Connect with us

#CELEB

Belum bayar ganti rugi RM60,000 kepada Hidayah, Ali Puteh terkejut rumah arwah ibu bakal disita

Published

on

Belum bayar ganti rugi RM60,000 kepada Hidayah, Ali Puteh terkejut rumah arwah ibu bakal disita

PELAWAK Ali Puteh terkejut apabila menerima surat dari mahkamah memaklumkan kediaman milik Allahyarham ibunya iaitu Sabariah Arshad di Batu 10 Gombak, Selangor bakal disita.

Ia berikutan kegagalannya melunaskan pembayaran ganti rugi sebanyak RM60,000 yang diperintahkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini kepada balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, berkata, dia bukannya enggan membuat pembayaran tersebut tetapi sumber kewangannya terjejas sejak berlaku kemelut melibatkan dia dan balu arwah abangnya itu.

Ali terkejut rumah arwah ibu bakal disita.

“Ya memang belum buat pembayaran sebab kes ini pendapatan saya sudah tidak seperti dahulu. Kerja dah tak ada… bukan saya nak tolak membayar RM60,000 itu, saya akan bayar cuma saya tak boleh nak ‘campak’ sekali gus.

“Saya pun ada tanggungan dengan kerja yang tak ada langsung. Mungkin saya cuba bayar secara ansuran.

“Saya pun terkejut apabila dapat panggilan dari bapa saudara mengatakan rumah peninggalan arwah mak saya di Batu 10, Gombak mahkamah keluar perintah untuk menyita,” katanya.

Ali mendedahkan perkara itu menerusi temu bual bersama program Melodi yang bersiaran pada Ahad.

Dalam pada itu, Ali memberitahu berasa pelik mengapa harta peninggalan ibunya dijadikan cagaran untuk di sita memandangkan kes melibatkan dia dan Nor Hidayah tiada kena mengena dengan orang lain.

Jelas Ali, rumah peninggalan tersebut bukan di atas namanya dan menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya terjadi.

Saya ada anak kecil dengan surat sitaan mahkamah yang bercop, perkara ini tidak sepatutnya terjadi.
ALI PUTEH
PELAWAK
“Saya pelik, ini harta arwah mak saya kenapa pula dijadikan cagaran atau pun sita… Kes RM60,000 antara saya dengan balu arwah abang saya tapi pelik kenapa harta arwah saya dicampur-aduk dalam kes itu.

“Rumah itu atas nama arwah mak bukan saya. Mana hati budi seseorang? Saya ada anak kecil dengan surat sitaan mahkamah yang bercop, perkara ini tidak sepatutnya terjadi.

“Saya tekankan, kes ini berlainan, kes saya dengan balu lain, kes faraid lain. Tak sama,” jelasnya.

Hidayah bersama arwah Abam.

Ali berkata, dia tidak takut dengan apa yang berlaku namun memilih berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya diam bukan sebab saya takut tapi tak nak keruhkan keadaan lagi. Cukup orang maki hamun saya bertahun-tahun. Sebab bila keluar mahkamah kalah cakap apa pun tak akan betul.

“Saya minta jasa baik keluarga balu berhenti video fitnah, kalau awak perlukan RM60,000 untuk saya bayar. Insya Allah selagi ada daya ada rezeki saya cuba bayar. Tak payah nak tunjuk siapa yang betul lagi dah buat masa ini,” ujarnya.

Kemelut Ali dan Hidayah masih belum bertemu titik noktah.

Sebelum ini, Nor Hidayah mengemukakan saman terhadap Ali atas dakwaan perkongsian pelawak itu di laman sosial yang didakwa menjatuhkan maruahnya.

Antara perkongsian tersebut adalah menggambarkan Nor Hidayah seorang isteri yang jahat serta tamakkan harta pusaka suaminya.

Pada 18 Februari tahun lalu, Hidayah memenangi saman fitnah terhadap Ali dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan pelawak itu membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#CELEB

[VIDEO] ‘Clever Anak Menantu Mama, Tapi Next Time Serai Buang Kulit Luar’

Published

on

[VIDEO] ‘Clever Anak Menantu Mama, Tapi Next Time Serai Buang Kulit Luar’

Sebelum ini, pelakon Elisya Sandha menerima teguran daripada netizen gara-gara memotong limau nipis dengan cara yang salah.

Terbaru, Elisya sekali lagi mencuri perhatian netizen tatkala sedang menyediakan juadah berbuka untuk suaminya, Uzair Haqimy.

Tak ketuk dan buang kulit

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Menerusi perkongsian di Instagram, Elisya memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sedang memasak juadah berbuka di dapur.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah bahan masakan yang digunakan Elisya iaitu serai tidak tidak diketuk dan dibuang kulit luar dengan sempurna.

Lebih mencuri tumpuan, ibu mentuanya iaitu Sheila Rusly turut meninggalkan komen pada perkongsian video berkenaan.

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Sheila memberi pujian buat menantunya itu kerana rajin dan pandai menyediakan juadah berbuka buat anaknya.

Namun begitu, Shiela turut memberi teguran agar serai yang digunakan perlu diketuk terlebih dahulu dan dibuang kulit luar sebelum memasak.

Sumber: Elisya Sandha

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

#CELEB

“Korang Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Spend Masa Mengaji” Rosyam Noor Tegas Dengan Staf Dipuji Netizen

Published

on

“Korang Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Spend Masa Mengaji” Rosyam Noor Tegas Dengan Staf Dipuji Netizen

Pelakon senior dan serba boleh yang kini bergelar usahawan sememangnya sering dikagumi masyarakat dan peminat tak kira dalam dunia lakonan ataupun di luar bidang seni.

Terkini, pemilik syarikat penerbitan Suhan Movies telah berkongsi satu video melalui channel youtubenya. Dalam perkongsian tersebut, ianya menunjukkan Dato Rosyam Nor atau pemilik nama sebenar Mohamed Noor Bin Shamsuddin dilihat sedang mengajar para pekerjanya mengaji iqra.

Apa yang menarik perhatian ramai, para pekerja yang diajari oleh Dato Rosyam bukan sahaja lelaki, malah termasuk pekerja wanitanya dalam kira-kira 20 orang kesemuanya.

Dalam rakaman berkenaan jelas kelihatan ketegasan yang dimiliki beliau mengajar para pekerjanya. Beliau sememangnya nampak garang, ibarat gangster namun tetap ada lawak jenakanya. Dato Rosyam yang biasa dipanggil mesra Tok Syam bukan sekadar mengajar mengaji sahaja, malah turut memberikan pesanan dan nasihat tentang kehidupan, terutamanya kesedaran beragama dan kepentingan mengaji Al-Quran dalam kehidupan.

Menurut sumber, Rosyam pernah berkongsi kisah bagaimana beliau mempunyai kesedaran dan ingin belajar tentang agama ketika usianya sudah mencecah 45 tahun. Semuanya bermula apabila dia telah kehilangan ayahnya, akhirnya dia menyedari bahawa dirinya tidak pandai mengaji walaupun diusia yang agak lewat.

Pelakon yang terkenal sebagai watak ‘Tailong’ dalam filem KL Gangster itu memberitahu, setelah berpuluh tahun dia meninggalkan Al-Quran, akhirnya pada usia 45 tahun beliau terdetik untuk kembali mendekati kitab suci umat Islam itu.

Hasil usahanya ingin mendekati Al-Quran, beliau sanggup bermula dengan belajar dari peringkat iqra sehinggalah beliau mampu mengaji dan khatam Al-Quran pada usia 45 tahun. Alhamdulilah.

“Jauh di sudut hati saya, ada satu perkara yang membuatkan saya takut, kerana sehingga ke satu usia, saya masih tak pandai membaca Al-Quran. Arwah ayah saya meninggal dunia depan mata, dan pada ketika itu saya rasa hina sangat diri sebab masih tak boleh mengaji.

“Pada masa itu, saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih kerana masih tak boleh mengaji. Saya terduduk menangis. Saya sangat teringin nak baca Al-Quran untuk ayah saya. Saya sangat sayangkan ayah dan mak. Kami ni orang susah, dulu tinggal satu keluarga dekat estet ladang dan kami memang tak pandai.

Tambah beliau lagi, sekiranya beliau menjadi imam di rumah, anak-anak pun dah tahu apa surah yang akan dibaca.

Beliau mengambil masa yang lama memasang angan-angan untuk belajar mengaji Al-Quran, sehinggalah hidayah datang dalam hidupnya melalui seorang ustaz.

“Dalam satu sesi penggambaran, ada seorang insan yang telah muncul dan pada peringkat awal saya hanya anggap beliau sebagai peminat biasa. Semasa itu saya mengaku bahawa saya ni tak pandai mengaji dan minta ustaz tersebut mengajarnya.

“Masa saya jemputlah ustaz tersebut datang ajar saya. Setiap hari saya belajar, dan umur 45 tahun saya berjaya khatam Al-Quran, semasa itu ialah 10 hari akhir ramadhan. Ya Allah indahnya ustaz. saya berusaha setiap tahun untuk cuba khatam Al-Quran, dulu kami sekeluarga agak jauh dari agama”.

“Tapi ada satu syarat, janganlah beritahu orang lain, sebab saya rasa malu, inilah masalah paling besar dalam hidup saya bila dah tua. Tapi kita janganlah malu. Alhamdulilah saya mula belajar mengaji dengan alif ba ta, ujar Dato Rosyam.

Kongsi beliau lagi, ibunya sempat mengerjakan haji, boleh mengaji dan keluarga beliau semuanya berhijrah. Paling sebak dalam hati apabila kisah isterinya yang mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang itu pun semuanya dinasihati.

“Wahai anak ayah sekalian, ayah dulu banyak buat salah, ayah minta anak ayah tolonglah ayah, jadilah anak yang baik.

Dengan penuh kasih sayang , Dato Rosyam Noor sebagai ketua keluarga memimpin isteri dan anak-anaknya semua. SubhanaAllah, rahsia kemudahan ini semua adalah doa dari ibu dan ayah.

“Saya sudah hilang satu doa. Kini tinggal satu doa lagi dari ibu saya. Saya berikan dia duit dan minta beliau bersedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niatkan Allah luaskan kuburr dan dihadiahkan syurga firdaus untuk ayah saya”.

Beliau yang juga Ikon Rumah Ngaji mengakui hanya menghafal tiga surah sahaja dulu iaitu Al-Fatihah, An-Nas dan Al-Ikhlas. Kini usia yang semakin meningkat tapi beliau tetap berbangga akhirnya beliau berjaya khatam Al-Quran di hadapan kaabah mekah.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

#CELEB

“Cerita keluarga simpan dalam selimut”… Ashraf Muslim kongsi tip damaikan dua isteri, suami kena tunjuk contoh baik

Published

on

“Cerita keluarga simpan dalam selimut”… Ashraf Muslim kongsi tip damaikan dua isteri, suami kena tunjuk contoh baik

ISU rumah tangga membabitkan selebriti yang hangat diperkatakan di media sosial hari ini sama sekali tidak menjejaskan keharmonian perkahwinan pelakon Ashraf Muslim.

Kata Ashraf, 42, dia sudah menasihati kedua-dua isterinya iaitu Dr Dayana Lokman (isteri pertama) dan Wan Sakinah Ahmad Saburi (isteri kedua) untuk tidak memberi pandangan atau mencampuri urusan perkahwinan orang lain.

“Apa saja cerita mengenai keluarga ni kalau boleh simpan dalam selimut, jangan buka aib… kalau kita sebarkan di media sosial akan rasa kebaikan untuk diri tapi sebenarnya ia memberi ruang untuk nampak keburukkan diri.

“Bila berlaku isu rumah tangga ini, saya cakap kepada kedua isteri saya… biarlah mereka, jangan ambil tahu sebab perkara ini serba sedikit akan memberikan kesan nanti.

“Sejujurnya, dua isteri saya ada la risau sikit apabila melihat isu pergolakkan rumah tangga begini tapi saya selalu pesan kepada mereka kalau boleh jangan samakan masalah orang dengan kita sebab setiap orang ada masalah yang berbeza,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 september 2011 di Makkah.

Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Anas Ashraf, 7.

Ashraf kemudiannya berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK