Viral
“Berbedung ket4t, tangan diik4t dengan kain, muka ditutup kain…Allahu! Apa ni? Luruhh j4ntung aku!” – Guru Taska 1 Hari.

Kes pend3raan sememangnya hal yang tidak asing lagi didengar di negara kita. Banyak kes pend3raan melibat kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak yang berada di bawah jagaan taska/penjaga kini semakin membimbangkan.
Baca perkongisan wanita ini.
Guru Taska Sekadar Satu Hari
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang korang baca pada tajuk, ya aku cuma sekadar seorang guru taska selama sehari. Kenapa sehari? Cerita dia macam ni…
Satu hari tu aku ada pergi interview untuk guru taska (swasta) di satu kawasan yang dekat dengan tempat aku tinggal. Sampai saja di taska kebetulan hari tu budak budak dan pengasuh serta guru cuti.
Jadi yang ada owner taska dan aku saja. Sepanjang interview berlangsung entah kenapa aku rasa something wrong dengan owner ni. Mungkin memang firasat aku. Tu aku tak pasti.
Owner tu ada cakap yang staf dia selalu tak bertahan lama dan selalu bertukar ganti. Aku tanya lah kenapa, dia kata “entah lah, semua attandence pon tak cantik.” Aku dah rasa macam tak kena, tapi aku abaikan saja.
Owner tak tanya aku banyak pon, bahkan soal hari dan waktu bekerja semua aku yang kena tanya baru dia jawab. Dia hanya ulang ulang cakap “saya betul betul harapkan awak boleh kerja sini. Esok start kerja ya.” Walhal time tu pasal gaji pon dia tak sebut sampai ke sudah.
Esoknya aku masuk kerja pukul 8 pagi. Mula mula tu aku duduk duduk lah dekat ruang tamu sambil tengok tengokkan budak budak yang tengah tengok tv time tu. Dan time tu ada la beberapa pelajar yang baru sampai, time ni masa lebih kurang dah pukul 9 pagi.
Budak tu sampai ja, cikgu atau pengasuh taska tu terus tukarkan baju mereka kepada baju taska. Tukar sahaja, tak bagi mandi pun. Semua budak mereka buat begitu. Cuma tukarkan baju tanpa mandikan. Lepastu, aku masuk lah dalam bilik.
Taska ni ada 3 bilik. 2 bilik untuk bayi berumur lebih kurang 6-9 bulan, ada lah 3 orang bayi. Dan 1 bilik belajar untuk budak berumur 3-4 tahun.
Bagai nak luruh jantung aku bila aku tengok bayi bayi tu tidur dalam keadaan berbedung ketat, kemudian ditambah dengan tangan diikat dengan kain dan muka juga ditutup dengan kain keseluruhannya. Ya Allah, macam nak menangis aku time tu. Memandangkan aku juga seorang ibu.
Luluh hati aku tengok keadaan tu. Jam lebih kurang pukul 11 pagi, bayi bayi tu pon dah start berjaga dan mula menangis. Si pengasuh tak habis habis mengeluh dan asyik mintak bayi sambung tidur saja. Kata nya “bangun buat apa awal awal ni. Tidur laaa. Aku baru nak rehat.”
Sedangkan time tu guru dan pengasuh tu sibuk dengan handfone masing masing. Tapi akhirnya pengasuh tu keluarkan bayi bayi tu dan letak di ruang tamu tanpa sebarang alas ya. Letak atas mozek saja.
Aku tengok lengan bayi bayi tu semua berbirat merah kesan dari kain yang diikat tadi. Aku rasa berd0sa sebab seolah bersub4hat dengan perbuatan mereka.
Oh ya untuk pengetahuan semua, pengasuh/guru ada 5 orang termasuk aku, dan mereka semua belum berkahwin kecuali aku. Bayi ada 4 dan kanak kanak ada 12 orang. Cuma hari tu kanak kanak yang datang cuma 7 orang dan bayi 3 orang.
Budak budak tu breakfast makan bijiran tanpa susu. Sedangkan dalam menu aku tengok tulis bijiran+susu. Tengah hari menu ayam kicap dan sup sayur tapi yang ada cuma ayam kicap +ubi 3-4 ketul yang di potong kecil kecil gil4.
Budak budak pon aku tengok macam tak happy duduk situ. Seolah dalam ket4kutan. Ada seorang budak perempuan ni meleleh leleh air mata dia duduk tepi seorang cikgu ni sambil tengok aku.
Mula mula aku ingat dia takut dekat aku rupanya dia takut dengan cikgu cikgu situ.
Cikgu cikgu marahkan dia bila dia men4ngis begitu dan takutkan dia dengan “menangis kenapa. Nanti cikgu letak dekat luar nak?! Bagi anjing makan.”. Cakap dengan nada yang kuat.
Lagi lah men4ngis budak tu. aku pon panggil lah “mai dekat cikgu maih.” Dia terus bangun cepat cepat dan duduk di sebelah aku dan terus berhenti menangis. Diikuti oleh 2,3 budak yang lain. Semua duduk keliling aku.
Pukul 12.30 tengah hari baru diorang mandi. Masa nak tidurkan bayi semula aku dengar lah dalam bilik tu macam bayi tu di t4mpar kuat kuat sebab disusuli dengan tangisan yang kuat dari bayi.
Aku terus masuk bilik tu melulu dan mintak pengasuh tu tengok kan budak dekat luar dan aku yang uruskan bayi bayi tu. Bedung dan ikatan yang kuat serta kain yang tutup muka bayi bayi tu aku bukak. Aku tepuk perlahan lahan sambil sambil usapkan di bahagian mata.
Tak sampai 10 minit pon dah tidur bayi bayi tu. Sorang bayi ni tidur di bilik sebelah gelap gelita, tubuhnya agak “sihat” masih tak nak tidur dan aku mintak kepada pengasuh tu botol susu dia untuk aku buatkan susu.
Pengasuh tu cakap “dia dah minum dah tadi.” Aku kata lah “dia nak susu lagi tu. Baby yang badan sihat sihat ni memang minum susu berulang.” Pengasuh tu pergi buatkan susu dalam keadaan yang bebai dan m4rah m4rah. Aku tak peduli.
Kenapa nak pekim susu budak tu, bukan kau yang beli susu dia pon. Aku ambil susu tu dan terus bagi dekat baby tu sambil tidurkan dia. Aku tengok laju ja dia sambar puting susu tu macam tengah lapar sangat.
Tak sampai 10 minit pon dah tidur budak tu. Dan bayi bayi tu tidur lama ya mungkin selesa muka tak ditutup dan tangan tak diikat seperti sebelumnya.
Esok tu, memandangkan hari cuti aku beranikan diri whatsapp owner taska dan bertanya berkaitan apakah n0rmal bayi ditidurkan dengan keadaan sebegitu. Ehh, dia pulak tanya kita “tidur dalam keadaan macam mana.” Aku mintak dia tengok kan cctv.
Lepastu aku terangkan bagaimana bayi tu ditidurkan, geramnya hati aku bila owner tu seen saja whatsapp aku. Aku mintak owner tegur staf dia dan mintak dia selalu pantau cctv. Dia seen saja juga whatsapp aku seolah langsung tak terkejut dan tak kisah.
Aku geram, aku sent video bayi bayi yang diikat dan ditutup muka tu. Baru lah dia respond dan hanya cakap akan tegur staf dia. Aku tau dia hanya takut aku viralkan video tersebut memandangkan dia tengah tambah cawangan baru untuk taska tadika dia.
Esoknya lagi aku sengaja masuk kerja macam biasa, pukul 8 pagi. Semua staf pulaukan aku dan buat muka tak puas hati maybe sebab owner dah tegur.
Tapi aku terdengar mereka menyebut “kak Didi (owner taska) pon tak kisahh”. Aku masuk bilik tengok keadaan bayi alhamdulillah tak diikat dan ditutup muka.
Hanya berbedung. Lepas tu dalam pukul 8.45 pagi aku keluar taska dan maklumkan secara whatsapp kepada owner yang aku berhenti kerja situ. Tapi aku yakin lepas aku keluar tu mereka masih lakukan perkara yang sama kepada bayi bayi tu.
Entah lah sampai hari ni aku rasa berd0sa dan bersubahat jika biarkan perkara macam tu. Tapi aku tak tau apa yang patut aku buat. Serba tak kena. Aku tak tenang memikirkan nasib anak anak dekat taska tu.
Aku ada pergi balai tunjuk video tu dan minta pendapat dari pihak p0lis, tapi balai yang aku pergi tu tak cover untuk kes jen4yah atau pend3raan. Jadi aku balik macam tu saja.
Pesanan aku, kepada ibu bapa selalu lah pergi jenguk jenguk kan anak secara mengejut dekat taska. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.
Mostly mereka yang belum berkahwin dan belum punya anak tak ada lagi sifat keibuan dalam diri. Sayang mereka pada bayi dan kanak kanak tak sama macam kita yang dah jadi ibu ni sayangkan budak budak.
Aku hanya mampu doa semoga Allah lindungi anak anak dekat taska. Dan aku yakin benda yang tak baik ni lambat laun akan kantoi juga.
Reaksi Warganet
Shahirah Shamsuddin :
“Sebijik pengalaman macam saya. Sehari saja pergi keja taska tu balik rumah nangis teringatkan nasib nasib anak anak dekat situ. Nak report takut kita yang kena saman. Hanya mmpu berdoa.”
Ziela Miela :
“Pernah hantar anak no 2 ke taska. Dekat setahun hantar baru tahu anak dijaga oleh penjaga yang Ada masalah mental, Manic dis0rder.
Kelakuan anak nampak pelik. Selalu duduk tepuk kepala sendiri berulang ulang. Selepas disiasat baru tau rupanya penjaga selalu buat macamtu dekat anak. Baru tau penjaga tu ada masalah mental.
Terus keluarkan anak dari taska Tu. Pemilik taska Tu tau pekerjanya Ada masalah mental. Saje ambik bekerja bayar gaji murah..”
Najwa Mhsdhm :
“Mostly mereka yang belum berkahwin dan belum punya anak tak ada lagi sifat keibuan dalam diri. Sayang mereka pada bayi dan kanak kanak tak sama macam kita yang dah jadi ibu ni sayangkan budak budak.”.
Oh no. Saya pun yang belum berkahwin tak tergamak buat macam tu dan takut betul buat bukan bukan macam tu. Orang yang waras fikir takkan tergamak buat macam tu sebab dia tahu itu jenayah. Apa apa jadi kita nak kena menjawab dan boleh jadi kes polis.
Ini bukan bermaksud orang yang belum kahwin tak ada simpati atau keibuan atau apa apa, ini bermaksud attitude mereka yang tak boleh bekerja dengan kanak kanak tapi nak jaga kanak kanak.
Kanak kanak ni perlu kesabaran, bukan semua orang dewasa ni punya kesabaran dengan kanak kanak, some of them memang boleh jadi grumpy sebab tak bpleh tolerate sifat kanak kanak yang naturally nakal dan ada yang perlu perhatian lebih macam high needs baby.Sebab itu ada ibu juga yang ada potensi memang mendera anak, itu sudah berkahwin, ya.”
Adila Ismail :
“Serba salah. Bila hantar taska kes macam ni, hantar pengasuh persendirian kes lain pula. Tak kerja kan dikatakan menyusahkan suami, pemalas pandai ternak lemak je.
Semoga anak anak sentiasa dalam lindungan Allah. Tak semua pengasuh dan taska jahat, tapi tu la susah nak selidik yang mana satu ok atau tak okay..
Pernah terbaca ceramah ustazah tu, sebelum nak hantar anak pergi mana mana, baca zikir ni 40 kali, Allah ya waliy ya wakil ya barii ya hafiz ya muhaimin.. Allah maha melindungi, maha mentadbir, maha mengatur, maha menjaga. Lepass tu berdoa sebut nama anak.
Semoga Allah jaga anak anak kita dari terjumpa orang jahat macam tu.”
Walaupun kisah yang dikongsikan ini telah lama berlaku, kita harus ambil pengajaran daripada kisah ini. Semoga perkara yang sama tidak berulang kepada zuriat kita mahupun orang lain. Mohon pengusaha taska lebih ‘alert’ dan sentiasa memantau kualiti dan kejujuran pekerja yang dilantik dalam menjaga & mengendalikan ‘ amanah’ yang diberikan. Jangan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
Sumber : Bunga (Bukan nama sebenar) via IIUMC via Edisimedia
Semasa
Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga
Benarlah kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak mungkin dapat jaga seorang ibu atau ayah.
Jika dulu, pusat penjagaan warga emas akan menempatkan individu yang tiada waris tetapi kini boleh dikatakan warga emas yang dimasukkan ke situ adalah yang dihantar sendiri oleh anak-anak dek kerana tidak sanggup menjaga mereka.
Memang tidak dinafikan, menjaga orang tua memerlvk4n kesabaran yang tinggi. Malah ada kalanya, seperti menjaga budak kecil yang suka merengek namun adalah tidak wajar untuk mengabaikan insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kita ini di sisa usia sebegitu.
TONTON VIDEO DISINI
Sewaktu kunjungan beberapa orang artis yang menziarahi warga emas yang ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih Selangor, sempat mereka menemubual beberapa penghuni di situ.
Setiap penghuni ada cerita tersendiri. Ada yang redha ditinggalkan disitu, ada yang memendam duk4 dan ada juga yang memilih untuk memendam segala rasa.
Namun ada sesuatu yang mencuri perhatian dan meruntum jiwa, apabila ditanya kepada seorang warga emas lelaki yang baru sahaja seminggu berada di situ, “ Ada rindu sesiapa?”
Lantas pakcik tua itu terus men4ngis tanpa sebarang kata. Dari gerak gerinya sudah cukup untuk menggambarkan keduk4an dihatinya.
Menurut pegawai yang bertugas disini, pakcik tersebut baru seminggu tinggal di sana dan masih berharap dapat balik raya dengan keluarga.
Sewaktu semua pelawat mahu pulang, sekali lagi pakcik tersebut menitiskan air mata seakan berat untuk melepaskan.
Menjengah di ruangan komen. ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas di sana. Malah ada yang menitipkan pesanan agar yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya kerana merekalah insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sedari kecil dulu.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Inspirasi
Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi
Mempunyai pemikiran yang kreatif adalah menjadi syarat utama untuk kekal ‘survive’ dalam cabaran ekonomi yang ada pada hari ini. Apa sahaja yang boleh menjana duit boleh diusahakan untuk mencari pendapatan tambahan.
Begitulah yang telah terjadi kepada seorang pemuda yang telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan barang terpakai dan terbuang seperti tuala buruk yang sudah dibuang orang.
Pemuda yang bernama Mohamad Hazhlee Azid ini berkata, dia telah menghasilkan pasu bunga itu hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang semasa tempoh PKP.
Beliau yang berusia 24 tahun itu berkongsi, tambahan pula, rumahnya itu yang terletak di Tunjung Kota Bharu Kelantan cukup banyak dihiasi pokok-pokok bunga yang dijaga oleh ibunya.
“Saya ni bekerja sebagai kontraktor dan buat kerja-kerja wiring kalau ada projek. Bila saya takde job ni, saya buatlah sesuatu daripada apa yang nampak boleh dilakukan di rumah.
‘Mak pun memang suka bercucuk tanam pokok-pokok bunga. Maka timbullah idea untuk buat pasu bunga dengan menggunakan barang-barang yang terpakai. Kongsinya kepada mstar.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pok Lie itu berkata pasu bunga itu menggunakan sumber barang-barang seperti bakul sampah, baldi, bekas makanan terpakai dan termasuk tin biskut.
“Bekas pasu yang dibina akan ditampal dengan meletakkan satu lapisan kain samada tuala atau selimut lama yang sudah koyak, ianya dicampur dengan bancuhan simen untuk memastikan ketebalannya dan lebih kukuh.
“Penggunaan kain yang telah dicelup dengan simen itu boleh menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi). Daripada kain atau tuala buruk tu terbuang begitu sahaja, lebih saya manfaatnya, ujarnya yang turut terlibat dalam kerja membuat rumah secara sambilan.
Menurut Pok Lie yang juga anak kedua dari lapan beradik, proses menghasilkan pasu itu mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlukan masa untuk dikeringkan.
‘Selepas bancuhan simen itu kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga itu jadi lebih tebal dan kukuh. Pagi-pagi saya buat, petang dah boleh kering selepas dijemurkan. Bila sudah kering baru saya akan cat.
Sekiranya ada permintaan, saya pertimbangkan juga untuk menjualnya sebagai pendapatan tambahan.
“Cumanya cabaran yang dihadapi adalah sekiranya hujan, kerana pasu-pasu bunga yang disalut simen perlu dikeringkan dulu” kongsinya sambil memaklumkan kebanyakan bahan terbuang diperoleh dari keluarga dan kawan-kawan.
Pok Lie menyatakan” setakat ini, sudah 20 pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk telah saya hasilkan, sambil menambah pada peringkat awal semua dibuat untuk kegunaan sendiri di rumah untuk ibunya.
“Namun apabila saya dah susun dan jemur di luar rumah, memang orang-orang akan terlihat dan ada juga yang terus berminat untuk membeli.
Pasu bunga buatan tangan yang dihasilkan ini bukan sekadar untuk meletakkan pokok tetapi keunikan yang ada padanya boleh menaikkan seri rumah.
‘Sebenarnya, apa yang saya cuba lakukan ini lebih kepada memenuhi kepuasan, saya tengok macam mana orang lakukannya melalui sumber youtube dan saya cuba buat sendiri mengikut kreativiti yang ada.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Semasa
Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!
KEBERADAAN sebuah kereta Perodua Bezza yang diparkir di bawah garaj rumahnya membuatkan seorang warga emas terpinga-pinga tentang siapakah pemilik kenderaan itu.
Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, lelaki berkenaan dilihat hanya menuding jari ke arah kenderaan berkenaan dengan raut wajah penuh tanda tanya.
Tanpa berselindung, anak lelaki warga emas berkenaan segera memberitahu bahawa Perodua Bezza itu adalah miliknya sambil menghulurkan kunci kereta.
“Kereta baharu abah,” kedengaran suara si anak kepada bapanya yang masih tidak faham tentang situasi berkenaan.
Berkongsi cerita kepada mStar, anak warga emas berkenaan iaitu Mohd Faizal Eshak berkata, ia merupakan kejutan untuk bapanya yang berusia 78 tahun pada 1 Ramadan lalu.
Lebih mesra disapa Faizal, dia berkata bapanya, Eshak Buyong sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta baharu.
Faizal (tengah) bersama ibu bapanya di hadapan kereta baharu.
“Abah ada kereta Proton Wira yang sudah digunakan selama lebih 20 tahun. Kereta lama, jadi keadaan sudah tidak berapa elok macam kereta baharu tapi abah gagahkan juga.
“Saya berazam sejak Oktober tahun lepas nak belikan kereta untuk abah. Jika ikut queue (tempoh menunggu) dijangka pada Jun tahun ini.
“Tapi rezeki abah dapat cepat sebab ada pelanggan lain tak jadi nak beli. Alhamdulillah, nampaknya rezeki abah pada bulan Ramadan,” katanya kepada mStar.
Faizal (kanan) bersama keluarga dan ibu bapanya.
Mengenai kejutan yang dibuat di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Faizal yang berusia 37 tahun berkata, bapanya mempunyai perwatakan yang ceria.
“Abah sebenarnya happy-go-lucky. Pada petang sebelum waktu buka puasa abah macam terkejut, siapa la yang parkir kereta kat garaj.
Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
MOHD FAIZAL ESHAK
ANAK
“Macam tak puas hati sebab kereta lama dia pun parkir di luar garaj. Apabila saya dan isteri beritahu kereta tu sebenarnya untuk dia, memang abah terkejut.
“Abah memang teruja sangat sampaikan tak sempat bawa masuk beg plastik makanan yang dibelinya ke rumah, terus pergi test drive dulu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu,
Ibu (kiri) dan bapa Faizal meniti usia emas.
Sejak bersara daripada bekerja di sebuah kilang, bapanya yang dikenali sebagai Haji Ripin di Kampung Sungai Penchala banyak menggunakan kereta untuk ke masjid, pergi minum di kedai dan membeli barang-barang dapur.
Namun, Faizal yang mengusahakan bisnes produk madu berkata, Hari Raya kali ini lebih bermakna buat ibu bapanya kerana kereta baharu tersebut dapat digunakan untuk pergi menziarah teman-teman dan saudara-mara.
Hari Raya kali ini lebih bermakna kerana bapa Faizal boleh menggunakan kereta untuk pergi menziarah bersama ibunya.
“Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
“Masa test drive hari tu, terkejut juga abah tekan paddle minyak bawa laju. Mungkin selama ni dia kena tekan paddle minyak lebih sebab pandu kereta lama.
“Jadi, saya pesan abah supaya kawal pemanduan dan tak perlu tekan paddle minyak kuat sangat. Kereta lama dan baharu tak sama. Semoga perjalanan abah sentiasa selamat,” katanya.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan