutkan dalam hadits ini hanyalah (mampu dilakukan) oleh orang telah terbiasa, senang dan banyak berdzikir (kepada Allah), sehingga dzikir tersebut menjadi ucapan (kebiasaan) dirinya sewaktu tidur dan terjaga, maka Allah Ta’ala memuliakan orang yang demikian sifatnya dengan mengabulkan doanya dan menerima shalatnya.” (Kitab Fathul Baari 3/40).

Keutamaan mengucapkan dzikir ini juga berlaku bagi orang yang terjaga di malam hari kemudian dia mengucapkan dzikir ini (berulang-ulang) sampai dia tertidur.

Imam an-Nawawi berkata, “Orang yang terjaga di malam hari dan ingin tidur (lagi) setelahnya, dianjurkan baginya untuk berdzikir kepada Allah Ta’ala sampai dia tertidur.

Dzikir-dzikir yang dibaca (pada waktu itu) banyak sekali yang disebutkan (dalam hadits-hadits Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam), di antaranya, Kemudian beliau Shallallahu’alaihi wasallam menyebutkan hadits di atas (kitab al-Adzkaar hal. 79 – cet. Darul Manar, Kairo, 1420 H).

Di antara para ulama ada yang menjelasakan bahwa peluang dikabulkannya doa dan diterimanya shalat pada saat setelah mengucapkan dzikir ini lebih besar dibandingkan waktu-waktu lainnya (lihat kitab Tuhfatul Ahwadzi (9/254)

 

 

Continue Reading

Agama

Jen4zah Ustaz Amir tak terb4kar walaupun sehelai bulu romanya. bahkan ihram yang dipakai masih sempurna, kalau difikirkan memang tidak logik kerana bas yang dinaiki itu meletvp dan terb4kar

Published

on

By

Jen4zah Ustaz Amir tak terb4kar walaupun sehelai bulu romanya. bahkan ihram yang dipakai masih sempurna, kalau difikirkan memang tidak logik kerana bas yang dinaiki itu meletvp dan terb4kar

Saya mengetuai satu rombongan seramai 45 orang dalam sebuah bas. Bersama saya adalah Ustaz Amir Junaidi yang menjadi Mutawif, mengetuai bacaan zikir dan menyelitkan ceramah agamanya sebagai ingatan sepanjang perjalanan. Kira-kira pukul 10.00 pagi itu, konvoi sembilan buah bas jemaah umrah bertolak dari Madinah. Semua jemaah siap berihram.

“Pak Shukri, saya mahu rehat di belakang,” beritahu Ustaz Amir selesai berzikir, tahmid, takbir dan berceramah.

“Mengapa?” soal saya.

“Tempat saya lebih sesuai di belakang sana,” Ustaz Amir merendah diri.

“Jangan begitu, ustaz. Duduk sini dengan saya. Ada juga teman saya berbual,” pujuk saya.

Ustaz Amir akur dengan permintaan itu dan terus duduk di kerusi bersebelahan saya yang terletak di belakang pemandu. Saya lihat mutawif berusia 35 tahun itu sudah empat lima kali menguap.

“Pak Shukri tak mengantuk ke?” tanya Ustaz Amir.

Saya hanya menganggukkan kepala. Ustaz Amir terus menekup muka di atas meja kecil di belakang kerusi pemandu. Tangan kanannya dijadikan alas dahi. Sementara saya bersandar untuk mencari kedudukan yang selesa.

Bas berhawa dingin terus membelah lebuh raya menuju Madinah. Kiri dan kanan kering kontang, hanya tanah lapang yang sesekali nampak sepohon dua pokok tumbuh. Fikiran melayang lalu perlahan-lahan mata terlelap, dan…

BAAAAAMMMM…! GEEEDEEEGANG…!!

Terasa belakang saya ngilu, ped1h dan p4nas. Badan terasa seperti dihɛret laju. Mimpi ke saya ni? Saya buka mata tetapi tak nampak apa-apa.

Saya bangun dari kerusi yang sudah terbalik. Kemudian pandang ke kanan… Ya-Allah, pintu bas remvk! Percikan api meny4mbar tempat duduk pemandu. Apa yang saya ingat hanyalah untuk menyelamatkan diri dan pemandu bas, Waheed yang sedang terkial-kial mengelak diri daripada terkena api yang semakin membesar.

Saya tekan suis untuk membuka pintu utama bas, tapi ia tidak berfungsi. Saya masih terpinga-pinga. Fikiran bertanya apa yang terjadi. Ke mana perginya semua penumpang?

Saya berjalan ke belakang, membuka pintu kecem4san, pun gagal juga. Semuanya sudah terkunci secara automatik. Saya kembali semula ke tempat pemandu. Ya Allahhh! Api semakin marak.

“Pecahkan cermin!” jerit saya. Waheed mengambil penukul dari bawah kerusinya. Pranggggggg… sekali tukul berderai cermin tingkap.

Dari tingkap itulah saya membantu Waheed yang cedera di kepala, tangan dan kaki keluar. Api semakin marak meratah kerusi pemandu sementara saya masih terpinga-pinga.

“Tolong! Tolong!!” terdengar jeritan bertalu-talu.

Saya sudah dapat mengagak bas yang kami naiki kemalangan. Ketika itulah saya teringat 45 orang jemaah yang saya bawa. Saya memekik meminta semua jemaah menukul atau menend4ng cermin tingkap bas.

“Pec4hkan tingkap!!!” jerit saya dari bawah.

Salah seorang jemaah, Haji Khalil dapat memec4h cermin tingkap di bahagian belakang. Jemaah berebut-rebut terjun. Ada yang tertonggeng, terguling atas tanah dan ada yang ceder4. Dalam keadaan kelam-kabut begitu, yang lain tidak penting, selain nyawa.

Api yang bermula dari tempat pemandu merebak ke bahagian tengah badan bas. Jemaah masih belum habis keluar. Saya benar-benar panik.

Saya nampak ihram tiga jemaah yang terjun telah dis4mbar api. Jemaah daripada bas lain dan penduduk tempatan yang melalui lebuh raya itu turut memberikan bantuan. Suasana kecoh dan kelam-kabut.

Raungan dan tangisan memenuhi setiap ruang. Panas terik tidak dihiraukan lagi. Saya lihat ramai yang melecvr, ada pada bahagian tangan, melepvh kedua-dua belah tangan dan ada yang teruk. Semuanya dibaringkan atas tanah dengan diberikan bantuan semampu terdaya.

“Ustaz, dua jemaah lagi tak ada!” beritahu Haji Khalil yang tidak mengalami keceder4an langsung kerana dia sempat keluar awal daripada bas yang terb4kar.

“Dua orang?” saya terpinga-pinga. Kemudian saya menyambung lagi:

“Siapa yang tak ada?”

“Tak tahu siapa… saya kira kita ada 43 orang saja,” kata Haji Khalil.

Saya membantu Haji Khalil mencari siapakah yang hilang? Tapi kaki terasa menggeletar lalu saya reb4h semula ke tanah. Pinggang tiba-tiba terasa bisa mencengkam.

“Tak apa, ustaz duduk sini. Biar saya cari,” balas Haji Khalil.

Setelah beberapa minit menanti Haji Khalil datang semula. “Dah tiga kali saya pusing keliling bas, tak ada. Api dalam bas pun kuat sangat.”

“Haji pasti siapa?” tanya saya.

“Tak pasti. Saya cuba cari lagi…” belum sempat Haji Khalil menghabiskan kata-katanya terdengar satu letupan.

BUUUUMMMMMM!!!

Api menjulang setinggi bangunan tiga tingkat dari badan bas yang meletvp. Serpihan-serpihan besi berterbangan ke udara. Men4kutkan! Bahangnya terasa menggigit kulit walaupun jarak tempat kami berkumpul 10 meter.

Semua jemaah dibawa ke Hospital Madinah. Di wad, Kolonel Mausin Saleh al-Badi, pegawai polis yang menyiasat kem4langan itu memaklumkan pada saya, dua yang terbvnuh itu ialah Minah Hassan dan Ustaz Amir Junaidi.

“Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.”

Saya termenung lama di katil mengingati kembali tr4gedi yang baru berlaku. Saya cuba tumpukan perhatian untuk mengingat setiap detik yang berlaku, mencari di mana Ustaz Amir berada ketika itu, tapi gagal. Saya tak dapat bayangkan di mana Ustaz Amir berada ketika kem4langan berlaku. Kenapalah saya tak terfikir mencarinya semasa turun dari bas sedangkan dia duduk di sebelah saya.

Perasaan kesal mula menjalar di hati apabila teringatkan perbuatan saya menghalang Ustaz Amir berpindah ke belakang bas. Kalau saya tak menghalang, mungkin dia terselamat.

Pada malam itu juga Ketua Operasi TH Travel & Services Sdn. Bhd. di Madinah, Haji Rashid Ismail pergi ke bilik m4yat untuk mengecam jen4zah Ustaz Amir dan Minah Hassan. Saya yang ceder4 masih di hospital, terkejut mendapat khabar, Minah Hassan rentvng.

Mendengarkan perkhabaran itu sekali lagi hati saya dip4gut kesedihan. Tentunya Ustaz Amir pun berkeadaan serupa kerana tempat duduk kedua-duanya berdekatan. Berkali-kali saya bertanya pada diri sendiri: “Kenapa saya tak benarkan Ustaz Amir duduk di belakang?”

Namun berita mengenai jen4zah Ustaz Amir belum lagi saya terima daripada rakan setugas yang sentiasa berada di hospital. Hingga ke dinihari saya menunggu perkhabaran daripada Haji Rashid Ismail dan Kolonel Zulkefli tidak kunjung tiba. Hanya setelah subuh barulah kedua-duanya muncul di wad saya.

“Shukri, saya nak cerita sikit. Kamu jangan terkejut pulak,” Haji Rashid memulakan bicara.

“Jenazah Ustaz Amir dah selamat dikebum1kan di perkuburan Baqi’ tadi,” Haji Rashid memberitahu. Saya hanya mampu menitiskan air mata.

“Tapi ada satu yang pelik, ajaib dan tak.. entahlah, susah saya nak cakap,” kata-kata Haji Rashid tersekat-sekat.

Kemudian Haji Rashid menyambung: “Jen4zah Ustaz Amir tak terb4kar walaupun sehelai bulu romanya. Bahkan ihram yang dipakai masih sempurna.”

“Betul ke, Aji?” tanya saya ragu-ragu.

“Betul. Bukan saya seorang yang melihatnya, salah seorang jemaah kita, Kolonel Zulkefli dan beberapa petugas yang lain pun ada,” jawab Haji Rashid.

Kalau difikirkan balik memang tidak logik kerana bas yang saya naiki itu meletvp dan terb4kar. Setelah api padam, yang tinggal hanya rangka sahaja, jen4zah Minah pun hanya tulang.

Bagaimanapun jen4zah Ustaz Amir langsung tidak dijamah api. Menurut Haji Rahsid, keadaan Ustaz Amir seperti tidur. Tangan kanannya masih terletak di dahi. Sementara tangan kiri diletakkan di atas perut. Sebahagian kain ihramnya menutup muka. Cuma pada hujung kain ihramnya melekat kesan-kesan abu.

Dua hari kemudian saya keluar dari hospital. Saya teruskan perjalanan ke Mekah menaiki kapal terbang. Selesai mengerjakan umrah saya mencari saudara-mara Ustaz Amir. Tujuan utama saya adalah untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarganya di Indonesia. Selain itu, hati saya sentiasa bergelodak untuk mengetahui latar belakang arw4h mutawif itu.

“Nak Amir ni memang seorang yang jujur, ikhlas dalam setiap pekerjaannya. Tak berkira tenaga dan kudrat, siapa yang minta tolong akan ditolong. Arw4h ayahnya kiai.

“Pernah suatu ketika kampung kami dihanyutkan air, semuanya habis ran4p termasuk perkvburan. Peliknya kvbur kiai tidak dihanyutkan. Jen4zahnya juga masih utuh di situ walaupun sudah hampir 10 tahun dikebumikan,” cerita bapa saudara Ustaz Amir.

“Istimewa sungguh keluarga Ustaz Amir,” komen saya.

“Pak Shukri, yang istimewa bukan keluarganya tapi amalan dan akhlaknya. Iman tak diwarisi daripada keluarga,” bapa saudara Ustaz Amir membetulkan komen saya.

“Ustaz Amir berguru di mana?” tanya saya lagi.

“Dengan alm4rhum ayahnya. Dan selebihnya di sinilah, Masjidilharam. Nak Amir memang seorang yang adil pada kedua-dua isterinya. Dengan sesiapa saja, suaranya sentiasa lembut. Tak pernah saya tengok langsung dia marah-marah,” kata bapa saudara Ustaz Amir.

Apabila mengingati Ustaz Amir sesekali air mata saya menitis. Bukan kerana sedih tapi gembira kerana diberikan kesempatan untuk bertemu dan berbual dengannya. Duduk makan semeja dan bersama mengalunkan zikir.

Memang benar amal dan iman bukan warisan daripada keluarga. Di dunia pun sudah Allah SWT h4ramkan api mem4mah tubuhnya. Bukan calang-calang orang dimuliakan Allah SWT setinggi itu.

Sumber; Ustaz Ahmad Shukri Mohamad Amin (Kejadian ini berlaku pada 8 September 2002).

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK