Viral
“Belum Habis Berpntang, Aku Serah Baby Pada Kak Zu..Keluarga Tent4ng…Aku Nekad! Akhirnya Aku Menyesal…”

#Foto sekadar hiasan..
Assalamualaikum semua…
Kisah 1
Aku dis4hkan mengandung anak ke 7. Aku terlintas nak bagi anak dalam kandungan ini pada keluarga angkat tetapi bersy4rat. Masa tu usia kandungan aku hampir 15 minggu.
Dalam masa tu aku berbincang dengan suami, alasan aku, “kita bagi peluang untuk orang yang takde anak jadi ibubapa pula”.
Biar mereka rasa seronok dan pelbagai lagi niat baik kami untuk bakal keluarga angkat, sekaligus untuk kesempurnaan hidup anak kami itu juga.
Sebelum tu kami bukan la n4if sangat sampai tak mampu nak memelihara anak kami, jangan salah faham. Oh ye, sebelum tu suami aku ni berkerja ya bukan tak berkerja. Ok sambung…..
Kisah 2
Dapat bakal keluarga angkat yang baik, berpendidikkan, bersopan santun, ekon0mi kukuh, serta telah berkahwin atas 10 tahun.
Kami berjumpa, berkenalan. Pada pandangan aku, mereka suami isteri adalah orang yang baik baik je. Aku namakan si isterinya Kak Zu dan suaminya abang kamal.
Masa ni Kak Zu intr0 la dia datang dari family yang baik baik laa. Kiranya anak ustaz dan adik beradik dia semua baik baik.
Bermula rutin check up klinik kadang ada juga Kak Zu ni hulur duit untuk buat belanja. Dia hantar makanan dekat rumah walau aku tak ada minta minta. Banyak jugak kebaikkan dorang ni buat.
Kisah 3
Aku suarakan pada keluarga aku untuk bagi anak dalam kandungan aku ni dekat orang. Tapi keluarga aku tentng dan m4rah. Emak ayah adik beradik aku semua tak bagi tapi aku tetap nak bagi.
Mungkin aku rasa mereka dah banyak t0long aku, seterusnya aku rasa TERHUTANG BUDI. Kakzu juga ada berjanji dengan aku untuk tidak putuskan hubungan aku dengan anak aku nanti. Itu membuatkan aku yakin dengan dia.
Kisah 4
Aku semakin hari semakin s4rat. Bertambah tertek4n bila family aku agak rengg4ng dengan aku. Tapi Kak Zu selalu bagi kata kata semngat.
Kak Zu selalu share kat aku ayat ayat yang boleh diamalkan waktu mengandung, belikan vitamin dan macam macam lah. Aku semakin terhutang budi.
Kisah 5
Panjang sikit kisah 5 ni… Bulan berganti bulan tiba la waktu aku melahirkan. Waktu ni Kak Zu asyik wasap share doa, katanya buatkan solat hajat untuk aku. Nampak tak kebaikkan dia?
Aku lahirkan seorang anak lelaki yang comel, berkulit putih, bibir merah dan rambut lebat. Bayi aku dan aku tak ada apa mas4lah dan kami boleh balik.
Esoknya tu Kak Zu nak datang dan dia wasap aku untuk ambil terus baby ni untuk dibawa balik. Dekat sini aku nampakla ket4makkan dia sikit.
Tapi aku tak bagi lagi dan suruh dia bers4bar, katanya dia tak boleh tunggu lama sebab makan ubat h4silkan susu ada risiko pada dia! Hasilkan susu untuk mahr4mkan baby. Checkup baby macam biasa sebabnya baby ada kuning cuma tak tinggi dan tak kena tahan w4d pun.
Aku pun takde mas4lah apa bila nurse datang dekat rumah. Sepanjang dalam jagaan aku dan suami, baby kami ni ok je. Kemas, wangi bau baby, bau minyak telon, baju, bedung semua kemas dan rapi.
Sampai family terdekat yang tengok baby banyak kata, “comel sangat sayangnya nak bagi orang jaga”.
Hampir tak jadi tapi tetap aku berpegang pada janji. Sebab janji. Dalam masa 2 minggu tiba la waktu untuk aku dan suami tunai janji. Kami dibawa ke balai p0lis buat surat untuk serahkan baby. Dalam hati ni s4yu sangat, teringat lagi langit pun turut men4ngis…
Penyerahan pun berlaku… Ada Kak Zu dan suaminya bagi aku saguhati juga.
Kakzu wasap aku hantar gamba baby. Pujuk pujuk aku dan bagi kata kata semangat dan yakinkan aku yang anak aku dalam jagaan yang baik.
Tapi cuma sementara je. Dekat sebulan baby duduk dengan keluarga angkat, dah jarang jarang Kakzu update pasal baby. Ada juga Kakzu wasap tapi sembang pasal lain. Bila aku tanya pasal baby, kadang lambat lambat dia balas dan adakalanya tak balas langsung.
Takut benar ya dia bila seorang emak tanyakan anak dia. Oh ye tadi aku ada sebutkan masa dengan aku anak aku dalam jagaan yang rapi tapi berbeza bila dia duduk dengan Kak Zu baju agak sel3keh, baju lain seluar lain.
Ini berdasarkan gambar yang dihantar dekat aku. Takde gamba yang elok sikit la, gamba dalam keadaan gerak la, terkil4n sangat. Tapi aku masih diam lagi tanpa luahkan dekat sesiapa.
Kali terakhir aku jumpa baby aku waktu nak buat surat beranak dan pengangkatan anak angkat, Takde bau baby langsung!. Kalau tak berb3dung aku faham sebab budak sekarang bukan nak bedung sangat pun. Tapi sekurangnya berbalut la sikit baby masih dalam pnt4ng waktu tu.
Aku s3dih waktu jumpa baby ni tapi tak bole n4ngis depan orang. Cuma pandang baby aku sambil aku cakap dalam hati, “SUNGGUH MAMA RINDU”.
Bila balik tuuu bertambah aku tak ok, asyik mn4ngis je. Adalah jugak aku luahkan dekat Kak Zu tentang kese’dihan aku tapi dia just cakap, “ala biasa la tu masih baru lagi”. Tapi lupa ke kau Kak Zu apa silaturahim aku dengan baby dalam pelukkan kau sekarang.
Dia da tak updates langsung pasal baby sekarang. Bukan aku suruh update sentiasa tapi sekurangnya sesekali hantar la gamba. Semua orang tahu kan RNDU SEORANG EMAK PADA ANAKNYA…. TAK BERKETEPIAN…
Kisah terakhir
Kak Zu bagi tahu anak aku ada mas4lah kaki ke dalam setelah sebulan dengan Kak Zu. Dan dia cakap punc4 masa duduk dalam rahim aku, aku lagi yang dis4lahkan.
Anak aku ada ms4lah kum4n dalam drah dibawah jagaan dia. Itu pun dia macam nak s4lahkan aku, tanya aku ada msalah j4ngkitn kum4n ke masa mengandung,
AKU TAK ADA APA APA MASALAH LANGSUNG WAKTU MENGANDUNG. Tapi masa sepanjang anak aku dekat wad memang dia updates walaupun tak memuaskan hati aku sebab ada yang dia ign0re saja soalan aku. Katanya dia pen4t stress jaga anak dekat w4d. Okla aku faham.
Semakin hari aku nampak ketam4kkan dia untuk menj4tuhkan aku sebagai emak kandung. Cuma aku tertanya sampai bila dia sanggup nak meni’pu diri sendiri. Aku betul betul menye’sal bagi anak pada dia bila tahu sifat tmak dia macamni.
Aku ada suarakan aku nak ambil anak aku semula dan Kakzu tegskan dia dah daftarkan dekat JKM. Kalau nak ambil kena melalui JKM dan mahk4mah dan kena bayar balik yang dia dah berhabis cash tu..
Aku cakap aku bayar bulanan dan aku ok saja ikut pr0cedure yang ditetapkan! Dia wasap lagi, “sebenarnya kami disuruh untuk takpayah berbaik baik dengan family baby ni”.
Pada aku, Kak Zu da ada sifat t4mak dia. Aku sedih, betul betul menyesal. Mana hilngnya Kak Zu yang aku kenal dulu? Aku betul betul rindukan anak aku.
Aku harap doa dari semua orang agar Allah lembutkan hati Kakzu dan suami serah balik pada aku anak tu. Tempat selayaknya seorang anak adalah disisi ibunya.
Reaksi Warganet
Asleyza Zakaria –
Kalau TT nk balik anak tu sebab rasa dia di4baikan oleh keluarga angkat. Pergi lah ambik balik. Ibu kandung berh4k ambik balik anaknya semula sebelum anak berusia 3 tahun kalau tak salah saya.
Bayarlah balik perbelanjaan keluarga angkat yang dah dia keluarkan. Tapi kalau dah ambik jagalah elok elok.
Zulaikha Kassim –
Kalau dah bagi budak tu, biarlah mak bapak angkat dorang yang uruskan. Nak tunggang terbalik ke, as long as budak tu tak kena d3ra okay lah.
Setakat pakai baju lain colour, tak bau baby takkan bende macam tu pun jadi issue?
Pakai baju tak sama colour tak bermaksud orang tu tak sayang, mungkin tu bukan pri0rity dia. Orang miskin ramai je anak pakai baju compang camping. Tapi budak tu dijaga dengan kasih sayang.
Aliya Faris –
Hmm.. puan dalam keadaan sedar dan tidak dipksa telah membuat keputusan untuk menyerahkan bayi puan. Sekarang puan tak boleh nak s4lahkan orang lain.
Kalau saya pon, since saya dah ikut undang undang, saya akan putuskan hubungan dengan mak kandung. Kalau tak, jadi buruk siku. Dok berd0lak dalih, nak anak balik..
Ada lagi 6 orang anak puan, puan boleh focus dekat anak anak yang ada. Bersyukur puan. Puan ada 6 orang anak lagi..
Kalau ada bukti mak angkat tak jaga elok. Rep0rt p0lis. Minta balik hak jagaan..
Fatin Khalidah –
Dulu ada kenalan masa awal mengandung ada cakap nak bagi anak dekat orang. Tapi akhirnya lepas bersalin, dia sayang sangat dekat anak dia dan dia pilih anak dia berbanding janji pada orang.
Sekarang dia happy dengan anak dia. Syukur tengok.
Pada TT, TT dah buat keputusan untuk serahkan anak pada keluarga angkat. Keluarga angkat ambil pun ikut jalan and pr0cedure yang betul and dengan rela hati TT.
Harap tt doakan yang baik baik sahaja untuk anak tt bahagia dengan keluarga barunya. Sebab keputusan ni tt dah buat dari mengandung awal usia lagi. Tu sahaja jalan yang terbaik.
Nurulfidzilah Mohamed Jalal –
Kepada puan confess0r, kaki ke dalam tu biasa jadi dekat baby. Cuma ada yang teruk sampai kena pasang pendakap sementara, ataupun yang tak t3ruk.
Dalam rahim baby duduk kaki ke dalam, bila dah lahir jadi habit la. Rasanya bukan ibu angkat tu salahkan puan pun. Dia cuma jelaskan je. Bab jngkit4n kuman dalam drah tu mungkin dia tanya je. Kot kot masa mengandung puan ada GBS ke…
Puan bagi la dia peluang menjadi ibu. Baru first time kan. T4kut t4kut dia rasa ins3cure dengan puan. Lama lama dia terus putuskn hubungan dengan puan. Kan dah tak best macam tu..
Bukan senang nak dapat anak angkat tau. Sedangkan baby luar nik4h pun sus4h nak diangkat, ni kan baby yang s4h taraf. Kebanyakan orang nak baby yang s4h taraf sebab tau asal usul keturunan. Lagi mudah uruskan hal hal pendaftaran dll…
Sumber – Cik Mama (Bukan nama sebenar) via IIUMC | Kredit: mediaportal
Pihak Realmerah tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala ris’ik0 akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Semasa
Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga
Benarlah kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak mungkin dapat jaga seorang ibu atau ayah.
Jika dulu, pusat penjagaan warga emas akan menempatkan individu yang tiada waris tetapi kini boleh dikatakan warga emas yang dimasukkan ke situ adalah yang dihantar sendiri oleh anak-anak dek kerana tidak sanggup menjaga mereka.
Memang tidak dinafikan, menjaga orang tua memerlvk4n kesabaran yang tinggi. Malah ada kalanya, seperti menjaga budak kecil yang suka merengek namun adalah tidak wajar untuk mengabaikan insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kita ini di sisa usia sebegitu.
TONTON VIDEO DISINI
Sewaktu kunjungan beberapa orang artis yang menziarahi warga emas yang ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih Selangor, sempat mereka menemubual beberapa penghuni di situ.
Setiap penghuni ada cerita tersendiri. Ada yang redha ditinggalkan disitu, ada yang memendam duk4 dan ada juga yang memilih untuk memendam segala rasa.
Namun ada sesuatu yang mencuri perhatian dan meruntum jiwa, apabila ditanya kepada seorang warga emas lelaki yang baru sahaja seminggu berada di situ, “ Ada rindu sesiapa?”
Lantas pakcik tua itu terus men4ngis tanpa sebarang kata. Dari gerak gerinya sudah cukup untuk menggambarkan keduk4an dihatinya.
Menurut pegawai yang bertugas disini, pakcik tersebut baru seminggu tinggal di sana dan masih berharap dapat balik raya dengan keluarga.
Sewaktu semua pelawat mahu pulang, sekali lagi pakcik tersebut menitiskan air mata seakan berat untuk melepaskan.
Menjengah di ruangan komen. ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas di sana. Malah ada yang menitipkan pesanan agar yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya kerana merekalah insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sedari kecil dulu.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Inspirasi
Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi
Mempunyai pemikiran yang kreatif adalah menjadi syarat utama untuk kekal ‘survive’ dalam cabaran ekonomi yang ada pada hari ini. Apa sahaja yang boleh menjana duit boleh diusahakan untuk mencari pendapatan tambahan.
Begitulah yang telah terjadi kepada seorang pemuda yang telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan barang terpakai dan terbuang seperti tuala buruk yang sudah dibuang orang.
Pemuda yang bernama Mohamad Hazhlee Azid ini berkata, dia telah menghasilkan pasu bunga itu hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang semasa tempoh PKP.
Beliau yang berusia 24 tahun itu berkongsi, tambahan pula, rumahnya itu yang terletak di Tunjung Kota Bharu Kelantan cukup banyak dihiasi pokok-pokok bunga yang dijaga oleh ibunya.
“Saya ni bekerja sebagai kontraktor dan buat kerja-kerja wiring kalau ada projek. Bila saya takde job ni, saya buatlah sesuatu daripada apa yang nampak boleh dilakukan di rumah.
‘Mak pun memang suka bercucuk tanam pokok-pokok bunga. Maka timbullah idea untuk buat pasu bunga dengan menggunakan barang-barang yang terpakai. Kongsinya kepada mstar.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pok Lie itu berkata pasu bunga itu menggunakan sumber barang-barang seperti bakul sampah, baldi, bekas makanan terpakai dan termasuk tin biskut.
“Bekas pasu yang dibina akan ditampal dengan meletakkan satu lapisan kain samada tuala atau selimut lama yang sudah koyak, ianya dicampur dengan bancuhan simen untuk memastikan ketebalannya dan lebih kukuh.
“Penggunaan kain yang telah dicelup dengan simen itu boleh menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi). Daripada kain atau tuala buruk tu terbuang begitu sahaja, lebih saya manfaatnya, ujarnya yang turut terlibat dalam kerja membuat rumah secara sambilan.
Menurut Pok Lie yang juga anak kedua dari lapan beradik, proses menghasilkan pasu itu mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlukan masa untuk dikeringkan.
‘Selepas bancuhan simen itu kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga itu jadi lebih tebal dan kukuh. Pagi-pagi saya buat, petang dah boleh kering selepas dijemurkan. Bila sudah kering baru saya akan cat.
Sekiranya ada permintaan, saya pertimbangkan juga untuk menjualnya sebagai pendapatan tambahan.
“Cumanya cabaran yang dihadapi adalah sekiranya hujan, kerana pasu-pasu bunga yang disalut simen perlu dikeringkan dulu” kongsinya sambil memaklumkan kebanyakan bahan terbuang diperoleh dari keluarga dan kawan-kawan.
Pok Lie menyatakan” setakat ini, sudah 20 pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk telah saya hasilkan, sambil menambah pada peringkat awal semua dibuat untuk kegunaan sendiri di rumah untuk ibunya.
“Namun apabila saya dah susun dan jemur di luar rumah, memang orang-orang akan terlihat dan ada juga yang terus berminat untuk membeli.
Pasu bunga buatan tangan yang dihasilkan ini bukan sekadar untuk meletakkan pokok tetapi keunikan yang ada padanya boleh menaikkan seri rumah.
‘Sebenarnya, apa yang saya cuba lakukan ini lebih kepada memenuhi kepuasan, saya tengok macam mana orang lakukannya melalui sumber youtube dan saya cuba buat sendiri mengikut kreativiti yang ada.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Semasa
Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!
KEBERADAAN sebuah kereta Perodua Bezza yang diparkir di bawah garaj rumahnya membuatkan seorang warga emas terpinga-pinga tentang siapakah pemilik kenderaan itu.
Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, lelaki berkenaan dilihat hanya menuding jari ke arah kenderaan berkenaan dengan raut wajah penuh tanda tanya.
Tanpa berselindung, anak lelaki warga emas berkenaan segera memberitahu bahawa Perodua Bezza itu adalah miliknya sambil menghulurkan kunci kereta.
“Kereta baharu abah,” kedengaran suara si anak kepada bapanya yang masih tidak faham tentang situasi berkenaan.
Berkongsi cerita kepada mStar, anak warga emas berkenaan iaitu Mohd Faizal Eshak berkata, ia merupakan kejutan untuk bapanya yang berusia 78 tahun pada 1 Ramadan lalu.
Lebih mesra disapa Faizal, dia berkata bapanya, Eshak Buyong sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta baharu.
Faizal (tengah) bersama ibu bapanya di hadapan kereta baharu.
“Abah ada kereta Proton Wira yang sudah digunakan selama lebih 20 tahun. Kereta lama, jadi keadaan sudah tidak berapa elok macam kereta baharu tapi abah gagahkan juga.
“Saya berazam sejak Oktober tahun lepas nak belikan kereta untuk abah. Jika ikut queue (tempoh menunggu) dijangka pada Jun tahun ini.
“Tapi rezeki abah dapat cepat sebab ada pelanggan lain tak jadi nak beli. Alhamdulillah, nampaknya rezeki abah pada bulan Ramadan,” katanya kepada mStar.
Faizal (kanan) bersama keluarga dan ibu bapanya.
Mengenai kejutan yang dibuat di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Faizal yang berusia 37 tahun berkata, bapanya mempunyai perwatakan yang ceria.
“Abah sebenarnya happy-go-lucky. Pada petang sebelum waktu buka puasa abah macam terkejut, siapa la yang parkir kereta kat garaj.
Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
MOHD FAIZAL ESHAK
ANAK
“Macam tak puas hati sebab kereta lama dia pun parkir di luar garaj. Apabila saya dan isteri beritahu kereta tu sebenarnya untuk dia, memang abah terkejut.
“Abah memang teruja sangat sampaikan tak sempat bawa masuk beg plastik makanan yang dibelinya ke rumah, terus pergi test drive dulu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu,
Ibu (kiri) dan bapa Faizal meniti usia emas.
Sejak bersara daripada bekerja di sebuah kilang, bapanya yang dikenali sebagai Haji Ripin di Kampung Sungai Penchala banyak menggunakan kereta untuk ke masjid, pergi minum di kedai dan membeli barang-barang dapur.
Namun, Faizal yang mengusahakan bisnes produk madu berkata, Hari Raya kali ini lebih bermakna buat ibu bapanya kerana kereta baharu tersebut dapat digunakan untuk pergi menziarah teman-teman dan saudara-mara.
Hari Raya kali ini lebih bermakna kerana bapa Faizal boleh menggunakan kereta untuk pergi menziarah bersama ibunya.
“Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
“Masa test drive hari tu, terkejut juga abah tekan paddle minyak bawa laju. Mungkin selama ni dia kena tekan paddle minyak lebih sebab pandu kereta lama.
“Jadi, saya pesan abah supaya kawal pemanduan dan tak perlu tekan paddle minyak kuat sangat. Kereta lama dan baharu tak sama. Semoga perjalanan abah sentiasa selamat,” katanya.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan